Saturday 12 February 2022
PRA TEMPAH BUKU RAK BUKU RUANG TAMU
Saturday 3 April 2021
Kombo Tadabbur Ramadan - Tadabbur Hikmah Juzuk Amma & Ibrah Kisah Ajaib dan Fakta Saintifik Makhluk Terawal
KOMBO Ramadhan mengandungi dua buah buku iaitu:
1. Tadabbur Ibrah Kisah Ajaib Dan Fakta Saintifik Makhluk-Makhluk Terawal Diciptakan Tuhan Menurut Imam Ibnu Kathir & Buya Hamka
2. Tadabbur Hikmah Juzuk 'Amma: Pelajaran dari Tafsir Agung Nusantara
=========================================================
Tajuk: KOMBO Tadabbur Ramadan
Penerbit: PTS
Penulis: Prof Madya DR Rozaimi Ramle, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, Imam Al Nawawi , Irfan Amalee , DR. Muhammad Atiullah Othman
Tahun Terbitan: 2019, 2020
Muka Surat: 1349
Halaman: Hitam & Putih
Format: Soft cover
Berat (kg): 1.87
=========================================================
Tadabbur Hikmah Juzuk 'Amma: Pelajaran dari Tafsir Agung Nusantara
SINOPSIS
Dalam Juzuk ‘Amma terdapat 37 surah yang sering kita baca ketika solat. Dimulai dengan surah Al-Naba’ dan diakhiri dengan surah Al-Nas. Surah-surah yang pendek ini mengandungi pelbagai perbahasan mengenai soal hidup, kiamat, tolong menolong sesama manusia, penjagaan anak yatim, menyantuni fakir miskin, bahkan sampai kepada semangat menghadapi perang dengan kuda yang tangkas berlari pun disuruh menjadi perhatian kita.
Isi Kandungan
Pengantar vii
Prakata xi
Muqaddimah Juzuk 30 xv
Surah Al-Nabā’ 1
Surah Al-Nāzi‘āt 38
Surah ‘Abasa 72
Surah Al-Takwir 98
Surah Al-Infitār 126
Surah Al-Mutaffifīn 138
Surah Al-Inshiqāq 160
Surah Al-Burūj 174
Surah Al-Ţāriq 204
Surah Al-A‘lā 216
Surah Al-Ghāshiyah 236
Surah Al-Fajr 254
Surah Al-Balad 280
Surah Al-Shams 314
Surah Al-Layl 330
Surah Al-Duhā 346
Surah Al-Insyirāh 360
Surah Al-Tīn 370
Surah Al-‘Alaq 388
Surah Al-Qadr 404
Surah Al-Bayyinah 414
Surah Al-Zalzalah 431
Surah Al-‘Ādiyāt 441
Surah Al-Qāri‘ah 451
Surah Al-Takāthur 459
Surah Al-‘Aşr 467
Surah Al-Humazah 479
Surah Al-Fīl 485
Surah Quraisy 503
Surah Al-Mā‘ūn 511
Surah Al-Kauthar 519
Surah Al-Kāfirūn 527
Surah Al-Nasr 535
Surah Al-Lahab 543
Surah Al-Ikhlās 553
Surah Al-Falaq 563
Surah Al-Nās 585
Biodata Ringkas 597
#########################################################################################
Tadabbur Ibrah Kisah Ajaib Dan Fakta Saintifik Makhluk-Makhluk Terawal Diciptakan Tuhan Menurut Imam Ibnu Kathir & Buya Hamka
Sebahagian besar kandungan Al-Quran adalah kisah. Namun, kisah yang dinyatakan dalam Al-Quran tidak sama dengan sebarang penulisan hikayat, dongeng, epik, prosa, cerpen, novel ataupun buku sejarah sekalipun.
Fokus cerita dalam Al-Quran adalah untuk ditadabbur dan dihayati ibrahnya kerana ia adalah petunjuk yang sahih daripada Alah s.w.t secara hakiki.
Secara umumnya, para Ulama’ Al-Quran membahagikan kisah dalam Al-Quran kepada dua bahagian iaitu kisah para nabi dan rasul serta kisah-kisah umat terdahulu yang tidak melibatkan para nabi dan rasul.
Sebahagian ulama lain juga membincangkan kisah-kisah binatang yang disebutkan dalm Al-Quran. Namun, tidak ramai ulama yang memberikan tumpuan kepada kisah-kisah makhluk yang terawal diciptakan Allah s.w.t. Namun, Imam Ibnu Kathir dalam kitabnya, Qasasul Anbiya’ menjadikan perkara ini dalam bab pertama kitabnya.
Buku ini membicarakan mengenai kisah makhluk-makhluk terawal yang diciptakan Allah s.w.t., kisah yang sungguh ajaib bahkan saintifik.
Bab 1 : Keajaiban Makhluk Terawal Diciptakan
Bab 2 : Keajaiban Langit dan Bumi serta Segala Isinya
Bab 3 : Keajaiban Tujuh Petala Bumi
Bab 4 : Keajaiban Laut dan Sungai
Bab 5 : Keajaiban Malaikat dan Sifat-sifatnya
Bab 6 : Pembahagian Malaikat
Monday 29 March 2021
Set Buku 100% Muslimah oleh Muyassaroh Zuhri, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Ririn Rahayu & Nani Latifah
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Muyassaroh Zuhri, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Ririn Rahayu & Nani Latifah
Tahun Terbitan: 2021
Bilangan muka surat:
Format: Soft cover
Berat (kg): 1.61
Set 100% Muslimah adalah sebuah set premium yang terdiri daripada 4 buah buku khusus buat muslimah.
Set ini memfokuskan kepada pembinaan jati diri muslimah yang sempurna lengkap semua aspek seperti intelektual, spiritual, dan juga aspek emosional pada zaman milenial ini. Muslimah milenial yang disebutkan, tidak terhad kepada muslimah yang masih belia dan mereka yang bergelar generasi Z sahaja. Sebaliknya, semua muslimah yang masih wujud mengisi keindahan alam milenial ini.
Zaman milenial yang indah dan canggih ini bukan sahaja menjadikan golongan ini semakin disayangi dan disanjung, malah juga membawa dan membuka pintu fitnah yang lebih besar berbanding sebelumnya. Justeru itu, Set 100% Muslimah ini diwujudkan sebagai panduan dan menjadi teman penyelamat kepada semua muslimah di luar sana.
Dua buah buku daripadanya memfokuskan kepada motivasi dan membangkitkan semangat supaya berlaku perubahan positif dalam diri setiap muslimah yang membacanya. Manakala, dua buah buku lagi menjelaskan beberapa teknik dan amalan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian setiap muslimah, baik yang muda ataupun yang sudah berusia.
Semuanya, khusus untuk dikau muslimah.
Dengan sentuhan dan garapan istimewa daripada tokoh muslimah Malaysia, Ustazah Datuk Dr. Nor Hafizah Musa dan beberapa orang tokoh hebat lagi, mudah-mudahan sebuah set ini dapat melahirkan lebih ramai lagi muslimah yang kuat, hebat, cantik, bahagia dan sejahtera intelektual, spiritual dan emosional di Malaysia ini.
5 Sebab Mengapa Set 100% Muslimah WAJIB Dimiliki
- Mengandungi 4 buah buku yang menekankan 4 konsep utama iaitu Muslimah Millenial,Wonderful -Muslimah, Muslimah Bahagia, dan Muslimah Solehah.
- Muslimah Millenial dan Wonderful Mulimah menekankan 7 aspek utama yang fokus kepada motivasi untuk keluarga, kesihatan, kerjaya, komunikasi, hiburan, kepimpinan, dan ibadah.
- Muslimah Bahagia dan Muslimah Solehah pula menitikberatkan soal teknik dan amalan yangjuga menekankan 7 aspek utama dalam kehidupan.
- Set ini adalah produk yang dinukilkan istimewa bagi membina keperibadian dan keterampilan 100% Muslimah.
Buku 1: Hijrah Muslimah Milenial
Buku 2: 99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah
Buku 3: 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia
Buku 4: Zikir dan Doa Muslimah Solehah
Set 100% Muslimah mengandungi 4 buah buku yang menekankan 4 konsep utama iaitu Muslimah Millenial, Wonderful Muslimah, Muslimah Bahagia, dan Muslimah Solehah.
MILLENIAL merujuk pada semua Muslimah yang hidup pada zaman millennial tanpa mengira usia, pangkat, dan darjat. Muslimah Millenial dan Wonderful Mulimah menekankan 7 aspek utama yang fokus kepada motivasi untuk keluarga, kesihatan, kerjaya, komunikasi, hiburan, kepimpinan, dan ibadah.
Muslimah Bahagia dan Muslimah Solehah pula menitikberatkan soal teknik dan amalan yang juga menekankan 7 aspek utama dalam kehidupan. Set ini adalah produk yang dinukilkan istimewa bagi membina Muslimah 100%.
Alangkah ruginya seorang Muslimah andai hidupmu tidak bahagia....”
Islam mengangkat martabat wanita setinggi-tingginya. Mustahil sekiranya seseorang wanita itu tidak berasa bahagia dengan kehidupannya. Walhal dalam Islam, yang dilihat ‘tidak bahagia’ itu hanya daripada persepsi dan pandangan sesetengah individu sahaja tanpa melihat pada situasi seseorang yang dinilai tanpa ilmu.
Buku ini memberikan 1000 tip bagaimana menjadi Muslimah yang bahagia di dunia dan bahagia juga di akhirat kelak. Wanita yang bahagia dinilai daripada pelbagai aspek. Buku ini memfokuskan kepada 7 aspek kebahagiaan utama seorang muslimah, iaitu keluarga, kesihatan, kerjaya, komunikasi, hiburan, kepimpinan, dan ibadah.
Tumpuan buku ini berbicara soal kehidupan yang di dalamnya membicarakan soal hukum-hakam dan garis panduan yang mengikut acuan Islam.
Buku ini distrukturkan dalam bentuk tulisan yang mudah serta panduan yang praktikal. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan perkara-perkara yang dianjurkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah, hukum-hakam, kaedah dan panduan serta ibrah tauladan mengikut syariat Islam. Ia sesuai menjadi panduan untuk semua termasuk para Muslimah di luar sana.
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Muyassaroh Zuhri, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Ririn Rahayu & Nani Latifah
Tahun Terbitan: 2021
Bilangan muka surat:
Format: Soft cover
Berat (kg): 1.61
Monday 23 November 2020
Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran
Cemerlang dengan Menjadi Global Champion
Cemerlang dengan Iman dan Takwa
Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat
Cemerlang dengan Ilmu Semasa
Cemerlang dengan Membaca dan Meneliti Al-Quran
Cemerlang dengan Wawasan
Cemerlang dengan Merancang
Cemerlang dengan Ikhlas
Cemerlang Berlandaskan Syariat
Cemerlang dengan Menegakkan Ibadat
Cemerlang dengan Solat
Cemerlang dengan Zikrullah
Cemerlang dengan Jihad dan Mujahadah
Cemerlang dengan Tawakal
Cemerlang dengan Menjaga Kualiti
Cemerlang dengan Menegakkan Ihsan
Cemerlang dengan Memelihara Amanah
Cemerlang dengan Hati dan Akhlak yangMurni
Cemerlang dengan Sabar dan Sikap Positif
Cemerlang dengan Menegakkan Keadilan
Cemerlang dengan Mengawal Emosi
Cemerlang dengan Memberi Maaf
Cemerlang dengan Bersyukur
Cemerlang dengan Konsisten
Cemerlang Bekerja dalam Pasukan
Cemerlang dengan Komunikasi Berkesan
Cemerlang Melalui Musyawarah
Cemerlang Melalui Perpaduan
Cemerlang dengan Membentuk Pelapis
Cemerlang dengan Berhemat dan Tidak Kikir
Cemerlang dengan Menjaga Pemakananserta Kesihatan
Cemerlang dengan Pengurusan Masa
Cemerlang dengan Teknologi
Cemerlang dengan Memanfaatkan Pusingan Biologi
Cemerlang dengan Imej Positif
Cemerlang dengan Berdoa
20 tip asas. 10 tip sokongan dan 6 tip penyempurnaan.
Setiap tip bermula dengan ayat al-Quran, dan menjadi tonggak perbincangan setiap tip. Setiap ayat diterjemah dan ditafsir mengikut rujukan yang muktabar.
Buku ini juga boleh dimanfaatkan untuk hafalan ayat-ayat al-Quran dan tadabbur.
Setiap tip diakhiri dengan Ledakan Kecemerlangan yang mengetengahkan cadangan untuk mengaplikasi tip tersebut dalam kehidupan.
Tajuk buku: Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran
Thursday 25 June 2020
Kembara Menuju Allah, Buku Terbaharu Ustazah Asma' Harun
Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.
Pengajian ustazah bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Al-Azhar Mesir, dan Open Univercity Malaysia (OUM). Doakan rezeki ustazah ke Ph.D. Insya Allah.
Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Penolong Pengarah Bahagian Halal. Ustazah meletakkan jawatan pada tahun 2017.
Ketika umur ustazah 22 tahun, saatnya Allah temukan ustazah dengan seorang lelaki, suami, dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu. Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah. Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, ustazah dan suami dikurniakan Allah 7 orang anak, iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah. Atas-atas kebaikan yang Allah beri kepada Ustazah melalui mereka, Ustazah pun mahu lakukan yang sama.
SubhanAllah, ustazah hanya orang biasa-biasa sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran apabila ustazah melakukan kesalahan.
"Ya, Allah. Aku Rindu Kepada-Mu."
Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.
Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.
"Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri."
"Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur." - Surah Al-Baqarah, ayat 152.
Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.
"Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia."
Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup.
Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.
"Ya Allah. Kepada-Mu Aku Kembali."
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.
"Ya Allah, Aku Bersyukur Engkau Menciptakan Aku."
Sudah dinyatakan syurga itu untuk manusia yang beriman. Manusia itu wujud setelah lahir ke dunia.
Tiada yang bernama manusia jika ia tidak pernah hadir ke dunia.
"Ya Allah, Hanya Engkaulah Pemberi Rahmat."
Dunia ini penuh dengan perangkap. Kita perlu lekas berhati-hati. Banyak perkara yang mengaibkan di dunia, sebenarnya menyelamatkan aibmu dibuka di akhirat kelak.
Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah.
LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE
FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore