Wednesday 19 November 2014

Amalan DUS untuk Mengetuk Pintu Rezeki

Tadi sempat tengok video Tanyalah Ustaz. Yang versi lama pun. Tapi tajuk Mengetuk Pintu Rezeki bila2 pun boleh tengok kan. Tak kisah baru ke lama.

Ustaz nye Ustaz Hanafiah Abd Malek.

Banyak yang dia cerita, tapi yang paling saya ingat - untuk ketuk pintu rezeki, amalkan DUS.

DUS tu apa dia?

D tu Doa. Nak rezeki masuk kena banyak berdoa. Ustaz tu kata, masukkan doa dhuha dalam doa kita. Saya memang suka sangat doa dhuha cuma kadang termiss bila kat ofis. Dia kata kalau buat solat dhuha paling bagus tapi kalau tak, masukkan doa tu sebagai salah satu doa lepas solat. Kan power doa dhuha tu.

U tu Usaha. Dah tentu la kena usaha untuk cari rezeki. Mana la rezeki nak datang bergolek macam tu je. Kena kerja... tapi berapa banyak rezeki yang dapat itu Allah yang tentukan. Yang penting kita kena usaha dulu untuk cari rezeki tu.

S tu Sedekah. Haa ni memang banyak ditekankan dalam mencari rezeki. Yang mana kena banyak bersedekah untuk lebih banyak rezeki bertandang. Masa kita sempit pun kena sedekah setakat yang kita ada.. sebab Allah akan gandakan balasannya. Tak mesti duit, kadang makanan ke, tempat berteduh ke. Kecil pada kita, besar pada orang yang menerima. Dan dalam gaji kita, ada bahagian yang bukan kita punya. Jadi kena sedekah.

Tu antaranya yang saya ingat. Rezeki bukan duit sahaja ya. Kesihatan, kebahagiaan pun rezeki. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah.