Wednesday 16 May 2018

Sudah-sudahlah Tertipu, Menipu, Ditipu

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Dengan kemajuan teknologi dan kepantasan memperoleh maklumat zaman kini, dalam tak sedar ada sebilangan kita mengambil kesempatan dan menyebarkan sesuatu info tanpa menyiasat atau mengkajinya terlebih dahulu.

Ada maklumat yang disalin tampal semata, ada yang dicedok daripada sumber yang tak sahih atau misleading, ada juga yang direka-reka.

Paling bahaya, maklumat berkaitan kesihatan atau penyakit. Salah makan ubat, salah fakta atau salah pilih rawatan memang mengundang tragedi.

Buku Sudah-sudahlah Tertipu, Menipu dan Ditipu ini, yang ditulis oleh tim Root of Science, memberi pencerahan dan penerangan yang banyak berkaitan sains yang sering disalah anggap atau salah faham.

Kita dimomokkan dengan makan chia seed untuk kurus, minum teh rerama untuk cegah kanser, penggunaan foot patch untuk nyahtoksin.

Benarkah semua ini?

Dalam buku ini ada penjelasannya. Ringkas dan mudah difahami kerana maklumat diterangkan dalam bahasa orang awam.

Turut dijelaskan sebab rumah kita panas dan cara mengatasinya, penggunaan madu untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain lagi isu yang sering dimainkan oleh penjual namun sebenarnya tidak betul dan berasas.

Rujukan yang perlu ada di setiap rumah supaya setiap ahli keluarga cakna dan berhati-hati.

Tajuk: Sudah-sudahlah Menipu, Tertipu, Ditipu

Penulis: Tim Root of Science

Harga: RM15

Penerbit: PTS

Tuesday 8 May 2018

No PC, No Jolok! Kongsi Kisah Wartawan

Ulasan buku oleh: Hifzaila Hafni


Buku No PC, No Jolok! ini hasil tulisan Syahril A. Kadir, Shafizan Johari dan Ali Imran.
Tuan Syahril kongsi pengalaman jadi wartawan jenayah. Seram baca bab banduan kena sebat. Dia dijemput tengok secara live cara banduan dikenakan hukuman sebatan.
Tuan Shafizan kongsi cerita cover story peringkat antarabangsa. Pengalaman dia di Davos, menahan kesejukan demi berita. Pengalaman penuh emosi saat cover story tentang kehilangan MH370.


Tuan Ali Imran, wartawan awam yang banyak kongsi kisah masyarakat. Kisah yang kita anggap biasa tapi diangkat menjadi rencana sekaligus beri kita sudut pandang yang berbeza tentang sesuatu isu.
Paling suka cerita Ejen Pondok. Betapa masih ada golongan warga emas yang masih sihat bekerja, bukan untuk duit semata tetapi lebih kepada membantu rakan seusia.
Oh cerita pasal bekas ahli parlimen Kepong juga! Bagus dibaca oleh calon dan bakal calon PRU. Hehe
Para wartawan, teruskan berkongsi dan bukukan pengalaman. Kadang-kadang pembaca nak tahu bukan sekadar berita yang dilaporkan tapi kisah di sebaliknya.
Buku inilah salah satunya. Semoga ada sambungan atau buku seumpamanya lagi pada masa akan datang.


Lihat katalog buku di: semuanyabuku.com Order buku: Whatsapp 019-4603094