Wednesday 19 November 2014

Amalan DUS untuk Mengetuk Pintu Rezeki

Tadi sempat tengok video Tanyalah Ustaz. Yang versi lama pun. Tapi tajuk Mengetuk Pintu Rezeki bila2 pun boleh tengok kan. Tak kisah baru ke lama.

Ustaz nye Ustaz Hanafiah Abd Malek.

Banyak yang dia cerita, tapi yang paling saya ingat - untuk ketuk pintu rezeki, amalkan DUS.

DUS tu apa dia?

D tu Doa. Nak rezeki masuk kena banyak berdoa. Ustaz tu kata, masukkan doa dhuha dalam doa kita. Saya memang suka sangat doa dhuha cuma kadang termiss bila kat ofis. Dia kata kalau buat solat dhuha paling bagus tapi kalau tak, masukkan doa tu sebagai salah satu doa lepas solat. Kan power doa dhuha tu.

U tu Usaha. Dah tentu la kena usaha untuk cari rezeki. Mana la rezeki nak datang bergolek macam tu je. Kena kerja... tapi berapa banyak rezeki yang dapat itu Allah yang tentukan. Yang penting kita kena usaha dulu untuk cari rezeki tu.

S tu Sedekah. Haa ni memang banyak ditekankan dalam mencari rezeki. Yang mana kena banyak bersedekah untuk lebih banyak rezeki bertandang. Masa kita sempit pun kena sedekah setakat yang kita ada.. sebab Allah akan gandakan balasannya. Tak mesti duit, kadang makanan ke, tempat berteduh ke. Kecil pada kita, besar pada orang yang menerima. Dan dalam gaji kita, ada bahagian yang bukan kita punya. Jadi kena sedekah.

Tu antaranya yang saya ingat. Rezeki bukan duit sahaja ya. Kesihatan, kebahagiaan pun rezeki. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah.

Wednesday 30 July 2014

Selamat Hari Raya 2014/1435H

Akhirnya tiba hari raya, dan kita sudah pun tiba di hari ketiga Syawal.

Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Terima kasih kepada semua pelanggan dan kawan-kawan. Teruskan sokongan anda. Insha Allah produk akan ditambah dari masa ke masa.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga.

Thursday 26 June 2014

Kurma Walnut dan Badam



Tempahan Kurma Walnut Ahmad dan Kurma Badam Akbar:

 DITUTUP buat sementara waktu.

Harap maklum.


Tuesday 3 June 2014

Kuih Raya Edisi 2014


Kuih Raya 2014! 

Edisi terbaharu yang sedap dan menceriakan Hari Raya anda.


Contoh sampel saiz sebenar - dibungkus satu-satu dalam plastik


Sampel kuih raya


Senarai Kuih Raya 

Cornflakes Rocher
(50 biji sebalang)


Almond Biscotti
(+- 230 gm sebalang) 


Black Beauty
(50 biji sebalang)

Cheddar Cheese Pineapple Tart
(50 biji sebalang)
*Recommended
Alamanda Cookies
(50 biji sebalang)
Crunchy Chocolate Chip
(50 biji sebalang)


Melting Moments
(50 biji sebalang)
*Recommended - ala2 kuih makmur

Lavish Hazelnut
(50 biji sebalang)

Almond Butterscotch Pretzel
(50 biji sebalang)


Crunchy Snap
(+- 230 gm sebalang)
*Recommended

Chocolate Strawberry
(50 biji sebalang)

Sunflower Seed Cookies
(50 biji sebalang)

Bangkit Cheese
(50 biji sebalang)
*Recommended


Almond Toasted Coconut
(50 biji sebalang)
*Maap visual kurang memuaskan*


Mocha Nestum
(50 biji sebalang)

Sampel semua jenis kuih raya

Penghantaran PERCUMA untuk tempahan 4 balang ke atas.

Servis penghantaran hanya ditawarkan di sekitar kawasan berikut SAHAJA.

Kota Kemuning
Shah Alam
Petaling Jaya Selatan
Sepang
Salak Tinggi
KLIA


Untuk pertanyaan harga dan tempahan, hubungi:
Hifzaila Hafni
hifzaila.hafni@gmail.com
019-4603094