Friday, 24 January 2025

Kata-kata Hikmah dalam Hiduplah untuk Hari Ini


Teks & Foto: Kak Hif



Mencari ketenangan di celah kegelisahan. Kak Hif yakin banyak dalam kalangan kita yang sangat perlukan ini.

Rutin harian yang sibuk, tuntutan keluarga dan kerja -- jika tidak diurus dengan bijak dan berhemah akan mempengaruhi kesihatan kita secara tak langsung.

Kak Hif ambil masa agak lama untuk selesai baca naskhah ini sebab tebal bukunya, hampir 450 muka surat. Tapi alhamdulillah, habis juga. 

Tip nak konsisten baca sampai habis: baca 1-2 muka surat setiap hari, selepas solat Subuh atau sebelum mula kerja. 

Antara kata-kata hikmah yang Kak Hif petik dalam buku ini, mudah-mudahan dapat menenangkan kekacauan jiwa, meredakan gelisah dan gundah-gulana, sekaligus memberi semangat baharu menghadapi sebarang ujian yang datang.


Kata-kata hikmah dalam buku ini:

1. Kebenaran akan tetap menjadi kebenaran meskipun disampaikan oleh orang yang menentang kebenaran. (Ms 24)

Kredit: Ustaz Dr Idris Sulaiman


2. Perubahan bermula dari dalam diri sendiri! (Ms 34)

Kredit: Pondok Pesantren Qotrun Nada


3. Tidak ada tempat di dunia ini bagi para pemalas. Orang yang hanya duduk berdiam diri mustahil akan diberi kekuatan untuk melangkah, apatah lagi untuk berlari. (Ms 34)

Kredit: Muslimah HTM News


4. "Sungguh Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar pelaku keburukan pada siang hari dapat memohon ampunan kepada-Nya, dan membentangkan tangan-Nya pada siang hari agar pelaku keburukan pada malam hari dapat memanjatkan taubat kepada-Nya. - Riwayat Muslim. (Ms 35)

Kredit: Sirap Limau


5. Setiap saat kita mesti menilai dan memperhitungkan kembali segala aktiviti dan pekerjaan yang rutin kita lakukan agar ketenangan dan kebersihan jiwa kita tetap terjaga. (Ms 39)


6. Allah tetap akan memberikan ampunan-Nya apabila kita mendatangi-Nya dengan tulus dan lurus. (Ms 41)


7. Agama serupa makanan bagi tubuh yang berfungsi menjaga kelangsungan hidup dan keberadaannya. (Ms 43)


8. "Allah lebih gembira atas taubat hamba-Nya melebihi kegembiraan orang itu yang mendapati kembali haiwan tunggangannya." - Riwayat Muslim. (Ms 44)


9. Taubat yang membuat Allah gembira adalah kemenangan manusia melawan pelbagai sebab ketidakberdayaan dan kelemahan. Taubat ialah kejayaan memusnahkan virus kehinaan dan kemaksiatan, serta kebebasan dari belenggu nafsu. Taubat ialah keteguhan manusia menapaki jalan keimanan dan kebaikan. Taubat ialah kedewasaan dan kematangan mengikuti jalan petunjuk. (Ms 45)

Kredit: Radio Republik Indonesia


10. Taubat ialah kehidupan baru setelah jatuh terhina, peralihan yang akan mengubah bahagian-bahagian jiwa menjadi lebih baik. (Ms 46)


11. Orang yang mendapat petunjuk dan kemudian mengikutinya bererti telah mencapai fasa terakhir taubat yang sebenarnya. (Ms 47)


12. Taubat menuntut seseorang memperbaharui dirinya, menyusun kembali jalan hidupnya, memulai hubungan baru dengan Tuhannya dengan amal kebaikan dan doa ini (penghulu istighfar):

"Ya Allah, Engkau Tuhanku. Tiada Tuhan selain Engkau. Engkau menciptakanku dan aku hamba-Mu. Aku terikat oleh janji dan sumpahku kepada-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang telah kuperbuat. Aku mengakui seluruh nikmat-Mu kepadaku dan mengakui seluruh dosaku kepada-Mu. Ampunilah aku, kerana tiada yang mampu memberi ampunan selain Engkau." - Riwayat al-Bukhari  (Ms 48) 

Kredit: JAKIM





Judul: Hiduplah untuk Hari Ini (Pautan Shopee: KLIK SINI)
Prakata: YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (bekas Menteri Agama dan Mufti Wilayah)
Pencetak: Mihas Grafik Sdn. Bhd.
Genre: Tarbiah, Motivasi
Jumlah muka surat: 453




LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE  FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore 

Saturday, 11 January 2025

Tulis dan Terbit E-book Sendiri, Langkah Demi Langkah

Zaman sekarang, nak menulis dan terbit buku sendiri tidaklah semudah yang disangka. 

Hakikatnya mahu menerbitkan buku sendiri perlukan banyak proses dan untuk berjaya sebagai penulis buku, kena faham dan hadam banyak proses.

Untuk yang mahu bermula, boleh gunakan media sosial, blog atau e-book terlebih dahulu untuk menyimpan idea, bahan penulisan dan gambar.



Kredit foto: MozartCultures



Apabila sudah banyak bahan terkumpul, boleh susun bahan dan tentukan topik yang ingin difokuskan dalam satu e-book.

Banyak cara untuk wujudkan bank penulisan, salah satu ialah blog.

Di blog melalui platform Blogger (Blogspot), selain percuma, ia mudah digunakan untuk merangka kerja penulisan.

Penulis boleh menulis dari mana-mana bab (tak mengikut turutan) -  jika topik bukan fiksyen. Selesai sebilangan entri, boleh kelaskan dan susun mengikut bab.

Selain itu, blog juga mudah diakses melalui gajet yang kita gunakan, di mana saja. Melalui aplikasi atau di laman web. Kebarangkalian untuk bahan hilang adalah minimum, sekaligus hasil kerja tersimpan dengan baik.

Bagaimana kalau bahan yang ditulis adalah rahsia atau tidak boleh dikongsi pada masyarakat umum?

Set sahaja blog kepada 'private'. Hanya penulis saja dapat akses. Jadi rahsia bahan penulisan tetap selamat di situ.

Belajar tulis dan terbit e-book sendiri, langkah demi langkah dengan Modul Tulis dan Terbit E-book Sendiri.

*Panduan mula menulis
*Cara menetapkan bab
*Strategi tetap menulis hingga siap
*Trik konsisten menulis setiap hari walaupun buntu
*Cara membangunkan manuskrip melalui entri di blog
*Panduan mereka cover e-book sendiri
*Panduan asas penyuntingan kendiri



Hanya RM50 untuk pakej modul ini. 

Akan dapat 3 e-book BONUS juga.
 
 
Boleh KLIK SINI untuk dapatkan modul ini sekarang!



LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE  FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore 

Wednesday, 8 January 2025

Ulasan Buku: Anekdot Jalanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA)

Teks & Foto: Kak Hif




Perkara yang kita nampak di jalanan - budak², gelandangan, sendirian, pekerjaan rencam, lorong gelap dan sempit - semua ada kisahnya tersendiri.

Ada perkara yang berlaku disebabkan desakan hidup. Ada yang berlaku disebabkan pilihan sendiri. Ada yang terpaksa hadap sebab tak ada pilihan. Ada yang (mungkin) tak mahu berubah.

Yang pasti, semua pun nak pengakhiran yang baik. Dan tetap perlu bantuan dan sokongan untuk terus hidup.

Di sebalik pesatnya dan sibuknya Kuala Lumpur, Chow Kit, Bukit Bintang dan Lorong Hj Taib yang kita biasa dengar - rupanya ada banyak kisah dan sejarah di sebaliknya.

Yang kita nampak bangunan gah, gedung mewah -- tapi terkandung juga lorong sempit, hitam dan gelandangan dengan kehidupan yang sama sekali berbeza.

Perkara yang kita nampak di jalanan - budak², gelandangan, sendirian, pekerjaan rencam, lorong gelap dan sempit - semua ada kisahnya tersendiri.




Ada perkara yang berlaku disebabkan desakan hidup. 
Ada yang berlaku disebabkan pilihan sendiri. 
Ada yang terpaksa hadap sebab tak ada pilihan. 
Ada yang (mungkin) tak mahu berubah.

Yang pasti, semua pun nak pengakhiran yang baik. 
Dan tetap perlu bantuan dan sokongan untuk terus hidup.




Satu lagi, betapa guru berperanan penting dalam hidup anak murid. Lihat saja pengaruh Puan Badariah kepada kemenjadian ZRA, kecintaannya kepada sejarah. 

Betapa buku mampu menyelamatkan seseorang daripada menyimpang dan memberi pertimbangan rasional untuk buat keputusan hidup. 

Ilmu - boleh diperoleh dari segenap cara; 
melalui anak kecil, 
melalui pengalaman,
melalui kesempitan hidup,
melalui kisah hidup orang sekeliling.

Bahan yang dibaca memang mampu mencorak pemikiran dan cara penulisan kita. Jadi pilihlah bahan bacaan yang membuatkan diri kita lebih baik.

Sedap baca tulisan ZRA. Sebagai wartawan, orang sastera, bahasa dia ringkas tapi mendalam. Apa yang nak disampaikan tu straight forward je tapi tetap halus dan beradab.

Mengajar kita belas ihsan, berperikemanusiaan dan bersikap empati.

Lepas baca buku ni, Kak Hif pun terasa nak baca Bumi Manusia (Pramoedya Ananta Toer) dan Nectar in a Sieve (Kamala Markandaya). Selain tu, nak baca balik buku Azizi Hj Abdullah dan Shahnon Ahmad juga.




Judul: Anekdot Jalanan (dapatkan naskhah kalian DI SINI)
Penerbit: Tentang Kita (dapatkan buku-buku terbitan Tentang Kita DI SINI)
Pencetak: Bookhero 
Jumlah ms: 268






LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE  FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore 

Friday, 3 January 2025

Amalan Wanita Haid Ketika Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan

Teks: Kak Hif

Kita sudahpun masuk bulan Rejab, bermakna tidak lama lagi kita akan bertemu Syaaban dan Ramadan, insya-Allah.

Adapun banyak amalan yang dianjurkan dilakukan ketika Rejab, bolehkah wanita haid turut sama meraih pahala?

Dah tentu boleh.

Ini Kak Hif kongsikan antara amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang uzur syarie ketika dalam bulan Rejab, juga boleh diamalkan dalam bulan-bulan lain.

Wanita haid boleh melakukan ibadah yang tidak memerlukan syarat suci daripada hadas, kerana definisi ibadah adalah seluruh perkara yang dicintai dan diredai Allah, sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan, zahir ataupun batin.

Amalan Hati (Qalbiyah)


1. Menghadirkan keikhlasan

Ikhlas menjalani tempoh haid, ikhlas meninggalkan segala larangan semasa haid. Meninggalkan puasa dan solat semasa haid menunjukkan ketaatan kepada perintah Allah dan dikira sebagai ibadah - iaitu mentaati perintah menjalani ibadah dengan ikhlas.

2. Berasa diawasi Allah

Akan menimbulkan sifat malu melakukan dosa kepada-Nya. Hanya lakukan perkara-perkara yang dibenarkan dan meninggalkan larangan-Nya ketika haid.

3. Muhasabah

Mengisi waktu dengan muhasabah diri. Adakah berlaku peningkatan ilmu atau tidak? Cara melakukan muhasabah? Menurut Ibnu Qayyim, muhasabah adalah menghitungkan segala keadaan sebelum melakukan dan meninggalkan sesuatu. Ia dilakukan pada perkara yang berkait dengan hati mahupun perbuatan anggota badan sehingga jelas perkara yang sepatutnya dikerjakan dan ditinggalkan.

4. Mujahadah

Kesungguhan memerangi nafsu. Ketika haid, wanita sangat cenderung bersikap malas. Seharusnya wanita haid perlu berusaha mengisi waktu dengan aktiviti yang dinilai sebagai ibadah (contohnya berzikir).

5. Meniatkan rutin harian sebagai ibadah

Menambah dan memperkuat ketaatan kepada Allah, termasuk sebagai ibadah juga. Niat tidur dan makan sebagai menambah ketaatan kepada Allah juga beroleh pahala. 

Amalan baik termasuk pelbagai aktiviti fitrah manusia seperti makan, minum, tidur, berkumuh dan sebagainya. Setiap amalan ini diganjarkan pahala sekiranya diniatkan kerana Allah.

Amalan Lisan


Wanita haid boleh melakukan ibadah lisan (menyebut zikir kepada Allah). Berzikir tidak disyaratkan suci daripada hadas besar.

1. Membaca zikir mutlak

Zikir yang tidak dibatasi oleh waktu, jumlah atau tatacara tertentu. 

Contoh zikir:

  • tasbih (Subhanallah), 
  • tahmid (Alhamdulillah), 
  • takbir (Allahuakbar) dan 
  • tahlil (La ilaha illallah).

Rasulullah SAW mengkategorikan zikir ini sebagai sedekah. Wanita haid bebas mengamalkan zikir ini sepanjang tempoh haid. Boleh dibaca bila-bila masa.

2. Membaca zikir muqayyad

Zikir yang pelaksanaannya dibatasi waktu, benda, jumlah bacaan dan tempat tertentu. 

  • Membaca subhanallah wa bihamdih (100 kali sehari) - diampunkan kesalahan seperti buih di lautan
  • Membaca laa ilaha illallah wahdahu la syarika lahu (10 kali sehari) - peluang meraih pahala seperti memerdekakan 4 orang budak
  • Membaca istighfar pada waktu sahur/sebelum azan Subuh (sebanyak yang boleh) - memohon ampunan atas segala dosa
  • Membaca zikir pagi, selepas waktu Subuh hingga terbit matahari 
  • Membaca zikir petang, selepas waktu Asar hingga terbenam matahari
  • Membaca zikir sehari semalam - bertasbih ketika matahari meninggi, setiap kali keluar masuk tandas, zikir keluar masuk rumah, zikir sebelum dan selepas makan, zikir sebelum dan setelah bangun tidur

Contoh zikir dan ayat doa secara lengkap dan terperinci boleh rujuk buku Amalan 24 Jam Wanita Haid terbitan PTS.

Amalan Badan


1. Senyum

2. Membantu orang lain
  •     Membantu menaiki kenderaan
  •     Menunjukkan jalan
  •     Memberikan air minuman
  •     Memberikan pinjaman

3. Hadir majlis ilmu

4. Taat kepada suami

5. Bercinta dengan suami (bercium, bersentuhan, berpelukan dibenarkan. Berhubungan badan/jimak adalah DILARANG)

6. Menjauhi perbuatan yang tidak bermanfaat

Ibadah dengan Harta


1. Mengeluarkan zakat, infak, sedekah

Ibadah dengan Akal


1. Berfikir dan merenung bukti penciptaan Allah untuk meningkatkan keimanan. 


Nota:

Jujurnya Kak Hif suka buku panduan ringkas ini sebab isinya padat dan mudah diikuti. Biarpun nipis tapi penuh maklumat dan mudah dibawa ke mana-mana, maknanya sangat praktikal untuk wanita terus menambah dan mengekalkan keimanan walaupun sedang haid. 





Zikir dan doa juga disertakan, boleh terus baca sahaja tanpa perlu guna buku zikir/doa yang berasingan.

 




Rujukan:
Amalan 24 Jam Wanita Haid, Fahrur Muis, PTS Islamika

Boleh dapatkan buku ini DI SINI.



========================================================================







Siri: Amalan Wanita Solehah
Judul: Amalan 24 Jam Wanita Haid
Penulis: Fahrur Muis
Penerbit: PTS Islamika, 2019
ISBN: 978-967-366-117-6
Jumlah halaman: 104


Setelah membaca buku ini, anda akan mengetahui dengan lebih jelas perkara berikut:

  • Haid pada Pandangan Islam
  • Haid dari Sudut Perubatan
  • Larangan untuk Wanita Haid
  • Mengapa Berlaku Penurunan Iman ketika Haid
  • Persediaan Menghadapi Haid
  • Amalan Pilihan ketika Haid (disertakan zikir, doa sebagai panduan)

Boleh dapatkan buku ini DI SINI.



LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE  
FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore 

Tuesday, 1 October 2024

Tahan dan Tenang Nanti Datang Senang (Ustazah Nuraini Shahbuddin @journalingbonda)

Kak Hif nak kongsi satu buku berkenaan al-Quran yang sangat sangat mesra pembaca. Grafiknya cantik, kemas tersusun dan mudah difahami.

Warnanya pun ceria dan bersemangat untuk pembaca lebih memahami isi kandungan Quran dengan cara yang santai tetapi padat.

Buku  ini hasil nota Ustazah Nuraini Shahbuddin melalui IG @journalingbonda. Tajuk buku ini adalah Tahan dan Tenang, Nanti Datang Senang.

 




Buku ini mengandungi 40 infografik tadabbur dan huraian ayat al-Quran yang dapat dijadikan inspirasi dan motivasi bagi seorang hamba dalam meniti perjuangan kehidupan.

Buku ini juga dilengkapi ruangan DIY Tadabbur beserta panduan, dilampirkan istimewa buat para pembaca agar berpeluang mentadabbur lebih banyak lagi ayat al-Quran yang boleh dijadikan inspirasl kehidupan.


























LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE 
FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore