Sunday 31 December 2017

Azam Buku 2018

Dalam banyak-banyak azam tahun baru, ada terselit azam nak baca lebih banyak buku?

Atau nak tambah koleksi buku dan kembangkan mini library?

Mahu lebih idea, mahu lancar menulis - perlu banyak membaca. Boleh mula dengan langkah yang kecil-kecil saja dahulu. Tak usah banding diri dengan orang lain yang boleh baca beratus buku setahun sedangkan kita 1 buku seminggu pun belum mampu.

Boleh cuba baca 1 buku sebulan. Setahun akan baca 12 buku.

Upgrade sikit, 1 buku seminggu. Setahun dapat 52 buku.

Yang penting, gerak dulu. Tabiat akan datang menyusul.

Selamat membaca 2018!

Friday 29 December 2017

Majalah Digital Selesaikan Masalah Majalah Habis di Kedai, Tak Sempat Beli

Terlepas sesuatu isu majalah kegemaran,  tak sempat beli tapi dah habis di kedai - masalah ini mudah saja diatasi bila ada MAJALAH VERSI DIGITAL.

Boleh dibaca dan diakses bila-bila masa, apa saja isu yang ada dalam katalog dan  tak perlu membawa naskhah fizikal ke sana ke mari. Cukup setakat gajet pintar.

Kandungan versi digital juga sama seperti apa yang terkandung dalam majalah versi cetak. Bezanya cara kita membacanya.

Dengan harga langganan yang kurang daripada RM100 setahun, kita dapat akses kepada antara majalah digital Islamik terbaik di Malaysia.

Klik di SINI untuk membuat langganan terus majalah digital SOLUSI atau AL-USTAZ.

Reviu Buku Mudahnya Hafal Al-Quran dengan Kaedah Jibril

Reviu buku oleh Hifzaila Hafni

Buku ini walaupun kecil dan hanya 166 muka surat sahaja namun penerangannya padat dan mudah difahami.

Berwarna keseluruhannya, dengan teks yang dipersembahkan dalam bentuk grafik menarik minat untuk kita terus membaca.

Buku ini ditulis oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz, yang memperkenalkan kaedah Jibril untuk memudahkan umat Islam menghafal Al-Quran.

Bab-bab terawal Ustaz menceritakan kepentingan menghafal Al-Quran dan juga berkongsi pengalaman beliau menjadi hafiz, serta bagaimana beliau bermula.

Apa yang saya suka kongsikan di sini, menjadi penghafaz Quran tidak semestinya harus bermula di usia muda saja, jika sudah berusia 40 tahun juga tidak menjadi masalah.

Melalui kaedah hafalan yang dikongsikan dalam buku ini, di usia berapa juga boleh bermula dan menghafal.

Buku yang komprehensif, ringkas dan praktikal ini sesuai bagi mereka yang berniat mahu mula menghafal Al-Quran dengan cara yang mudah.

Berdasarkan pengalaman Ustaz Asraff yang sudah lebih 15 tahun mengendalikan seminar dan bengkel berkaitan Al-Quran, boleh dikatakan buku ini harus menjadi pilihan mereka yang ingin mula mendalami dan menghafal Al-Quran.

=================================

Tajuk: Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril

Penulis: Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

Harga: RM16 tak termasuk pos

Ingin mendapatkan buku ini, boleh Whatsapp terus ke 019 460 3094.


Wednesday 6 December 2017

Resipi Kebab Ayam

Musim cuti sekolah begini, mesti anak-anak asyik nak makan saja, bukan?

Ibu-ibu pun dah buntu nak masak apa lagi.

Boleh cuba menu kebab ayam ni. Boleh dijadikan menu minum petang atau piknik.

Mudah, lazat dan berkhasiat.

Menu dipetik daripada buku Resipi Alergi oleh Nazihah Nasir.

Banyak lagi menu dalam buku ini yang khusus kepada golongan yang alergi kepada gluten, bahan tenusu dan telur.

Jadi, mereka yang alah kepada telur masih boleh makan kek, mereka yang alah terhadap tepung gandum masih boleh menikmati kuih-muih.

Berminat untuk dapatkan buku ini, hanya RM35 termasuk pos.

Boleh Whatsapp ke 019 4603094 untuk pembelian.

Saturday 2 December 2017

Foto Hebat dengan Kamera Kompak

Sinopsis

Merakam foto bukannya mudah seperti yang disangka. Kadang kala, hasil foto yang dirakam tidak sempurna dan kurang menarik.

Oleh itu, sebagai pengguna kamera kompak yang setia, kita perlu menguasai teknik-teknik penggunaan kamera kompak supaya hasil foto yang dirakam tampil jelas, menarik dan hebat.

Teknik asas mempelajari penggunaan kamera kompak adalah mudah. Begitu jua dengan merakam foto menggunakan kamera handfon.

Sesudah menguasai teknik penting ini, kita dapat mengaplikasikannya bagi merakam pelbagai suasana menarik sama ada ketika beriadah, menghadiri majli-majlis dan sebagainya.

Bagi yang mempunyai kamera kompak, pastikan bateri adalah penuh, memori kad dikosongkan serta peralatan tambahan lain tersedia sebelum memulakan proses merakam.

Seterusnya, praktikkan tip-tip dan trik yang dipelajari dari buku ini semasa merakam foto. Bagi meningkatkan lagi kualiti, foto itu boleh disunting menggunakan perisian pengeditan foto digital melalui komputer peribadi.

Akhirnya, hasil foto menjadi menarik sebagaimana hasil fotografi profesional!

================================

Bab 1: Pengenalan 1

Meneroka Kamera Kompak 2

Memilih Kamera yang Sesuai 7

Fungsi Kamera Kompak 12

Aksesori Kamera Kompak 16

Bab 2: Memahami Teknik Fotografi 19

Mengendali Kamera Kompak 20

Merakam Foto Melalui LCD 22

Fokus, Kemudian Rakam 25

Zoom Optikal vs Zoom Digital 28

Memilih Mode Rakaman 29

Mode Semi-Automatik 34

Mode Manual 35

Memahami Apertur 36

Menguasai Shutter Speed 39

Mengetahui Sensitiviti ISO 42

Menguruskan Exposure 44

Memanfaatkan Lampu Flash 48

Fungsi White Balance 51

Bab 3 : Foto Hebat dengan Kamera Kompak 55

Foto Berkualiti dengan Langkah Mudah 56

Memeriksa Histogram 59

Trik Pantas Foto Menarik 60

Merakam Objek Bergerak 65

Kreatif dengan Kamera Handfon 68

Bab 4 : Mengedit Foto 71

Meningkatkan Kualiti Foto 72

Mengedit Exposure dan Warna 73

Meminimumkan Noise 78

Mendapatkan Foto yang Jelas 80

Memilih White Balance 82

Tentang Penulis 85

============================

Tajuk: Foto Hebat dengan Kamera Kompak

Harga: RM20 termasuk pos

Whatsapp 019 4603094

Perisian Hebat untuk Desain dan Foto

Sinopsis

Berminat dengan fotografi?

Berminat untuk membuat desain tetapi tidak mahu perisian yang sukar dan mahal?

Suka mencuba sesuatu yang baru?

Buku "Perisian Hebat untuk Desain dan Foto" ini ada penyelesaiannya.

Ia memuatkan 20 perisian yang mudah didapati di Internet. Ia juga mudah di-download dan dipasang ke dalam komputer.

Semua perisian ini mudah digunakan dan panduan langkah demi langkah ada dinyatakan di dalam buku ini.

Kita tidak perlu lagi membeli perisian yang mahal dan sukar digunakan apabila membaca buku ini.

Buku ini menjelaskan banyak tool yang diperlukan untuk keperluan desain dan foto sehingga kita dapat menjadi kreatif dan inovatif mengolah foto-foto keluarga, foto perniagaan dan apa pun gambar yang dimiliki.

Selamat mencuba. Klik!

=================================

Tajuk: Perisian Hebat untuk Desain dan Foto

Harga: RM20 termasuk pos

Whatsapp 019 460 3094

Fotografi Gaya Mukmin

Sinopsis

Buku ini menceritakan tentang bagaimana menjadi juru foto yang beribadah kepada Allah s.w.t.

Kebiasaannya masyarakat hanya tahu juru foto hanya mengambil semata-mata sekeping gambar.

Namun, buku ini merungkai bagaimana sekeping gambar yang diambil oleh juru foto boleh mendekatkan seseorang dengan Tuhannya.

Fokus pada penulisan ini bukanlah tentang teknikal dalam bidang fotografi.

Ia menjurus ke arah perbincangan fikah tentang fotografi dan hukum-hukum bidang ini yang menjadi kemusykilan terhadap segelintir jurufoto-jurufoto Muslim.

Antara topik menarik buku ini:

Betulkah pencipta kamera pertama adalah Muslim?

Bolehkah saya berkhidmat sebagai jurufoto perkahwinan?

Bagaimana sekiranya model itu tidak menutup aurat?

Apakah jenis gambar yang terbaik dalam Islam?

Kenapa perlu menjaga adab ketika mengambil gambar?

"Doh kalu nak nak tahu lebih, kena beli bace la..."

=================================

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

Fakta / Tahukah Anda

Sejarah Optik / Lensa / Kanta

BAB 1: ISLAM DAN FOTOGRAFI

Hadith

Al-Quran

BAB 2: FIKAH DALAM FOTOGRAFI

a. Pengenalan Asas Usul Fikah

Sumber Penetapan Hukum Fikah & Usul Fikah

b. Asas Kaedah Usul Fikah Serta Kaitan dengan Fotografi

c. Pandangan Umum Para Ulama Tentang Fotografi

Permasalahan dalam Fotografi Potret dan yang Berkaitan dengannya

Permasalahan dalam Fotografi Perkahwinan dan yang Berkaitan dengannya

Upah Jurugambar

BAB 3: GAMBAR YANG TERBAIK DALAM ISLAM

Fotojurnalisme/Foto Kewartawanan

Contoh foto

Kenapa foto ini terbaik?

Hikmah merakam gambar seperti ini

Hadith yang menyokong

Lanskap / Alam Semula Jadi

Contoh foto

Kenapa foto ini terbaik?

Hikmah merakam gambar seperti ini

Hadith yang menyokong

Makro / Close up

Contoh foto

Kenapa foto ini terbaik?

Hikmah merakam gambar seperti ini

Hadith yang menyokong

Seni Bina

Contoh foto

Kenapa foto ini terbaik?

Hikmah merakam gambar seperti ini

Hadith yang menyokong

BAB 4: ADAB / ETIKA DALAM FOTOGRAFI

=================================

Tajuk: Fotografi Gaya Mukmin, Panduan Fikah Seni Foto

Penulis: Ustaz Azhar Idrus, Imran Burhanuddin

Harga: RM20 termasuk pos

Whatsapp 019 4603094