Monday 26 September 2016

Peluang Bersedekah

Menurut Za'ba dalam bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, berkenaan sedekah:

"Di sini eloklah juga diambil ingatan bahawa yang dikatakan 'sedekah' itu bukanlah sahaja sedekah memberi-beri wang dan barang kepada orang susah seperti yang perkataan itu bermakna dalam Bahasa Melayu.

Misal perbuatan bukanlah mesti yang besar-besar sahaja, samalah perkara-perkara yang kecil pun:

- membuang duri atau paku atau najis dari tengah jalan; dan
- seperti menunjukkan muka manis atau senyum kepada orang kecil, orang miskin dan orang yang ketakutan; juga
- seperti mengucapkan sepatah dua kata yang lembut dan bertimbang rasa kepada orang sakit, orang kematian, kehilangan atau kemalangan.

Demikian pula menolong binatang yang kesusahan.

Semuanya daripada jenis sedekah belaka, dari yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya."

---

Jadi lakukanlah kebaikan tak kira kecil atau besar, kerana ia akan dianggap sedekah.

Jika tidak mampu bersedekah wang ringgit, maka berbuatlah baik dan memberi manfaat kepada orang lain.

Semua manusia mempunyai ruang dan peluang untuk bersedekah.

---

Tajuk buku: Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri
Penulis: Za'ba (Pengenalan oleh Asmah Hj Omar)
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga: RM15 (tak termasuk pos)

Untuk mendapatkan buku ini, boleh hubungi 019 460 3094 .

Monday 19 September 2016

Buku Terkenal Di Langit

"Hari ini pakcik jumpa kamu, itu semua kerja Tuhan... Tuhan hantar kamu untuk jumpa pakcik, suap makanan ke mulut pakcik, beri pakcik air, beri baju, kain pelikat, semua kerja Tuhan. Masa pakcik kuat kerja dulu, pakcik mencari duit untuk makan, sekarang masa pakcik tidur pun kamu kejutkan pakcik suruh makan, itu bukan kerja Tuhan namanya?"

"Ya pakcik.."

"Pakcik mahu terkenal di langit.." Beliau menyambung dengan suara yang semakin perlahan.

Saya hanya diamkan diri dan terus menyuapnya.

Ini himpunan kisah seorang manusia yang matanya memandang setiap susuk yang bakal muncul di hadapannya sebagai si "malaikat" yang membantunya menambahkan pahala atau si "syaitan" yang membuatkannya menambahkan dosa.

Ada sesuatu yang kita akan belajar daripadanya.

"Setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita adalah jalan-jalan ke syurga atau lauan-laluan ke neraka."

Mimpi kita mungkin sama.

Mahu nama kita TERKENAL DI LANGIT.

* * *

Buku: Terkenal di Langit
Penulis: Khairul Hakimin Muhammad
Penerbit: Legacy Publishing
Harga: RM30 (termasuk pos)

* * *

Siapakah Khairul Hakimin ini?

Merupakan seorang social media influencer dan chef. Mempunyai lebih 80k pengikut di Facebook.

Beliau juga banyak menulis buku (antaranya Emak Rindu Mathanga Errisery, Rahsia Penulisan Berpengaruh) dan menganjurkan kelas penulisan berpengaruh dan juga kelas masakan (kek dan brownies).

* * *

Untuk dapatkan buku ini, klik:
https://m.facebook.com/messages/thread/1529740190653327/

Saturday 17 September 2016

Perginya Ulama dan Ilmuan Dato' Dr Haron Din

Ulama yang pergi, tetap pergi, tetapi ilmu yang dikongsikan tetap ada dan hidup untuk mereka yang ditinggalkan.

Memetik status Facebook Tuan Zamri Mohamad:

"Apakah yang ditinggalkan oleh seorang ulama yang bernama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din yang menjadi contoh kepada komuniti penulis agar terus menulis dan memandaikan bangsa?

Allahyarham menulis 64 buah buku (sehingga tahun 2010), 24 rencana (sehingga tahun 1984), menghasilkan 13 kertas kerja (sehingga tahun 1989) dan lima hasil penyelidikan (sehingga tahun 1992). 

Ini angka-angka lama yang belum dikemaskini. Tetapi sudah cukup memberitahu kita sesuatu.

Jasad mulia meninggalkan kita. Pada masa sama ditinggalkan buku-buku yang kekal di sini untuk semua."

Zamri Mohamad
Mula-mula kenal melalui buku Manusia dan Islam (1990)

* * *

Sumber: PTSMedia

Selain buku Manusia dan Islam, yang mana Dato' Dr Haron Din merupakan ketua panel penulisnya, Allahyarham juga ada menulis buku-buku lain, antaranya:

1. Menjawab Persoalan Fikah Harian
2. Kaedah Merawat Saka
3. Kaedah Merawat Santau
4. Kaedah Merawat Susuk
5. Islam Pembina Tamadun Manusia
6. Islam Rujukan Efektif Akhlak Mulia
7. Islam Keadilan Membebaskan Manusia
8. Hukum Hudud dalam Perundangan Islam

Dan banyak lagi.

Sesungguhnya, ilmu yang diwariskan sangat bermanfaat untuk umat Islam seluruh dunia.

* * *

Dato' Dr Haron Din, pengasas Darussyifa', yang juga merupakan Mursyidul Am PAS, telah kembali ke rahmatullah pada 16 September 2016 (pada usia 76 tahun) di Hospital Stanford University, California, Amerika Syarikat dan telah selamat dikebumikan di Five Pillars Farm Cemetery, Livermore, California.



Kenali lebih lanjut tentang latar belakang allahyarham di SINI .

Untuk mendapatkan buku Manusia dan Islam atau 

sebahagian buku-buku karya allahyarham, boleh klik di SINI .

Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atas allahyarham.

Hif Bookstore
17 September 2016

Friday 16 September 2016

Kombo Terbaik Prof Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Roza Roslan

Nama Prof Muhd Kamil Ibrahim dan isteri, Puan Roza Roslan rasanya tak perlu diperkenalkan lebih lanjut lagi.

Pasangan pensyarah dan penulis yang aktif ini banyak berkongsi pengalaman hidup dan motivasi sebagai panduan kita bersama.

* * *

Komen Prof Muhd Kamil tentang buku Travelog Haji, Mengusik Hati:

Sungguh, saya rasa teruja apabila dikhabarkan ketiga-tiga buku, iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (THMSI), Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (TDMHE), dan 50 Tip Motivasi Haji  (50TMH) hasil karya bersama PTS akan diterbitkan semula sebagai buku tunggal. Ia memberi makna mendalam kepada perjalanan kehidupan saya bersama pembaca.

Tentu sekali saya masih terkenang bagaimana teragak-agaknya hati dan perasaan ketika menghulurkan manuskrip THMSI kepada Puan Ainon Mohamad (Pengerusi PTS) pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Sepatah komen beliau, “Buku ini akan memberi kesan motivasi besar kepada khalayak pembaca.” Beliau menolak rasa tidak yakin kepada keperluan menerbitkan buku ini.

THMSI adalah sejarah. Proses penulisannya melalui pelbagai tahap dalaman yang tidak mampu saya catatkan secara terperinci. Ada ketikanya air mata menitis tanpa paksaan. Ada ketikanya saya tersenyum sendirian. Namun, rasa tunduk dan patuh kepada-Nya melingkari hari-hari bersama rasa hati yang sentiasa bersyukur dengan pengalaman yang membuka sempadan iman.

TDMHE adalah catatan pasca haji. Ia ditulis ketika hati masih terawang-awang dengan keinginan mahu menjadi manusia terbaik di sisi-Nya. Ia ditulis sejurus pulang dari Makkah dan Madinah. Saya mempunyai keinginan yang jelas, seperti mahu sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid, bangun malam, berpuasa sunat, membaca Al-Quran dan terjemahan, serta membersihkan hati. Ia permintaan dan permohonan kepada-Nya terlangsung bermula ketika hati resah gelisah mengenangi kisah-kisah lampau. Ini sebagaimana catatan dalam THMSI.

Rasa ini yang melahirkan 50TMH. Ia adalah THMSI yang dipermudahkan. Khalayak pembaca mungkin bersama-sama merasai travelog haji dengan melihat bagaimana seorang profesor yang tidak pandai membaca Al-Quran mengenal huruf dan menamatkan bacaan selepas sebulan lebih berada di Makkah. Malah, ramai yang teruja membaca bagaimana saya menghabiskan bacaan terjemahan Al-Quran dalam tempoh enam hari semasa berada di Madinah. Namun, catatan yang dipersembahkan kepada khalayak bukan soal emosi semata-mata. Ia mengandungi pelbagai falsafah yang mampu dipertimbangkan oleh bakal jemaah haji.

Akhirnya, ketiga-tiga buku ini, iaitu THMSI, TDMHE, dan 50TMH bersifat kesalingan. Mengumpulnya dalam buku tunggal membawa manfaat kepada khalayak pembaca, terutamanya mereka yang mengenali saya selepas tujuh tahun penghasilan buku THMSI. 

Kesukaran mencari ketiga-tiga buku serentak menjadikan penghasilan buku ini menjadi relevan.

* * *

Buku Kandil di Kaki Gunung karya Puan Roza Roslan juga merupakan kompilasi 3 buah travelog berikut:
1. Travelog Cinta Abadi
2. Travelog Impian Abadi
3. Travelog Kehidupan Abadi

Ikuti komen daripada mereka yang telah membaca buku ini.

"Ada banyak doa yang terkandung dalam buku ini. Doa-doa itu dapat digunakan sesiapa sahaja yang membacanya. Berdoa tidak semestinya dalam bahasa Arab, malah bukankah doa itu menjadi lebih bermakna apabila kita berdoa dalam bahasa yang kita fahami."
- Nisah Haron, penulis dan peguam

"Roza menyingkap dan mentafsirkan makna kehidupan yang dilaluinya daripada sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini supaya memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi. Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul. Mungkinkah kita lebih banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh emosi melulu dan bukan akal suihat sesuai dengan ajaran Allah."
- Dr. Jeniri Amir, penulis dan pensyarah UNIMAS

"Roza tidak pernah mahu menjadi jaguh mahupun seorang wirawati. Secara sedar beliau menganggap dirinya sebagai insan yang tidak mustahak dan ramakan pengalamannya adalah kisah biasa-biasa yang dilalui oleh seorang yang juga biasa-biasa. Namun, yang biasa-biasa itulah menarik dan luar biasa sehingga kita ketawa dan menitiskan air mata sambil tertanya-tanya peranan dan kehadiran diri kita di dalamnya."
- Prof. Dr. Hatta Azad Khan, Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

===============================

Dapatkan kombo buku Prof Muhd Kamil dan Puan Roza Roslan (Travelog Haji dan Kandil di Kaki Gunung) dengan harga promosi RM80 sahaja (harga asal RM100).


Pesanan boleh dibuat di SINI .

Power Parenting Melalui Majlis Taklim - Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew dalam sesi temu bual bersama majalah Anis, berkongsi tentang amalan menghidupkan majlis taklim di rumah sebagai salah satu cara mendidik jiwa anak-anak.

Apakah itu majlis taklim?
Boleh rujuk di sini.

Antara poin penting untuk kita turut sama menghidupkan amalan taklim bersama keluarga menurut Ustaz Ebit Lew:

1. Hidupkan rumah dengan bacaan Al-Quran, ibadat dan perkataan hikmah. Perkara ini boleh menarik rahmat Allah.

2. Mulakan di rumah dahulu bersama ahli keluarga. Lakukan secara konsisten selama 4 bulan, insha Allah ahli keluarga akan berubah.

3. Ayah atau ibu, siapa yang diberi kesedaran dahulu, boleh mulakan bersama anak-anak. Al-Quran dan hadis ini cahaya dan memberi kesan yang besar.

4. Tiada waktu khusus untuk jalankan taklim. Terpulang waktu yang sesuai bagi setiap keluarga.

5. Tatacara majlis taklim yang lengkap
♡ Dimulakan dengan bacaan al-Fatihah dan diperiksa bacaan dan tajwidnya
♡ Menceritakan kelebihan majlis taklim
♡ Sesi membaca hadis, boleh diteruskan dengan kisah sahabat Nabi S.A.W
♡ Doa, dalam bahasa Melayu lebih baik supaya semua ahli keluarga faham. Contoh doa yang diamalkan oleh Rasulullah: "Ya Allah, aku sayang keluargaku. Engkau sayangilah keluargaku dan sayangilah orang-orang yang menyayangi keluargaku."

6. Sebelum memulakan majlis taklim, banyakkan berdoa diberi kekuatan, ditetapkan hati dan istiqamah untuk lakukannya.

=========================

Dapatkan buku 'Saya Cuma Posmen' tulisan Ustaz Ebit Lew yang berharga RM30.



Klik di SINI untuk pembelian (sementara stok masih ada).

Hari Malaysia & Free Shiping

16 September, Hari Malaysia.


Semoga negara kita sentiasa aman, makmur dan sejahtera.

* * *

Promosi FREE SHIPPING/POSTAGE!



Untuk pembelian buku berjumlah RM80 ke atas, layak untuk menikmati promosi ini.

Boleh pilih mana-mana buku yang terdapat di Hif Bookstore.


Order dan bayar sebelum 23 September 2016, jam 3 petang.

Penghantaran akan dibuat bermula 24 September 2016.