Monday 30 March 2020

Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami


Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami - Hasan Mohd. Ali, PhD





Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami. Setiap satu luahan ini disenaraiutamakan mengikut keseringan timbulnya luahan itu daripada pihak suami. 
Daripada pengamatan penulis, luahan-luahan ini adalah konsisten. 
Daripada luahan pertama, ‘iktiraflah kelelakianku’ hingga ke luahan 30, ‘janganlah terlalu mengawalku’ menggambarkan bisikan hati suami yang sebahagian besarnya ditujukan kepada isteri.

Buku ini mengambil pendekatan yang agak mudah iaitu di peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil oleh insan yang luahan Itu ditujukan. Dalam konteks buku yang sedang dipersembahkan ini, insan itu adalah isteri.

Ramai di antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. 
Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang boleh dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. 
Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan bagi ahli-ahli keluarga mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan meredakan masalah yang dihadapi.

Sebagai saranan awal adalah lebih baik seandainya setiap keluarga dapat didedahkan kepada buku-buku dalam siri ini. Apabila masing-masing ahli keluarga membaca, mungkin ada baiknya jika satu perbincangan terbuka dapat diatur di peringkat keluarga masing-masing bagi mempraktik sebahagian daripada inti cadangan dan pelan tindakan yang dirumuskan.

****

Isi Kandungan
Prakata
Pendahuluan

BAB 1: LUAHAN DAN PERASAAN HATI SUAMI

Luahan 1 “Isteriku, Iktiraflah Kelelakianku”
Luahan 2 “Isteriku, Jagalah Rumahku”
Luahan 3 “Isteriku, Janganlah Leteri Aku” 
Luahan 4 “Isteriku, Fahamilah Perasaanku”
Luahan 5 “Isteriku, Berbincanglah Denganku”
Luahan 6 “Isteriku, Hiasilah Dirimu”  
Luahan 7 “Isteriku, Berlemah Lembutlah Terhadapku 
Luahan 8 “Isteriku, Hargailah Pemberianku”
Luahan 9 “Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak”

BAB 2:LUAHAN DAN KELUHAN HATI SUAMI

Luahan 10 “Isteriku, Jagalah Makan Minumku”
Luahan 11 “Isteriku, Jagalah Pakaianku”
Luahan 12 “Isteriku, Didiklah Anak-anakku”
Luahan 13 “Isteriku, Raikan Keluargaku”
Luahan 14 “Isteriku, Sembunyikanlah, Kepintaran dan Kelebihanmu”
Luahan 15 “Isteriku, Janganlah Membuang Masamu”
Luahan 16 “Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah”
Luahan 17 “Isteriku, Patuhlah Kepadaku”   
Luahan 18 “Isteriku, Janganlah Cemburu Buta”
Luahan 19 “Isteriku, Tunjukkanlah Sifat Sabarmu”

BAB 3:LUAHAN DAN HARAPAN HATI SUAMI

Luahan 20 “Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku”
Luahan 21 “Isteriku, Bantulah Kejayaan Kerjayaku”
Luahan 22 “Isteriku, Jadikan Anak-anakku -Insan Berakhlak Mulia”       
Luahan 23 “Isteriku, Permudahkan Penglibatan Sosialku”
Luahan 24 “Isteriku, Janganlah Boros”
Luahan 25 “Isteriku, Hargailah Kejayaanku”
Luahan 26 “Isteriku, Galakkanlah Hobiku”
Luahan 27 “Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelekku”
Luahan 28 “Isteriku, Berjimat Cermatlah”
Luahan 29 “Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku”
Luahan 30 “Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku!“

LUAHAN 6: “ISTERIKU, HIASILAH DIRIMU”

Wanita adalah penghibur kepada suaminya. Isteri yang  menghias diri dan sentiasa kelihatan menarik adalah daya asas yang dapat menjernihkan fikiran perasaan suaminya. Menghias diri bukanlah dengan membaluti wajah di luaran dengan alat-alat solekan semata-mata, tetapi apa yang penting adalah menghias diri dengan akhlak yang mulia dan kesopanan yang tinggi.

Kebanyakan wanita yang berkahwin terutamanya yang mempunyai anak seringkali menghadapi masalah dalam memberikan perhatian yang lebih pada kecantikan fizikal mereka, terutamanya mengenai keadaan tubuh badan. Ada yang terlalu kurus serta cengkung dan ada pula yang terlalu gemuk.

***


Realiti

Bertambahnya tanggungjawab di pejabat dan di rumah serta anak-anak yang semakin lasak, seringkali dijadikan punca masalah dan alasan kebanyakan isteri yang gagal menguruskan diri dengan baik.

Kerja-kerja di rumah memang tidak pernah berakhir dari pagi sampai ke petang. Ini menyebabkan si isteri tidak sempat menghias diri bagi menyambut kepulangan suami. Suami sebenarnya menuntut isterinya menjadi wanita sempurna. Jika kepulangannya disambut dingin, isteri yang kusut masai ditambah lagi dengan keadaan rumah dan anak-anak yang tidak terurus, alangkah pening kepala suami melihatnya dan bertambah-tambah letihlah dia.

Ada juga sebilangan isteri yang berhias sungguh cantik untuk ke tempat kerja. Apabila berada di rumah keadaan berubah, suami dan anak-anak pun boleh naik bingung dan keliru.


Apa yang Isteri Perlu Lakukan

Isteri atau ibu adalah ‘bunga dan cahaya’ yang menghiasi sesebuah keluarga. Bunga dan cahaya yang layu dan hambar akan turut malap dan menghambarkan suasana rumah tangga. Kehambaran suasana keluarga membantutkan perkembangan ahli-ahlinya. Oleh itu penting bagi ibu memastikan dirinya sentiasa ‘indah’ dan bermaya. 
Pelbagai pusat kecantikan dan kesihatan tumbuh bagai cendawan, namun apa yang penting sebenarnya adalah:

a) Menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi yang baik. Kesihatan diri yang baik dan fikiran yang sihat adalah asas kecantikan yang sejati dan dapat menjauhkan serangan penyakit.

b) Melakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari dan beriadah. Senaman dan riadah dapat melancarkan perjalanan darah dan memastikan bekalan oksigen yang lancar ke seluruh anggota, menjamin kekekalan bentuk tubuh yang langsing serta dapat mengelakkan badan menjadi lesu dan pucat.

c) Memperbanyakkan ibadah wajib dan sunat. Dengan beribadah, dapat menjamin ketenangan rohani dan menjauhkan ketegangan jiwa.

d) Belajarlah mengawal timbangan berat badan. Jangan terlalu gemuk dan jangan pula terlalu kurus. Pastikan jenis makanan yang diambil setiap hari supaya berkhasiat dan seimbang. Cara-cara mengawal berat badan adalah:
  •  Hidangan makanan seharian perlu seimbang dari segi zat vitaminnya.
  •  Kawal jumlah makanan yang diambil, jika terasa lapar makanlah buah-buahan segar bukannya kuih-kuih manis ataupun makanan ringan.
  •  Seminggu sekali dapatkan timbangan berat badan, jika bertambah berusahalah mengurangkannya.
  •  Kurangkan pengambilan makanan yang berkalori dan berlemak tinggi.
  •  Jangan tidur selepas makan kerana tanpa aktiviti yang aktif, penimbunan lemak akan berlaku yang akhirnya menyebabkan kegemukan.
  •  Lakukan senaman dan riadah setiap hari sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari.
  •  Perbanyakkan kegiatan setiap hari supaya lemak-lemak dalam tubuh cepat dibakar.

e) Pastikan anda sentiasa berfikiran tenang dan positif kepada diri sendiri, kepada orang lain dan kepada hidup anda.  Ini penting kerana ketenangan dapat memancarkan keceriaan pada wajah.


f) Tidur penting kepada setiap orang sebagai sumber rehat yang sempurna. Pastikan anda mendapat tidur yang sempurna. Ramai pakar kecantikan dan pakar kesihatan berpendapat tidur selama lapan jam adalah yang paling ideal. Apabila bangun dari tidur mulakan hari anda dengan:
  •     Senyuman.
  •     Berfikiran yang positif dalam menjalani kehidupan pada hari itu.
  •     Sebaik-baik bangun dari tidur ucapkan Alhamdulillah.
  •     Bersenam lebih kurang 10 minit bagi melancarkan perjalanan darah.


g) Sentiasalah membersihkan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sesekali berendam dalam air suam bagi menambahkan kesegaran badan. Terdapat bahan-bahan semula jadi yang dapat digunakan bagi menjaga kecantikan diri seperti hampas kelapa dapat menghaluskan kulit, daun lidah buaya (aloe vera) dan pelbagai ulam-ulaman yang dapat membersihkan darah dan perut bagi melancarkan penghadaman.

h) Gigi juga perlu dijaga dengan baik. Sedapat mungkin lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

i) Bermula dari hari ini, ubahlah tabiat makan dan menu harian anda. Minumlah air suam dan jus buah-buahan yang banyak khasiat bagi kesejahteraan tubuh. Jika selama ini anda minum kopi ataupun teh, kini gantikan dengan jus buah-buahan, manakala makanan yang berlemak perlu dielakkan.

j) Jangan menyambut kepulangan suami dan masuk tidur dalam keadaan diri yang tidak terurus dan badan yang berbau. Sebaiknya sambutlah suami dengan wajah yang manis, siap berdandan dan berpakaian yang elok, bukannya dengan pakaian yang masih berbau bawang dan asap.

k) Sentiasalah bersifat sabar, bergembira dan tenang supaya akan terpancar keceriaan pada wajah dan sentiasa nampak manis.

l) Memelihara akhlak dan kesopanan diri kerana kecantikan dalaman lebih utama dan hakiki daripada kecantikan luaran.

m) Jika ingin bersolek, gunakan solekan secara sederhana supaya kelihatan semula jadi. Pakailah pakaian yang sederhana dan sesuai dengan ketinggian, susuk tubuh dan warna kulit.

************************

Lagi tip dalam buku ini:

Panduan menghias diri:
  1. Menjaga kesihatan fizikal dan mental.
  2. Melakukan senaman dan riadah.
  3. Memperbanyakkan ibadah.
  4. Menghias diri dengan akhlak yang mulia.
  5. Mengawal timbangan berat badan.
  6. Pastikan fikiran sentiasa tenang dan positif  bagi memancarkan keceriaan pada wajah.
  7. Dapatkan tidur dan rehat yang sempurna.
  8. Sentiasa membersihkan diri.
  9. Mengubah tabiat makan dan menu harian. Pastikan menu makanan harian yang diambil adalah seimbang dan berzat.

*************************



Tajuk: Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami
Penulis: Hasan Mohd. Ali
Penerbit: PTS
Harga: RM16 (tak termasuk pos)

Untuk memesan, KLIK DI SINI.



**************

LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE 


FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore 

Sunday 29 March 2020

Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Edisi Terjemahan) - Hard Cover

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak.







Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting. 

Keistimewaan kitab ini:

• Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik

• Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah

• Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta

• Seruan kegembiraan dan ancaman kedukaan sebagai motivasi dan benteng dalam kehidupan

• Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah

Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi para ulama dan orang Islam di seluruh dunia. 

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam al-Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.
Rujukan yang sahih adalah petunjuk yang benar. Kitab ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Riyadus Solihin menghimpunkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih dalam membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Tiga topik ini sangat penting dan menjadi asas keimanan kita.
Lebih-lebih lagi kita berada pada akhir zaman. Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Untuk mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu, kitab ini boleh menjadi pembimbing dan penyelamat kita.
Sesuai dengan namanya yang indah, kitab Riyadus Solihin ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Taman orang soleh, itulah makna bagi Riyadus Solihin. 
Kitab ini ditujukan khas oleh penulisnya, Imam Nawawi kepada seluruh umat Islam. Himpunan ayat al-Quran dan hadis sahih menjadi siraman kerohanian yang membenihkan amal dan menyuburkan iman.
Rumah kita yang dianggap sebagai syurga sangat sesuai sekiranya dihiasi dengan sebuah taman. Maka, Riyadus Solihin, Taman Orang Soleh sangat wajar menjadi pelengkap untuk menghiasi rumah kita. 
Satu rumah, satu Riyadus Solihin.


****************************



Tajuk: Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Edisi Terjemahan)
Penulis: Imam Nawawi
Format: Hardcover

Jumlah Muka Surat : 1072


Berat: 1.60 kg

Harga: RM120 (tak termasuk pos)

Untuk memesan buku, klik DI SINI .


Saturday 28 March 2020

Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah: Kunci Memperoleh Kejayaan dan Limpahan Rezeki Dunia dan Akhirat

SINOPSIS / SARI RANSANG

Ramai individu mengeluh apabila usaha yang dilakukan tidak memberikan hasil seperti yang diimpikan.
Adakah kita mengkaji sebab terjadi perkara sedemikian?
Adakah kita pernah mendengar usaha semata-mata juga tidak menjaminkan kejayaan?
Oleh itu, mari menerokai keajaiban dan kelebihan surah Al-Waqiah menerusi buku ini. Selain itu, pengarang turut menghuraikan teknik bagi mengamalkan surah Al-Waqiah secara istiqamah serta menerangkan tiga golongan yang disebutkan dalam surah Al-Waqiah.



=================




Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah
Kunci Memperoleh Kejayaan dan Limpahan Rezeki Dunia dan Akhirat

------------------------------------------

ISI KANDUNGAN

Bab 01
Kelebihan-Kelebihan Surah di dalam Al-Quran
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Baqarah
Surah Al-Kahfi
Surah Yasin
Surah Ad-Dukhan
Surah Al-Waqiah
Surah Al-Waqiah Termasuk Surah Makkiyah
Asbabun Nuzul Surah Al-Waqiah
Persoalan-Persoalan

Bab 02 Maksud Surah Al-Waqiah
Sekilas Berkenaan Kandungan Surah-Surah di dalam Al-Quran
Al-Waqiah, Surah yang ke-56
Hubungan Surah Al-Waqiah dan Surah Al-Hadid
Menjelaskan Mengenai Kiamat
Pedihnya Neraka dan Nikmatnya Syurga
Keistimewaan Surah Al-Waqiah

Bab 03 Membaca Surah Al-Waqiah Menjauhkan Kefakiran
Beribadah dan Berusaha
Kekuatan Spiritual Memudahkan Rezeki
Membacanya Setiap Malam
Jumlah Bacaan
Istiqamah
Waktu Malam
Selepas Solat Asar
Selepas Solat Subuh
Pasrah pada Tuhan

Bab 04 Menyingkap Keajaiban Ayat-Ayat dalam Surah Al-Waqiah
Simbolisme Tafsir dan Takwilnya
Kekuatan Batin dalam Surah Al-Waqiah
Iktiraf dan Qanaah
Mengamalkan dengan Khusyuk
Menyingkap Diri
Terapi Logik Mengenai Keseimbangan 
dan Ketenangan

Bab 05 Pemahaman Batin Surah Al-Waqiah
Mendekatkan Diri pada Allah
Bibir Berucap, Fikiran Mengingat
Reaksi Usaha
Keseimbangan Emosi dan Spiritual
Motivasi Diri dan Amalan Spiritual
Mempertahankan Keyakinan dengan 
Amalan Spiritual
Penutup




Tajuk: Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah
Penulis: Muhammad Mokhtar
Penerbit: PTS
Harga: RM14 (tak termasuk pos)

Untuk pesanan buku, boleh klik DI SINI.


Friday 27 March 2020

Anda Bertanya Ustaz Menjawab: Mengenai Solat (Rohidzir Rais)

MUKADIMAH SOLAT SEMPURNA
Solat adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.


Solat untuk Semua
Ibadah zakat memerlukan material berupa harta kekayaan yang mencukupi jumlahnya dan sebahagiannya perlu cukup kiraan setahun tempoh pemilikannya. Beruntung mereka yang dikurniakan limpahan harta kekayaan hingga berpeluang mengerjakan ibadah yang mulia ini. 
Namun bagaimana pula mereka yang tidak berharta atau tidak mampu mengeluarkan zakat? Pasti timbul rasa terkilan bagi mereka yang berpendapatan rendah atas kegagalan melaksanakan tuntutan Allah ini. 
Namun, berbeza dengan solat, ia diwajibkan ke atas siapa sahaja yang mencapai usia matang tanpa mengira status kehidupan mahu pun kekayaan. 
Kelayakan minima solat ini membolehkan ibadah ini dilakukan oleh semua orang Islam.
Solat, Pelerai Status Sosial amat mengharukan apabila melihat jemaah di dalam masjid yang menunaikan solat bersama tanpa mengira pangkat dan darjat. 
Seorang kaya yang berjubah mahal bersolat di samping seorang tukang kasut berbaju lusuh. 
Seorang menteri berpangkat tinggi sujud di sebelah seorang penganggur entah dari mana. Walau berbeza darjat dan kasta, namun mereka menyembah Tuhan yang sama, bersujud kepada seorang Pencipta yang satu. 
Menakjubkan, bagaimana ibadah solat ini merungkai segala ikatan egonisme dan melerai tembok materialis yang memisahkan seorang manusia dengan manusia yang lain. Namun dalam solat, mereka hanya hamba-hamba Allah yang bersujud kepada-Nya. Membezakan kedudukan mereka, hanya ketakwaan.







Solat, Perniagaan Tanpa Modal
Ibadah haji yang dikerjakan berpuluh ribu manusia di Makkah setiap tahun adalah syiar global Islam di dunia. Ia simbol universal agama Islam dan umatnya. Namun, ibadah haji menuntut keperluan yang tinggi dari segi kos perjalanan yang meningkat setiap tahun dan peruntukan masa yang sukar dipenuhi. Malah kepadatan kuota jemaah haji yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi juga menjadi penghalang kepada seorang Islam menunaikan ibadah teragung ini. Natijahnya tidak ramai yang berpeluang mengerjakan haji, dan kalau pun berpeluang, tiada jaminan ibadahnya sempurna. 
Justeru, ibadah haji adalah tuntutan yang memerlukan modal terlalu besar untuk dilakukan, sekali gus menyekat penyertaan ramai individu Muslim.Tetapi sebaliknya bagi solat. Ia adalah satu-satunya ibadah berganjaran besar tanpa memerlukan modal besar. 
Solat tidak menuntut kos pengangkutan yang tinggi kerana ia boleh dilakukan di mana sahaja. Justeru, ia juga tidak perlu dihadkan dengan kuota tertentu kerana tempat solat tidak ditentukan pada suatu negeri tertentu. Rasulullah pernah menceritakan mengenai kelebihan baginda dan umatnya dibandingkan dengan para nabi dan umat mereka yang lain. 
Antara kelebihan itu ialah Allah menjadikan seluruh muka bumi ini tempat bagi orang Islam menunaikan solat.

Solat, Pintu Pertama ke Syurga
Ibadah yang diwajibkan ke atas orang Islam adalah anak kunci bagi mereka membuka pintu-pintu syurga dan mengunci pintu-pintu neraka. Setiap ibadah yang dilakukan dengan sempurna melayakkan seorang hamba bergerak hampir kepada Allah dan syurga-Nya. 
Pada ibadah zakat terdapat pintu untuk dibuka, pada ibadah haji dan umrah juga terdapat pintu untuk ke syurga. Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain. Namun begitu, solat mempunyai kedudukan istimewa kerana ia adalah pintu pertama yang perlu dibuka sebelum sampai kepada pintu-pintu lain.
Rasulullah pernah berpesan bahawa amalan pertama yang dihitung ialah solat. Sekiranya solatnya baik, dia akan berbahagia dan beruntung. 
Sekiranya rosak, dia pasti menyesal dan rugi. Ini memberikan gambaran jelas mengenai keutamaan solat dibandingkan dengan ibadah-ibadah yang lain. Tidak kira berapa juta ringgit disumbangkan sebagai sedekah atau zakat, tidak kisah berapa kali seorang itu menunaikan haji dan umrah, sekiranya dia meninggalkan solat, semua ibadah yang lain tidak berguna.Ironiknya, ibadah paling tidak eksklusif, tanpa modal dan kelihatan terlalu mudah inilah yang paling bernilai di sisi Allah. 
Mengapa tidak, semua orang boleh membayar zakat, menunaikan haji, berpuasa dan mengucapkan syahadah.

Namun tidak semua orang mampu menjaga waktu solat fardu yang perlu dilakukan setiap hari. Solat adalah connection langsung seorang hamba kepada Penciptanya tanpa perantaraan material atau manusia lain. 
Hanya takwa dan iman yang mampu menggerakkan seorang hamba menyembah-Nya lima waktu setiap hari. Mencari kesempurnaan dalam solat, pembaca perlu terlebih dahulu memahami, solat adalah ibadah paling istimewa. Ia adalah talian pantas untuk terus berhubung dengan Allah. 
Solat adalah ibadah unik yang perlu dipelihara dan dikerjakan dengan sempurna. Hanya dengan memahami hakikat ini, seorang hamba dapat berusaha mendirikan solat dengan sempurna.

Selamat Bersolat dengan Sempurna.


Judul: Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat
Penulis: Rohidzir Rais
Penerbit: PTS 
Harga: RM40 (tak termasuk pos)

Untuk memesan buku, klik SINI.