Tuesday 28 February 2017

Saya, Sherlock & Lupin: Wanita Berkelubung Hitam

SINOPSIS

Sherlock Holmes, Arsène Lupin, dan Irene Adler bertemu buat pertama kali di Saint-Malo pada musim panas tahun 1870.

Mereka seharusnya menikmati percutian musim panas yang indah, namun kes pembunuhan merosakkan rancangan mereka. Secara tiba-tiba mereka terbabit dalam kegiatan jenayah, mayat lelaki dijumpai di tepi pantai, kehilangan kalung berlian, dan bayangan hitam muncul dan lenyap di antara atap-atap rumah di kota.

Pihak polis menemui jalan buntu, justeru bantuan pihak lain diperlukan untuk menyelesaikan kes ini.

=======

Buku: Saya, Sherlock dan Lupin; Wanita Berkelubung Hitam
Penerbit: PTS
Harga: RM15 tak termasuk pos

Berminat, boleh Whatsapp terus ke 0194603094.

Monday 27 February 2017

He's Just Not That Into You Edisi Bahasa Melayu

He’s Just Not That Into You Edisi Bahasa Melayu
oleh Greg Behrendt, Liz Tuccillo

SINOPSIS

Wanita memang fitrahnya suka meluah. Mereka gemar berbincang sesama sendiri tentang pelbagai perkara, termasuklah perihal perhubungan, cinta, dan lelaki. Mereka mampu duduk berbincang selama berjam-jam sambil menganalisa hati lelaki yang kononnya begitu kompleks untuk difahami.

Hakikatnya, lelaki tidak kompleks. Sangat tidak kompleks! Jikalau mereka suka, mereka suka. Jikalau mereka tidak suka, mereka tidak suka. Itu sahaja. Soalnya sekarang, mereka tidak akan beritahu sekiranya mereka tidak punya perasaan, atau tidak cukup suka pada seseorang wanita itu. Mereka lebih suka memilih untuk melakukan perkara-perkara yang akhirnya akan mengelirukan wanita itu sendiri.

Menerusi buku He's Just Not That Into You Edisi Bahasa Melayu ini, Greg Behrendt dan Liz Tuccillo akan membantu pembaca memahami hakikat apabila seorang lelaki tidak menyimpan perasaan istimewa terhadap seorang wanita.

==============================

ISI KANDUNGAN

Pengantar Penterjemah

Penghargaan

Kata Pengantar Greg

Kata Pengantar Liz

Kalian Dating dengan Lelaki yang Serupa

Bab 1: Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Tidak Mengajak Kamu Keluar

Bab 2: Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Tidak Menghubungi Kamu

Bab 3: Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Tidak Dating dengan Kamu

Bab 4: Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Tidak Intim dengan Kamu

Bab 5: Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Ada Hubungan dengan Perempuan Lain

Bab 6: Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Tidak Mahu Kahwin dengan Kamu

Bab 7: Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Putus dengan Kamu

Bab 8: Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Menghilang

Bab 9: Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Sudah Berkahwin (ataupun Sebab Lain yang Menunjukkan Dia Tidak Boleh Kahwin dengan Kamu)

Bab 10: Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Pentingkan Diri, Pembuli, ataupun Memang Bermasalah

Bab 11: Jangan Dengar Cerita-Cerita Ini

Bab 12: Apa yang Perlu Dilakukan Sekarang?

Bab 13: Q&A Bersama Greg

Bab 14: Kata-Kata Akhir Greg

Bab 15: Kata-Kata Akhir Liz

Bab 16: Tentang Penulis

Bab 17: Catatan

========================

Harga RM20 tak termasuk pos.

Berminat, boleh terus Whatsapp ke 019 460 3094.

How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu


Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif.

Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti :

- Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka
- Mewujudkan Kerjasama
- Alternatif Selain Hukuman
- Galakan Berdikari
- Pujian
- Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan
- Menggabungkan Semuanya Bersama

Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia.

ISI KANDUNGAN

Pengenalan

Bab 1: Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka

Bab 2: Mewujudkan Kerjasama

Bab 3: Alternatif Selain Hukuman

Bab 4: Galakan Berdikari

Bab 5: Pujian

Bab 6: Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan

Bab 7: Menggabungkan Semuanya Bersama

=====

Buku: How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu
Penerbit: PTS Publishing House
Harga: RM25

Berminat, boleh Whatsapp terus 0194603094.

Sunday 26 February 2017

Sherlock Holmes: A Study in Scarlet & The Sign of Four (Edisi Bahasa Melayu)


SINOPSIS

Penyiasat genius eksentrik yang ikonik, Sherlock Holmes dan sahabatnya, Dr. John H. Watson mula diperkenalkan dalam majalah Beeton's Christmas Annual pada tahun 1887. Dan hingga kini, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Sherlock Holmes adalah watak fiksyen paling terkenal dan telah muncul dalam pelbagai bahasa dan medium.

Buku ini mengandungi dua novel terawal, A Study in Scarlet, tentang misteri pembunuhan yang memeningkan dan tulisan Rache berdarah pada dinding, dan The Sign of Four, memperkenalkan watak Mary Morstan, wanita muda yang meminta bantuan Holmes dan Dr. Watson merungkai misteri mutiara yang diterimanya setiap tahun, beberapa tahun selepas kematian ayahnya. 

CONTOH ISI DALAMAN:

Laluan menghala ke dapur dan pejabat yang diperbuat daripada papan itu penuh dilitupi debu. Kelihatan satu pintu di sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri. Satu pintu itu kelihatan seperti ditutup berminggu-minggu lamanya. Satu lagi adalah pintu masuk ke dewan makan. Semasa mengikuti Holmes melangkah masuk ke rumah itu, saya diselubungi perasaan sedih akibat kematian itu.

Bilik berbentuk empat segi itu kelihatan luas kerana tidak dilengkapi perabot. Kertas hias dinding berwarna terang tetapi hodoh coraknya itu kelihatan mengembang dan berkulat, tertanggal dan tergantung di sana sini, mendedahkan plaster berwarna kuning.

Berhadapan dengan pintu ada sebuah pendiangan yang kelihatan gah, lengkap dengan para perapian yang diperbuat daripada jubin tiruan. Di satu sudut tempat api, terlekat sebatang tunggul lilin berwarna merah. Terdapat hanya sebuah tingkap di bilik itu yang kelihatan sangat kotor, sehingga menghalang cahaya. Akibatnya seluruh bilik itu kelihatan suram dan kelabu. Ini diburukkan lagi dengan lapisan habuk yang menyelaputi seluruh apartmen itu.

Sebelum itu seluruh perhatian saya tertumpu pada mayat yang terbaring kaku di bilik itu. Meremang bulu roma saya melihat kedua-dua belah mata si mati yang terbeliak. Umurnya mungkin 43 ataupun 44 tahun. Badannya bersaiz sederhana dan dia berdada bidang, berambut hitam kerinting halus, dan berjanggut pendek. Dia memakai kot tebal yang diperbuat daripada kain broadcloth, berserta weskot dan seluar berwarna cerah. Bajunya berkolar bersih, rapi dan lengkap dengan manset. Sebuah topi jenis top hat yang kemas dan bersih terletak di sebelah mayat.
Kedua belah tangannya terangkat ke atas kepalanya, manakala kedua-dua kakinya bersilang seumpama terkunci. Keadaan itu menunjukkan sebelum menemui ajalnya dia meronta-ronta kerana menahan kesakitan. Ekspresi ketakutan serta kebencian pada mukanya itu belum pernah saya lihat pada wajah seorang manusia. Pada wajahnya terbayang perasaan ketakutan dan kesakitan. Postur kekejangan badannya yang aneh itu diburukkan lagi oleh rupa dahinya yang rendah, hidungnya yang besar, serta rahangnya yang prognatus, menjadikan mukanya kelihatan seperti haiwan dari spesies siamang ataupun monyet.

Banyak kematian yang saya saksikan, namun tiada kematian yang lebih menakutkan daripada kematian di apartmen gelap dan kotor yang terletak di kawasan elit di pinggir bandar London itu.

Lestrade yang kurus dan tinggi lampai itu menyambut kedatangan kami.

“Kes ini menggemparkan, tuan,” katanya.

"Saya bukanlah seorang yang penakut, tetapi belum pernah lagi saya berhadapan dengan kes seperti ini.”

“Tiada apa-apa petunjuk yang dapat digunakan untuk menyelesaikan kes ini?” tanya Gregson.

“Langsung tak ada, tuan,” jawab Lestrade.

Sherlock Holmes menghampiri mayat, dan melutut, seraya memeriksanya dengan teliti. Sambil menudingkan jari ke arah tompokan dan ledakan kesan darah di sekitar mayat.

“Awak yakin tak ada kesan luka pada mayat?”

“Ya, saya yakin!” teriak kedua-dua detektif itu.

“Oleh itu, tentu ini darah orang kedua, mungkin darah si pembunuh, kalau pembunuhan sudah berlaku. Kejadian ini mengingatkan saya pada kes kematian Van Jansen, di Utrecht, Belanda, yang berlaku pada tahun 1834. Awak ingat kes itu, Gregson?”

“Maafkan saya, tuan. Saya tak ingat kes itu.”

“Awak perlu baca kes itu − awak memang patut baca. Tiada perkara yang baru di dunia ini. Semuanya pernah dilakukan sebelum ini oleh orang-orang terdahulu.”

Sambil bercakap, jari-jemarinya bergerak cekap dan pantas memeriksa mayat dengan teliti. Manakala pandangan matanya kelihatan bersahaja dan tenang. Begitu pantas dia memeriksa mayat itu sehingga tiada siapa yang menjangka bagaimana halus dan telitinya pemeriksaan itu. Akhir sekali dia menghidu bibir si mati, dan seterusnya memandang ke arah but si mati yang diperbuat daripada kulit.

“Adakah mayat ini tak dialih langsung?” dia bertanya.

“Kami mengalihkannya sekadar mahu memeriksa.”

“Baiklah, sekarang bolehlah dihantar mayat ini ke rumah mayat,” katanya.

“Tiada apa lagi yang dapat kita periksa.”

Ada empat orang anggota polis sudah bersedia dengan pengusung. Gregson memanggil mereka, lalu mereka memasuki bilik dan mengangkat mayat ke atas pengusung untuk dibawa keluar. Sewaktu mereka mengangkat mayat itu, sebentuk cincin terjatuh dan bergolek di lantai. Lestrade mengambil cincin itu dan merenungnya.

“Ada wanita yang terlibat,” jeritnya.

“Ini adalah cincin perkahwinan wanita.”

Kami mengerumuninya dan merenung cincin itu. Tidak syak lagi cincin emas itu pernah menghiasi jari seorang perempuan.

“Ini merumitkan lagi kes,” kata Gregson.

“Tuhan sahaja yang tahu betapa rumitnya kes ini sebelum ini.”

“Awak tak fikir penemuan baru ini memudahkan lagi kita menyelesaikan kes ini?” Holmes meninjau cincin itu.

“Kita tidak mendapat maklumat baru dengan hanya merenungnya. Apa yang ditemui dalam poket si mati?”

Gregson menunjukkan ke arah selonggok objek di salah satu anak tangga sambil berkata, “Semua barang yang ditemui dalam poketnya ada di sini. Sebuah jam tangan bernombor 97163, yang dibuat oleh syarikat Barraud of London. Seutas rantai emas yang dibuat oleh syarikat Albert yang berat dan padat, serta bertanda simbol kumpulan Freemason. Pin emas yang berbentuk kepala anjing jenis bulldog yang mana mata anjing itu diperbuat daripada batu delima merah. Kotak kad yang diperbuat daripada kulit di Rusia, yang berisi kad bisnes kepunyaan Enoch J. Drebber dari Cleveland, Amerika Syarikat. Ini sepadan dengan huruf E.J.D. yang tertera pada pakaian si mati. Tiada dompet, tetapi hanya wang tunai berjumlah tujuh pound dan 13 pence. Buku berjudul ‘Decameron’ karangan penulis Itali yang terkenal itu, Giovanni Boccaccio, dengan nama Joseph Stangerson tertera pada helaian kosong buku ini. Ada dua pucuk surat, sepucuk dialamatkan kepada E.J. Drebber dan sepucuk lagi kepada Joseph Stangerson.”
Holmes bertanya, “Apakah alamat yang tertera pada sampul surat?”

“American Exchange, Strand − disimpan sehingga dituntut oleh penerimanya. Kedua-dua pucuk surat ini dihantar oleh Guion Steamship Company. Kandungan surat itu adalah makluman mengenai jadual pelayaran kapal yang mereka naiki dari pelabuhan Liverpool. Jelaslah mangsa akan pulang dengan kapal dari Liverpool ke New York.”

“Awak sudah mendapatkan maklumat mengenai si Stangerson ini?”

“Sudah, tuan,” Gregson menjawab.

“Saya mengiklankannya dalam semua akhbar tempatan dengan serta-merta. Saya juga mengarahkan seorang anggota polis pergi ke American Exchange, tetapi dia masih belum pulang.”

“Awak sudah menghantar telegram meminta maklumat daripada pihak polis Cleveland?”

“Kami hantar telegram pagi tadi.”

“Butiran apa yang awak minta?”

“Kami maklumkan tentang kejadian ini, dan meminta apa sahaja maklumat yang dapat membantu kami dalam siasatan.”

“Awak tak bertanya tentang butiran yang awak rasa penting dalam kes ini?”

“Saya meminta maklumat mengenai Stangerson.”

“Itu sahaja? Tiada perkara yang penting bagi membantu kita menyelesaikan kes ini? Adakah awak akan menghantar telegram sekali lagi?”

“Saya bertanya semua yang saya perlu tanya,” kata Gregson dengan nada tersinggung.

Sherlock Holmes tertawa kecil sendirian. Dia mahu mengatakan sesuatu, tetapi terhenti apabila Lestrade masuk dari bilik depan. Dia menggosok-gosok tangannya serta tersenyum bangga.

=========

Tajuk: Sherlock Holmes, A Study in Scarlet & The Sign of Four (Edisi BM)
Penerbit: PTS Publishing House
Jumlah mukasurat: 426
Harga: RM25 tak termasuk pos

Berminat untuk dapatkan, Whatsapp terus ke 0194603094.

Friday 3 February 2017

Pena & Picagari: Dari Hati Pengasas MedtweetMy, Dr Khairul Hafidz

Sinopsis

Dengar nama doktor, orang teringat picagari. Tetapi doktor tak hanya perlukan picagari untuk ubati orang. Dia juga perlukan pen(a).

Tak. Dia bukannya perlukan pena hanya untuk tulis MC. Dia perlukan pena untuk mengubati penyakit yang tak dapat kita scan; penyakit kejahilan dan hati.

Buku Pena dan Picagari adalah himpunan melawan mitos, suka duka seorang doktor, dan pelbagai lagi warna-warni daripada pengasas MedtweetMy. 

==========

Isi Kandungan

PROLOG

MEMBONGKAR MITOS
1. Sunnah Syaitan
2. Makjun Ajaib
3. Mitos Ginjal
4. Mitos Agama
5. Cakaran Hello Kitty
6. Jin dan Subuh
7. Mitos Mandi Malam
8. Kekeliruan Istilah
9. Air Tulang Belakang: Mitos Lumpuh
10. DNA dan Lembu
11. KoolFever Penyebab Cerebral Palsy?
12. Flash Kamera Punca Kebutaan?
13. Paracetamol
14. Sabit Kuku
15. Antara Kencing Tikus dan Serai
16. Mitos Coke dan Durian
17. Air Berkarbonat dan Gagal Ginjal: Satu Penipuan
18. Bedak Talkum Penyebab Kanser
19. Bedung dan Hip Dysplasia
20. Mitos Haid
21. Kurang Tidur Penyebab Pecahnya Aneurysm Otak?
22. Kesalahan Penggunaan Alatan Perubatan dalam Drama & Filem
23. Biar Logik
24. Defib
25. Seks dan Pantang
26. Doktor Lelaki Membantu Persalinan
27. Posisi Mencangkung vs Posisi Terlentang
28. “Doktor, Baby Flat!”
29. Teknologi dan Takdir
30. Risiko
31. Jikalau Salah Membuat Keputusan
32. Alangkah Indahnya
33. No Jab No Pay
34. Teori Konspirasi
35. Doktor Prochoice vs Doktor Vaxpusher
36. Doktor vs “Antivaks”
37. Doktor vs Antivaks
38. Doktor vs Antivaks
39. Doktor vs Antivaks

CERITERA SEORANG DOKTOR
1. Nilai Kehidupan
2. Kasih Ibu
3. Anak Syurga
4. Cuci Darah: Kisah Nenek
5. Introspeksi
6. Dextrostix High
7. Bomoh Tulang
8. Doktor Tulang
9. Orang Pintar
10. Masuk Besi
11. Bomoh Kereta vs Mekanik
12. Kematian
13. Syurga Anak Terletak di Bawah Telapak Kaki Ibu
14. Testimoni
15. Doktor, Mana Antibiotik Saya?
16. Asas Ilmu
17. Derma Darah
18. Persalinan
19. Jururawat: Pejuang yang Tidak Didendang
20. ‘ANU’ Lelaki
21. Kisah Rokok: Sayang Anak, Sayang Bini
22. Rokok
23. Jangan Bahayakan Anak Kami
24. Memberi dan Beramal
25. Diskaun Nyawa
26. Setengah Juta
27. Paternalistik
28. Raja Bomoh Malaya
29. Pengorbanan Ibu
30. Ingat Ubat
31. Mengandung
32. Rumah Masuk Air
33. Banjir
34. Green Zone
35. Empati
36. Kami Bukan Tuhan
37. Apa Alasan Kita?
38. Snuker
39. Manusia Tidak Maksum
40. Ibu Tunggal
41. Raya
42. Penghargaan
43. ICU
44. Demi Parti
45. Rawatan Moden Daripada Siapa?
46. Makhluk Halus
47. Saka
48. Denggi
49. Serah Kepada Tuhan

SEMANGAT PROFESI
1. Pilih Kerana Minat
2. Kerja vs Kerjaya
3. Cinta dan Sumbangan
4. Cinta Profesi
5. Kerahsiaan Profesi
6. Kesetiaan
7. Amanah dan Tanggungjawab
8. Berfikir Sebelum Bertindak
9. Sumbangan
10. Sepuluh Kali Ganda!
11. Kerja dan Stres
12. Kami Sedia
13. Doktor Bukan Malaikat
14. Ilmu Perubatan Moden
15. Keajaiban Perubatan
16. Kualiti Perkhidmatan
17. Learning It Hard Way

MEDIA SOSIAL
1. Tukar Gelanggang
2. Risiko dan Perjuangan
3. Lawan Tetap Lawan
4. Soldadu Siber
5. Info vs Ilmu
6. Ilmu Itu Cahaya
7. Kesahihan Maklumat
8. Profesionalisme Profesi
9. Profesi dan Politik

MAHASISWA DAN HOUSEMANSHIP
1. Pelangi
2. Tip Belajar Semasa Universiti
3. Cabaran Buat Mahasiswa Indonesia
4. Tip Mengharungi Housemanship
5. Tip Mengharungi Houseman (2)
6. Kahwin Sewaktu Housemanship

EPILOG

=======================

Tajuk: Pena & Picagari
Penulis: Dr Khairul Hafidz Al Khair
Penerbit: Puteh Press
Harga: RM25
Pos: RM7

Untuk miliki buku ini, boleh Whatsapp terus ke 0194603094.

Like Facebook page: Hif Bookstore
Follow Instagram: @hifbookstore