Wednesday 24 August 2016

Buku untuk Suami Isteri

Teks: Hif Bookstore

Jadi suami dan isteri ni, bukanlah sepanjang masa tu seronok saja, ada masa turun naik, ada masa pasang surutnya juga.

Ada masa kita happy, ada masa kita rasa down. Biasalah dalam rumah tangga, mana ada manis -manis diabetes saja semata-mata.

Namun, yang pahit tu jugak bukanlah sentiasa tak baik, selalunya itulah yang akan tambah mengeratkan hubungan jika ditangani dengan berhemah dan betul.

Kalau agak-agak buntu dengan masalah suami-isteri, nak mintak pandangan orang lain kadang-kadang segan (melainkan kes serius), boleh la baca buku-buku hal suami isteri ni. Mana tau boleh lega sikit gundah gulana atau membuka mata. Kadang tu isu yang berlaku lebih kurang sama je dengan pasangan lain, jadi mungkin boleh buat iktibar dan ambil pengajaran.

1. Suami Hensem Isteri Ohsem


Orang lelaki semasa berurusan di kaunter bayaran mereka akan menggunakan duit besar (wang kertas) agar urusan pecah duit dibuat oleh cashier. "Jimat Masa".

Orang perempuan pula akan cari duit syiling yang ada di dalam beg sebelum menggunakan wang kertas. "Jimat Duit".

Mengapa? Hanya dengan kesabaran dan menghormati perbezaan keperluan dan kehendak masing-masing dapat mengekalkan kebahagian suami dan isteri.

CUBALAH!

Penulis: Ahmad Shafiai Jaafar (Pak Utih)
Harga: RM20

2. Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari


SUAMI BUKAN MALAIKAT, ISTERI BUKAN BIDADARI merupakan sebuah buku yang sarat dengan inspirasi tentang ilmu berumah tangga khususnya buat anak-anak muda yang baru melangkah ke alam perkahwinan. Perkahwinan itu bukan hanya atas dasar cinta semata-mata. Namun bagi memastikan keharmonian itu terus kekal berpanjangan, cinta itu perlu hadir bersama dengan tanggunjawab. Itulah tema yang penulis ketengahkan dalam buku ini. Tanggungjawab untuk menjaga hubungan sebelum perkahwinan, tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh bersedia sebelum berumahtangga, tanggungjawab untuk bersabar dalam alam rumahtangga dan tanggungjawab untuk mendidik anak dengan ilmu yang benar.

Penulis: Mohd Hisham Mohd Sharif & Hasifah Zainuddin
Harga: RM17

3. Ini Kisah Suami Isteri 2


Dr. Tuah,

Saya mempunyai suami yang romantik. Kasih sayangnya pada saya dan anak-anak tidak berbelah bagi. Tetapi setelah 10 tahun berkahwin, baru saya tahu rupa-rupanya suami curang di belakang saya. Malah, sudah enam tahun hidup bersama seorang janda tanpa ikatan yang sah dan hubungan mereka lebih daripada suami isteri. Bantulah saya Dr.

Ini hanyalah sebahagian masalah yang dikemukakan. Berpuluh-puluh masalah rumah tangga akan dikupas oleh Dr. Tuah sehingga anda menemui penyelesaiannya. Bagi yang sedang bahagia melayari bahtera rumah tangga, anda harus jadikan buku ini sebagai panduan. Tidak salah beringat sebelum terkena. Agar rumah tangga anda sentiasa aman daripada ‘orang ketiga’.

Antara yang menarik:
  Menyesal kahwin dengan awak
  Suami orang suamiku jua
  Setia ke liang lahad
  Menyumpah anak sebab penat
  Terlanjur kehilangan bahagia
  Tak tahan suami bersosial
  Lelaki kayu tu macam mana?
  Suami bercinta dengan janda
  Tambat balik hati suami
  Badan busuk punca suami curang

Penulis: Dr HM Tuah
Harga: RM22

4. Pillow Fight


Suami adalah manusia biasa.
Imannya turun dan naik.
Kadangkala imannya tinggi setinggi Gunung Uhud.
Kadangkala imannya rendah serendah batu di atas tanah.
Isteri jua begitu.
Emosinya tenggelam dan timbul.
Ada ketika manjanya membelai jiwa semanis gula.
Ada ketika rajuknya mengganas persis ribut tropika.
Suami ataupun isteri, masing-masing sering terlupa, rumah tangga adalah wadah untuk berkongsi segala rasa. Perkahwinan itu satu perkongsian, bukan satu persaingan. Andai kita menang pun, apalah gunanya. Kerana kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal dan berteduh di bawah bumbung yang sama.

Penulis: Yussamir Yusof
Harga: RM21

5. Pilo Toq


Suatu hari, Puan Ainon memuat naik gambar suaminya, Prof. Abdullah, sedang menolak mesin rumput. "Selesai mesin rumput, suami saya belikan nasi lemak lauk telur untuk sarapan kami. Beginilah cinta orang tua-tua." [Lebih kurang begitulah katanya.] How sweet!
Lalu saya titipkan komen ini kepada Puan Ainon, "Kak! Orang tua tak boleh makan telur selalu, tau! Kolesterol! *bahak*
Kemudian saya terfikir, selama mana agaknya cinta pasangan suami isteri akan kekal 'membumbubg? Lima tahun? Sepuluh tahun? Atau....
Apapun, buku Pilo Toq ini bukanlah kisah cinta Puan Ainon dan Prof. Abdullah. Ini bukunkisah cinta OP Zaharin, Azzam Supardi, dan Bahruddin Bekri dengan isteri mereka. Tetapi, ini kisah perbualan sweet-sweet suami isteri di dalam kereta atau di atas motosikal ketika lalu lintas sesak.
Dan, jika ditanya kepada anak dara trang tang tang zaman sekarang, lelaki jenis apakah yang menjadi pilihan mereka, nescaya mereka akan menjawab, "Lelaki yang boleh buat I ketawa! Kalau tak boleh buat I ketawa... tetapi boleh buat I tersenyum simpul pun jadilah!"
Buku Pilo Toq ini mungkin tidak akan buat anda ketawa... tetapi, jika anda tersenyum simpul ketika membacanya - itu pun lebih baik daripada cukup buat saya dan penulis-penulisnya! Tetapi, kalau anda nak ketawa terbahak-bahak ketika membacanya pun kami tak kisah.
Jadi, beli dan bacalah buku ini. Kerana cinta memang selalunya sweet - macam kamu!

Penulis: OP Zaharin, Azzam Supardi, Bahruddin Bekri
Harga: RM18

=========================

Berminat untuk dapatkan buku-buku ini, boleh terus Whatsapp ke 019 460 3094 .

Like Facebook Hif Bookstore .

Follow Instagram Hif Online Store .





Tuesday 23 August 2016

Bezanya Sistem Pendidikan di Finland Berbanding Malaysia

Teks: Hif Bookstore

Finland memang terkenal dengan sistem pendidikan mereka yang dikatakan jauh lebih baik berbanding mana-mana negara di dunia. 

Dalam artikel yang diterbitkan di portal The Sunday Morning Herald:
"In Finland, children don't receive formal academic training until the age of seven. Until then, many are in day care and learn through play, songs, games and conversation. Most children walk or bike to school, even the youngest. School hours are short and homework is generally light."

Baca artikel penuh di SINI

Bila baca artikel ni, teringat buku Bukan Salah Cikgu oleh Azmira Amran. Pelajar Universiti of Oulu, Finland ini mengikuti pengajian sarjana pendidikan di sana. Saudari Azmira berkongsi pemerhatiannya tentang sistem pendidikan di Finland. 






Berikut review daripada salah seorang pembaca, Maisarah Mohd Pauzi yang diperolehi di Goodreads.

"Wacana tentang sistem pendidikan yang dikupas dengan baik untuk bacaan masyarakat, ibu bapa dan sangat bagus dibaca oleh guru-guru dan pihak yang terlibat dalam polisi pendidikan.

Dan menariknya, sistem pra sekolah di Malaysia yg menepati fitrah anak-anak kecil, sebelum usia 7 tahun,seakan-akan mengikut cara di Finland, seperti yang diterangkan dengan jelas dalam bab sistem pendidikan Finland.

Apa yang penting, seperti saranan penulis, kita semua mesti benar-benar bersedia untuk menerima perubahan, dan berubah. Tapi, untuk mengubah persepsi, mindset, budaya masyarakat bukanlah suatu yang mudah malah mengambil masa yang lama. Ya, untuk sistem pendidikan di Malaysia agak mustahil menjelang 2020 pun akan berubah. Cuma kesedaran masyarakat sudah ada. 

Sistem di Finland ternyata tidaklah kompleks, seperti di negara lain termasuklah negara kita. Dan mengenai PISA & TIMSS turut diulas dalam buku ini. Pendedahan dalam buku ini boleh disifatkan membuka mata saya sebagai pembaca."

*******************************

Ikuti juga artikel pendapat dan ulasan Azmira tentang UPSR 2015 yang diterbitkan di The Vocket.

http://www.thevocket.com/upsr-2015-kenapa-ilmu-tidak-boleh-disamakan-dengan-bilangan-a/


=============================

Berminat untuk miliki buku BUKAN SALAH CIKGU (harga RM27 termasuk pos) terbitan Kopi Press ini, boleh terus Whatsapp ke 019 460 3094 .

Stok adalah TERHAD.



Sunday 21 August 2016

3 Buku Travelog yang Mesti Pengembara Muda Baca

Teks: Hif Bookstore

Buku travelog nampaknya makin mendapat tempat dalam kalangan pembaca kini. Travelog berbentuk guide amat membantu pembaca dan pengembara untuk turut sama merasai pengalaman yang dilalui oleh si penulis (traveller).

Antara buku travelog yang perlu dijadikan koleksi pengembara yang suka cabaran yang berbeza, berniat untuk mengembara ke kawasan berisiko atau terpencil yang jarang diterokai oleh kebanyakan pengembara, ini buku-buku travelog yang sesuai untuk anda.

TRAVELOG 7 BENUA



Kenali penulis-penulis dalam buku ini:

BADRUL HISHAM – Penulis buku travelog terlaris PBAKL 2015 yang telah berjaya mengayuh basikal dari London pulang ke Malaysia.

NORDIN YAHAYA – Telah mula mengembara dari tahun 80’an dan telah melihat lebih 60 buah negara dari 6 benua.

IDA YUNUS – Dua kali mengembara melalui perjalanan keretapi terpanjang didunia “Trans-Siberian” dan telah menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp.

RAFIEE GHANI – Seorang pelukis yang terkenal dan telah mengembara merentas benua bersama isteri dan anak kecil pada tahun 1987.

NAZRI ARSHAD – Lebih dikenali sebagai Moji, seorang pengembara solo yang pernah kehilangan passport diluar negara dan terkandas di tengah hutan Amerika Selatan.

SITI NORIDAH – “Kembara Afghanistan”, menjadi buku travelog pertama tulisan beliau dan pernah ditangkap oleh askar Afghanistan kerana dituduh sebagai agen perisik Pakistan.  

WAZARI WAZIR – Jurufoto sepenuh masa yang terkenal di Malaysia dan tidak pernah lokek dengan ilmu pengembaraan dan ilmu mengetik kamera.

MEOR FARID ASYRADI – Sang musafir dan penulis buku “Travelog Mr. Traveller” yang telah terjual sebanyak 12,000 naskah hanya dalam lapan bulan hasil terbitan sendiri.

Harga: RM25

**********************

KEMBARA AFGHANISTAN



Buku ini mengisahkan cerita pengembaraan luar biasa Siti Noridah Ab. Rahaman yang telah ke negara bergolak Afghanistan secara solo pada musim luruh 2014 yang lalu. Beliau pernah ditangkap dan disoal siasat oleh askar Afghanistan dan dituduh sebagai agen perisik daripada Pakistan.

Semangat untuk mengembara ke tempat yang jarang dikunjungi membawa beliau ke sana untuk melihat sendiri realiti kehidupan warga Afghanistan yang telah lama terasing daripada dunia luar selepas era peperangan.

Yang biasa kita dengar diberita utama dunia hanyalah tentang bom berani mati, puak Taliban, konflik politik dan peperangan. Tapi ternyata, ada sesuatu yang manis dan indah boleh ditemui di Afghanistan.

Semoga kisah beliau menjadi teladan dan juga inspirasi kepada mereka yang ingin menjejakkan kaki di Afghanistan juga satu hari nanti.

Harga: RM25

******************************

NAMASTEE INDIA


Buku ini mengisahkan tentang pengembaraan Siti Noridah Ab. Rahman di India pada tahun 2014 dan 2015. Mengembara di India telah mengajar beliau banyak perkara tentang kehidupan secara umumnya. Malah sepanjang tempoh pengembaraan solonya di sana, beliau sering diuji ketahanannya dari segi mental dan juga fizikal. Sebenarnya, bukan perkara yang mudah untuk mengembara seorang diri sebagai seorang wanita di India.
Beliau yang sememangnya gemarkan pengembaraan penuh cabaran, telah menjelajah ke daerah yang berhampiran dengan sempadan Tibet yang memerlukanpermit khas untuk ke sana. Keunikannya budaya, adat resam dan sejarah di India juga adalah sesuatu yang tidak kurang hebatnya.
Semoga kisah pengembaraan beliau menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin mengembara ke India juga suatu hari nanti.

Harga: RM25

************************

Untuk order, Whatsapp 019 460 3094 .

Like Facebook Hif Bookstore.


Thursday 4 August 2016

Anak, Jika Tiada Bersangka Baiklah dengan Allah

Anak, Jika Tiada Bersangka Baiklah Dengan Allah

Kadangkala, soalan yang berdurasi satu saat ini cukup membuatkan suami isteri bersedih selama seminggu, sebulan, atau mungkin setahun.

Mereka hanya mampu mempersoalkan, tetapi adakah mereka pernah berfikir tentang perasaan pasangan yang belum dikurniakan anak?
Bersabarlah wahai mereka yang belum dikurniakan anak, kerana mempunyai anak bukanlah segalanya dalam kehidupan, sebaliknya menjadi hamba Allah yang sejati adalah fokus utama dalam hidup.

Antara topik yang menarik dalam buku ini:
● Hadirnya mungkin nikmat, tiadanya bukan bererti musibah
● Kisah Nabi Ibrahim AS
● Jangan takut menjadi miskin kerana anak
● Bersabar, redha dan bersyukur dengan ketentuan Allah SWT
● Merancang masa depan andai tidak dikurniakan cahaya mata hingga usia tua
● Jangan bandingkan kekurangan kita dengan kelebihan orang lain

==========================

Penulis: Salilah Saidon, Auni Aslah Mat Daud
Penerbit: Must Read Publishing
Bilangan muka surat: 148
Harga: RM18.00 (tak termasuk pos)

________________________

Untuk pesanan, boleh klik:
https://m.facebook.com/messages/thread/1529740190653327/