Saturday 20 July 2019

Journey Through the Qur'an: Edisi Bahasa Melayu




SINOPSIS

Buku hebat yang diterjemah daripada karya asal Journey Through The Quran ini dibawakan khas dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan pembaca memahami ayat-ayat al-Quran.

Setiap surah akan disertakan dengan: sejarah ringkas penurunan ayat, jumlah ayat, jenis ayat, sebab penurunan, tema, hadis yang berkaitan, ekstrak doa-doa daripada surah tersebut.

Perkataan-perkataan penting juga dikeluarkan dan diterjemahkan bagi membolehkan pembaca memperkasa perbendaharaan kata bahasa Arab yang diguna pakai dalam al-Quran.

Paling utama, setiap surah akan disegmenkan ayat-ayatnya dan perceritaannya dalam bentuk PETA MINDA!

---

REVIEW

Kak Hif terus jatuh minat lepas baca 12 muka surat pertama.

Bahagian awal, Pendahuluan, menceritakan latar belakang dan sejarah ringkas al-Quran. Definisi, fakta utama, ciri surah Makiyyah dan Madaniyyah, cara penyusunan al-Quran.

Penyampaian yang ringkas, straight to the point tak membuatkan kita cepat bosan, tapi kita nak baca lagi dan lagi.
Buku ni paling baik digandingkan dengan terjemahan dan tafsir untuk pemahaman yang lebih mendalam. Sebab buku ni hanya memberi overview sahaja untuk kesemua 114 surah.

Yang paling Kak Hif suka, mudah sangat nak faham inti pati sesuatu surah melalui penerangan ringkas yang diberikan. Tak ada ayat meleret panjang-panjang. Kita mudah faham dan dapat lebih feel terhadap ayat yang kita baca. Apa yang surah tu nak sampaikan, apa pesanan dan sebagainya.

Buat masa ni, Kak Hif tengok ada stok lagi. Memang elok sangatlah kalau nak gunakan untuk tingkatkan kefahaman tentang al-Quran di samping tafsir dan terjemahan yang korang ada tu. Kira buku ni boleh anggap sebagai suplemen gitulah.

Kalau nak, boleh contact Kak Hif ya. Komen kat bawah atau isi borang kat atas kanan blog ni.

Tajuk: Journey Through the Qur'an (hard cover)
Harga: RM75 tak termasuk pos
Muka surat: 589
Penerbit: Karya Bestari (untuk edisi BM)
Penulis: Sharif Hasan al-Banna, British Academy Qur'anic Studies


Wednesday 10 July 2019

Tun M - Inilah Perjuangan, Catatan Idea dan Pemikiran Mahathir Mohamad

“Tun M - Inilah Perjuangan” adalah catatan peribadi penulis mengenai idea dan pemikiran tokoh dan negarawan terkemuka Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.











Pengkisahan ini bermula daripada pertemuan dengan budayawan dan tokoh bahasa Tan Sri Datuk Wira Haji Abdul Aziz Tapa dari Kampung Rim, Jasin, Melaka yang mendorong permulaan usaha menerbitkan sebuah buku mengenai sejarah perjuangan orang Melayu membina negara bangsa Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia; berjudul Selagi Hayat Dikandung Badan: Lembaran Perjuangan pada 2006, seterusnya membawa kepada pertemuan penulis dengan YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.

ISI KANDUNGAN
Kata pengantar
Pendahuluan
Nota penerbit

BAHAGIAN 1  : Bertatih Hari Ini, Esok Kita Berlari
  • Maktab Kerjasama Malaysia: Tugasan Khas
  • Peringatan Daripada Seorang Negarawan
  • Kunjungan Ke Bandaraya Bersejarah
  • Perjuangan Orang Melayu
  • Jikalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Di Mana Boleh Mendapat Sagu
  • Pertemuan Pertama

BAHAGIAN 2 : Bermula Dengan Langkah Pertama
  • Penantian Yang Mendebarkan
  • Menyingkap Latar Belakang Seorang Pejuang
  • Malayan Union Dan Dato’ Onn Jaafar
  • Terjun Ke Arena Politik
  • Pertentangan Dengan Lee Kuan Yew Dan Konsep ‘Malaysian Malaysia’
  • Hubungan Dengan Tun Abdul Razak Hussein
  • Dasar Dalam Negeri Dan Cabaran Politik
  • UMNO Di Ambang Perpecahan
  • Pendirian dan Dasar Luar Negeri
  • Perjuangan Belum Selesai Dan Melayu Mudah Lupa
  • Berpisah Untuk Bertemu Lagi

BAHAGIAN 3 :  Tidak Pisang Berbuah Dua Kali
  • Keikhlasan Penyulam Kemesraan
  • Kenangan Lalu Mengusik Kalbu
  • Bangkitlah Segera Daripada Tidur
  • Orang Melayu dan Politik

BAHAGIAN 4 : Malu Makan Kelaparan, Malu Bertanya Sesat Jalan
  • Masih Segar Dalam Ingatan
  • Pertemuan Kedua
  • Kembali Kepada Ajaran Al-Qur’an Sebenar
  • Meraih Sokongan Orang Cina
  • Kegagalan Ekonomi Orang Melayu
  • Tidak Mahu ‘Overstay’
  • Etika Kerja dan Sikap

BAHAGIAN 5 : Pohon Yang Rendang, Tempat Berteduh Musafir dan Dagang
  • Mencari Penaung
  • Perbincangan Dengan Pegawai Yayasan Perdana
  • Pengubat Kecewa Tidak Dapat Menyaksikan Perlumbaan F1 Dubai

BAHAGIAN 6 : Yang Bulat Tidak Datang Bergolek, Yang Pipih Tidak Datang Melayang
  • Kegigihan Mula Membuahkan Hasil
  • Natijah Yang Baik
  • Bagaikan Kelahiran Anak Pertama
  • Tanda Penghargaan

BAHAGIAN 7 : Ular Yang Menyusur Akar Tidak Akan Hilang Bisanya
  • Menetapkan Tarikh
  • Misi Memujuk Tan Sri Arshad
  • Ujian Di Hari Pelancaran
  • Yang Ditunggu Akhirnya Tiba Jua
  • Berkongsi Pentas Dengan Negarawan

BAHAGIAN 8 : Bumi Mana Yang Tidak Ditimpa Hujan
  • Pertemuan Di Bulan Mulia (Ramadhan 2012)
  • Ada Yang Tertinggal
  • UMNO Dilanda Masalah
  • Impian Membina Taman Islam

BAHAGIAN 9: Rendah Gunung, Tinggi Lagi Harapan
  • Lebaran Yang Menjadi Kenangan (Syawal 2012)
  • Minat Terhadap Senibina
  • Mengenai Konsep Pembinaan Putrajaya

BAHAGIAN 10 :Kecil Tapak Tangan, Nyiru Kami Tadahkan
  • Masih Ingatkah Tun Kepada Kami?
  • Menghantar Undangan
  • Hasrat Yang Tercapai



UNTUK DAPATKAN BUKU INI, BOLEH WHATSAPP TERUS KE 019 4603094. STOK SANGAT TERHAD. 

Thursday 4 July 2019

Throwback Thursday: Pinjam Buku di Khutub Khanah

Teks: Kak Hif

Masa sekolah dulu, Kak Hif memang excited pergi library. Maklumlah boleh belek dan baca banyak buku tanpa susah kena beli. Kak Hif tak kisah walaupun tak dapat jadikan koleksi asalkan boleh baca.

Seingat Kak Hif, selain perpustakaan sekolah, khutub khanah pun Kak Hif pergi nak pinjam buku. Masa sekolah rendah, memang enjoy baca Siri Salma, penyiasat 5 Sekawan ke apa namanya. Dan sewaktu dengannya lah. Zaman tu memang in sangatlah buku cerita macam tu. Daripada satu, satu buku Kak Hif pinjam.

Khutub khanah tu kalau tak silap dia macam van yang bawak buku-buku tu. Perpustakaan bergerak la gitu. Seminggu sekali ke dua minggu sekali dia datang. Jadi kena habiskan baca dalam tempoh tu sebab nak kena pulangkan lepas tu boleh pinjam buku lain pulak.

Kak Hif rasa salah satu faktor penyumbang minat membaca itulah dia - kehadiran perpustakaan bergerak dan buku bersiri yang menarik jalan ceritanya. Kita terdorong nak baca lebih lagi dan tak kisahlah walaupun lebih dok berangan nak jadi penyiasat macam tu jugak kononnya.

Kalau zaman sekarang, ada buku Komik Misi, pun best Kak Hif tengok tajuk-tajuknya. Lukisan pun lawa.

Ni antara buku komik yang diminati pelajar sekolah:

1. Misi Tahfiz


2. Misi 10A (semua halaman berwarna)


3. Misi Chef

4. Misi Solat 5 Waktu: Diari Solat Imran



Kak Hif paling suka no 4. Selain penyampaian santai dan mudah difahami tentang solat, lawak pulak tu! 

Korang pulak suka baca buku apa? Biasanya pinjam di perpustakaan ke mak ayah belikan?

----

Kalau korang nak dapatkan buku ni atau nak tahu senarai komik Misi yang ada pun boleh juga.

ISI BORANG PESANAN KAT KANAN ATAS TU YA!