Monday 27 March 2017

Takdir Itu Anugerah: Himpunan Status Motivasi dan Inspirasi Usahawan OKU

Kata Tuan Sukur Ibrahim:

"Antara Impian saya nak ada buku sendiri. TAPI nak diterbitkan oleh publisher yang ternama. Gedik kan?

Tertunggu- tunggu mana-mana publisher offer. Banyak yang offer tapi offer mulut atau whatsapp je. Lepas tu diam.

Ramai juga cadangkan terbitkan je sendiri. Cari ghost writer kalau takde masa dan takde ilmu nak tulis.

Alhamdulillah Allah perkenankan impian jadi realiti. Dilamar PTS untuk buat buku kisah hidup yang ditulis penulis best seller Tuan Bahruddin Bekri. Memang suka sangatlah saya ni.

Sebelum buku kisah hidup saya akan memasuki pasaran tidak lama lagi, pihak PTS berbesar hati mengumpulkan status Facebook saya sebagai buku pertama saya.

Status-status FB ini kebanyakannya adalah monolog diri saya sebagai kekuatan untuk saya terus jadi KUAT. Ada juga nasihat-nasihat buat sahabat dari pengalaman yang saya lalu.

Mungkin juga antaranya emosi yang terhasil dari kehidupan seharian sebagai insan OKU tapi OK yang mencari rezeki sebagai usahawan. #dstrikesolution

Alhamdulillah. Buku Takdir Itu Anugerah kini telah berada di pasaran.

Sokongan kalian amatlah saya hargai sebelum terbitnya buku kisah hidup saya tidak lama lagi...

Buku 160 mukasurat berwarna ini berharga RM18.00 sahaja"

Kisah Tuan Sukur juga ada dikongsikan di blog Syahril A. Kadir (http://www.syahrilkadir.com/pemuda-oku-peroleh-beratus-ribu-sebulan-setelah-3-kali-gagal-dalam-bisnis/) 

dan

 The Vocket (https://www.thevocket.com/kisah-mohd-sukur-ibrahim-oku-berjaya/)

Boleh dapatkan buku ini dengan Whatsapp ke 0194603094.

Buat Sendiri Kuih Talam

Buku Kuih Talam, Langkah Demi Langkah oleh Chef Noraini Zakaria

1. Kuih talam tradisional menjadi kegemaran masyarakat tidak kira Melayu, Cina, India.

2. Dijadikan juadah untuk sarapan, minum petang, majlis kenduri (pencuci mulut/ dessert) malah sebagai juadah ketika berbuka puasa (Ramadan).

3. Terdapat 30 resipi kuih talam tradisional antaranya talam ubi kayu, talam pandan nyonya, talam sugi dan lain-lain. Ini termasuk talam yang divariasikan dengan rasa mengikut trend. Sebagai contoh, talam coklat vanila, seri muka durian, talam kacang merah dan sebagainya.

4. Kuih talam ditunjukkan langkah demi langkah berserta gambar cara membuatnya. Penerangan dalam bentuk bergambar lebih memudahkan pembaca untuk mengaplikasikan teknik menghasilkan kuih talam dengan lebih baik.

5. Melihat kepada survey pembeli buku resipi, mereka lebih sukakan buku langkah demi langkah (bergambar) kerana lebih senang. Orang yang baru belajar lama-kelamaan menjadi lebih mahir jika dipraktis.

6. Kuih talam boleh dikomersialkan untuk sumber pendapatan yang lumayan bagi mereka yang ingin berniaga.

7. Buku ini juga mengandungi pelbagai info & tip seperti: Petua membuat kuih talam dari segi peralatan, bahan mentah dan permasalahan yang timbul ketika membuat kuih talam. Penerangan jelas akan memudahkan pembaca.

8. Harga buku ini tidak mahal. Mampu milik.

Siapakah yang perlu ada buku ini?

* Suri rumah yang ingin belajar membuat kuih talam untuk hidangan keluarga.

* Mereka yang ingin menjadikan kuih talam sebagai perniagaan, sumber pendapatan.

* Mereka yang tidak mampu ke kelas, boleh belajar dari rumah melalui buku ini.

----

Kuih Talam Langkah Demi Langkah

Noraini Zakaria

RM30 tak termasuk pos

Berminat, dapatkannya di SINI .

Saturday 25 March 2017

Cabaran 21 Hari untuk Kurus dengan Menu Diet di Dapur Eat Clean

Dapur Eat Clean adalah idea unik yang memberi nafas baru kepada masakan-masakan di Malaysia yang kebanyakannya dikatakan tidak sihat atau menggemukkan.

Gabungan elemen kurus dan sihat merupakan satu tarikan yang terbaik dalam Dapur Eat Clean.

Berdasarkan pengalaman Aizat & Fatin Ayuni dalam mencari menu-menu diet yang sihat yang mempunyai cita rasa Malaysia menjadi penyebab buku ini mahu diterbitkan.

Penglibatan Kaunselor Pemakanan, Khairul Azuan juga menguatkan lagi gabungan buku ini dalam memastikan susunan pemakanan, resipi yang dibuat menepati piawaian yang ditetapkan dan dikategorikan sebagai lulus untuk diet.

Di Malaysia, Eat Clean mula digunapakai dalam membantu proses menurunkan berat badan.

Di sinilah bermulanya Dapur Eat Clean yang diinspirasikan oleh mereka yang percaya bahawa Eat Clean juga sesuai diadaptasi oleh menu masakan Malaysia dan sangat sesuai untuk menurunkan berat badan jika dimodifikasi dengan sihat dan betul.

Sebab utama pemilihan untuk menyediakan menu pemakanan selama 21 hari adalah kerana selama 21 hari badan kita akan menerima dan selesa dengan penukaran menu dan rutin pemakanan yang baru. Dengan ini selama 21 hari daripada gaya pemakanan yang lama dapat diubah dan menjadi kebiasaan untuk
kekal dijadikan gaya pemakanan yang baru.

Buku ini juga mengandungi jadual pemakanan untuk 3 minggu dan pelbagai tip serta info tentang pengambilan makanan seharian.

---

Cabaran 21 Hari Untuk Kurus

Aizat Razak, Fatin Ayuni, Khairul Izuan

RM28 tak termasuk pos

Berminat?
http://wasap.my/60194603094

Friday 24 March 2017

Tip-tip Cemerlang Daripada Al Quran


Jalan menuju kecemerlangan memerlukan peta. Peta yang umat islam perlukan adalah Al-Quran kerana ia adalah peta yang lengkap lagi selamat, malah sebuah peta yang aqwam (yang paling benar, paling adil, dan paling tepat). Tiada sebarang bengkang-bengkok di dalamnya.

ISI KANDUNGAN

Prakata
Bagaimana Membaca Buku Ini

BAHAGIAN 1: Pendahuluan
Mencari Kecemerlangan Hakiki

BAHAGIAN 2: Tip-Tip Cemerlang

Cemerlang dengan Menjadi GlobalChampion
Cemerlang dengan Iman dan Takwa
Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat
Cemerlang dengan Ilmu Semasa
Cemerlang dengan Membaca dan Meneliti Al-Quran
Cemerlang dengan Wawasan
Cemerlang dengan Merancang
Cemerlang dengan Ikhlas
Cemerlang Berlandaskan Syariat
Cemerlang dengan Menegakkan Ibadat
Cemerlang dengan Solat
Cemerlang dengan Zikrullah
Cemerlang dengan Jihad dan Mujahadah
Cemerlang dengan Tawakal
Cemerlang dengan Menjaga Kualiti
Cemerlang dengan Menegakkan Ihsan
Cemerlang dengan Memelihara Amanah
Cemerlang dengan Hati dan Akhlak yang Murni
Cemerlang dengan Sabar dan Sikap Positif
Cemerlang dengan Menegakkan Keadilan
Cemerlang dengan Mengawal Emosi
Cemerlang dengan Memberi Maaf

Cemerlang dengan Bersyukur
Cemerlang dengan Konsisten
Cemerlang Bekerja dalam Pasukan
Cemerlang dengan Komunikasi Berkesan
Cemerlang Melalui Musyawarah
Cemerlang Melalui Perpaduan
Cemerlang dengan Membentuk Pelapis
Cemerlang dengan Berhemat dan Tidak Kikir
Cemerlang dengan Menjaga Pemakananserta Kesihatan
Cemerlang dengan Pengurusan Masa
Cemerlang dengan Teknologi
Cemerlang dengan Memanfaatkan Pusingan Biologi
Cemerlang dengan Imej Positif
Cemerlang dengan Berdoa

BAHAGIAN 3: Epilog

Kecemerlangan Golongan Sabiquun
Bibliografi
Biodata Penulis

---

Tip-tip Cemerlang Daripada Al Quran (Edisi 2017)

Dato' Dr Danial Zainal Abidin

RM35 tak termasuk pos

Untuk pembelian:
http://wasap.my/60194603094

Friday 17 March 2017

Travelog Umrah DIY

Rindu bertamu…nekad untuk merungkai rindu berada di Baitullah dan Bumi Haramain kurang setahun selepas umrah ziarah kali pertama, dengan izin Allah penulis berada disini lagi. Tabarakallah.

Kali ini pergi menunaikan umrah secara DIY tanpa menggunakan agensi pelancongan. Berserah dan bertawakal hanya padaNya.

Ikuti pengalaman penulis selama 14 hari dan tip-tip menunaikan umrah secara perancangan sendiri dari tempahan tiket penerbangan, hotel, visa dan pengangkutan. Dengan kos RM2000++ sahaja.

Travelog Umrah DIY
Zuera Abdul Ghani

RM25 tak termasuk pos

Untuk dapatkan:
http://wasap.my/60194603094

===

Sumber imej: Facebook page Travelog Umrah DIY

Tamak Pahala

“Kenapa kau letak tajuk buku ini, Tamak Pahala?”

Ok, cuba korang fikir. Setiap benda kecil akan dinilai Allah, apatah lagi benda yang besar, kan?

So, buku TAMAK PAHALA: Sebab aku nak masuk syurga. Kau nak ikut? ditulis supaya kita tak 'underestimate' aktiviti-aktiviti seharian yang kita buat, sebab mungkin kita rasa aktiviti tu kecil tapi boleh jadi ianya besar di sisi Allah.

Benda yang kita rasa simple itulah yang akan bawa kita ke syurga, atau ke neraka.

Dalam 10 saat, jom muhasabah diri kita, “Buat baik pun kena catat, buat jahat pun kena catat, walaupun benda tu kecil. So, better kita buat benda baik je. Haa, malaikat yang ada kat sebelah kanan dan kiri kita tak pernah tidur dan selalu catat amalan kita. Kita je yang selalu tidur.”

Buku ni bagi idea tentang aktiviti-aktiviti seharian kita, tapi kita terlepas pandang (atau buat-buat tak tahu) yang benda tu akan bagi kesan pada kita di akhirat kelak. Sama ada kita akan dapat redha Allah, atau sebaliknya.

Semoga buku TAMAK PAHALA dapat ‘jentik’ hati masyarakat especially anak muda supaya fastabiqul khairat atau berlumba-lumba buat benda baik. Bagi yang dah berusia, tak ada istilah terlambat untuk berubah. Teruskan ‘lari’ untuk kejar redha Allah.

Harapan masih ada selagi ajal tak jemput kita.

Tamak Pahala
Aizuddin Hamid
Tarbiah Sentap

RM25 tak termasuk pos

Untuk pembelian:
http://wasap.my/60194603094

Thursday 16 March 2017

7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat

Ingin tahu bagaimana cara memahami dan mengingati makna bacaan dalam solat?

Teknik bagaimana memehami dan mengingati makna bacaan dalam solat kini dibongkar oleh seorang pengamal teknik faham Arab Al-Quran tanpa asas Bahasa Arab.

Dengan izin Allah, segalanya ada di dalam buku ini. Anda akan ketahui bagaimana mudahnya:

- Merancang hafalan makna bacaan dalam solat selama tujuh hari tanpa menjejaskan aktiviti harian.
- Memotivasi diri sendirir bagi menyahut cabaran tujuh hari ingat makna bacaan dalam solat.
- Menghafal makna bacaan dalam solat.
- Memanggil kembali (recall) makna bacaan dalam solat yang telah dihafal.
- Memanfaatkan makna bacaan yang telah dihafal semasa bersolat.
- Menambah baik hafalan yang telah dilakukan
- Mengapa perlu faham dan ingat makna bacaan dalam solat?

Sungguh, ada perbezaan rasa; bersolat sambil mengingat (recall) makna bacaan dan bersolat hanya melafaz bacaan sahaja.

Cabar diri 7 hari faham dan ingat makna bacaan dalam solat.

Ya Nur Ya Haadi Ya Haq

___

Catatan Penulis

Saya sang kerdil. Ya kerdil! Kerdil pada pandangan Ya Kholid. Sering kali bermain dalam hati dan pemikiran sang kerdil ini, apakah perkara yang boleh dipersembahkan kepada NYA apabila bertemu NYA nanti?

Ya Haadi berbisik kepada ku, 'Tulis buku bagi membantu orang faham dan ingat makna bacaan dalam solat. Ramai lagi orang di luar sana belum ingat makna bacaan dalam solat.'

Benar Ya Syakur. Bagaimana?

Ya Baari mengatur ... saya mengaplikasi teknik faham al-Quran tanpa asas Bahasa Arab yang pernah saya tekuni sebelum ini. Ia menggunakan kaedah hafal kosa kata Arab.

Ya Nur RAS dalam otak semakin aktif.

Persoalannya, bagaimana cara menghafal kosa kata tersebut?

Rancang hafalan!

Ya Fattah membuka jalan idea supaya mencabar diri. Dengan cara ini kita terdorong untuk faham dan ingat makna bacaan dalam solat dalam tempoh masa tertentu.

Setelah meneliti makna ayat bacaan dalam solat beserta kosa kata yang telah dipotong pendek-pendek, 7 hari adalah tempoh masa yang sesuai.

Aturan Ya Baari, maka tersuratlah 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat.

---

Harga: RM18 tak termasuk pos

Berminat untuk dapatkan, boleh Whatsapp terus di sini.

Thursday 2 March 2017

I Am A Backpacker: Germany oleh Khairul Abdullah

Jerman ni macam terngiang-ngiang saja di telinga.

Banyak kali dengar. ... Tapi itulah.

Setakat dengar saja. Tak terasa nak pergi. Tak ada pulak dalam senarai negara mesti dilawati. …

Tapi lepas Backpackers Korea dan Eropah, ada buku ni.

Jadi mesti ada sebab KENAPA Jerman?

Kenapa ada orang, bila dah pergi Jerman sekali, pergi lagi dan lagi?

Tak ada negara lain dah? Kenapa ada yang duduk Jerman terus?

Rasanya Jerman ni, kes dia adalah 'tak kenal, maka tak cinta'. …

Bila kau dah kenal dia, kau akan tanya, “Kenapalah aku tak tahu benda ni dari dulu lagi?”

Kau mula tak dapat kawal diri.

Kau terbayang-bayang Altstadt, Obersee, dan Königssee. …

Yang kau pegang ni, buku ini, adalah detik pertama pandangan kau dan Jerman; rasa yang berpindah daripada mata, jatuh ke hati.

========================

Buku: I  Am Backpacker Germany
Penulis: Khairul Abdullah
Penerbit: Puteh Press
Harga: RM25 tak termasuk pos

Berminat, boleh Whatsapp terus ke 0194603094.