Monday 23 November 2020

Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran

Tajuk buku: Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran-
Penulis: Dato' Dr. Danial Zainal Abidin
Penerbit: PTS
ISBN: 978-967-411-990-4
Tahun: 2017
Harga: RM35

"Jalan menuju kecemerlangan memerlukan peta. Peta yang umat Islam perlukan adalah al-Quran kerana ia adalah peta yang lengkap lagi selamat, malah sebuah peta yang aqwam (yang paling benar, paling adil dan paling tepat). Tiada sebarang bengkang-bengkok di dalamnya."

Terdapat 36 TIP CEMERLANG yang diinspirasikan daripada ayat al-Quran, sebagai panduan untuk umat Islam praktikkan dalam kehidupan harian.

Cemerlang dengan Menjadi Global Champion

Cemerlang dengan Iman dan Takwa

Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat

Cemerlang dengan Ilmu Semasa

Cemerlang dengan Membaca dan Meneliti Al-Quran

Cemerlang dengan Wawasan

Cemerlang dengan Merancang

Cemerlang dengan Ikhlas

Cemerlang Berlandaskan Syariat

Cemerlang dengan Menegakkan Ibadat

Cemerlang dengan Solat

Cemerlang dengan Zikrullah

Cemerlang dengan Jihad dan Mujahadah

Cemerlang dengan Tawakal

Cemerlang dengan Menjaga Kualiti

Cemerlang dengan Menegakkan Ihsan

Cemerlang dengan Memelihara Amanah

Cemerlang dengan Hati dan Akhlak yangMurni

Cemerlang dengan Sabar dan Sikap Positif

Cemerlang dengan Menegakkan Keadilan

Cemerlang dengan Mengawal Emosi

Cemerlang dengan Memberi Maaf

Cemerlang dengan Bersyukur

Cemerlang dengan Konsisten

Cemerlang Bekerja dalam Pasukan

Cemerlang dengan Komunikasi Berkesan

Cemerlang Melalui Musyawarah

Cemerlang Melalui Perpaduan

Cemerlang dengan Membentuk Pelapis

Cemerlang dengan Berhemat dan Tidak Kikir

Cemerlang dengan Menjaga Pemakananserta Kesihatan

Cemerlang dengan Pengurusan Masa

Cemerlang dengan Teknologi

Cemerlang dengan Memanfaatkan Pusingan Biologi

Cemerlang dengan Imej Positif

Cemerlang dengan Berdoa


20 tip asas. 10 tip sokongan dan 6 tip penyempurnaan.

Setiap tip bermula dengan ayat al-Quran, dan menjadi tonggak perbincangan setiap tip. Setiap ayat diterjemah dan ditafsir mengikut rujukan yang muktabar.

Buku ini juga boleh dimanfaatkan untuk hafalan ayat-ayat al-Quran dan tadabbur.

Setiap tip diakhiri dengan Ledakan Kecemerlangan yang mengetengahkan cadangan untuk mengaplikasi tip tersebut dalam kehidupan.




Tajuk buku: Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran

Harga: RM35 (tak termasuk pos)

Untuk pembelian, boleh KLIK SINI . 

Thursday 25 June 2020

Kembara Menuju Allah, Buku Terbaharu Ustazah Asma' Harun

ANDA PEMINAT USTAZAH ASMA' HARUN?

Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw.

Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.

Ustazah Asma Harun
36 tahun yang lepas ustazah lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk ustazah.

Pengajian ustazah bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Al-Azhar Mesir, dan Open Univercity Malaysia (OUM). Doakan rezeki ustazah ke Ph.D. Insya Allah.

Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Penolong Pengarah Bahagian Halal. Ustazah meletakkan jawatan pada tahun 2017.

Ketika umur ustazah 22 tahun, saatnya Allah temukan ustazah dengan seorang lelaki, suami, dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu. Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah. Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, ustazah dan suami dikurniakan Allah 7 orang anak, iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah. Atas-atas kebaikan yang Allah beri kepada Ustazah melalui mereka, Ustazah pun mahu lakukan yang sama.

SubhanAllah, ustazah hanya orang biasa-biasa sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran apabila ustazah melakukan kesalahan.

Kembara Menuju Allah

4 buah buku

"Ya, Allah. Aku Rindu Kepada-Mu."
Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya.

Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.

Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.

"Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri."
Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.

"Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur." - Surah Al-Baqarah, ayat 152.

Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.

"Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia."
Inilah fasa seterusnya dalam hidup kita. Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah.

Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup.

Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

"Ya Allah. Kepada-Mu Aku Kembali."
Buku ini sebagai bekalan untuk menghadapi saat kepulangan kita kepada Allah. Semoga kepulangan kita dalam keredhaan Allah.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

"Ya Allah, Aku Bersyukur Engkau Menciptakan Aku."
Aku bersyukur Engkau menciptakan aku untuk lahir ke dunia. ​Dunia ini indah. Tanpa aku lahir ke dunia, belum tentu aku dapat ke syurga.​ Kerana begitulah perjalanannya.

Sudah dinyatakan syurga itu untuk manusia yang beriman. Manusia itu wujud setelah lahir ke dunia.

Tiada yang bernama manusia jika ia tidak pernah hadir ke dunia.

"Ya Allah, Hanya Engkaulah Pemberi Rahmat."
Sesungguhnya bukti kasih sayang Allah itu terlalu luas untuk dibilang. Ada berbentuk kurniaannya rezeki sihat, rezeki kaya, malah diberikan ujian juga termasuk dalam bukti kasih sayang Allah.

Dunia ini penuh dengan perangkap. Kita perlu lekas berhati-hati. Banyak perkara yang mengaibkan di dunia, sebenarnya menyelamatkan aibmu dibuka di akhirat kelak.

Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah.

HARGA PAKEJ 4 BUKU = RM108 
(TAK TERMASUK POS).
Harga satu buku RM27 tak termasuk pos.

Untuk pembelian, KLIK SINI.



LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE 
FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore 

Friday 19 June 2020

Fahami Bacaan dalam Solatmu




Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam al-Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.
Karya barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam dalam memahami bacaan dalam solat mereka. Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat. Di penghujung setiap bab, latihan kefahaman disediakan bagi menguji dan meningkatkan daya ingatan serta hafalam pembaca.
Dengan bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat. Ia boleh digunakan sama ada untuk bacaan peribadi ataupun sebagai panduan dalam kelas pengajian orang ramai.










ISI KANDUNGAN

Prakata
Kata Pengantar
Tujuan dan Kelebihan Solat
Bab 1 : Syahadah
Bab 2 : Berwuduk dan Niat Wuduk
Bab 3 : Azan dan Iqamat
Bab 4 : Niat Solat
Bab 5 : Doa Iftitah
Bab 6 : Surah Al-Fatihah
Bab 7 : Ayat Ayat Lazim
Latihan Tambahan Bab 1 hingga Bab 7
Bab 8 : Bacaan Semasa Rukuk, Iktidal dan Sujud
Bab 9 : Doa Duduk Antara Dua Sujud
Bab 10 : Bacaan Tahiyat Awal
Bab 11 : Bacaan Tahiyat Akhir
Bab 12 : Doa Qunut Dalam Solat Subuh
Bab 13 : Doa-Doa Selepas Solat
Latihan Tambahan Bab 8 hingga Bab 13
Glosari

========================

Tajuk: Fahami Bacaan Dalam Solatmu

Harga: RM19 tak termasuk pos

Untuk pembelian, KLIK SINI.


Friday 12 June 2020

Kombo Buku Ustaz Ebit Lew

Buku-buku terbaik Ustaz Ebit Lew terbitan Transform Publication.

11 AMALAN MEMILIKI KEKAYAAN


RM30


Kekayaan dan kemewahan merupakan impian setiap yang bernama manusia. Keinginan yang dianugerahkan oleh Allah SWT sebagai satu motivasi penggerak diri setiap manusia agar mengejarnya. Malah syurga itu sendiri dihiasi dengan pelbagai bentuk gambaran kemewahan sebagai simbol perlambangan kepada kekayaan yang berprestij agar menjadi impian bagi setiap yangbergelar manusia mengejarnya. Begitu juga halnya di dalam kehidupan di dunia ini semua orang juga menginginkan perkara yang sama.
Namun ramai juga yang kecundang kerana amalan yang silap hingga Allah SWT memberi taraf tidak layak untuk memperolehinya. Bagi Rasulullah SAW dan para sahabat Rhum, mereka golongan yang layak untuk bahagia di dunia dan akhirat. Oleh itu, buku ini ditulis untuk mengupas urusan kehidupan seharian yang kita sedang jalani agar dapat disuntik dengan amalan yang betul agar layak dan berhak untuk memiliki kekayaan di sisi Allah SWT sama ada di dunia dan di hari akhirat. Persoalan adakah kita perlu melakukan amalan yang betul untuk kaya atau sudah kaya baru melakukan amalan yang betul dikupas agar pembaca menjadi kaya. 

ISTERIKU BIDADARI


RM28


Setiap insan mengimpikan kebahagiaan namun dalam semangat dan keghairahan mengejar bahagia kita terlupa bahawa kebahagiaan datang daripada hati yang dipenuhi keimanan dengan melahirkan sifat membahagiakan orang lain.
 
Keluarga adalah lubuk kebahagiaan apabila kita mampu membahagiakan ahli keluarga. Kebahagiaan kita kecapi mencerminkan sebanyak mana kemampuan diri kita membahagiakan pasangan dan anak–anak.
 
Ramai yang mengejar bahagia hanya untuk diri sendiri tanpa ada keinginan untuk membahagiakan orang lain. Bahagia yang di cari penderitaan yang menjengah.
 
Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis yang dikutip daripada 1001 kisah rumahtangga sepanjang menganjurkan seminar Keluarga Sunnah dan pelbagai program kekeluargaan.
 
Kisah rumahtangga tidak mampu diterangkan dengan ilmiah kerana melibatkan akal fikiran yang dibalut tebal dengan emosi. Maka semua kisah dan pengalaman dibukukan menjadi coretan emosi untuk panduan dan tauladan bagi yang ingin meraih kebahagiaan.


MENELUSURI CINTA



RM28

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Begitu madah yang sering diucapkan oleh kebanyakan manusia. Namun buku ini cuba menyingkap dan meneroka satu daerah paling dalam, yaitu sudut hati manusia yang paling dalam bagi mengisi cinta yang abadi.Apabila tertusuk panahan cinta yang hakiki maka segenap jiwa dan raga sanggup dikorbankan demi yang dicintai
Begitulah Rasulullah SAW dan para sahabah RHUM yang telah menanam bibit cinta yang sejati hinggal melahirkan benih-benih hidayah yang begitu subur hingga mampu dinikmati hingga ke hari ini oleh kita.
Selingkar kisah pengalaman umat akhir zaman yang begitu dhaif dalam menagih cinta disampaikan agar menjadi pedoman dan panduan bagi kita menelusuri laluan Sang Pencinta dalam mengejar Cinta Allah Azza Wajalla.
Untuk order, boleh isi borang pesanan di sebelah kanan blog ini.

LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE www.facebook.com/kedaibukuhif 
 FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore www.instagram.com/hifbookstore

Sunday 10 May 2020

Perempuan yang Baik-baik dalam Al-Quran


Perempuan yang baik-baik itu bukanlah perempuan yang sempurna. Tidak sempurna sabarnya, namun mampu menguatkan kesabaran demi zuriat yang disayanginya. Persis Maryam AS. Tidak sempurna keyakinannya, namun mampu meneguhkan hatinya kerana percaya akan janji Allah SWT. Persis ibu Nabi Musa AS. Tidak sempurna masa silamnya, namun demi mengejar peluang syurga, dia sanggup korbankan segalanya. Persis Zulaikha. 

Melalui buku ini, Ustaz Syaari mengupas kisah-kisah perempuan yang diangkat kedudukannya di sisi Tuhan, di sebalik ketidaksempurnaan yang mereka ada. Buku ini  sesuai dibaca oleh tidak kira lelaki mahupun perempuan, kerana al-Quran diturunkan sebagai penawar buat jiwa seluruh manusia.

Perempuan yang Baik-baik dalam Al-Quran

Syaari Ab Rahman

RM35 tak termasuk pos


Untuk dapatkan naskhah ini, boleh pm ke:

Facebook Hif Book Store

Instagram @hifbookstore



Lelaki yang Hebat-hebat dalam Al-Quran

Lelaki yang Hebat-hebat dalam Al-Quran
Syaari Ab Rahman


Sinopsis
  • Lelaki yang hebat-hebat itu bukanlah lelaki yang seperti malaikat.
  • Dia ialah lelaki yang biasa-biasa, namun saat imannya diugut oleh Raja yang jahat, dia berani masuk ke dalam gua dan meninggalkan keselesaan hidup demi membela iman. Persis pemuda Ashabul Kahfi.
  • Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat berhadapan dengan ayah sendiri dan masyarakat yang jahil, dia berani mempertahankan kebenaran dan menghadapi ujian. Persis Nabi Ibrahim AS, ketika mudanya.
  • Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat si ayah menerima arahan Tuhan untuk menyembelihnya, dia berani menyahut arahannya tanpa dolak-dalih. Persis Nabi Ismail AS, ketika mudanya.

    Melalui buku ini, Ust Syaari menghurai kisah lelaki yang hebat-hebat di sisi Allah SWT meskipun hakikatnya mereka adalah insan yang biasa-biasa sahaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang mengimpikan lahirnya lelaki dengan acuan Al-Quran.
Untuk dapatkan naskhah ini, boleh PM di:




Friday 8 May 2020

Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan

Hasrat membeli kereta terpaksa dilupakan. Dia perlu membayar yuran universiti adiknya.

Puluhan ribu komisen diperolehi melalui jualan lot tanah. 

Namun, duit itu digunakan untuk membina rumah ibu dan ayahnya. 

Beliau juga membiaya pengajian 18 orang pelajar miskin dari Kemboja. 
Benarlah janji Allah.

Dengan SEDEKAH IKHLAS, Allah melipatgandakan pahala serta keberkatan rezeki kita.

RAHSIA PENGUTIP SAMPAH JADI JUTAWAN
Mohamad Azlan Al-Amin


RM35 tak termasuk pos

UNTUK MEMBELI, KLIK SINI dan hantar pesanan🌷

#rahsiapengutipsampahjadijutawan #ejentanah #ejenhartanah #sedekah #rahsiajutawan #motivasihidup #motivasi

Sunday 3 May 2020

Urus Rumah with Hani

Panduan lengkap urus rumah tanpa stres, langkah demi langkah, dan jimat.

SEPENUHNYA infografik dan berwarna! ​

#KemasRumahWithHani #TipMasak2Hani #UrusDuitWithHani

Belajar bagaimana merancang pengurusan rumah, makanan, dan kewangan.

Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti membeli barang baru. Melihat kepada keadaan ini, Dr. Hani Mynis mencurahkan segala ilmu pengurusan rumah yang diambil daripada pengalamannya sendiri dan tunjuk ajar orang tuanya.
Beliau menyatakan, sekiranya kita mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik, kerja-kerja mengurus rumah tidak menjadi suatu tekanan dan perkara yang memenatkan. 







Bagi kita bila mendengar orang menulis tentang ‘Tip Mengemas’, ‘Cara Susun Perabot di Rumah’ mungkin biasa bagi kita. 
Tapi bagi sesetengah orang, mengemas juga ada falsafahnya yang tersendiri.
Marie Kondo, penulis Magic Life-Changing of Tidying, membentangkan falsafahnya yang unik dan memperkenalkan pembaca kepada asas-asas kaedah KonMarinya. Ia telah mengubah rumah dan kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Beliau memberi tumpuan kepada apa yang ingin anda simpan, bukan apa yang anda ingin buang. 
Tanyalah diri anda jika ada sesuatu yang ‘Spark Joy” terhadap barang-barang ketika anda mengemasnya.
Ok, bercakap mengenai mengemas, susun atur dan barang-barang yang kita suka dan tidak suka, Dr. Hani Mynis dari Malaysia ada menulis satu buku yang terbaharu- Urus Rumah with Hani, iaitu buku yang membantu suri rumah, ibu-ibu dan suami isteri yang suka mengekalkan rumah dalam keadaan kemas, bersih dan selesa.
Dr. Hani menulis, jika tidak kena caranya, boleh jadi hal-hal mengurus menu pemakanan, membersihkan rumah, merancang kewangan akan menjadi satu beban yang berat dan memenatkan.
“Semua ini boleh dielakkan jika kita temui satu teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik. Malah ia boleh jadi satu kerja yang seronok!” kata beliau.
ISI KANDUNGAN
Bahagian 1: Pengurusan Makanan
• Perancangan Menu
• Pembelian Bahan Mentah
• Penyediaan Awal Bahan Masakan
• Proses Menyediakan Hidangan

Bahagian 2: Pengurusan Pembersihan Rumah
Bahagian 3: Pengurusan Kewangan 

======================================================
Tajuk: Urus Rumah with Hani
Penulis: Dr Hani Mynis
Penerbit: PTS
Harga: RM25 tak termasuk pos

Untuk dapatkan, boleh isi borang pesanan di atas atau boleh pm ke:

FACEBOOK: HIF BOOK STORE 

INSTAGRAM: @hifbookstore 

Monday 30 March 2020

Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami


Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami - Hasan Mohd. Ali, PhD





Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami. Setiap satu luahan ini disenaraiutamakan mengikut keseringan timbulnya luahan itu daripada pihak suami. 
Daripada pengamatan penulis, luahan-luahan ini adalah konsisten. 
Daripada luahan pertama, ‘iktiraflah kelelakianku’ hingga ke luahan 30, ‘janganlah terlalu mengawalku’ menggambarkan bisikan hati suami yang sebahagian besarnya ditujukan kepada isteri.

Buku ini mengambil pendekatan yang agak mudah iaitu di peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil oleh insan yang luahan Itu ditujukan. Dalam konteks buku yang sedang dipersembahkan ini, insan itu adalah isteri.

Ramai di antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. 
Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang boleh dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. 
Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan bagi ahli-ahli keluarga mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan meredakan masalah yang dihadapi.

Sebagai saranan awal adalah lebih baik seandainya setiap keluarga dapat didedahkan kepada buku-buku dalam siri ini. Apabila masing-masing ahli keluarga membaca, mungkin ada baiknya jika satu perbincangan terbuka dapat diatur di peringkat keluarga masing-masing bagi mempraktik sebahagian daripada inti cadangan dan pelan tindakan yang dirumuskan.

****

Isi Kandungan
Prakata
Pendahuluan

BAB 1: LUAHAN DAN PERASAAN HATI SUAMI

Luahan 1 “Isteriku, Iktiraflah Kelelakianku”
Luahan 2 “Isteriku, Jagalah Rumahku”
Luahan 3 “Isteriku, Janganlah Leteri Aku” 
Luahan 4 “Isteriku, Fahamilah Perasaanku”
Luahan 5 “Isteriku, Berbincanglah Denganku”
Luahan 6 “Isteriku, Hiasilah Dirimu”  
Luahan 7 “Isteriku, Berlemah Lembutlah Terhadapku 
Luahan 8 “Isteriku, Hargailah Pemberianku”
Luahan 9 “Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak”

BAB 2:LUAHAN DAN KELUHAN HATI SUAMI

Luahan 10 “Isteriku, Jagalah Makan Minumku”
Luahan 11 “Isteriku, Jagalah Pakaianku”
Luahan 12 “Isteriku, Didiklah Anak-anakku”
Luahan 13 “Isteriku, Raikan Keluargaku”
Luahan 14 “Isteriku, Sembunyikanlah, Kepintaran dan Kelebihanmu”
Luahan 15 “Isteriku, Janganlah Membuang Masamu”
Luahan 16 “Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah”
Luahan 17 “Isteriku, Patuhlah Kepadaku”   
Luahan 18 “Isteriku, Janganlah Cemburu Buta”
Luahan 19 “Isteriku, Tunjukkanlah Sifat Sabarmu”

BAB 3:LUAHAN DAN HARAPAN HATI SUAMI

Luahan 20 “Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku”
Luahan 21 “Isteriku, Bantulah Kejayaan Kerjayaku”
Luahan 22 “Isteriku, Jadikan Anak-anakku -Insan Berakhlak Mulia”       
Luahan 23 “Isteriku, Permudahkan Penglibatan Sosialku”
Luahan 24 “Isteriku, Janganlah Boros”
Luahan 25 “Isteriku, Hargailah Kejayaanku”
Luahan 26 “Isteriku, Galakkanlah Hobiku”
Luahan 27 “Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelekku”
Luahan 28 “Isteriku, Berjimat Cermatlah”
Luahan 29 “Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku”
Luahan 30 “Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku!“

LUAHAN 6: “ISTERIKU, HIASILAH DIRIMU”

Wanita adalah penghibur kepada suaminya. Isteri yang  menghias diri dan sentiasa kelihatan menarik adalah daya asas yang dapat menjernihkan fikiran perasaan suaminya. Menghias diri bukanlah dengan membaluti wajah di luaran dengan alat-alat solekan semata-mata, tetapi apa yang penting adalah menghias diri dengan akhlak yang mulia dan kesopanan yang tinggi.

Kebanyakan wanita yang berkahwin terutamanya yang mempunyai anak seringkali menghadapi masalah dalam memberikan perhatian yang lebih pada kecantikan fizikal mereka, terutamanya mengenai keadaan tubuh badan. Ada yang terlalu kurus serta cengkung dan ada pula yang terlalu gemuk.

***


Realiti

Bertambahnya tanggungjawab di pejabat dan di rumah serta anak-anak yang semakin lasak, seringkali dijadikan punca masalah dan alasan kebanyakan isteri yang gagal menguruskan diri dengan baik.

Kerja-kerja di rumah memang tidak pernah berakhir dari pagi sampai ke petang. Ini menyebabkan si isteri tidak sempat menghias diri bagi menyambut kepulangan suami. Suami sebenarnya menuntut isterinya menjadi wanita sempurna. Jika kepulangannya disambut dingin, isteri yang kusut masai ditambah lagi dengan keadaan rumah dan anak-anak yang tidak terurus, alangkah pening kepala suami melihatnya dan bertambah-tambah letihlah dia.

Ada juga sebilangan isteri yang berhias sungguh cantik untuk ke tempat kerja. Apabila berada di rumah keadaan berubah, suami dan anak-anak pun boleh naik bingung dan keliru.


Apa yang Isteri Perlu Lakukan

Isteri atau ibu adalah ‘bunga dan cahaya’ yang menghiasi sesebuah keluarga. Bunga dan cahaya yang layu dan hambar akan turut malap dan menghambarkan suasana rumah tangga. Kehambaran suasana keluarga membantutkan perkembangan ahli-ahlinya. Oleh itu penting bagi ibu memastikan dirinya sentiasa ‘indah’ dan bermaya. 
Pelbagai pusat kecantikan dan kesihatan tumbuh bagai cendawan, namun apa yang penting sebenarnya adalah:

a) Menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi yang baik. Kesihatan diri yang baik dan fikiran yang sihat adalah asas kecantikan yang sejati dan dapat menjauhkan serangan penyakit.

b) Melakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari dan beriadah. Senaman dan riadah dapat melancarkan perjalanan darah dan memastikan bekalan oksigen yang lancar ke seluruh anggota, menjamin kekekalan bentuk tubuh yang langsing serta dapat mengelakkan badan menjadi lesu dan pucat.

c) Memperbanyakkan ibadah wajib dan sunat. Dengan beribadah, dapat menjamin ketenangan rohani dan menjauhkan ketegangan jiwa.

d) Belajarlah mengawal timbangan berat badan. Jangan terlalu gemuk dan jangan pula terlalu kurus. Pastikan jenis makanan yang diambil setiap hari supaya berkhasiat dan seimbang. Cara-cara mengawal berat badan adalah:
  •  Hidangan makanan seharian perlu seimbang dari segi zat vitaminnya.
  •  Kawal jumlah makanan yang diambil, jika terasa lapar makanlah buah-buahan segar bukannya kuih-kuih manis ataupun makanan ringan.
  •  Seminggu sekali dapatkan timbangan berat badan, jika bertambah berusahalah mengurangkannya.
  •  Kurangkan pengambilan makanan yang berkalori dan berlemak tinggi.
  •  Jangan tidur selepas makan kerana tanpa aktiviti yang aktif, penimbunan lemak akan berlaku yang akhirnya menyebabkan kegemukan.
  •  Lakukan senaman dan riadah setiap hari sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari.
  •  Perbanyakkan kegiatan setiap hari supaya lemak-lemak dalam tubuh cepat dibakar.

e) Pastikan anda sentiasa berfikiran tenang dan positif kepada diri sendiri, kepada orang lain dan kepada hidup anda.  Ini penting kerana ketenangan dapat memancarkan keceriaan pada wajah.


f) Tidur penting kepada setiap orang sebagai sumber rehat yang sempurna. Pastikan anda mendapat tidur yang sempurna. Ramai pakar kecantikan dan pakar kesihatan berpendapat tidur selama lapan jam adalah yang paling ideal. Apabila bangun dari tidur mulakan hari anda dengan:
  •     Senyuman.
  •     Berfikiran yang positif dalam menjalani kehidupan pada hari itu.
  •     Sebaik-baik bangun dari tidur ucapkan Alhamdulillah.
  •     Bersenam lebih kurang 10 minit bagi melancarkan perjalanan darah.


g) Sentiasalah membersihkan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sesekali berendam dalam air suam bagi menambahkan kesegaran badan. Terdapat bahan-bahan semula jadi yang dapat digunakan bagi menjaga kecantikan diri seperti hampas kelapa dapat menghaluskan kulit, daun lidah buaya (aloe vera) dan pelbagai ulam-ulaman yang dapat membersihkan darah dan perut bagi melancarkan penghadaman.

h) Gigi juga perlu dijaga dengan baik. Sedapat mungkin lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

i) Bermula dari hari ini, ubahlah tabiat makan dan menu harian anda. Minumlah air suam dan jus buah-buahan yang banyak khasiat bagi kesejahteraan tubuh. Jika selama ini anda minum kopi ataupun teh, kini gantikan dengan jus buah-buahan, manakala makanan yang berlemak perlu dielakkan.

j) Jangan menyambut kepulangan suami dan masuk tidur dalam keadaan diri yang tidak terurus dan badan yang berbau. Sebaiknya sambutlah suami dengan wajah yang manis, siap berdandan dan berpakaian yang elok, bukannya dengan pakaian yang masih berbau bawang dan asap.

k) Sentiasalah bersifat sabar, bergembira dan tenang supaya akan terpancar keceriaan pada wajah dan sentiasa nampak manis.

l) Memelihara akhlak dan kesopanan diri kerana kecantikan dalaman lebih utama dan hakiki daripada kecantikan luaran.

m) Jika ingin bersolek, gunakan solekan secara sederhana supaya kelihatan semula jadi. Pakailah pakaian yang sederhana dan sesuai dengan ketinggian, susuk tubuh dan warna kulit.

************************

Lagi tip dalam buku ini:

Panduan menghias diri:
  1. Menjaga kesihatan fizikal dan mental.
  2. Melakukan senaman dan riadah.
  3. Memperbanyakkan ibadah.
  4. Menghias diri dengan akhlak yang mulia.
  5. Mengawal timbangan berat badan.
  6. Pastikan fikiran sentiasa tenang dan positif  bagi memancarkan keceriaan pada wajah.
  7. Dapatkan tidur dan rehat yang sempurna.
  8. Sentiasa membersihkan diri.
  9. Mengubah tabiat makan dan menu harian. Pastikan menu makanan harian yang diambil adalah seimbang dan berzat.

*************************



Tajuk: Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami
Penulis: Hasan Mohd. Ali
Penerbit: PTS
Harga: RM16 (tak termasuk pos)

Untuk memesan, KLIK DI SINI.



**************

LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE 


FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore 

Sunday 29 March 2020

Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Edisi Terjemahan) - Hard Cover

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak.







Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting. 

Keistimewaan kitab ini:

• Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik

• Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah

• Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta

• Seruan kegembiraan dan ancaman kedukaan sebagai motivasi dan benteng dalam kehidupan

• Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah

Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi para ulama dan orang Islam di seluruh dunia. 

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam al-Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.
Rujukan yang sahih adalah petunjuk yang benar. Kitab ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Riyadus Solihin menghimpunkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih dalam membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Tiga topik ini sangat penting dan menjadi asas keimanan kita.
Lebih-lebih lagi kita berada pada akhir zaman. Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Untuk mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu, kitab ini boleh menjadi pembimbing dan penyelamat kita.
Sesuai dengan namanya yang indah, kitab Riyadus Solihin ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Taman orang soleh, itulah makna bagi Riyadus Solihin. 
Kitab ini ditujukan khas oleh penulisnya, Imam Nawawi kepada seluruh umat Islam. Himpunan ayat al-Quran dan hadis sahih menjadi siraman kerohanian yang membenihkan amal dan menyuburkan iman.
Rumah kita yang dianggap sebagai syurga sangat sesuai sekiranya dihiasi dengan sebuah taman. Maka, Riyadus Solihin, Taman Orang Soleh sangat wajar menjadi pelengkap untuk menghiasi rumah kita. 
Satu rumah, satu Riyadus Solihin.


****************************



Tajuk: Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Edisi Terjemahan)
Penulis: Imam Nawawi
Format: Hardcover

Jumlah Muka Surat : 1072


Berat: 1.60 kg

Harga: RM120 (tak termasuk pos)

Untuk memesan buku, klik DI SINI .