Thursday 27 October 2016

Asyik Nak Salahkan Doktor? Baca Ini Dahulu Sebelum Buat Kesimpulan Sendiri

Ada orang yang mudah benar menyalahkan orang lain atas sesuatu yang berlaku. Ada sesetengahnya mudah juga buat anggapan dan kesimpulan sendiri tanpa bertanya lanjut kepada pihak yang berkenaan, namun terus ambil langkah memviralkan sesuatu yang tidak pasti.

Antara mereka yang sering menjadi mangsa keadaan ini adalah golongan petugas kesihatan seperti doktor dan jururawat, yang sering dipersalahkan dengan setiap tindakan atau nasihat  yang diberi kepada pesakit.



Jangan terlalu mudah menyalahkan doktor atau jururawat atas tindakan yang mereka buat, jika tidak puas hati, boleh bertanya dahulu. Dan sedar lah, mereka juga manusia. Apa yang kita buat pada orang lain, tak mustahil juga akan berbalik kepada kita.

Selami kerjaya mereka dan cuba fahami keadaan mereka sehari-hari dalam menyelamat dan merawat mereka yang memerlukan.

----------------------------------------

SIRI BUKU DIAGNOSIS


Tajuk: Prognosis
Penulis: Dr Jacknaim
Penerbit: Dubook Press

Sinopsis

Menceburi bidang Perubatan bukan sahaja memerlukan kelebihan intelek, tetapi juga ketahanan emosi dan komitmen kerja yang tinggi. Semua pihak yang ingin menceburi atau menggalakkan ahli keluarga terdekat menceburi bidang ini perlu memahami situasi yang bakal ditempuhi.

Maklumat di dalam buku ini amat sesuai dijadikan pengenalan terhadap perkara-perkara yang pernah dialami oleh seorang yang bergelar doktor.

Buku yang berada di tangan anda ini merupakan buku perkongsian pengalaman penulis mengharungi cabaran-cabaran untuk bergelar dan berkhidmat sebagai seorang Doktor.

Harga: RM25 (tak termasuk pos)

* * *

Tajuk: DIAgnosis 

Penulis: Dr. Anwar Fazal (MD), Dr. Muhammad Aizzat Othman (MD) & Dr. Azah Isa (MBBS)
Penerbit: Dubook Press

Sinopsis

“Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara.”

Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:
1) Kaya
2) Bergaya
3) ’Glamour’
4) Rasa ‘Superior’

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.

Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia.

Ini kerjaya yang boleh  buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa.
Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.

Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.

Harga: RM20 (tak termasuk pos)

Review buku Diagnosis oleh Dr Fatin Liyana di sini .

* * *

Tajuk: DIAgnosis 2
Penulis: Dr Anwar Fazal, Dr Aizzat Othman, Dr Azah Isa, Dr Mafeitz Zeral Mamat, Dr Mahyuddin Mohamed, Dr Beni Rusani dan Dr Fatin Liyana Asri
Penerbit: Whitecoat

Sinopsis

Kerjaya ini memaksa kamu untuk melihat nilai nyawa dari pelbagai dimensi. Ia menjadikan kamu penonton setia drama tragis dan gembira yang berselang seli saban hari.

Kamu menjadi watak transisi hidup mati. Protagonis atau antagonis, bergantung pada mata penilai manusiatetapi hakikatnya hanya Penilai Mutlak lebih tahu semua yang bersarang di hati.Kerjaya ini, jika benar untuk Illahi, pasti akan menundukkan hati dan buat rasa rendah diri.

Ada tikanya bila kamu berjaya menyelamatkan nyawa dengan izinNya, bila pesakit mula membuka mata dan melakarkan senyuman manisnya, bila ahli keluarganya merangkul atau menjabat erat tangan kamu dengan mata berkaca, saat itu kamu tahu inilah kerjaya yang paling 'kaya' dan kamu rela bersengkang mata, mengerah tenaga hingga ke sisa-sisa akhir yang ada kerana kamu tahu 'rasa itu' rasa yang tak mampu dibeli biar dengan segunung harta materi di dunia.

Ya, ini kerjaya kami selamanya.

Moga sekuel DIAgnosis ini mampu membuka mata semua yang hidup ini hanya persinggahan sementara dan tujuan kita bernyawa tidak lain tidak bukan ialah untuk menjadi hamba. Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka.
Ini buku untuk semua.

Bacalah dengan namaNYA.

Harga: RM30 (tak termasuk pos)

=============================

Untuk miliki koleksi buku ini, isi borang di SINI .

Like page Hif Bookstore .

Follow Instagram @hifonlinestore .


Wednesday 26 October 2016

Putus Asa Bila Bayi Sering Menangis? Baca Ini untuk Tenangkan Diri

Petikan artikel dan gambar daripada babycenter.com.my

Bayi menangis, apa yang ibu bapa perlu lakukan? Lampin sudah ditukar, bayi sudah dipeluk dan dibedung, bayi sudahpun ditukar baju selesa, dan cukup menyusu. Namun masih menangis?



Ikuti cadangan berikut untuk menenangkan diri anda di saat anda hampir putus asa memujuk anak yang menangis.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak rasa tertewas. 

Di sini diberikan beberapa cadangan: 
  • - Tarik nafas panjang.
  • - Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda. 
  • - Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit.
  • - Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.
  • - Cari kumpulan sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi perasaan anda dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain.

  • Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan. 
  • Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.

Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan tunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Secara perlahan-lahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti.

========================================

Banyak lagi info dalam buku MENGAPA BAYI ANDA MENANGIS? karya Uswatun Hasanah Mohd Habib, terbitan Dubook Press.



Harga RM35 termasuk pos.

Untuk memiliki buku ini, klik di SINI .

Like page Hif Bookstore .

Follow Instagram @hifonlinestore .


Tuesday 25 October 2016

Peluang Nikmati Makanan Sedap Walaupun Alergi

Artikel daripada Harian Metro Online

Beri peluang nikmati makanan enak

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my

Pemakanan yang seimbang amat pen­ting untuk menjamin tumbesaran kanak-kanak. 

Bagaimanapun, segelintir daripada mereka tidak dapat menikmati kesemua makanan kerana terdedah dengan alahan atau alergi yang menyebabkan kesan sampingan berbeza.
Contohnya, kita digalakkan memakan pelbagai jenis kekacang kerana ia mengandungi banyak khasiat dan nutrisi penting untuk badan, tapi ada sesetengah tidak dapat mengambilnya kerana alahan.

Bagi kanak-kanak, mungkin masalah alahan atau alergi ini akan menyukarkan mereka menikmati makanan yang diingini seperti kek misalnya, mungkin ada yang alah kepada gluten yang terkandung dalam tepung dan ini menyebabkan mereka tidak berpeluang merasai kek yang menyelerakan.

Bagaimanapun, jika kena caranya banyak resipi makanan yang boleh diolah mengikut kreativiti oleh ibu bapa untuk anak yang mengalami masalah alergi terhadap sesuatu bahan makanan sekali gus memberi peluang anak mereka menikmati makanan enak tanpa merasa terpinggir atau berbeza dengan orang lain.

Perkara itu diakui penulis buku Resipi Alergi, Nazihah Nasir yang mempunyai anak yang berdepan masalah alergi terhadap telur sekali gus menjadikannya lebih kreatif untuk mencipta dan mengolah masakan untuk dinikmati anaknya.

“Sebagai ibu kepada anak yang mengalami ekzema, saya faham keadaan apabila kita perlu memasak dengan bahan yang terhad. Memasak menggunakan tepung tanpa gluten, tanpa bahan tenusu dan penggunaan telur yang dibolehkan sama sekali, semua itu memberi tekanan kepada saya."

“Saya juga mengalami pengalaman yang mana kek menjadi seperti ‘batu’. Berkali-kali saya mencuba sampai satu tahap saya rasa inilah waktu bagi saya berhenti mencuba.

“Bagaimanapun apabila mengenangkan anak saya yang begitu teringin makan sama seperti orang lain, saya perlu berusaha supaya dia dapat makan semua yang dikehendaki tanpa perlu risau dia akan mengalami alahan.

Namun katanya, ada sesuatu yang dia perlu ingatkan iaitu hasil akhir bagi masakan tanpa gluten tanpa bahan tenusu dan tanpa telur akan memberikan tekstur dan rupa yang berbeza daripada masakan biasa.

Katanya, apabila kita memasak tanpa bahan berkenaan, agak sukar mendapatkan konsistensi yang diingini. Contohnya kek, kadang-kadang kek akan menjadi berat dan mampat tapi itulah indahnya seni memasak apabila mana setiap masakan itu perlu ada eksprimen.

Baginya, jangan takut mencuba sesuatu resipi dan olah mengikut kreativiti. Mungkin pada permulaan tidak menjadi, tapi lama-kelamaan kita akan dapat memahami dan mengenali sifat setiap bahan yang digunakan.

Sebagai contoh, apabila membuat kek tanpa gluten, tanpa tenusu dan telur, tekstur akan lebih kering berbanding kek biasa. Apa yang boleh dibuat, tambahkan puri buah bagi mendapatkan kelembapan. Bahan gantian ini tidak semestinya digunakan dalam resipi.
Ada resipi yang tidak perlu gunakan bahan gantian ini pun sudah naik dan rasa yang sedap. Sebab itu penting bagi anda bereksperimen dengan resipi anda sendiri. Sebab setiap orang mempunyai sentuhan yang berbeza dan sebab itulah setiap orang adalah unik.

“Saya kongsikan tip daripada pengalaman sendiri cara menggantikan gluten, tenusu dan telur dalam masakan. Ibu bapa perlu kreatif dalam resipi sendiri dan jangan pernah putus asa dalam menyediakan makanan yang anak-anak sukai,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, selama lima tahun dia cuba menghasilkan makanan yang anak sulungnya, Dawish Yusrizam, 6, gemari tanpa bahan yang tidak boleh dimakan seperti telur dan berkali-kali menemui kegagalan hingga akhirnya berjaya menghasilkan kek yang rasa dan teksturnya sama seperti kek biasa.




Nazihah berkata, dia tidak mahu anaknya rasa berbeza dengan rakannya yang lain. Berkat kesabaran dan kesungguhan, usahanya itu kini semakin mendapat perhatian ibu bapa yang mempunyai masalah sama untuk terbabit dalam aktiviti dianjurkan Nazihah seperti kelas memasak untuk kanak-kanak alergi.

“Ramai ibu bapa yang beranggapan anak mereka yang bermasalah seumpama ini tidak dapat melakukan aktiviti sama seperti kanak-kanak normal kerana bimbang kesan yang mungkin berlaku jika tersalah makan.

“Justeru, saya anjurkan kelas memasak khas untuk anak-anak bermasalah alergi dengan menggunakan bahan selamat untuk mereka. Kanak-kanak ini biasanya tertekan kerana banyak yang mereka tidak dapat lakukan atau makan.

“Jadi, kita mahu mereka rasa seronok dengan persekitaran yang selamat untuk mereka lakukan aktiviti. Biasanya kita adakan kelas memasak biskut yang amat mudah dengan tiga bahan asas saja tapi itu sudah cukup menggembirakan mereka,” katanya.

Bagi meningkatkan semangat dan saling berkongsi masalah berkaitan anak-anak yang alergi, atas inisiatif Nazihah dan beberapa rakan mewujudkan kumpulan sokongan ibu bapa terbabit melalui Facebook dan Whatsapp.

Melalui pengalaman ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah seperti itu pastinya amat membantu ibu bapa lain berdepan cabaran sekali gus memudahkan mereka menguruskan anak alergi.

“Di negara kita masih kurang kesedaran terhadap sokongan ibu bapa dan masyarakat buat anak-anak yang bermasalah alergi, jadi saya rasa satu kerugian jika tidak memulakan inisiatif seperti ini.

“Antara lain saya juga membuat butang lencana untuk anak saya pakai di tadika supaya guru atau masyarakat sekeliling tahu apa yang anak saya tidak boleh makan. Jadi, lebih mudah mereka berwaspada,” katanya.

Nazihah turut berkongsi cara membuat tepung tanpa gluten dalam bukunya. Ada banyak resipi campuran tepung tanpa gluten yang boleh digunakan.

Namun katanya, dia banyak menggunakan resipi ini kerana bahan yang mudah didapati. Resipi ini paling asas bagi menggantikan tepung gandum dalam makanan seharian.Tepung tanpa gluten boleh dibuat dengan mencampurkan satu cawan tepung beras, dua pertiga tepung kanji kentang, satu pertiga tepung kanji ubi kayu dan jika ada boleh mencampurkan dua sudu makan arrowroot. Semua bahan digaul dalam mangkuk besar dan campuran akan menghasilkan kira-kira dua cawan tepung.

Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 6 January 2016 @ 5:01 AM

=============================

Buku RESIPI ALERGI boleh didapati dengan klik di SINI .



Harga sebuah RM35 termasuk pos.

Like page Hif Bookstore .
Follow Instagram @hifonlinestore .