Sunday 21 February 2016

Buku Siri Idea Bento: Idea Bekal Ke Sekolah dan Pejabat


Siri Idea Bento: Idea Bekal ke Sekolah (Menu Ala Barat), Chef Azian

Harga senaskhah: RM15.00 (tak termasuk pos)
Jumlah muka surat: 104

Himpunan lebih dari 40 resipi dalam buku Siri Idea Bento ini memberikan idea kepada para pembaca dalam menyediakan bekal sama ada untuk anak, suami mahupun diri sendiri.

Setiap resipi dalam buku ini disertakan juga gambar-gambar cara membuat. Resipi-resipinya juga ringkas, mudah disediakan dan enak.

Tidak menggunakan bahan-bahan perasa tambahan, resipi ini sesuai bagi menjaga kesihatan. Selain dari itu, Chef Azian turut memberikan tip-tip berbento bagi ibu-ibu yang sibuk dan anak yang cerewet dalam memilih makanan.

Dapatkan buku ini di pasaran bagi memberi idea dalam penyediaan bekal untuk anak-anak.

Idea bento dalam buku ini:
1. Sandwic Telur dan Tuna
2. Chili Dogs
3. Patti Salmon dengan Timun Jepun
4. Pankek dengan Sos Strawberi
5. Sosej Koktel Bermadu
6. Pai Epal
7. Makaroni dan Keju
8. Steak Daging Cendawan
9. Kentang Bakar Berinti Daging
10. Paha Ayam Barbeku Masam Manis
11. Mini Quiche
12. Burger Guacomole
13. Ayam Wrap
14. Chicken Cordon Bleu
15. Piza Cendawan
16. Kepak Ayam Masam Manis
17. Spageti Carbonara
18. Ayam Panggang Bawang Putih
19. Tortila Ayam Goreng
20. Mini Lasagna
21. Spageti Tuna
22. Piza Gulung
23. Salmon Penne
24. Mini Pot Pie Ayam
25. Piza Roti Ayam
26. Jejari Ayam Berkeju
27. Sandwic Gulung
28. Sosej dan Kacang Pis
29. Kek Ketam
30. Buritos
31. Mufin Coklat Timun Jepun
32. Spiral Berkeju
33. Salad Makaroni
34. Fritata di dalam Cendawan Kentang
35. Bebola Ayam dan Epal
36. Nuget Ayam Berinti Keju
37. Bebola Daging dan Makaroni
38. Pai Sheperd
39. Mini Corn Dog
40. Nasi Brokoli Berkeju
41. Ayam Goreng Kerepek Kentang
42. Salad Ubi Kentang
43. Kek Kentang
44. Pai Spageti

=========================

Siri Idea Bento: Idea Bekal ke Sekolah (Menu Asia), Chef Azian

Harga senaskhah: RM15.00 (tak termasuk pos)
Jumlah muka surat: 104

Himpunan lebih 40 resipi bento bermenu Asia, serta persediaan awal menyediakan sos-sos untuk memudahkan dan mempercepat penyediaan bento setiap hari.

Idea bento dalam buku ini:

1. Ayam Kicap Lada Hitam
2. Mihun Putih & Brokoli Kukus Mentega
3. Roti Gulung Nutella Strawberi
4. Cucur Jagung
5. Isi Ayam Bersos Lemon
6. Mufin Telur
7. Linguini Bawang Putih
8. Roti John Sardin & Onion Ring
9. Roti Bijan Berinti Udang
10. Udon Masak Lada Hitam
11. Salmon Masak Halia Bijan & Coleslaw
12. Udang Madu Bijan & Nasi Mentega
13. Popia Ayam
14. Ayam Cornflakes
15. Burger Daging Barbeku
16. Mi Aglio Olio Malaysia
17. Burger Ayam Asia
18. Mi Lapis Daging Berkeju
19. Makaroni Goreng
20. Daging Cencang & Telur
21. Chicken Chop
22. Cream Crackers
23. Mihun Tiram
24. Ayam Masam Manis
24. Ayam Masak Sos
26. Lada Hitam Bermadu
27. Roti Goreng Tepung
28. Yi Mi Goreng
29. Kebab Daging
30. Nasi Goreng Keju
31. Nasi Goreng Ikan Sardin
32. Crepe Daging Goreng Rangup
33. Sandwic Ayam Panggang
Teriyaki
34. Ayam Panggang Bernanas
35. Bebola Ayam Tom Yam
36. Sup Kacang Pis & Roti Keju Bawang Putih
37. Ikan Tenggiri Goreng
38. Halia Teriyaki & Kubis Bunga Masak Tomato
39. Nasi Goreng Kunyit &Omelet Cendawan
40. Nasi Goreng Labu & Udang Goreng Gebu
41. Onigiri & Kentang Putar Jepun
42. Kimbab
43. Ayam Karai
Dumpling
44. Nasi Pilaf & Ayam Tandoori
45. Nasi Tim

==========================

2 buku pada RM30 (tak termasuk pos).

Untuk membuat pembelian, boleh hubungi 0194603094.

Saturday 20 February 2016

Buku Prof Muhaya: Padanya Ada Hikmah & #Prof Muhaya's Quotes

Prof Dr Muhaya, kata-katanya menusuk hati, mencetus inspirasi.

Selami lebih dalam tentang hubungan diri kita dengan pencipta, dengan keluarga dan masyarakat melalui karya Prof Dr Muhaya ini.

Semoga lebih bermotivasi!

=========================

Buku 1: #ProfMuhaya’S Quotes (Baru terbit - Januari 2016)

Harga senaskhah: RM14.00 (tak termasuk pos)
Jumlah muka surat: 112

SINOPSIS

Himpunan status Facebook Prof. Dr. Muhaya yang memberikan inspirasi dan motivasi kepada para pembaca.

Himpunan status ini merangkumi pelbagai aspek seperti keagamaan, kekeluargaan, dan perhubungan.

______________________________________

Buku 2: Padanya Ada Hikmah

Harga senaskhah: RM13.00 (tak termasuk pos)

Jumlah muka surat: 128

Kadangkala hati menyangka, kisah yang terjadi kepada kita tidak ada kesenangan padanya. Kadangkala hati juga bertanya, mengapa Tuhan memberikan kasih yang tidak ada manisnya. Mungkin kita lupa, Tuhan Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Lalu pada setiap kisah yang diberikan kepada manusia, dia menyertakan sayangnya dan menyisipkan kasihan-Nya. Semua itu disembunyikan pada kata yang bernama hikmah.

Inilah 35 kisah penuh hikmah, yang terinspirasi daripada pengalaman Prof. Dr. Muhaya. Sekiranya ada yang bertanya seberapa mirip pengalaman Prof. Dr. Muhaya pada kisah yang diceritakan, jawapannya dapat dibaca pada halaman 'Bagaimana buku ini seharusnya dibaca'.

--

Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia.

Cerita 1: Isyarat Daripada Tuhan

Cerita 2: Anak Perempuan Cantik yang Melihat Pelangi

Cerita 3: Makhluk yang Akan Berjumpa dengan Allah

Cerita 4: Hati yang Penuh Penyakit

Cerita 5: Pencuci Dosa-Dosa Lalu

Cerita 6: Pada Ketika Pertimbangan Sudah Hilang

Cerita 7: Alhamdulillah, Awak Selamat

Cerita 8: Saya Mahu Hidup Lagi

Cerita 9: Orang yang Paling Besar di Hospital

Cerita 10: Kaki Ayah Terpaksa Dipotong

Cerita 11: Pesakit yang Doktor Sayang

Cerita 12: Dia Sudah Lumpuh

Cerita 13: Menolak Rahmat Allah

Cerita 14: Menjadi Orang yang Ajaib

Cerita 15: Maruah Seorang Perempuan

Cerita 16: Siapa yang Mahu Ajar Ayah Mengucap?

Cerita 17: Kita Berdosa Ataupun Tidak?

Cerita 18: Amanah yang Allah Beri

Cerita 19: Saya Akan Mati, Bukan?

Cerita 20: Selagi Dia Masih Ada di Dunia

Cerita 21: Dia Bukan Tukang Cuci

Cerita 22: Pencuci Duit Haram

Cerita 23: Seandainya Itu Tidak Benar

Cerita 24: Hatinya Itu Terlalu Besar

Cerita 25: Maruah yang Jatuh

Cerita 26: Rahmat untuk Anak Cucu

Cerita 27: Saya Ini Doktor Penakut

Cerita 28: Pak Cik, Marilah Masuk

Cerita 29: Gali Dua Kubur

Cerita 30: Dia Istimewa

Cerita 31: Wajah yang Masam

Cerita 32: Dahulu Saya Pun Seperti Awak

Cerita 33: Yang Bernama Cinta

Cerita 34: Pandangan yang Marah

Cerita 35: Pada Aslinya Diri Saya Dahulu



Untuk pesanan:
SMS/Whatsapp 0194603094

Offer pakej 2 buku ini hanya RM25 
(harga asal RM27)

Thursday 18 February 2016

Buku Popular: Catatan dan Momen2 Matluthfi

Matluthfi yang gelagatnya mencuit hati. Dari Youtube, kini Mat dah ada 2 buku dah woi! Terbaru, Mat dah kawen!

Buku 1: CATATAN MATLUTHFI

Kalau kalian suka baca diari orang, mungkin kalian suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia.

Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada dalam buku ini (ha???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.

Buku ini pasti akan membawa pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim, dan yang paling penting mengenal diri kalian sendiri.

SIAPA MATLUTHFI ni sebenarnya?

Jelasnya, Matluthfi berasal dari Utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang.

Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh.

Matluthfi mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram. Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day."
Matluthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.

Di kala teman-teman sebayanya sibuk membina badan, Matluthfi sibuk membina jamban di Curtin University. Pada setiap kali Matluthfi berasa tertekan dengan kuliahnya, Matluthfi akan mengurut dada dan cuba mendapatkan inspirasi daripada Alumni yang telah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari sana - Datin Sri Rosmah Mansor.

Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Matluthfi telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award, Digi WOW Award, dan Vlogger Terbaik daripada suami Alumni. Tetapi, anugerah yang paling dihargai oleh beliau adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.

Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca...
...dan harapnya berfikir.
Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)

=========================

Buku 2: MOMEN2 MATLUTHFI

Tulisan-tulisan kali ini lebih panjang, lebih serius, lebih dewasa nadanya. Humornya ada, tetapi banyak inside jokes yang memerlukan pengetahuan asas dalam agama, politik, sosial, hiburan, dan isu-isu seputar keempat-empatnya.

Kalau hang tak dak background knowledge, sebab hang memang tak kesah apa benda yang jadi dalam dunia ni, hang memang terok. Aku sediakan footnote untuk orang-orang yang terok macam hang, sebab kalau aku tulih sorang-sorang tanpa ada pembaca, baik aku cakap dengan dinding - dan itu lebih terok.

Aku rasa Matluthfi belasan tahun pun tidak akan faham apa yang Matluthfi 24 tahun ni tulis. Sebenarnya aku malu dengan Matluthfi 5 tahun dulu sebab dia duk tulih benda-benda bodo. Sekarang ni aku tengah tumbok diri sendiri seminggu sekali untuk puaskan hati Matluthfi 5 tahun akan datang.

Tapi Alhamdulillah, ketidakpuasan hati ini satu petanda bahawa aku telah belajaq banyak benda baru, menginjak pemikiran ini ke tahap yang lebih dekat dengan generasi pembaca yang lebih berumur seperti mak hang.
Yaa mak hang juga akan membaca buku ini. Dia akan mempengaruhi ayah hang supaya turut meminati aku sehingga ayah hang sanggup bawak balik buku ni pi beraya di kampong, hanya untuk terkejut apabila disambut nenek hang.
“Eh, mak pun ade yang ni!”
Tanjat ayah hang bukan sahaja kerana mak dia layan Matluthfi, tetapi jugak kerana nenek hang itu sebenarnya sudah lama pergi...

ISI KANDUNGAN BUKU INI:

Cik Kam
Negara Paling Sekular
Kasyaf Pak Cik Jashemi
Eh Tak Pa La
Kehidupan Banal
Verily Cool Women are for Cool Man
House and Home
Proactive Ninja
Kejelasan Fikrah
Mesra, Cepat, dan Betul
Hati-Hati
Drink and Order
Cool Pilot
Food for Homeless
Like a Champ
Sehelai Kain
Aku Tough
Berdakwah
Zamanfi
The Other
Priceless
Raudhatus Sakinah
Haters
Beautiful
Candula Mana Tidak Berkias
KAFA
Sustainability
Anep dan ADHD
Buku Jalanan 47
Jo
Southern Gathering 2014
Hihi Excited
Pancing Partriark
Sehari Sebelum Submission
Aisha
Inai Memet
DAP
Nuntut Ilmu
Anep dan Ayam
Ironi Slogan
Abang Long Karpet
Sipulan
Ali
Orang Bahari
Nipponing
Rant on Popularity
Kena Tibai
Kunci
Bajet Abbot
Maik Rikadson
Aned Kondelo
Saily An Wert
Kajang Move
Confessions
Jesus Christ
Macamana Orang Australia Berhujah
TFTN

==========================

Nak pi beli kat kedai buku, tak pi pi pun. Atau kalau dah pi, tapi tak ada stok pulak atau terlupa dah nak beli buku Mat ni?

La ni senang, mai kita pos saja. Sampai terus depan muka pintu.

1 buku RM25.00 (tak masuk pos).

Tapi ada offer best ni.

✔ 2 buku RM46 je
✔ FREE POSTAGE!

Offer valid sehingga 22 Februari 2016 sahaja.

Lepas tu dah kembali ke harga asal dan takde dah free postage tau.

Moh order dengan we ols:
Hif Online Store
Whatsapp 0194603094

Taip 'SAYA NAK BUKU MAT'.

Lekaih naa!

Wednesday 17 February 2016

7 Sebab Usahawan Baru Gagal dalam Bisnes (Raja Shamri)

Teks: Dr Raja Shamri
Sumber: Facebook

Nak kaya? Nak berjaya dalam perniagaan? Nak jadi usahawan? Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya ? Kenapa eh ...

Ok lah ... untuk bincang isu ni rasanya seminggu tak habis. Kita ringkaskanlah sikit ya ... Begini ... saya sudah 14 tahun terlibat dalam bidang training ni dan rasanya tidak kurang dari 200 orang usahawan dan perniagaan yang telah saya diminta untuk beri nasihat dan tunjuk ajar, untuk troubleshoot masalah, bantu bagi nasihat dan sebagainya... baik perniagaan kedai runcit, kedai makan, klinik perubatan, insurance agency, law firm, engineering, syarikat MLM, dan sebagainya...

Dari situ saya rasa saya nak simpulkan kenapa seseorang itu tidak berjaya dalam perniagaan/tidak boleh jadi kaya/Tuhan tak bagi dia kaya/tak bagi dia jadi usahawan berjaya dan sebagainya...

1. NIAT TAK BETUL - tujuan nak jadi kaya sebab nak jadi bos boleh rileks orang lain bekerja kita pantau je ... hekk elehhhh ... tahu tak jadi bos lagi banyak kerja lagi banyak benda kena pikir ... nampak sangat sifat bossy dan malas serta angkuh tu menebal dalam diri ...

Niat tak betul juga termasuk nak bantu adik-adik, nak bantu orang tu orang ni ... nak bantu makhluk tu makhluk ni dan macam2 lagi janji untuk bantu ... SEMUANYA TAK TEPAT !! Bantu diri tu dulu yg masih tak terbantu ...

Sepatutnya niat yg utama untuk jadi kaya/untuk berjaya dalam perniagaan ialah UNTUK MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH ... agar jadi lebih beriman dan bertakwa ... agar dapat beribadat dengan lebih khusyuk ... agar Allah lagi sayang ... agar dapat bantu diri tu dulu agar lebih beriman, lebih bersabar, lebih bersyukur, lebih soleh ... It's all about ourself NOT about others.

2. BANGUN PAGI - memang perangai tak layak jadi orang berjaya kalau pukul 8 baru bangun ... solat subuh entah ke mana ... pukul 10 baru keluar rumah ... pukul 2 pagi tak tidur lagi layan TV .. lepak kat warung dan sebagainya... solat subuh asyik terlepas ... jgn cakaplaa solat dhuha ke tahajud ke ... huhh .. yg tu jauh sama sekali ...

3. BIADAP DAN ANGKUH - baru je pandu kereta wira/viva/persona/kereta biasa2 dah cilok sana cilok sini ... berlagak di jalan raya ... biadab!

Tekan minyak kuat2 taruk sound system kuat2 bukak lagu kuat2 - biadab di jalan raya ... guna laluan kecemasan potong queue ... SANGAT KURANG AJAR ... tu baru pandu wira tu ... belum lagi mercedes ... sbb tu Tuhan tak bagi kaya ...

Tuhan bagi setakat wira tu jelah ... Kalau Tuhan bagi kaya dapat beli mercedes tak tahulah macam mana takbur lagi dia atas jalan raya ... in fact, habis duit duk repair mercedes tu ... sebab tu kita tengok orang kaya yg drive kereta mewah ... ada ke yg cilok sana cilok sini jadi road bully ... tak ramai kan ... mereka semua drive sangat berhemah ... enjoy the driving ... drive safely ... sbb tu mereka bertambah kaya ... sebab mereka layak utk jadi kaya ;)

4. PAKAI NAK CANTIK, MAKAN NAK SEDAP, TAPI KERJA MALAS - baru je bisnes buat untung sikit, baju dah berubah corak dan imej dah berubah ... baju murah dah tak pakai ... semua jadi branded ... makan pun tempat yg high class ... kat gerai tak boleh ... jatuh standard ... hek elehhhhh ... hari minggu bawak keluarga pergi bercuti pantai itulah pantai inilah ... tiap2 malam tak payah masak ... makan kat luar ... gaya hidup terus jadi mewah ... bukannya nak guna duit untung tu utk kumpul pergi umrah ke ... set matlamat selesaikan dulu yang wajib tu dulu ke ...

5. BERKIRA BAB SEDEKAH DAN ZAKAT- nak keluar sedekah sangat susah ... zakat lagilah ... ada je alasan utk mengelak bayar zakat pendapatan tu ...

6. MALAS - asal ada duit sikit je terus malas buat kerja ... semua jadi delay ... semua jadi tertangguh .. baru sikit je Allah bagi rezeki terus lupa diri jadi malas ... tidur jadi banyak ... makan jadi melampau ... Kerja jadi malas ... CONFIRM TUHAN TAK BAGI KAYA !

7. SOLAT - asal ada duit sikit je solat terus tunggang tebalik ... sibuk sampai tak solat ... masa susah dulu bukan main berdoa sahaja dah setengah jam ... kaya sikit je ... baru sikit Allah bagi rezeki terus lambat2kan solat ... Dhuha?? Huhhhhh ... jauhhhh sama sekali ... Dia lupa bahawa yg bagi rezeki tu adalah ALLAH ...

=========================

Peringatan yang sangat baik dan patut dijadikan panduan untuk mereka yang ingin jadi usahawan atau berbisnes.

Ingat, Allah akan beri rezeki kalau Dia nak beri. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa.

Perbetulkan niat bisnes dan tabiat. Semoga kita semua berjaya. Insha Allah.

========================

Ingin membeli buku-buku PTS Publication?

Tawaran FREE SHIPPING (FREE POSTAGE) bagi tempoh terhad sahaja (mengikut terma dan syarat).

Sila ke Instagram Hif Online Store untuk update terkini.



Sunday 14 February 2016

Buku Resipi: Resipi Alergi

Buku yang patut dimiliki oleh mereka yang ada masalah alergi!

Buku ini mempunyai 96 muka surat, dilengkapi dengan 40 resipi tanpa bahan tenusu, telur dan gluten. Hasil karya Puan Nazihah Nasir.

SINOPSIS BUKU RESIPI ALERGI

Himpunan 40 resipi yang menarik dan mudah disediakan. Paling penting, bahan-bahan yang digunakan tidak membahayakan mereka yang alergi. Tidak menggunakan bahan tenusu, telur dan gluten.

Resipi yang disertakan adalah makanan biasa untuk orang normal, cuma penulis menggantikan bahan 'terlarang' dengan bahan yang pesakit alergi boleh makan. Resipi aiskrim tanpa telur, cinnamon roll dengan susu badam, kek menggunakan minyak masak dan banyak lagi.

Buku ini dihasilkan untuk mereka yang alergi pada telur, bahan tenusu dan gluten. Ia tidak terhad pada resipi untuk kanak-kanak, juga boleh digunakan oleh orang dewasa.

ISI KANDUNGAN

-           Wafel & Sos Strawberi
-           Kebab Ayam
-           Tortilla Wrap
-           Tortilla Roll
-           Chicken Nugget
-           Chicken Pie
-           Shepherd Pie
-           Salmon Quiche
-           Roti Buku
-           Chicken Sandwich
-           Cinnamon Roll
-           Cakoi
-           Donat (Tanpa Yis)
-           Spageti Olio
-           Banana Roll
-           Mihun Popia
-           Sup Ayam
-           Mi Kari
-           Mi Wantan
-           Pizza Zucchini
-           Daging Lada Hitam
-           Spageti Bolognese
-           Kuetiau Goreng
-           Nasi Goreng Cina
-           Banana Muffin
-           Kek Coklat
-           Manggo Shortcake
-           Sugar Cookies
-           Coconut Jelly
-           Tortila Chip
-           Puding Karamel
-           Oregano Crackers
-           Aiskrim Coklat
-           Bingka Labu
-           Banana Oat Cookies
-           Churos
-           Pulut Mangga
-           Brownies
-           Aiskrim Pisang
-           Puding Coklat

Mereka yang mempunyai masalah alergi atau ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang alergi atau pun mereka yang kurang gemar bahan tenusu dan telur amat digalakkan membeli buku ini. Semoga dapat memberi panduan dalam menyediakan makanan bebas alergi untuk diri sendiri atau yang tersayang.

========================
Harga senaskhah: RM35.00 (tak termasuk pos)

Jika anda order sekarang, anda layak mendapat HARGA DISKAUN!

Whatsapp ke 0194603094 untuk pembelian.

[Pre Order] Buku Resipi: Mufin dan Cupcake

Buku resipi terbaru yang diterbitkan oleh PTS, hasil sentuhan Chef Fazalina.

Dengan berformat paperback, sebanyak 96 muka surat padat dengan resipi menarik dan terbaik bagi 3 jenis comfort food dalam 1 buku.

Kini membuat mufin, cupcake ataupun pai bukan lagi sesuatu yang sukar. Dengan adanya buku ini anda boleh mempelajari dan mencuba ketiga-tiga jenis makanan ini.

Setiap resipi disertakan CARA membuat beserta GAMBAR YANG LENGKAP. Tunggu apa lagi, dapatkan buku ini dan hasilkan mufin ataupun cupcake yang menarik!

ISI KANDUNGAN

Resipi Mufin
Mufin Chocolate Buttermilk
Mufin Lobak Merah
Mufin Strawberi
Mufin Kekacang
Mufin Vanila
Mufin Oren & Kismis
Mufin Coklat & Keju
Mufin Yogurt Bercoklat Cip
Mufin Ceri Lemon
Mufin Mocha
Mufin Cip Coklat
Mufin Blueberi
Mufin Labu Kuning
Mufin Pandan
Mufin Epal

Resipi Cupcake
Cupcake Red Valvet
Cupcake Coklat Gula Kristal
Cupcake Oreo
Cupcake Putih Susu
Cupcake Marble
Cupcake Ombak Rindu
Cupcake Peanut Butter
Cupcake Pisang Bercoklat
Cupcake Buah Moist
Cupcake Aiskrim
Cupcake Mangga

Resipi Pai
Pai Ikan Tradisional
Shepherd Pai Ala Irish
Pai Sandwic Tuna
Pai Strawberi
Pai Keledek Bonda

=========================
Harga senaskhah: RM15.00 (tak termasuk pos)

Tapi jika anda order sekarang, HARGA DISKAUN menanti anda!

Pre order dibuka sekarang sehingga 18 Februari 2016.

Whatsapp ke 019-460 3094 untuk pembelian.

Saturday 13 February 2016

Ejen Buku Terbitan PTS

Alhamdulillah, tahun ini HOS menambah satu lagi produk iaitu BUKU. Kalau sebelum ni jual makanan je, kali ni kita jual makanan minda pulak ye hehe.

Kami menjual buku-buku terbitan PTS. Buat masa ini hanya terbitan mereka sajalah, akan datang insha Allah akan diusahakan untuk jual buku terbitan publisher lain juga.

Kami akan review buku-buku PTS dari semasa ke semasa dan share buku-buku yang bestseller insha Allah.

Lebih update terkini  >>> follow Instagram HOS di http://instagram.com/hifonlinestore ya!

Jom baca buku - 1 buku 1 bulan. Setahun habis 12 buku 😊