Wednesday 28 August 2019

Memoir Sudirman yang Kukenali

Antara sebab Saodah Ismail menghasilkan buku ini adalah kerana kecewa dengan pelbagai pihak yang gagal menunaikan janji pasca kematian penghibur nombor 1 Asia itu.

"Waktu Allahyarham meninggal, beliau 'dimandikan' dengan pelbagai janji antaranya nak buat institusi, nak buat galeri, nak buat muzium, nak buat Jalan Sudirman, nak bagi biasiswa Sudirman untuk anak muda berbakat besar tetapi lama kelamaan tak ada apa pun yang berlaku."

"Muzium tak ada, galeri pun saya tak tahu wujud ke tidak, malah ada yang kata hidup segan mati tak mahu. Kuburnya pun hanya ahli keluarga dan peminat yang jaga. Kita belum ada satu bentuk penghargaan untuk Allahyarham."

"Sebagai seorang kawan, saya nekad menghasilkan buku ini kerana tidak mahu namanya hilang begitu sahaja."

----

Sudirman yang Kukenali
Saodah Ismail
RM29 tak termasuk pos

----

#sudirmanyangkukenali #memoir #biografi #kisahhidup #sudirman #hifbookstore #malaysiamembaca #merdeka

Wednesday 21 August 2019

PROMOSI BUKU PUISI ITBM




BUKU PUISI ITBM

PROMOSI MERDEKA 

DISKAUN 10%

20 OGOS - 7 SEPTEMBER 2019




Harga asal: RM15
Harga promosi: RM13.50



 SINOPSIS / SARI RANSANG

dengan lenggang bahasa wanita
dikongsinya pengalaman
wanita dan kemanusiaan
kekeluargaan dan ketuhanan
teruji sebagai wanita
gembira dan nestapa
amarah atau imarah
sulit atau sukar
tetap menyantun
dengan keindahan

#####################################################
Harga asal: RM20
Harga promosi: RM18


Kumpulan Puisi: Apologia disorotkan secara sinisisme dan bermakna serta mengandungi unsur falsafah pemikiran secara konotasi dan detonasi. Kumpulan puisi ini dibahagikan kepada dua fragmen, iaitu fragmen 1: menyoroti nurani insani dan fragmen 2: menyoroti maknawi duniawi. Dalam fragmen 1, puisi-puisi lebih berkisah dalam perenungan untuk menggalurkan sinisisme tentang diri dan keakukan yang dapat memberi erti manusiawi duniawi yakni berkaitan persoalan umum tetapi tetap menguntai tentang diri secara akliah, ilmiah dan berhemah.

Dalam puisi ini tergalur kefalsafahan yang mengandungi motivasi secara terpimpin dan bermakna yang mengungkapkan persoalan yang barangkali tidak terfikir oleh akal pemikiran bawah sedar atau atas sedar. Garapan puisi ini tidak rancu dan senang difahami kerana mengaplikasikan bahasa yang mudah tetapi berealistik, berestetik, intuitif, kompetitif dan komunikatif dalam menyalurkan makna secara berterus terang dan tidak bolos idea.

Kesemua 77 puisi ini bersifat dan berjasad pendek tetapi beroh yang berjela-jela jika dikupas dengan sihir mata akal dan mata hati.


 ################################################################


Harga asal: RM20
Harga promosi: RM18


Teknik impresionisme seakan-akan sebati dalam diri dua orang pengkarya versatil ini lewat karya mereka dalam Antologi Puisi: Buku Kenangan. Garapan puisi dan ilustrasi menjadi mainan ekspresi jiwa juga cerita dalam kebanyakan karya puisi mereka.
Konsep yang diketengahkan, walaupun bukan sesuatu yang baharu, namun sudah cukup untuk memberikan kesegaran halwa minda para pembaca.
“Untuk mereka-mereka yang tentunya memahami istilah-istilah ini, mereka yang disayangi, dikasihi dan dicintai”.
Solihin Osman & Rasfan Abu Bakar.


###########################################################


Harga asal: RM20
Harga promosi: RM18



SINOPSIS / SARI RANSANG
Bicara sang laut yang terkadang lirih sering menjadi nuansa sang alam. Saat ia berbicara tentang kedamaian, wajah sang laut tenang memaut keindahan. Namun, tiada siapa yang tahu kerana kocakan serakah sang alam, perih derita memukul ketenangan sang laut. Lalu ia bergelora, membicarakan pengakhiran segumpal rasa yang tak dihiraukan oleh sesiapa. 
Epilog Laut berbicara sebagai lidah kata-kata. Menceritakan sebuah ketenangan yang tidak selamanya bersaka, juga keributan yang tidak juga selalu menimpa, kesombongan yang tidak menjadikan sesiapapun mulia malah atas nama laut yang kekar menakluk gelora melahirkan seramai perkasa yang mencintai damai dan bahagia. 
Buku kumpulan puisi ini akan menyelongkar rahsia bicara laut untuk semesta!

#################################################################

Harga asal: RM20
Harga promosi: RM18

Musim datang dan pergi
meninggalkan lembar-lembar pesanan
untuk pulang ke rumah keseederhanaan.
Sebanyak 74 buah puisi dihimpunkan dalam susunan baris berlantaikan pesanan dan berpakukan nilai buat pembaca yang cinta akan keindahan dalam kehidupan.
Khabar dari Mimbar ialah simbolisme pengetahuan, pemerhatian, dan pengalaman hidup penulis yang juga seorang pendidik yang sebahagian besar hayatnya telah diragakan untuk mendewasakan manusia. 
Di dadanya ada jiwa luhur yag mengharap agar ada pembaca yang dapat menuai wangian kata-kata dalam bendang yang beragam-ragam persoalan dan pemikiran.


############################################################




Harga asal: RM25
Harga promosi: RM22.50

Suara Orang Berbangsa bukan herdikan, bukan raungan, bukan juga sorakan kerana orang berbangsa kata-katanya berkias, berterus-terang tetapi beralun lembut. Suara Orang Berbangsa tidak mengada-ada tetapi berada-ada, seperti tempua yang bersarang rendah. Suara Orang Berbangsa berkata benar, tidak sampai nanar, bukan seputar dirinya, tetapi yang mendunia pula sifatnya.
Suara Orang Berbangsa mengajak kita mencelikkan mata dan memutihkan hati, tentang kecintaan kepada negara dan bangsa, kepada budaya dan bahasa, agar akar dan asal mula yang mencerdikkan dan mentamadunkan kita - Melayu, Islam, dan bahasa - tidak cair lalu hanyut ditelan zaman.

#########################################################

Harga yang dinyatakan tidak termasuk 
kos pos.

Untuk pesanan, KLIK SINI.




UPDATE TERKINI PROMOSI BUKU, BOLEH LIKE FB HIF BOOKSTORE DI SINI.


Tuesday 20 August 2019

MERDEKA SALE: BUKU ITBM DISKAUN 10%

MERDEKA SALE!

Promosi buku-buku ITBM sempena Merdeka!

Diskaun 10% untuk buku terpilih, yang pastinya berbaloi dimiliki.

Ada buku sastera, ilmiah, tip menulis dan membaca, rujukan terjemahan, sejarah, motivasi, pendidikan.

Diskaun sah hingga 7 September sahaja.





















Untuk paparan lebih jelas, boleh ke FB Hif Bookstore.

Untuk pesanan, sila KLIK SINI.

Thursday 8 August 2019

Tip Mengemas Rumah Bersama Hani


Pening kepala nak kemas rumah yang bersepah?
Barang-barang terlalu banyak sampai tak tahu yang mana kena kemas dulu?


Ikuti tip mudah mengemas rumah bersama Hani dalam video ini.


Untuk lebih banyak tip mengurus rumah, boleh dapatkan buku ni. Kak Hif suka sebab buku ni praktikal, mudah diikut dan halamannya berwarna. Best!





DARI PORTAL PTS

Belajar bagaimana merancang pengurusan rumah, makanan, dan kewangan.
Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti membeli barang baru. Melihat kepada keadaan ini, Dr. Hani Mynis mencurahkan segala ilmu pengurusan rumah yang diambil daripada pengalamannya sendiri dan tunjuk ajar orang tuanya. Beliau menyatakan, sekiranya kita mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik, kerja-kerja mengurus rumah tidak menjadi suatu tekanan dan perkara yang memenatkan.

DARI PORTAL BOOKCAFE
Panduan lengkap urus rumah tanpa stres, langkah demi langkah, dan jimat. SEPENUHNYA infografik dan berwarna! ​ #KemasRumahWithHani #TipMasak2Hani #UrusDuitWithHani
 
 
ISI KANDUNGAN:

Bahagian 1: Pengurusan Makanan p. 7
• Perancangan Menu
• Pembelian Bahan Mentah
• Penyediaan Awal Bahan Masakan
• Proses Menyediakan Hidangan

 Bahagian 2: Pengurusan Pembersihan Rumah p. 50

Bahagian 3: Pengurusan Kewangan p. 190

====================================================

Judul: Urus Rumah With Hani
Penulis: Dr Hani Mynis
Penerbit: PTS
Harga: RM25 tak termasuk pos

KLIK SINI untuk pembelian.