Thursday 27 April 2017

Mengapa Fuiyooo...Senangnya Sains (Tahun 1-6) Harus Dimiliki?

Fuiyoo...Senangnya Sains! Tahun 1-6
Oleh Kipas Hikmat



• Konsep bukunya yang berwarna-warni, sempoi dengan kartunnya dengan cuba meminimakan penggunaan teks. 





• Ada disertakan teknik mengingat/menghafal yang mudah.
• Penulis sudah dikenali ramai di FB malah mempunyai ramai pengikut.
• Koleksi siri bukunya merupakan best-seller dalam carta jualan buku umum.
• Menggunakan pendekatan berbeza untuk menarik minat pelajar belajar iaitu dengan menggunakan kemahirannya melukis kartun dan mengaitkannya dengan topik pelajaran tertentu. 
• Ditulis oleh penulis yang juga bekas guru & pelukis serta berpengalaman luas dalam mengajar Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Fizik, Kimia & Biologi. 

Harga RM26 tak termasuk pos.

Untuk dapatkan, boleh Whatsapp ke 019 460 3094 .

Thursday 20 April 2017

Kisah Benar Seorang Ibu yang Mendidik Anak Autistik


ANAKKU AUTISTIK!

MOHAMAD HAIKAL ARRIZQY, anak yang lahir normal dan sihat. Namun ketika usianya menjangkau dua tahun, barulah aku dapat merasai 'kelainan' anak ini yang akhirnya disahkan autistik. 

Pasrah!

Aku tetap menyayanginya sepenuh hati seperti adik-beradiknya yang lain.

Sejak itu, aku berusaha keras mendidiknya. Tapi entah kenapa, Rizqy seperti menjauhkan diri hingga aku hilang punca dan hampir menyerah kalah. Persoalan yang sering menggangguku, bolehkah Rizqy membaca sedang satu perkataan pun belum pernah terucap dari bibirnya? 

Mampukah Rizqy menguruskan dirinya sendiri jika aku dan ayahnya sudah tiada nanti? Sungguh… ibu bapa mana yang tidak gusar bila memikirkan hal ini?

Hinggalah suatu hari, aku seperti baru tersedar bahawa sikap serta tindakanku terhadap Rizqy selama ini adalah silap! Sebagai ibu, aku keterlaluan untuk mengharap perubahan drastik daripadanya yang perlukan bantuan.

Sejak itu, aku dekati Rizqy dengan penuh sabar dan kasih sayang. Belajar akan kekurangannya sambil berusaha membantunya sehabis daya. Saban hari, aku tidak putus-putus berdoa agar diberi petunjuk untuk mendidik Rizqy. 

Aku tahu, tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan bantuan ALLAH SWT.

Benar, anak-anak ini luar biasa. 

Oleh kerana itu, mereka mengharapkan usaha dan doa yang luar biasa juga. 

Percayalah… jika kita pandang mereka berbeza, kita sebenarnya sudah melahirkan GENIUS DARI SYURGA.

Review dari Goodreads

Genius Dari Syurga. Jika anda berminat untuk kenali autism, jemput baca.

Buku ini ditulis oleh Puan Ainizal Abdul Latif iaitu ibu kepada seorang anak autistik.

Pertamanya, kembalilah kepada Allah, kerana itu fitrah kita. Kita perlukan Allah. 

Hebat kesabaran seorang ibu ini. Walaupun pakar ada yang kata anak autistik peringkat teruk atau 'severe autistic' ni tiada harapan untuk bercakap, bertutur, membaca. 

Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan. Allah permudahkan. Ada pakar lain yang lebih berpengalaman, anak-anak ini ada potensi untuk lebih maju asal sahaja kita tabah dan istiqamah tanpa putus asa.

Segala puji bagi Allah yang maha mengetahui, maha bijaksana, maha pemurah lagi maha mengasihi.

Walaupun pada usia 4 tahun, anak beliau belum boleh untuk bercakap hatta sepatah perkataan, hari ini, pada usia 6 tahun, bukan sekadar perkataan mama yang mampu diungkapkan, malah sudah menghafal beberapa surah Al-Quran.

- Cikpuan Farah Dhiya Osman

========================================

Buku Genius Dari Syurga, Kisah Benar Seorang Ibu yang Mendidik Anak Autistik 



Penulis: Ainizal Abdul Latif

Penerbit: Karangkraf

Harga: RM12.90 tak termasuk pos

Untuk pembelian, klik SINI .




Tuesday 18 April 2017

Buku Memulakan Bisnes Sendiri Edisi Kemas Kini 2017, Puan Ainon Mohd

=================
Format: Paperback
Saiz: 8" x 8"
ISBN-13: 978-967-481-035-1
Tarikh Terbit: 30 Apr 2017
Jumlah Muka Surat: 380
Penulis: Ainon Mohd
=================


Memulakan Bisnes Sendiri adalah sebuah naskah yang cukup lama bertahan di pasaran. Dalam edisi terbaru, buku ini telah diolah 100% ke bentuk infografik dan berwarna.
Buku ini ditulis bagi saudara yang baru hendak mencari peluang memulakan bisnes sendiri. Buku-buku panduan memulakan bisnes sendiri yang sudah ada dalam pasaran lazimnya mengandaikan sesiapa sahaja dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Andaian itu meleset daripada realiti sebenar.
Tidak semua orang dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Majoriti individu yang cuba menceburi bidang bisnes mengalami kegagalan dan kerugian dalam tempoh tiga tahun selepas membuka bisnesnya. Ini adalah realiti. Jadi buku ini ditulis bagi membantu saudara mengukur diri saudara, apakah saudara mempunyai keupayaan dan kesanggupan memulakan bisnes sendiri.
Buku ini juga ditulis bagi membantu saudara mengenal pasti beberapa jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh mereka yang baru hendak memulakan bisnes sendiri, supaya saudara tidak mengulangi kesilapan jenis itu. Ada tiga kumpulan orang yang cuba memasuki dunia bisnes:
1. Mereka yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang bisnes.
2. Mereka yang tidak mempunyai bakat bisnes.
3. Mereka yang mempunyai bakat, tetapi bakatnya itu tidak cukup besar.

===========
ISI KANDUNGAN
===========

Bahagian 1:
Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri

Kisah Benar Seorang Jutawan 
Bakat Bisnes
Calon Isteri untuk Calon Usahawan
Halangan Keluarga
Rekod Sebelum Berniaga
Menyediakan Anak Menjadi Usahawan
Biasiswa dan Bisnes

Bahagian 2:
Mitos dalam Dunia Bisnes

Usahawan, Cinta dan Seks
Formula Berjaya dalam Bisnes
Orang Bisnes dan Risiko
Pandai Bersaing
Bisnes Part-Time
Semua Orang Boleh
Imej Penting dalam Bisnes
Pelanggan Kaya
Usahawan Cina Bunuh Melayu
Berniaga dengan Keluarga
Jurujual Hanya Bagi Bisnes Besar

Bahagian 3:
Memilih Syarikat dan Sektor Bisnes

Memilih Jenis Syarikat
Mencari Nama Syarikat
Memilih Jenis Bisnes
Bisnes Pengeluaran
Bisnes Berdagang
Bisnes Perkhidmatan
Mulakan Secara Kecil-kecilan

Bahagian 4:
Perkara Baik yang Membahayakan

Duit Banyak
Bisnes Terlampau Baik
Barang Terlalu Laku

Bahagian 5:
Motivasi Memulakan Bisnes

Sebab Hendak Berniaga
Pandai Membuat Produk
Menyelesaikan Masalah Kewangan
Hendak Menjadi Jutawan
Peluang Mendapat Bisnes
Mempunyai Modal Berniaga
Berniaga kerana Diajak Berniaga

Bahagian 6:
Latar Belakang Usahawan Baru

Orang Pandai Memulakan Bisnes
Pekerja Cemerlang Membuat Bisnes
Orang Korporat Membuka Bisnes
Lulusan Luar Negara Membuka Bisnes
Isteri Orang Kaya Hendak Berniaga
Anak Orang Kaya Hendak Berniaga

Bahagian 7:
Politik dan Usahawan

Berkawan dengan Orang Politik
Bantuan Orang Politik
Aiskrim Orang Politik

Bahagian 8:
Memilih Rakan Kongsi

Mencari Rakan Kongsi
Memilih Rakan Kongsi
Dua Rakan Kongsi
Rakan Kongsi RM1 
Rakan Kongsi Tanpa Modal
Rakan Kongsi Tidur
Rakan Kongsi Suami Isteri
Majikan Sebagai Rakan Kongsi
Rakan Kongsi Nasi Padang
Bercerai dengan Rakan Kongsi

Bahagian 9:
Bagaimana Syarikat Dirompak?

Dirompak oleh Rakan Kongsi Sendiri
Dirompak oleh Rakan Pengerusi Sendiri
Dirompak oleh Kakitangan Sendiri
Dirompak oleh Konsultan Sendiri
Merompak Syarikat Sendiri

Bahagian 10:
Perniagaan Gerai dan Restoran

Membuka Kedai Makan
Kalah Bersaing
Menjaga Pembekal
Menolong Jiran Niaga
Memilih Kedudukan Gerai
TV, Radio dan Anak-Anak
Meja Restoran Cina
Pinggan Restoran Cina
Pinggan Restoran Nasi Padang

Bahagian 11:
Gol Sebagai Senjata Kejayaan

Gol yang Bermakna

==============================================

Pre order dibuka SEKARANG.

Harga sebuah RM40 (Diskaun 10% untuk pre order).

Buku dijangka siap awal Mei 2017.

Tempah sekarang dengan whatsapp ke 019 460 3094 .

Saturday 15 April 2017

Siri Jaguh Atlet Malaysia: Azizulhasni Awang, Nicol David dan Pandalela Rinong

Jaguh Atlet Malaysia: Azizulhasni Awang





Format: Kulit Nipis
ISBN: 9789674303181
Penulis: Chistie Marlowe
Penterjemah: Zawiyah Mustafa
Tahun Terbit: 2015
Jumlah Muka Surat: 30

===========================

Terkenal di seluruh dunia sebagai Pocket Rocket Man, Azizulhasni Awang ialah salah seorang atlet terkemuka Malaysia. Pelumba basikal kelahiran Dungun ini meraih banyak pingat dalam pertandingan antarabangsa kerana berjaya mengatasi beberapa pelumba basikal profesional terbaik di dunia. Seorang jaguh di tanah airnya, Azizul telah menunggang basikal selama beberapa tahun dan berusaha keras untuk menjadi pelumba terbaik dalam sukan ini.  

Ikuti perjalanan Azizul daripada belajar menunggang basikal sehinggalah kepada memenangi pingat emas di kejohanan seluruh dunia lumba basikal. Ketahui juga tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh Pocket Rocket Man ini untuk berjaya - dan bagaimana beliau menangani kegagalan.

----------------------------------------------------------------------

Jaguh Atlet Malaysia: Nicol David 






Format: Kulit Nipis
ISBN: 9789674303204
Penulis: Shaina Indovino
Penterjemah: Nurul Nadia Haron
Tahun Terbit: 2015
Jumlah Muka Surat: 30


==========================


Nicol David bukan sahaja antara pemain skuasy terbaik dunia, malah seorang jaguh di tanah airnya sendiri, Malaysia. Atlet kelahiran Pulau Pinang ini mula melibatkan diri dalam sukan skuasy seawal usia lima tahun. Beliau meluangkan banyak masanya dengan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam sukan skuasy dan hari ini, beliau berjaya berada di puncak permainannya.  


Selami kisah hidup jaguh sukan ini, daripada pertandingan pada awal penglibatannya hinggalah kepada matlamat beliau untuk membawa sukan skuasy ke Sukan Olimpik pada masa depan. Susuli rentetan kemenangan Nicol yang mengagumkan antara 2007 sehingga 2009, dan kehidupan Nicol di luar gelanggang.


------------------------------------------------------------------------

Jaguh Atlet Malaysia: Pandalela Rinong





Format: Kulit Nipis
ISBN: 9789674303211
Penulis: Shaina Indovino
Penterjemah: Ani Izzuani Mohd Kassim
Tahun Terbit: 2015
Jumlah Muka Surat: 31 


===============================


Penerjun Pandelela Rinong ialah seorang daripada atlet terbaik dalam sukannya. Bersama-sama pasangan terjun segeraknya, Leong Mun Yee, Pandelela telah menjadi seorang daripada atlet Malaysia yang paling terkenal di Sukan Olimpik di Beijing dan London. Pandelela mula menceburkan diri dalam sukan terjun semenjak beliau masih kecil, dan latihan yang dilakukan selama bertahun-tahun akhirnya telah membuahkan hasil. 


Selusuri dunia pertandingan dan latihan sukan terjun. Ketahuilah bagaimana seorang daripada penerjun terkemuka dunia berubah menjadi seorang bintang hari ini. Selami perjalanan hidup Pandelela daripada seorang penerjun muda yang mempelajari sukan itu kepada salah seorang atlet terbaik di Malaysia.


------------------------------------------------------------

Semua buku boleh didapati dengan menghubungi Whatsapp 019 460 3094.

Harga setiap satu RM15.00 tak termasuk pos.


Thursday 13 April 2017

Buku Biografi Pengasas Alibaba Group, Jack Ma

Jack Ma: Pengasas Dan Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Group (2017)  Edisi Bahasa Melayu



Format: Kulit Nipis
ISBN: 9789671287934
Penulis: Chen Wei
Tahun Terbit: 2017
Jumlah Muka Surat: 327

====================

Buku biografi ini ditulis oleh Chen Wei. Chen Wei mula berkenalan dengan Jack Ma 25 tahun yang lalu sejak menyertai kelas malam Bahasa Inggeris anjuran Kelab Bahasa Inggeris Hangzhou pada 1992. 

Beliau menyertai Alibaba Group pada 2008 sebagai pembantu Jack Ma dan terus menyandang jawatan tersebut hingga kini selama sembilan tahun. Boleh dikatakan beliau ialah orang yang sangat mengenali dan paling rapat dengan Jack Ma.

===============

Jack Ma: Founder And CEO of The Alibaba Group (2017) Edisi Bahasa Inggeris




Format: Paperback
ISBN: 9789671287927
Translator : Goh Hin San (Coordinator)
Author: Chen Wei
Year Published: 2017
Total Page: 198

=======================

Jack Ma is the Founder and CEO of the Alibaba Group, a privately owned internet-based e-commerce company in China whose sales are estimate to be bigger than its American competitors ebay and amazon combined.

This book unveils Jack Ma's thousand faces in real life from different angles and it reveals a Jack Ma perhaps different from what you may have imagined. "Witty Jack Ma", "Cheerful Jack Ma", "Playful Jack Ma" and "Arrogant Jack Ma".

It's not just a book, but more like a movie from which you can gain an insight into ma and understand Alibaba through sounds, colours and expressions, among many other elements.

There are no tedious doctrines, only amusing details; no inscrutable theories, only popular, hearty statements. 

Through day-to-day trivial matters, the author makes an account of the "pleasant" side of jack ma, which may surprise and inspire you so you may think: well, I never! Jack Ma is such a down to earth person, so sensible yet so feeling.

==================================

Untuk dapatkan buku ini, Whatsapp 019 460 3094 atau klik DI SINI.



30 Resipi Brownies Terbaik untuk Dicuba

Brownies Paling Agung oleh Khairul Hakimin Muhammad.

Brownies adalah sejenis makanan berasaskan coklat dan boleh divariasi dengan kekacang, buah dan perasa.



Brownies digemari ramai oleh seluruh masyarakat tidak mengira usia dan bangsa.

Brownies kini menjadi semakin popular. Selain menjadi hidangan sampingan keluarga, ia turut menjadi hadiah hari jadi, hantaran pertunangan, cenderahati perkahwinan dan sebagainya.

Buku ini mengandungi 30 resipi brownies. Antaranya seperti Double Chocolate Brownies, Red Velvet Brownies, Fruits Mix Brownies, Dark Chocolate Brownies, Congo Bar, Strawberry Bar dan lain-lain.



Penggunaan bahan-bahan yang cukup mudah didapati. Selain penerangan cara membuat yang sangat jelas dan simple mengikut turutan.

Pembuatan brownies kini telah menjadi trend bisnes untuk dikomersilkan sebagai sumber pendapatan yang lumayan. Selain dijual di kedai, brownies juga menjadi pilihan sebagai cenderahati tetamu dalam banyak majlis keramaian.

Selain perkongsian resipi buku ini juga mengandungi pelbagai info & tip seperti: Pengenalan kepada jenis-jenis coklat, kekacang, tepung dan sebagainya. Terdapat juga petua yang dikongsikan.

Harga tidak mahal. Mampu milik. RM25 sahaja.

Buku ini sebagai rujukan.

Gambar-gambar terang dengan penerangan pembuatan yang jelas.

Untuk dapatkan, boleh klik DI SINI.



Monday 10 April 2017

Tarbiyatul Aulad oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan

Tarbiyatul Aulad oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan

Tarbiyatul Aulad Jilid 1, Dr. Abdullah Nasih Ulwan menggariskan persediaan awal bagi mencorak peribadi anak bermula dari proses memilih pasangan hidup sehingga persediaan daripada aspek fizikal, mental, dan psikologi ibu bapa sebelum dan selepas kelahiran anak.



Perbincangan meliputi:
  • Perkahwinan adalah Pemilihan Terancang
  • Kelebihan Orang yang Bersabar atas Kematian Anak
  • Mendenda dan Memulaukan Anak dengan Tujuan Mendidik
  • Mendahulukan Kepentingan Islam Melebihi Kecintaan kepada Anak
  • Hukum-Hukum Am Berkenaan Anak yang Baru Lahir
  • Faktor Keruntuhan Akhlak Anak-Anak dan Cara Mengatasinya
  • Prinsip Dasar Rasulullah s.a.w. dalam Menjaga Peribadi dan Akhlak

REVIEW

Mencari pasangan hidup yang terbaik, inilah permulaan untuk mendidik anak yang terbaik. Pasangan yang hidup atas dasar cinta kerana Allah akan menjadikan Islam sebagai bekal pendidikan yang terbaik buat anak mereka.

Dunia buku dan perpustakaan Islam masih kekurangan buku-buku yang membincangkan secara menyeluruh tentang pendidikan anak-anak secara khusus sejak kelahiran sehingga umur baligh. Buku Tarbiyatul Aulad ini bagaikan satu mutiara indah yang menyinari dunia pendidikan anak-anak. Hanya Allah yang maha mengetahui berapa banyak usaha dan rujukan yang dibuat oleh penulisnya, Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam menghasilkan buku ini.

Ia mengupas tajuk pendidikan anak bermula dari awal perkahwinan, kelahiran, peringkat mumaiyiz dan sehingga peringkat mukalaf, iaitu anak-anak dipertanggungjawabkan dengan pahala dan dosa masing-masing. 

Buku ini menerangkan cara-cara yang praktikal untuk membina masyarakat yang baik dan membentuk generasi ideal. Isi penulisan dikupas rapi untuk menjelaskan kaedah terbaik mendidik anak menjadi manusia yang bermanfaat dan rela berjuang untuk Islam.

Penulis juga membincangkan perihal kecenderungan anak-anak kepada seks, cara mencegah mereka terjebak dengan kancah maksiat dan menyediakan mereka untuk melangkah ke alam perkahwinan. Topik ini begitu penting dengan pelbagai cabaran moden dan gejala sosial yang menakutkan seluruh masyarakat kini. 

Uniknya buku ini, penulisnya hanya memetik kata-kata penulis Islam sahaja, tanpa merujuk kepada kata-kata orang asing, melainkan jika benar-benar diperlukan. Beliau menulis buku pendidikan untuk orang Islam, berdasarkan dalil Quran, rujukan hadis, dan cara generasi umat Islam yang terbaik sejak zaman Rasulullah dan cara terkini.

Tarbiyatul Aulad Jilid 1
RM65 tak termasuk pos

=================================================
Tarbiyatul Aulad Jilid 2



Ibarat nakhoda yang bijak mengemudi kapal supaya selamat tiba ke destinasi, begitulah cabaran dalam melayari samudera kehidupan sebagai ibu bapa. Oleh itu, mendidik anak yang semakin membesar mempunyai cabaran yang tersendiri. Berbeza anak, lain pula cara pendekatan yang perlu diaplikasi oleh ibu bapa. 
Tarbiyatul Aulad Jilid 2, karya Dr. Abdullah Nasih Ulwan menggariskan pendekatan pendidikan yang efektif bagi diteladani oleh anak-anak. 
Temui perbincangan menarik dalam jilid ini:
- Tanggungjawab Memberi Pendidikan Seks
- Kaedah Pendidikan Anak yang Efektif
- Kaedah-Kaedah Asas Pendidikan

==============================
 
Mencari pasangan hidup yang terbaik, inilah permulaan untuk mendidik anak yang terbaik. Pasangan yang hidup atas dasar cinta kerana Allah akan menjadikan Islam sebagai bekal pendidikan yang terbaik buat anak mereka.

Dunia buku dan perpustakaan Islam masih kekurangan buku-buku yang membincangkan secara menyeluruh tentang pendidikan anak-anak secara khusus sejak kelahiran sehingga umur baligh. Buku Tarbiyatul Aulad ini bagaikan satu mutiara indah yang menyinari dunia pendidikan anak-anak. Hanya Allah yang maha mengetahui berapa banyak usaha dan rujukan yang dibuat oleh penulisnya, Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam menghasilkan buku ini.

Ia mengupas tajuk pendidikan anak bermula dari awal perkahwinan, kelahiran, peringkat mumaiyiz dan sehingga peringkat mukalaf, iaitu anak-anak dipertanggungjawabkan dengan pahala dan dosa masing-masing. 

Buku ini menerangkan cara-cara yang praktikal untuk membina masyarakat yang baik dan membentuk generasi ideal. Isi penulisan dikupas rapi untuk menjelaskan kaedah terbaik mendidik anak menjadi manusia yang bermanfaat dan rela berjuang untuk Islam.

Penulis juga membincangkan perihal kecenderungan anak-anak kepada seks, cara mencegah mereka terjebak dengan kancah maksiat dan menyediakan mereka untuk melangkah ke alam perkahwinan. Topik ini begitu penting dengan pelbagai cabaran moden dan gejala sosial yang menakutkan seluruh masyarakat kini. 

Uniknya buku ini, penulisnya hanya memetik kata-kata penulis Islam sahaja, tanpa merujuk kepada kata-kata orang asing, melainkan jika benar-benar diperlukan. Beliau menulis buku pendidikan untuk orang Islam, berdasarkan dalil Quran, rujukan hadis, dan cara generasi umat Islam yang terbaik sejak zaman Rasulullah dan cara terkini.

Tarbiyatul Aulad Jilid 2
RM75 tak termasuk pos

Untuk pembelian, Whatsapp ke 0194603094

Saturday 8 April 2017

Chicken Soup for the Soul (Edisi BM) - Berfikir Positif

Chicken Soup for the Soul - Berfikir Positif 



Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-369-144-9 
Jumlah Muka Surat : 432
Berat : 0.55kg

==================================

101 cerita pendek yang berkesan di hati

Kita akan tersenyum, ketawa, dan menangis membacanya.

Kita terinspirasi dan hidup semakin bahagia.


Hidup Semakin Ceria

101 cerita yang menggugah emosi, merangsang semangat, dan menceriakan hidup ini dihimpun daripada pelbagai individu berlainan. Setiap cerita ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita ini berbeza tetapi ada tujuan yang sama, iaitu menceriakan hidup kita.


Berkongsi Kebahagiaan

Ramai orang berkongsi penderitaan yang sama. Walaupun begitu, cara setiap orang menghadapinya adalah berbeza. Mereka berkongsi kebahagiaan mereka selepas mengalami kesusahan hidup. Satu daripada cerita ini mungkin betul-betul sedang ataupun pernah dialami oleh kita.


Hati Semakin Tenang

Ketenangan adalah sumber kebahagiaan. Ketenangan hati datang apabila kita percaya setiap kesusahan hidup akan berakhir dengan kegembiraan. Kita percaya dan kita berjaya. Cerita di dalam buku ini memberi inspirasi bagi kita meneruskan hidup dengan lebih bersemangat.


Antara kisah yang menarik dalam buku ini adalah:

- Setiap Hari adalah Sebuah Keajaiban

- Keriangan Semasa Kanak-Kanak

- Menemui Diri Saya yang Sebenar

- Terus Berjalan Walaupun Lumpuh

- Keindahan dalam Kekecewaan

- Kegembiraan Ada di Mana-Mana



Kandungan Bab

Bab 1

Kata-Kata yang Mengubah Hidup Saya


1. Hari Saya Bertemu Norman Vincent Peale,James Scott Bell

2. Menari dalam Hujan, Jeannie Lancaster

3. Setiap Hari Adalah Sebuah Keajaiban, Dallas Woodburn

4. Kata-Kata Hikmah, Kay Conner Pliszka

5. Dua Orang Asing, Maggie Koller

6. Dengar Cakap Ibu Kamu, Debbie Acklin

7. Datang Sahaja, Saralee Perel

8. Menemui Diri Saya yang Sebenar, Melanie Adams Hardy

9. Lesen untuk Senyum, Julie A. Havener

10. Mendengar Berita Paling Buruk, Lois Wilmoth-Bennett


Bab 2

Cabaran Kesihatan


11. Saya Sungguh Positif, Shawn Decker

12. Ironman Vegetarian, Ruth Heidrich

13. Mendapat Rahmat Tuhan, Kathleen M. Muldoon

14. Terus Berjalan Walaupun Lumpuh, Saralee Perel

15. Sudah Jatuh Tetapi Belum Kalah, Sage de Beixedon Breslin

16. Satu Sahaja Lagi, Beth Morrissey

17. Maju ke Hadapan, Joyce E. Sudbeck

18. Meminjamkan Doa, Jean Kinsey

19. Saya Seorang Wanita, Sage de Beixedon Breslin

20. Matlamat Hidup Baruku, Jean Kinsey


Bab 3

Setiap Hari Adalah Istimewa


21. Setiap Hari Ibarat Hari Jumaat, Elaine L. Bridge

22. Anugerah Kanser Otak, Tom Schumm

23. Sebelas Minit, Heather Gallegos

24. Hargai Setiap Detik, Diane Stark

25. Bunga Yang Berkembang Indah, Annie Mannix

26. Pengajaran Yang Tepat Pada Masanya, Lindsay A. Nielsen

27. Hadiah Daripada Tuhan, Tsgoyna Tanzman

28. Pedulikan Sahaja, Saralee Perel

29. Keriangan Sewaktu Kanak-Kanak, Jean Ferratier

30. Bersangka Baik Sesama Manusia, Jennifer Oliver


Bab 4

Contoh Teladan


31. Ratu Tempat Letak Kereta, Deborah Zigenis-Lowery

32. Erti Kesyukuran yang Sebenar, Alyssa Simon

33. Kepercayaan yang Tidak Goyah, Jodi L. Severson

34. Kuasa Ilusi, Donna Milligan Meadows

35. Cheer Leader, Lydia A. Calder

36. Buangkan Sahaja Anak Kunci Kamu, Deborah Shouse

37. Sarapan Pagi dengan Seorang Teman, Erin Fuentes

38. Beliau Mengubah Sikap Saya, Kris Flaa

39. Terima Kasih, Tukang Jaga Lalu lintas, Jennie Ivey

40. Bintang Terang Di Tengah Kegelapan Malam,Debbie Roloson


Bab 5

Menghitung Rahmat Tuhan


41. Menghitung Rahmat Tuhan, Jane McBride Choate

42. Mensyukuri Nikmat Usia, Barbara Blossom Ashmun

43. Hilangkan Kesedihan Itu, Patricia Lorenz

44. Rezeki Yang Berharga, Garrett Bauman

45. Bekalan Elektrik Tergendala, Shinan Barclay

46. Seratus Senarai Kesyukuran, Miriam Hill

47. Hidup Ini Bukan Kecemasan, Debbi Stumpf

48. Belimbing Yang Hampir Meragut Nyawa, Paul H. Karrer

49. Teman Baik Anugerah Tuhan, Terri Elders

50. Rumah Idaman Kami, Annmarie B. Tait

51. Tekanan Bertukar Menjadi Rahmat, Linda L. Leary


Bab 6

Mengatasi Musibah


52. Ketakutan Bertukar Kegembiraan, Brenda Dillon Carr

53. Kami Meneruskan Kehidupan, Jo Weinert

54. Kembara Dunia Bersama Asperger, Roy A. Barnes

55. Pandangan Kehidupan, Spring Stafford

56. Saya Mampu Mengharunginya, Theresa Sanders

57. Hidup Ini Pasti Ada Pengecualian…Saya Salah Satu Daripadanya, Grace Gonzalez

58. Sesungguhnya, Ia Masih Kabur, Jennifer Berger

59. Redha, Donna F. Savage

60. Melangkaui Diagnosis, Deborah Shouse

61. Lencana Keberaniannya, Jessie Miyeko Santala


Bab 7

Perubahan Sikap


62. Hikmah Kata-kata, Janet K. Brennan

63. Pilihan, Cindy Gore

64. Hilangkan Ketakutan, Cat Kuku Anda, Shawn Marie Mann

65. Bunga Lalang, Kathi Lessner Schafer

66. Kuasa Ajaib, Saralee Perel

67. Langkah Positif, Beth M. Wood

68. Melihat Kebaikan, Erika Hoffman

69. Kekuatan Bertahan, Emily Parke Chase

70. Bergerak ke Hadapan, Shawnelle Eliasen

71. Separuh Penuh, Linda Newton

72. Titis-Titis Air Sumber Inspirasi, Gerald L. Dlubala


Bab 8

Sinar Harapan


73. Kuasa Alam Merubah Segalanya, Carol A. Grund

74. Kemalangan Di Pantai, Lee Hammerschmidt

75. Hanya Yang Terbaik Untuk Kita, Mei Emerald Gaffey-Hernandez

76. Bab Baru Dalam Hidup Saya, Tulika Singh

77. Bapa Sepenuh Masa, Matt Chandler

78. Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya, Linda Saslow

79. Anugerah Yang Tidak Disangka, Melinda McDonald

80. Petanda Dari Yang Maha Esa, Debbie Dufresne

81. Pengajaran Di Itali, Sheila Sowder

82. Selekoh Kehidupan, Karen Majoris-Garrison

83. Jika Saya Punya Waktu, Jennifer Flaten


Bab 9

Pandang Ke Hadapan


84. Saya Dilanda Musibah Hari Ini, Kathleen Shoop

85. Moto Keluarga Kami, L. Martin

86. Menikmnati Kemanisan Hidup, Janet Perez Eckles

87. Mencari Hidayah, Betsy S. Franz

88. Semangat Mark, Phil Bauer

89. Apartmen Baru Saya, Jennifer Quasha

90. Keajaiban, Lynn Sunday

91. Bertuah Kerana Masih Hidup, Thomas Schonhardt

92. Keindahan Dalam Kekecewaan, Shannon Kaiser


Bab 10

Bersyukur


93. Jurnal Kesyukuran, Nancy Baker

94. Anugerah Yang Tidak Disangka, Susie Bee

95. Menangkap Kelkatu, Rachel Spencer

96. Kotoran Ajaib, Nikki Deckon

97. Warna-Warna Kesyukuran, Barbara McKinney

98. Kegembiraan Ada Di Mana-Mana, Victoria Koch

99. Sikap Kelas Pertama, Mandie Maass

100. Sentiasa Berfikir Positif, Sandi Brown

101. Menanti Dalam Senyuman, Leah M. Cano


=================================

REVIEW #1

Ramai orang berkongsi penderitaan yang sama. Walaupun begitu, cara setiap orang menghadapinya adalah berbeza. Mereka berkongsi kebahagiaan mereka selepas mengalami kesusahan hidup. Satu daripada cerita dalam buku ini mungkin betul-betul sedang ataupun pernah dialami oleh kita. Buku ini menghimpunkan 101 cerita yang menggugah emosi, merangsang semangat, dan menceriakan hidup. Setiap cerita ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita ini berbeza tetapi ada tujuan yang sama, iaitu menceriakan hidup kita. Hidup yang ceria dapat mencetus ketenangan jiwa. Ketenangan jiwa datang apabila kita percaya setiap kesusahan hidup akan berakhir dengan kegembiraan. Kita percaya dan kita berjaya.

REVIEW #2


Setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya. Berapa kalikah dalam kehidupan ini, kita dapat mempercayai kata-kata hikmah ini? Ia kedengaran mudah, tetapi sebenarnya mempunyai kuasa penyembuhan yang sungguh luar biasa. Tatkala disogokkan dengan kata-kata hikmah ini, selalunya secara refleks kita akan menjawab dengan berkata, “Mudah untuk kamu bercakap, tetapi sangat sukar untuk saya mengharungi musibah ini.” Dalam versi yang lain kita juga mungkin akan berkata “Mudah untuk kamu bercakap, bukan kamu yang diuji dengan musibah ini.”


Namun, susunan mantera yang penuh kuasa ini berjaya menjadi penyembuh luka dan pengubat jiwa bagi sekelompok individu yang mempercayainya. Paling tidak pun kepada 101 penyumbang cerita dalam buku Chicken Soup for the Soul: Berfikir Positif ini. Buku ini menghimpunkan pelbagai kisah benar, suka, dan duka daripada pelbagai golongan individu. Ceritanya ringkas, namun sangat berkesan di hati. Kita akan tersenyum, ketawa, dan menangis membacanya. Kita terinspirasi dan hidup kita semakin bahagia.

Pengalaman dan cabaran yang dialami oleh penyumbang kisah dalam buku ini berbeza-beza. Ada yang diuji dengan cabaran kesihatan, kehilangan pekerjaan, kematian orang tersayang, perpindahan ke daerah baru, kesibukan dengan tuntutan kerja, cabaran seiring peningkatan usia, mahupun kemalangan. Namun, semua individu ini berjaya mengubah cara pemikiran mereka. Mereka melihat setiap musibah yang berlaku itu dari sudut positif. Pada mulanya mereka mungkin jatuh rebah seketika. Tetapi mereka kemudian bertekad, bangkit semula, dan berubah menjadi individu baru yang lebih baik daripada sebelumnya.


Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh 101 individu ini mungkin pernah ataupun sedang dialami oleh kita. Namun, cara mereka menghadapinya mungkin berbeza daripada mereka. Semua individu ini berjaya mengubah cara pemikiran menjadi lebih positif. Hasilnya, mereka berjaya melayari kehidupan seharian dengan lebih optimis dan yakin. Mereka juga kini lebih menghargai perkara-perkara kecil yang berlaku dalam kehidupan tetapi sebenarnya adalah butir-butir mutiara berkilau yang perlu dihargai. Sekiranya mengubah cara pemikiran mampu menjadikan hidup mereka lebih baik, kaedah yang sama juga pasti mampu memperbaiki hidup kita.


Buku ini boleh diibaratkan sebagai satu cengkerang yang mengandungi 101 mutiara di dalamnya. Ratusan tahun diperlukan untuk sebutir pasir menjadi mutiara. Buku ini pula mengambil masa lima tahun untuk menjadi mutiara yang menceriakan hidup 20 juta pembaca di seluruh dunia. Buku ini ditolak oleh beratus-ratus penerbit. Hanya sebuah syarikat kecil yang berani menerbitkannya. Penulisnya membawa buku ini di dalam bonet kereta dan menjualnya sendiri. Selepas lima tahun, baru buku ini menjadi buku bestseller di seluruh dunia.


Sekiranya kita masih tercari-cari sebuah buku yang dapat menyejukkan hati, mententeramkan jiwa, meredupkan pandangan, serta menjadi peneman di kala lara, maka buku ini perlu segera berada dalam tangan kita. Himpunan kisah-kisah istimewa ini mampu memberi inspirasi, menyentuh emosi, merangsang semangat, dan menceriakan hidup. Pasti ada satu cerita yang sinonim dan melekat di hati kita. 

Dapatkan buku Chicken Soup for the Soul: Berfikir Positif sekarang. Harga RM27. Whatsapp terus ke 019.460.3094.