Wednesday 14 February 2018

10 Tokoh Usahawan Muslimah

10 Tokoh Usahawan Muslimah mendedahkan RAHSIA dan RESIPI KEJAYAAN sebenar para wanita hebat dalam empayar perniagaan mereka, namun pada masa yang sama meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.

Tokoh yang diketengahkan adalah:

1. Puan Zawati Ibrahim, Jatimas Asia Sdn Bhd

2. Puan Ramlah Hamad, AnsarComp Sdn Bhd

3. Puan Qutreen Nada, Children Islamic Centre (CIC)

4. Chef Hanieliza, Penulis buku bestseller - 1 Hari 1 Resipi

5. Puan Wan Khadijah, Tanjung Cindai Sdn Bhd

6. Puan Zainon Salleh, Zai's Food ZS Maju Product

7. Puan Famiza Zulkifli, Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing Sdn Bhd

8. Dr Norhanis, Klinik Pergigian Famili

9. Puan Rusni, Al-Hikmah Sdn Bhd

10. Puan Norasyikin, Sumayya Design Sdn Bhd

Kisah mereka yang penuh inspirasi ini digarap dengan jelas, langkah demi langkah dan diselitkan dengan motivasi perniagaan dalam setiap bab.

Buku harus milik bagi setiap usahawan wanita muslimah.

Tajuk: 10 Tokoh Usahawan Muslimah
Penulis: Sakinah Salleh
Penerbit: PTS
Harga: RM18

Whatsapp 019 4603094

Tuesday 13 February 2018

Nota Daripada Tuhan - Abdullah Bukhari Al Hafiz

SINOPSIS

Apakah itu nyawa al-Quran?

Di manakah ia boleh dicari?

Bagimanakah kita ingin menjejakinya?

Siapakah pula khadim al-Quran?

Adakah si pencinta al-Quran atau hamba Allah yang sentiasa mendampingi ayat Allah ini?

Semuanya bakal dirungkai dan disahkan malalui nota istimewa ini, Nota Daripada Tuhan.

Nota Daripda Tuhan merupakan himpunan koleksi nota atau catatan tafsir penulis buat masyarakat, khasnya golongan moden pada hari ini yang sentiasa sibuk dan terdedah dengan pelbagai cabaran dan godaan akhir zaman.

Berdasarkan kandungannya yang padat tetapi diringkaskan dengan bahasa mudah difahami diharap agar buku ini mampu menjadi peneman sehari-hari untuk santapan minda dan rohani para pembaca.

Semoga ayat-ayat Allah ini dapat dijamah oleh minda orang yang sentiasa dirindukan syurga-Nya.

-------

Tajuk: Nota Daripada Tuhan
Penulis: Abdullah Bukhari
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM18 tak termasuk pos

Whatsapp 019 4603094

Sherlock Holmes - Penyiasatan Benang Berdarah

SINOPSIS

Penyiasatan Benang Berdarah (A Study in Scarlet) merupakan buku pertama yang memperkenalkan watak Sherlock Holmes dan Dr. Watson kepada dunia, yang ditulis oleh Sir Arthur Conan Doyle.

Misteri kematian seorang lelaki dengan wajah yang berkerut pelik telah membawa Sherlock Holmes dan Dr. Watson ke selatan London. Mayat lelaki itu ditemui di dalam sebuah rumah tinggal.

Tiada tanda-tanda lelaki itu dikasari, namun pada dinding berdekatan mayat itu terdapat tulisan berdarah yang misteri.

Kes pembunuhan yang disangka mudah oleh pihak polis, rupanya mempunyai perkembangan yang tidak dijangka; tentang dendam berpuluh tahun yang dibawa dari Amerika.

Saksikan kebijaksanaan Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyelesaikan misteri ini dan mencari pembunuhnya.

-------------------------

Tajuk: Sherlock Holmes - Penyiasatan Benang Berdarah (Edisi BM)

Penulis: Sir Arthur Conan Doyle

Penerbit: Penerbit X

Harga: RM10 tak termasuk pos

Untuk order, Whatsapp 019 4603094.