Monday 17 December 2018

Buku Mat Luthfi: Beli 1 Percuma 1



BUKU 1: CATATAN MATLUTHFI
Kalau kalian suka baca diari orang, mungkin kalian suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia.
Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada dalam buku ini (ha???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.
Buku ini pasti akan membawa pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim, dan yang paling penting mengenal diri kalian sendiri. 

Siapa MatLuthfi?
Jelasnya, Matluthfi berasal dari Utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang.
Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh.
Matluthfi mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram. Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day."
Matluthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.
Di kala teman-teman sebayanya sibuk membina badan, Matluthfi sibuk membina jamban di Curtin University. Pada setiap kali Matluthfi berasa tertekan dengan kuliahnya, Matluthfi akan mengurut dada dan cuba mendapatkan inspirasi daripada Alumni yang telah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari sana - Datin Sri Rosmah Mansor.
Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Matluthfi telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award, Digi WOW Award, dan Vlogger Terbaik daripada suami Alumni. Tetapi, anugerah yang paling dihargai oleh beliau adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.
Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca...
...dan harapnya berfikir.
 Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)

BUKU 2: MOMEN2 MATLUTHFI

Sinopsis
Tulisan-tulisan kali ini lebih panjang, lebih serius, lebih dewasa nadanya. Humornya ada, tetapi banyak inside jokes yang memerlukan pengetahuan asas dalam agama, politik, sosial, hiburan, dan isu-isu seputar keempat-empatnya.
Kalau hang tak dak background knowledge, sebab hang memang tak kesah apa benda yang jadi dalam dunia ni, hang memang terok. Aku sediakan footnote untuk orang-orang yang terok macam hang, sebab kalau aku tulih sorang-sorang tanpa ada pembaca, baik aku cakap dengan dinding - dan itu lebih terok.
Aku rasa Matluthfi belasan tahun pun tidak akan faham apa yang Matluthfi 24 tahun ni tulis. Sebenarnya aku malu dengan Matluthfi 5 tahun dulu sebab dia duk tulih benda-benda bodo. Sekarang ni aku tengah tumbok diri sendiri seminggu sekali untuk puaskan hati Matluthfi 5 tahun akan datang.
Tapi Alhamdulillah, ketidakpuasan hati ini satu petanda bahawa aku telah belajaq banyak benda baru, menginjak pemikiran ini ke tahap yang lebih dekat dengan generasi pembaca yang lebih berumur seperti mak hang.
Yaa mak hang juga akan membaca buku ini. Dia akan mempengaruhi ayah hang supaya turut meminati aku sehingga ayah hang sanggup bawak balik buku ni pi beraya di kampong, hanya untuk terkejut apabila disambut nenek hang.
“Eh, mak pun ade yang ni!”
Tanjat ayah hang bukan sahaja kerana mak dia layan Matluthfi, tetapi jugak kerana nenek hang itu sebenarnya sudah lama pergi...

================================================================

ISI KANDUNGAN

Cik Kam
Negara Paling Sekular
Kasyaf Pak Cik Jashemi
Eh Tak Pa La
Kehidupan Banal
Verily Cool Women are for Cool Man
House and Home
Proactive Ninja
Kejelasan Fikrah
Mesra, Cepat, dan Betul
Hati-Hati
Drink and Order
Cool Pilot
Food for Homeless
Like a Champ
Sehelai Kain
Aku Tough
Berdakwah
Zamanfi
The Other
Priceless
Raudhatus Sakinah
Haters
Beautiful
Candula Mana Tidak Berkias
KAFA
Sustainability
Anep dan ADHD
Buku Jalanan 47
Jo
Southern Gathering 2014
Hihi Excited
Pancing Partriark 
Sehari Sebelum Submission
Aisha
Inai Memet
DAP
Nuntut Ilmu
Anep dan Ayam
Ironi Slogan
Abang Long Karpet
Sipulan
Ali
Orang Bahari
Nipponing 
Rant on Popularity
Kena Tibai
Kunci
Bajet Abbot
Maik Rikadson
Aned Kondelo
Saily An Wert
Kajang Move
Confessions
Jesus Christ
Macamana Orang Australia Berhujah
TFTN 
Muazzin Ulong
Manusia Merdeka
Kuajaq
The Difference Between A Clown and A Comedian
Taraa
Amin Jarang Buat Lawak
Psss
Holy Water
Cubaan-Cubaan Mengislamkan Mat Luthfi
Cerita Dari Kubo
==============================
ULASAN
berbanding buku satu, buku dua lebih beri aku sesuatu. mat yang aku suka tentang dia adalah dia menggunakan apa yang dia ada (yakni dalam konteks ini, peluang belajar luar negara, peluang dekat dengan masyarakat) untuk dia berfikir dan cari sebanyak mungkin pengalaman di negara orang sama ada yang berbentuk politik, kemasyarakatan, kekeluargaan, pemikiran, akademik (arkitekture), agama atau apa apa sahaja untuk dia kaitkan dan masukkan dalam hidup dia. ya dalam hidup dia.

dan dengan bakat yang dia ada (iaitu menulis dengan baik, ringkas dan menarik) dia berjaya berkongsi sama pendapat dan pemikiran dia dengan orang lain yang mungkin tak dapat nak rasa pengalaman hidup di tempat orang. (yang berbeza culture, cara berfikir, cara bertindak) iaitu pengalaman berdemonstrasi, bergaul dengan masyarakat dan bertukar pendapat dengan orang luar. mungkin benar kata einstein tentang relatif waktu, dimana ramai manusia boleh melalui situasi yang sama; berada di tempat yang sama pada waktu yang sama, namun pengalaman yang mereka akan dapat mungkin berbeza bagi setiap orang. dan mat merakam pengalaman dan penilaian dia terhadap pengalaman itu dengan baik.

cuma ada sesebahagian tulisan yang aku rasa masih seperti buku pertama, agaknya sebagai gula-gula, pemanis bacaan. mungkin mat pun tak kisah kalau ada orang nak jadi haters dia ke fans ke dia apatah lagi nak baca komen orang tentang buku ini, sebab dia tulis pun dia tak pernah nak pikir panjang-panjang nak tulis deep ke berat ke humour ke ok la selamat pengantin baru. bai!
-sumber: nazhsahaja, https://bit.ly/2L5M3NW

BELI 1 PERCUMA 1

RM25 SAHAJA (TAK TERMASUK POS)

Order buku: Whatsapp 019 460 3094

Monday 3 September 2018

The 3rd Alternative, Stephen Covey

SINOPSIS


"Kita boleh selesaikan masalah ini dengan"cara saya" ataupun "cara awak". Pilihlah"

Kita pasti selalu mendengar ungkapan-ungkapan seperti ini dalam kebanyakan "perbincangan masalah", bukan?

Selama ini, hanya dua alternatif itu yang kita gunakan dalam menangani konflik. Pilihan persetujuan yang dicapai demi menyelesaikan konflik juga ada dua, sama ada berkompromi ataupun pergaduhan. 

Memilih untuk berkompromi bermaksud sekadar menghentikan pergaduhan, tanpa sebarang jalan penyelesaian yang mampu memuaskan hati kedua-dua pihak. Situasi menang-menang? Mustahil untuk dicapai.

Menerusi kisah-kisah penuh inspirasi yang dikongsikan dalam 3rd Alternative, Dr. Covey membuktikan bahawa pemikiran alternatif ketiga bukan sekadar menyelesaikan konflik, malah mengubah konflik menjadi suatu yang positif.

Selamat tinggal konflik. Selamat jalan kompromi. Selamat datang alternatif ketiga!




 

ISI KANDUNGAN

 

1. Titik Peralihan
2. Alternatif Ketiga: Prinsip, Paradigma, dan Proses Sinergi
3. Alternatif Ketiga di Tempat Kerja
4. Alternatif Ketiga di Rumah
5. Alternatif Ketiga di Sekolah
6. Alternatif Ketiga dan Undang-undang
7. Alternatif Ketiga dalam Masyarakat
8. Alternatif Ketiga di Dunia
9. Kehidupan Alternatif Ketiga
10. Aspek Luaran dan Dalaman
11. Penghargaan
12. Maklumat Penulis

 

REVIEW

 

Mahu potong tangan kanan atau tangan kiri? Seandainya diberi dua pilihan ini, tangan manakah yang akan kita potong? Jawapan yang pasti, tiada sesiapa pun mahu tangannya dipotong. Tidak perlu pilih kanan ataupun kiri, kita ada pilihan ketiga, iaitu tidak memotong mana-mana tangan.

Ya, tidak berbuat apa-apa juga adalah satu pilihan dan alternatif yang kita ada. Sentiasa ada pilihan ketiga dan cara yang lebih baik. Jangan terperangkap dengan pilihan kuno, iaitu hidup ini hanya ada “cara aku” dan “cara kamu”.

Stephen R. Covey, penulis buku bestseller The Seven Habits of Highly Effective People menerangkan konsep pilihan ketiga ini dengan sangat baik. Pelbagai contoh realiti dan kisah hidup yang mempraktikkan pilihan ketiga ini diterangkan dengan konsep yang mudah.

Antara kisah yang paling menarik adalah gerakan penentangan tanpa keganasan yang kreatif. Cara ini digunakan oleh Mahatma Gandhi ketika memimpin gerakan perjuangan melawan penjajah dan penindasan di India.

Beliau tidak berdiam diri apabila ditindas, dan tidak juga menentang dengan keganasan. Beliau memilih alernatif ketiga, iaitu menentang tanpa keganasan, mogok lapar, dan berbuat baik kepada musuh. Tiada hati yang terlalu keras dan tidak dapat dilembutkan dengan kasih sayang. Itulah pegangan Gandhi dan alternatif ketiga beliau.

Pencarian alternatif ketiga mampu mengubah kehidupan, menghentikan peperangan, menamatkan konflik dan menyelesaikan masalah. Alternatif ini bermula dengan pertanyaan yang mudah, “Adakah ada cara yang lebih baik?”.

Alternatif ketiga ini dapat memberikan penyelesaian yang lebih baik, sekalipun pasti tidak akan memuaskan hati semua orang. Mahu memuaskan hati semua orang yang adalah satu kegilaan yang tidak perlu dilakukan.

Apakah alternatif ketiga dalam hidup anda? Membaca buku ini dan memahami konsepnya untuk kehidupan yang lebih baik pastinya alternatif ketiga yang boleh anda lakukan sekarang.


Harga sebuah RM35. Kos pos RM6.

Boleh terus Whatsapp 019 460 3094.

Fahami Aku Sayang, Dengari Aku Abang






FAHAMI Aku Sayang, Dengari Aku Abang ini adalah satu pembaharuan dan usaha mempersembahkan kepada masyarakat beberapa fakta yang lahir daripada penyokong utama keluarga yang perlu difahami oleh setiap pasangan suami isteri. Buku ini mengupas perihal cita rasa, hati budi, cetusan perasaan, dan bisikan kalbu antara pasangan suami isteri. Paparan aspek-aspek perasaan dan kejiwaan ini jarang dilakukan.

Penulis mengambil langkah ini selepas terbukti pentingnya setiap pasangan suami isteri memahami bukan sahaja ciri-ciri lahiriah ahli keluarga yang hidup bersama mereka buat sekian lama, tetapi yang lebih penting memahami dan merasakan cetusan-cetusan rasa dan luahan nurani yang dapat dijadikan panduan dalam melayarkan bahtera kehidupan bagi menuju ke pulau kebahagiaan. 

Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami dan 30 bisikan hati isteri. Setiap satu luahan dan bisikan dalam buku ini disenarai mengikut keutamaan permasalahan yang sering terjadi antara pasangan suami isteri. Buku ini mengambil pendekatan yang mudah, iaitu pada peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu, dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil. 

Pendekatan buku ini adalah berbentuk pembaikan. Pendekatan seperti ini didapati sesuai dan dalam perbincangan yang diadakan dengan ahli-ahli keluarga yang terlibat, sebahagian besarnya bersetuju dengan pendekatan sedemikian. Pendekatan seperti ini apabila diamati, bukan sahaja dapat membuka ruang garis tindakan yang perlu diambil bagi setiap pasangan suami isteri yang terlibat, malah ia dapat memandu pasangan suami isteri setakat yang berkaitan, mencari jalan yang sebaik-baiknya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

Ramai antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang dapat dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah, dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan untuk pasangan suami isteri mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan bagi meredakan masalah yang dihadapi. 

Diharapkan supaya para pembaca dengan semangat positif menerima saranan yang dikemukakan ini.





 

ISI KANDUNGAN

 

Bahagian 1: Fahami Aku Sayang

  • Isteriku, Iktiraflah Kelelakianku

  • Isteriku, Jagalah Rumahku

  • Isteriku, Janganlah Leteri Aku

  • Isteriku, Fahamilah Perasaanku

  • Isteriku, Berbincanglah Denganku

  • Isteriku, Hiasilah Dirimu

  • Isteriku, Berlemah Lembutlah Terhadapku

  • Isteriku, Hargailah Pemberianku

  • Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-Anak

  • Isteriku, Jagalah Makan Minumku

  • Isteriku, Jagalah Pakaianku

  • Isteriku, Didiklah Anak-Anakku

  • Isteriku, Raikan Keluargaku

  • Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran dan Kelebihanmu

  • Isteriku, Janganlah Membuang Masamu

  • Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah

  • Isteriku, Patuhlah Kepadaku

  • Isteriku, Janganlah Cemburu Buta

  • Isteriku, Tunjukkanlah Sifat Sabarmu

  • Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku

  • Isteriku, Bantulah Kejayaan Kerjayaku

  • Isteriku, Jadikan Anak-Anakku Insan Berakhlak Mulia

  • Isteriku, Permudahkan Penglibatan Sosialku

  • Isteriku, Janganlah Boros

  • Isteriku, Hargailah Kejayaanku

  • Isteriku, Galakkanlah Hobiku

  • Isteriku, Suburkan Pembangunan Intelekku

  • Isteriku, Berjimat Cermatlah

  • Isteriku, Berterus-Terang dan Berkomunikasilah Denganku

  • Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku

 

Bahagian 2: Dengari Aku Abang

  • Suamiku, Bermesralah dengan Isterimu

  • Suamiku, Fahami Perubahan Semula Jadi Isterimu

  • Suamiku, Jangan Cepat Cemburu

  • Suamiku, Bersikap Romantik dan Sayangilah Isterimu

  • Suamiku, Buangkan Sikap Garang dan Pemarah

  • Suamiku, Berusahalah Mengambil Hati Isterimu

  • Suamiku, Sesekali Pandailah Memuji Isterimu

  • Suamiku, Rajinlah Membantu Isterimu

  • Suamiku, Janganlah Mata Keranjang

  • Suamiku, Adakanlah Perbincangan dan Perbualan Denganku

  • Suamiku, Hargailah Pendapat Isterimu

  • Suamiku, Bersedialah Mengakui Kesilapanmu

  • Suamiku, Jangan Suka Berbohong

  • Suamiku, Bijaklah Mengurus Penampilan Dirimu

  • Suamiku, Berikan Perhatian Terhadap Keluarga

  • Suamiku, Sentiasalah Bersikap Adil

  • Suamiku, Laksanakan Tanggungjawab Kebapaan Secara Optimum

  • Suamiku, Bekerjasamalah dalam Menguruskan Rumah Tangga dan Mendidik Anak-Anak

  • Suamiku, Pertingkatkan Pengetahuan Agamamu

  • Suamiku, Uruskan Masamu dengan Baik

  • Suamiku, Fahamilah Tanggungjawabmu yang Sebenar

  • Suamiku, Jangan Terlalu Leka dengan Kerjayamu

  • Suamiku, Buangkan Sikap Pemabukmu

  • Suamiku, Hentikan Tabiat Merokokmu

  • Suamiku, Jangan Terlalu Boros

  • Suamiku, Janganlah Terlalu Ego

  • Suamiku, Pimpinlah Keluargamu dengan Penuh Kaliber

  • Suamiku, Majukan Diri dalam Bidang Kerjayamu

  • Suamiku, Fahamilah Tahap-Tahap Perubahan dalam Perkahwinan

  • Suamiku, Jadilah Contoh kepada Keluargamu 


Harga sebuah RM30. Postage RM6.

Boleh Whatsapp 019 460 3094 untuk pembelian.

Sunday 2 September 2018

Bahagianya Apabila Solatmu Diterima Allah - Bimbingan Lengkap Solat

SINOPSIS


Solat adalah topik yang tidak pernah habis ditulis dan dibincangkan. Setiap kali kita membaca berkenaannya, pasti hadir rasa kekurangan dalam solat yang dikerjakan selama ini. Walaupun sejak kecil kita sudah belajar dan hafal semua bacaan dan gerakannya, perasaan kurang yakin itu tetap ada dalam hati. 

Ada waktunya kita tidak khusyuk mengerjakan solat. Kita tidak fokus dan kurang faham maksud semua bacaan, malah gerakan solat kita juga tidak sempurna, sehingga secara umumnya kita berasa seluruh aspek perlaksanaannya kurang sempurna. 

Ini alasan utama mengapa ilmu solat perlu sentiasa dicari, dipelajari, dan dihayati oleh setiap orang Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan, solat adalah tiang agama dan juga amalan pertama yang akan diperiksa di akhirat kelak. Sekiranya solat seseorang itu baik, sesungguhnya dia berjaya dan beruntung. Namun, sekiranya solatnya buruk, dia termasuk golongan yang gagal dan rugi.

Buku ini memiliki keistimewaan tersendiri sebagai buku panduan solat yang ringkas namun padat, mudah, praktikal, serta lengkap dengan rajah, ilustrasi, serta gambar langkah demi langkah. 

Kandungannya ringkas kerana buku ini hanya membincangkan perkara-perkara yang penting sahaja. Ini menjadi mudah kerana bahasanya ringkas dan juga praktikal kerana disampaikan langkah demi langkah bermula daripada membasuh kedua tangan ketika berwuduk sehingga memberi salam. 




Buku ini lengkap kerana merangkumi semua isu dalam solat, iaitu tata cara, makna, kelebihan, kesalahan umum, tip-tip, perbezaan antara imam, makmum, dan  individu yang solat bersendirian serta hal-hal yang lain. 

Selain itu, turut dimuatkan imej, gambar rajah, serta ilustrasi bagi menyokong kandungan buku. Semua hadith dalam buku ini kami pilih dengan teliti, iaitu hanya hadith yang sahih dan benar disahkan oleh pakar-pakar hadith.

Semoga buku ini dapat memudahkan umat Islam dalam mempelajari dan mendirikan solat yang sempurna seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. 

Semoga tulisan ini berfaedah untuk kita semua serta usaha penulis ini diterima oleh Allah s.w.t. Akhir kata dan sekali lagi, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. 

 

REVIEW

 

Pernahkah kita berasakan bahawa solat kita tidak cukup sempurna pada pandangan Tuhan? Solat lima waktu merupakan rukun Islam yang kedua.

Solat juga adalah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Setiap individu pasti mempunyai masalah dalam mengerjakan solat seperti tidak khusyuk, tidak memahami bacaan dalam solat, dan tidak yakin dengan pergerakan sewaktu solat. Masalah-masalah seperti ini perlu diselesaikan dengan mempelajari semula aspek-aspek dalam mendirikan solat yang sempurna.

Buku yang berjudul Bahagianya apabila Solatmu Diterima Allah hasil karya Fahrur Muis dan Muhammad Suhadi sudah pasti dapat membantu setiap individu untuk dijadikan panduan solat. Buku ini mempunyai kelebihannya tersendiri kerana merangkumi semua isu dalam solat.

Ia dapat menjelaskan kepada pembaca tentang tatacara, makna, kelebihan, kesalahan umum, imam dan makmum, dan pelbagai lagi hal-hal yang berkaitan dengan solat. Ia bukan sahaja menjelaskan tentang solat fardhu, tetapi juga solat sunat seperti solat istikharah, solat dhuha, solat hajat serta solat yang lain.

Tambahan lagi, buku ini dicetak 100% berwarna dan mengandungi gambar rajah bagi membantu individu untuk mendapat kefahaman yang lebih jelas tentang solat. Ia juga lengkap dengan teks arab. Isi kandungan daripada buku ini dapat membimbing individu untuk melakukan solat yang lebih sempurna.

 

ISI KANDUNGAN

 

Bab 1: SOLAT ANUGERAH TERINDAH      

Makna Solat

Solat adalah Ibadah Sepanjang Masa

Erti Mendirikan Solat 

Mengapa Perlu Solat?

Keistimewaan Solat

Keutamaan Solat 

Rahsia Solat

Hukum Meninggalkan Solat

Khusyuk dalam Solat

Cara Khusyuk dalam Solat

Teknik Melatih Anak Rajin Solat 

Anjuran Solat Berjemaah

Kelebihan Solat Berjemaah

Faedah dan Kebaikan Solat Berjemaah

Situasi yang Membolehkan Tidak Solat Berjemaah

Etika di Masjid 

Di Mana Kita Boleh Bersolat?

 

Bab 2: PERSIAPAN SEBELUM SOLAT    

Bersuci

Keutamaan Wuduk

Fardu dan Sunat Wuduk

Perkara Makruh ketika Wuduk

Perkara yang Membatalkan Wuduk

Cara Berwuduk Langkah Demi Langkah

Mengusap Khuf atau Kasut  

Tayamum

Menutup Aurat

Azan dan Iqamat

 

Bab 3: CARA MENGERJAKAN SOLAT    

Waktu-Waktu Solat  

Jadual Waktu Solat Fardu

Waktu-Waktu Dilarang Solat dan Pengecualiannya

Syarat dan Rukun Solat

Jadual Rukun, Wajib, dan Sunat Solat

Cara Solat Menurut Amalan Nabi

Zikir Selepas Salam

Perkara Makruh dalam Solat

Perkara yang Dibenarkan dalam Solat

Perkara yang Membatalkan Solat

Bacaan Nabi Muhammad dalam Solat

Doa Qunut dalam Solat

Imam dan Makmum

Meluruskan Barisan Sebelum Solat

Mengikuti Imam

Kedudukan Imam dan Makmum

Mengqada Solat

 

Bab 4: SOLAT-SOLAT LAIN                    

Solat Jumaat

Syarat-Syarat Solat Jumaat 

Keutamaan Hari Jumaat

Aktiviti Sebelum Solat Jumaat, Sebelum Khutbah, dan Ketika Khutbah

Ukuran Mendapat Solat Jumaat

Solat Orang yang Uzur

Solat bagi Orang Sakit

Solat Khauf

Solat-Solat Sunat

Keutamaan Solat Sunat

Klasifikasi Solat Sunat  

Solat Sunat Rawatib

Dua Rakaat Sebelum Subuh

Solat Sunat Rawatib Ghairu Muakkadah

Solat Sunat Ghairu Rawatib

 

Bab 5: JENIS-JENIS SUJUD      

Sujud Solat Fardu dan Solat Sunat  

Sujud Sahwi Sujud Tilawah 

Sujud Syukur


Harga sebuah RM22. Postage RM6.

Untuk pembelian, Whatsapp ke 019 460 3094