Thursday 8 June 2017

50 Resipi Biskut dan Kek - Chef Hanieliza

Buku 50 Resipi Kek & Biskut diberi sentuhan baru dengan gambar-gambar penyediaan yang lebih menarik. Terdapat 6 bonus resipi terkini yang pasti menyelerakan. Indikasi penyediaan yang jelas, iaitu tempoh penyediaan bahan dan tempoh memasak turut disertakan. Resipi-resipi yang disediakan oleh Chef Hanieliza dalam buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan hidangan semasa hari perayaan ataupun sebarang majlis keraian, tetapi boleh dijadikan juadah minum petang.

Isi Kandungan

Biskut
  1. Biskut Badam Manis (Almond Sweet)
  2. Biskut Badam Rangup
  3. Biskut Badam Salju (Snow Almond)
  4. Biskut Bebola Kacang Hazel (Hazelnut Ball)
  5. Biskut Bebola Kristal
  6. Biskut Buah-Buahan
  7. Biskut Coklat
  8. Biskut Coklat Cip
  9. Biskut Cornflake Madu Coklat Cip
  10. Biskut Dahlia Oren
  11. Biskut Keju
  12. Biskut Koko Crunch
  13. Biskut Marmar Carrie
  14. Biskut Mentega (Butter Cookies)
  15. Biskut Permata Serbuk Roti
  16. Biskut Puteri Hijau (Green Princess)
  17. Biskut Sarang Semut
  18. Biskut Semperit Susu (Baru)
  19. Ferrero Rocher (Baru)
  20. Tat Buah-Buahan
  21. Tat Gulung
  22. Tat Keju Bluberi
  23. Tat Nanas
  24. Tat Prun

Kek 
  1. Brownies
  2. Brownies Marble Keju
  3. Kek Buah
  4. Kek Buah Keju
  5. Kek Buah Kukus  (Baru)
  6. Kek Cawan Coklat
  7. Kek Cawan Oren
  8. Kek Coklat
  9. Kek Coklat Keju Koktel
  10. Kek Dam
  11. Kek Epal
  12. Kek Keju Coklat
  13. Kek Keju Coklat Oren
  14. Kek Keju Kiwi
  15. Kek Keju Lapis Coklat (Baru)
  16. Kek Keju Oreo (Baru)
  17. Kek Lobak Merah
  18. Kek Marble
  19. Kek Mocha Kukus
  20. Kek Pandan
  21. Kek Pisang
  22. Kek Red Velvet
  23. Kek Span Gula Hangus
  24. Mufin Coklat Cip (Baru)
  25. Tiramisu
  26. Tiramisu Kek Gulung
=============================================

Harga RM18 tak termasuk pos. 

Whatsapp terus ke 019 460 3094.


Thursday 1 June 2017

Siri Buat Duit

SIRI BUAT DUIT

Buat Duit dengan Facebook dan Instagram



Media Sosial seperti Facebook dan Instagram kini bukan lagi sekadar medan berkongsi pendapat, video-video viral, serta gambar semata-mata, tetapi boleh dijadikan sebagai lubuk pendapatan. Sekiranya kena pada caranya, Facebook dan Instagram mampu memberikan hasil yang lumayan kepada sesiapa sahaja yang bijak menggunakan medium ini.

Buat Duit dengan Dropship



Ramai orang yang berhasrat untuk menceburi bidang bisnes, namun hasrat itu terhenti apabila memikirkan tentang modal. Benarkah kita tidak boleh berbisnes sekiranya tiada modal dalam tangan? Jawapannya sudah tentu salah! Kita sebenarnya mampu menjana pendapatan dengan bisnes walaupun tanpa modal.
Buku ini memfokuskan tentang bagaimana kita dapat memperoleh pendapatan tanpa mengeluarkan sebarang modal. Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini termasuklah:
  • Kelebihan & Kekurangan Dropship
  • Bagaimana Sistem Dropship Beroperasi
  • Bagaimana Memilih Produk yang Mahu Dijual
  • Menjayakan Produk Jualan
  • Pentingnya Khidmat Jualan
  • Strategi Pengurusan
Berbisnes secara dropship kian mendapat tempat di hati usahawan-usahawan kecil dan sederhana. Cabarannya, mampukah bisnes tersebut bertahan lama? Adakah pendapatan yang diperoleh benar-benar lumayan ataupun indah khabar dari rupa? Apakah risiko bisnes ini? Buku ini mampu memberi pencerahan kepada pembaca terutamanya yang sedang berkira-kira untuk memulakan bisnes ini.

Buat Duit dengan Mudah.my



Mudah.my sememangnya laman web yang begitu popular dalam kalangan peniaga dan pembeli khususnya yang meminati urusan jual beli secara online. Selain kepelbagaian produk dan servis yang ditawarkan. urusan jual belinya juga mudah dan tidak membebankan.
 
Buku ini memberi peluang kepada kita bagi meneroka setiap ruang dan peluang bagi menjana pendapatan dan mengurangkan risiko kegagalan menerusi laman web ini.

Buat Duit dengan Uber



Selama ini, kita menganggap kereta yang kita miliki adalah satu bentuk liabiliti yang tidak mampu memberi sebarang pulangan. namun, pada hari ini, kereta juga mampu menjana pendapatan. malah, lebih hebat kereta yang kita miliki, lebih tinggi pendapatan yang mampu diperoleh. Buku Buat Duit dengan Uber ini memfokuskan bagaimana kita mampu menjana pendapatan dengan menawarkan servis pengangkutan kepada orang lain.

ISI KANDUNGAN
  • Bagaimana Uber Buat Duit untuk Kita
  • Mendaftar dengan Uber
  • Merancang Sasaran Pendapatan
  • membina Network dan Menyertai geng Uber
  • Mempelbagaikan Sumber Pendapatan
  • Peraturan dan Undang-Undang yang Perlu Diketahui

Buat Duit dengan Doorgift



Setiap kali menghadiri majlis mahupun majlis-majlis korporat, tidak sah sekiranya pengunjung tidak dibekalkan degan dorrgift. Doorgift yang suatu ketika dahulu pemberian yang tidak wajib dan terhad kepada majlis perkahwinan sahaja, kini lebih meluas dan mencipta trend tersendiri. Ianya bahkan lebih komersil serta membuka peluang perniagaan kepada para usahawan. Biarpun dilihat sebagai pernigaan yang bermusim, bisnes doorgift kian berkembang dan sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan.

ISI KANDUNGAN
  • Pengenalan Bisnes
  • Ciri-Ciri Produk
  • Lokasi
  • Modal
  • Kemahiran
  • Sasaran Pelanggan
  • Promosi & Pemasaran
  • Tenaga Kerja
  • Pengurusan
  • Harga Tawaran
  • Sumber Bekalan



Setiap satu buku berharga RM9.90 (tak termasuk pos).

Untuk dapatkan, Whatsapp terus ke Hif Bookstore 019 460 3094 .