Sunday 31 December 2017

Azam Buku 2018

Dalam banyak-banyak azam tahun baru, ada terselit azam nak baca lebih banyak buku?

Atau nak tambah koleksi buku dan kembangkan mini library?

Mahu lebih idea, mahu lancar menulis - perlu banyak membaca. Boleh mula dengan langkah yang kecil-kecil saja dahulu. Tak usah banding diri dengan orang lain yang boleh baca beratus buku setahun sedangkan kita 1 buku seminggu pun belum mampu.

Boleh cuba baca 1 buku sebulan. Setahun akan baca 12 buku.

Upgrade sikit, 1 buku seminggu. Setahun dapat 52 buku.

Yang penting, gerak dulu. Tabiat akan datang menyusul.

Selamat membaca 2018!

Friday 29 December 2017

Majalah Digital Selesaikan Masalah Majalah Habis di Kedai, Tak Sempat Beli

Terlepas sesuatu isu majalah kegemaran,  tak sempat beli tapi dah habis di kedai - masalah ini mudah saja diatasi bila ada MAJALAH VERSI DIGITAL.

Boleh dibaca dan diakses bila-bila masa, apa saja isu yang ada dalam katalog dan  tak perlu membawa naskhah fizikal ke sana ke mari. Cukup setakat gajet pintar.

Kandungan versi digital juga sama seperti apa yang terkandung dalam majalah versi cetak. Bezanya cara kita membacanya.

Dengan harga langganan yang kurang daripada RM100 setahun, kita dapat akses kepada antara majalah digital Islamik terbaik di Malaysia.

Klik di SINI untuk membuat langganan terus majalah digital SOLUSI atau AL-USTAZ.

Reviu Buku Mudahnya Hafal Al-Quran dengan Kaedah Jibril

Reviu buku oleh Hifzaila Hafni

Buku ini walaupun kecil dan hanya 166 muka surat sahaja namun penerangannya padat dan mudah difahami.

Berwarna keseluruhannya, dengan teks yang dipersembahkan dalam bentuk grafik menarik minat untuk kita terus membaca.

Buku ini ditulis oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz, yang memperkenalkan kaedah Jibril untuk memudahkan umat Islam menghafal Al-Quran.

Bab-bab terawal Ustaz menceritakan kepentingan menghafal Al-Quran dan juga berkongsi pengalaman beliau menjadi hafiz, serta bagaimana beliau bermula.

Apa yang saya suka kongsikan di sini, menjadi penghafaz Quran tidak semestinya harus bermula di usia muda saja, jika sudah berusia 40 tahun juga tidak menjadi masalah.

Melalui kaedah hafalan yang dikongsikan dalam buku ini, di usia berapa juga boleh bermula dan menghafal.

Buku yang komprehensif, ringkas dan praktikal ini sesuai bagi mereka yang berniat mahu mula menghafal Al-Quran dengan cara yang mudah.

Berdasarkan pengalaman Ustaz Asraff yang sudah lebih 15 tahun mengendalikan seminar dan bengkel berkaitan Al-Quran, boleh dikatakan buku ini harus menjadi pilihan mereka yang ingin mula mendalami dan menghafal Al-Quran.

=================================

Tajuk: Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril

Penulis: Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

Harga: RM16 tak termasuk pos

Ingin mendapatkan buku ini, boleh Whatsapp terus ke 019 460 3094.


Wednesday 6 December 2017

Resipi Kebab Ayam

Musim cuti sekolah begini, mesti anak-anak asyik nak makan saja, bukan?

Ibu-ibu pun dah buntu nak masak apa lagi.

Boleh cuba menu kebab ayam ni. Boleh dijadikan menu minum petang atau piknik.

Mudah, lazat dan berkhasiat.

Menu dipetik daripada buku Resipi Alergi oleh Nazihah Nasir.

Banyak lagi menu dalam buku ini yang khusus kepada golongan yang alergi kepada gluten, bahan tenusu dan telur.

Jadi, mereka yang alah kepada telur masih boleh makan kek, mereka yang alah terhadap tepung gandum masih boleh menikmati kuih-muih.

Berminat untuk dapatkan buku ini, hanya RM35 termasuk pos.

Boleh Whatsapp ke 019 4603094 untuk pembelian.

Saturday 2 December 2017

Foto Hebat dengan Kamera Kompak

Sinopsis

Merakam foto bukannya mudah seperti yang disangka. Kadang kala, hasil foto yang dirakam tidak sempurna dan kurang menarik.

Oleh itu, sebagai pengguna kamera kompak yang setia, kita perlu menguasai teknik-teknik penggunaan kamera kompak supaya hasil foto yang dirakam tampil jelas, menarik dan hebat.

Teknik asas mempelajari penggunaan kamera kompak adalah mudah. Begitu jua dengan merakam foto menggunakan kamera handfon.

Sesudah menguasai teknik penting ini, kita dapat mengaplikasikannya bagi merakam pelbagai suasana menarik sama ada ketika beriadah, menghadiri majli-majlis dan sebagainya.

Bagi yang mempunyai kamera kompak, pastikan bateri adalah penuh, memori kad dikosongkan serta peralatan tambahan lain tersedia sebelum memulakan proses merakam.

Seterusnya, praktikkan tip-tip dan trik yang dipelajari dari buku ini semasa merakam foto. Bagi meningkatkan lagi kualiti, foto itu boleh disunting menggunakan perisian pengeditan foto digital melalui komputer peribadi.

Akhirnya, hasil foto menjadi menarik sebagaimana hasil fotografi profesional!

================================

Bab 1: Pengenalan 1

Meneroka Kamera Kompak 2

Memilih Kamera yang Sesuai 7

Fungsi Kamera Kompak 12

Aksesori Kamera Kompak 16

Bab 2: Memahami Teknik Fotografi 19

Mengendali Kamera Kompak 20

Merakam Foto Melalui LCD 22

Fokus, Kemudian Rakam 25

Zoom Optikal vs Zoom Digital 28

Memilih Mode Rakaman 29

Mode Semi-Automatik 34

Mode Manual 35

Memahami Apertur 36

Menguasai Shutter Speed 39

Mengetahui Sensitiviti ISO 42

Menguruskan Exposure 44

Memanfaatkan Lampu Flash 48

Fungsi White Balance 51

Bab 3 : Foto Hebat dengan Kamera Kompak 55

Foto Berkualiti dengan Langkah Mudah 56

Memeriksa Histogram 59

Trik Pantas Foto Menarik 60

Merakam Objek Bergerak 65

Kreatif dengan Kamera Handfon 68

Bab 4 : Mengedit Foto 71

Meningkatkan Kualiti Foto 72

Mengedit Exposure dan Warna 73

Meminimumkan Noise 78

Mendapatkan Foto yang Jelas 80

Memilih White Balance 82

Tentang Penulis 85

============================

Tajuk: Foto Hebat dengan Kamera Kompak

Harga: RM20 termasuk pos

Whatsapp 019 4603094

Perisian Hebat untuk Desain dan Foto

Sinopsis

Berminat dengan fotografi?

Berminat untuk membuat desain tetapi tidak mahu perisian yang sukar dan mahal?

Suka mencuba sesuatu yang baru?

Buku "Perisian Hebat untuk Desain dan Foto" ini ada penyelesaiannya.

Ia memuatkan 20 perisian yang mudah didapati di Internet. Ia juga mudah di-download dan dipasang ke dalam komputer.

Semua perisian ini mudah digunakan dan panduan langkah demi langkah ada dinyatakan di dalam buku ini.

Kita tidak perlu lagi membeli perisian yang mahal dan sukar digunakan apabila membaca buku ini.

Buku ini menjelaskan banyak tool yang diperlukan untuk keperluan desain dan foto sehingga kita dapat menjadi kreatif dan inovatif mengolah foto-foto keluarga, foto perniagaan dan apa pun gambar yang dimiliki.

Selamat mencuba. Klik!

=================================

Tajuk: Perisian Hebat untuk Desain dan Foto

Harga: RM20 termasuk pos

Whatsapp 019 460 3094

Fotografi Gaya Mukmin

Sinopsis

Buku ini menceritakan tentang bagaimana menjadi juru foto yang beribadah kepada Allah s.w.t.

Kebiasaannya masyarakat hanya tahu juru foto hanya mengambil semata-mata sekeping gambar.

Namun, buku ini merungkai bagaimana sekeping gambar yang diambil oleh juru foto boleh mendekatkan seseorang dengan Tuhannya.

Fokus pada penulisan ini bukanlah tentang teknikal dalam bidang fotografi.

Ia menjurus ke arah perbincangan fikah tentang fotografi dan hukum-hukum bidang ini yang menjadi kemusykilan terhadap segelintir jurufoto-jurufoto Muslim.

Antara topik menarik buku ini:

Betulkah pencipta kamera pertama adalah Muslim?

Bolehkah saya berkhidmat sebagai jurufoto perkahwinan?

Bagaimana sekiranya model itu tidak menutup aurat?

Apakah jenis gambar yang terbaik dalam Islam?

Kenapa perlu menjaga adab ketika mengambil gambar?

"Doh kalu nak nak tahu lebih, kena beli bace la..."

=================================

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

Fakta / Tahukah Anda

Sejarah Optik / Lensa / Kanta

BAB 1: ISLAM DAN FOTOGRAFI

Hadith

Al-Quran

BAB 2: FIKAH DALAM FOTOGRAFI

a. Pengenalan Asas Usul Fikah

Sumber Penetapan Hukum Fikah & Usul Fikah

b. Asas Kaedah Usul Fikah Serta Kaitan dengan Fotografi

c. Pandangan Umum Para Ulama Tentang Fotografi

Permasalahan dalam Fotografi Potret dan yang Berkaitan dengannya

Permasalahan dalam Fotografi Perkahwinan dan yang Berkaitan dengannya

Upah Jurugambar

BAB 3: GAMBAR YANG TERBAIK DALAM ISLAM

Fotojurnalisme/Foto Kewartawanan

Contoh foto

Kenapa foto ini terbaik?

Hikmah merakam gambar seperti ini

Hadith yang menyokong

Lanskap / Alam Semula Jadi

Contoh foto

Kenapa foto ini terbaik?

Hikmah merakam gambar seperti ini

Hadith yang menyokong

Makro / Close up

Contoh foto

Kenapa foto ini terbaik?

Hikmah merakam gambar seperti ini

Hadith yang menyokong

Seni Bina

Contoh foto

Kenapa foto ini terbaik?

Hikmah merakam gambar seperti ini

Hadith yang menyokong

BAB 4: ADAB / ETIKA DALAM FOTOGRAFI

=================================

Tajuk: Fotografi Gaya Mukmin, Panduan Fikah Seni Foto

Penulis: Ustaz Azhar Idrus, Imran Burhanuddin

Harga: RM20 termasuk pos

Whatsapp 019 4603094

Sunday 19 November 2017

Ke Mana Tumpahnya Kuah oleh Chef Adu Amran

Sinopsis :

"Ke Mana Tumpahnya Kuah (KMTK) masih mengekalkan konsep yang sama, seperti buku masakan saya terdahulu. Buku kedua ini menyambung langkah pengembaraan saya. Kalau dulu spektrum pengembaraan kulinari saya agak luas dalam usaha merealisasikan ideologi dan gaya masakan saya. Kali ini pengembaraan saya lebih berkonsepkan "sirih pulang ke gagang." Saya mengembara ke daerah, negeri dan negara keturunan saya."

- Chef Adu Amran-

-----------

Tajuk: Ke Mana Tumpahnya Kuah
Penulis: Chef Adu Amran
Harga: RM70 tak termasuk pos

= STOK TERHAD =

Whatsapp 019 460 3094

Saturday 28 October 2017

Menyambut Kelahiran Permata Hati

Sinopsis

Ini merupakan risalah ringkas yang menghimpunkan beberapa bab beserta ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis pilihan berkenaan kelebihan berusaha mendapatkan anak yang soleh, beberapa perkara berkenaan tanggungjawab ibu bapa ke atas anak yang baru lahir dan sebagainya.

Ia hasil daripada bacaan dan saringan serta ringkasan daripada Kitab karya Ibnu Qayyim rahimahullah, iaitu Tuhfah Al-Maudud Bi Ahkam Al-Maulud.

Bab-bab di dalam risalah kecil ini disusun sebagai peringatan untuk para pembaca supaya ia bermanfaat bagi kaum Muslimin terutamanya sebagai persediaan bagi mereka yang akan menyambut kelahiran anak.

--------------------------------

Tajuk: Menyambut Kelahiran Permata Hati

Penulis: Muhammad Fashan Ahmad Ziadi

Harga: RM5 tak termasuk pos

Whatsapp ke 019 460 3094 untuk order

Sunday 22 October 2017

Koleksi Buku Travelog Terbaik

Koleksi buku travelog khusus bagi peminat travel, pengembara dan backpackers!

View lebih jelas di SINI .

Untuk dapatkan mana-mana buku, boleh terus Whatsapp 019 460 3094.

Friday 6 October 2017

Berkomunikasi Mengikut Hikmah Islam

Tajuk: Tak Kenal Maka Tak Cinta
Penulis: Ustaz Hasrizal Jamil (saifulislam.com)



"Syabas buat Ustaz Hasrizal kerana berjaya menghasilkan WOW! dengan hasil karya yang begitu menakjubkan ini. Di kala ummah dahagakan pendekatan dakwah yang lebih inklusif dan kreatif, Ustaz Hasrizal muncul mengisi ruang ini. 
Buat peminat saifulislam.com, ini adalah TOP-UP dan BONUS buat anda. Saya menjangkakan lima tahun dari sekarang, karya kreatif sebegini akan menjadi ikutan para pendakwah di Malaysia. Jika anda masih berfikir-fikir sama ada untuk memilikinya atau tidak, usah tunggu lama-lama, saya cadang anda PUTUSkan segera untuk memilikinya. Ia SANTAI dan BOLEH PAKAI!"
- AMIN IDRIS, Pengacara TVAlhijrah, Perunding Latihan & Penulis | www.aminidris.com.my

"Sebuah karya yang amat santai dan mudah dihadam, menjentik jiwa dan minda, bukan sekadar untuk menjadi halwa mata sahaja, tetapi memacu untuk kita berfikir dan bergerak melakukan sesuatu. Sebuah karya santai yang mesti didapatkan, untuk mencubit-cubit diri yang kadangkala lalai dan alpa di tengah mengharungi dunia."
 - HILAL ASYRAF, Pendakwah & Penulis | www.langitilahi.com

"Betullah kata pepatah, sekeping gambar lebih bernilai daripada seribu patah perkataan. Satu lukisan kartun yang menarik dalam komik ini dapat menceritakan banyak perkara yang penuh dengan pengajaran. Tak Kenal Maka Tak Cinta, tak baca maka tak tahulah kelebihan komik dakwah ini."
 - HELIZA HELMI, Selebriti Tanah Air | www.facebook.com/helizahelmi

===========================================
Harga RM12.90 tak termasuk pos.
Untuk dapatkan, boleh Whatsapp ke 019-460 3094.

Thursday 5 October 2017

Menjemput Jodoh, Memikat Sahabat

Tajuk: Magnet Insan Menjemput Jodoh, dan Memikat Sahabat

Penulis: Muhammad Muhyiddin



SINOPSIS

Siapa sesungguhnya jodoh ‘saya’? Bagaimana ‘saya’ boleh menarik perhatian ‘si dia’? Atas faktor apa ‘saya’ menerima ‘dia’? Bagaimana supaya ‘saya’ segera mendapat jodoh? Apakah itu persahabatan sejati? Bagaimana menarik orang untuk bersahabat dengan ‘saya’? Prinsip-prinsip dan alasan bersahabat? Banyak lagi persoalan berkenaan jodoh dan persahabatan. Semua persoalan berikut dapat ditemui jawapannya di dalam naskhah kecil ini yang diberi judul Magnet Insan: Menjemput Jodoh & Memikat Sahabat.

Semoga menjadi panduan berguna kepada kita semua dalam menjalani kehidupan sosial yang tenang dan gembira, serta menjadi individu yang disenangi ramai orang. Selamat membaca.

========================================

Harga RM23 tak termasuk pos.

Untuk dapatkan, Whatsapp terus ke 019-460 3094.

Manisnya Kurma Ini!

Tajuk: Manisnya Kurma Ini
Penulis: Dr Fauziah Mohd Noor


Buku ini menceritakan tentang pengalaman hidup seorang guru, pensyarah, pelajar-pelajar dan insan-insan yang bergelar suami dan isteri. Setiap manusia inginkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam hidup. Namun perjalanan mencari kejayaan tidak semudah impian yang dibina, terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Mimpi tidak selalu indah dan hidup tidak selalu payah. Keringat dan air mata menjadi teman perjuangan sebenar di dalam mencari kejayaan. Tidak ada istilah putus asa atau jemu jika ingin berjaya. Buku ini juga menceritakan tentang indahnya hubungan dan persahabatan yang dijalinkan di atas nama keikhlasan dan kasih sayang kerana Allah.
Selain tentang perjuangan mencari ilmu dan kejayaan, buku ini juga menceritakan tentang suka duka insan bergelar suami dan isteri. Setiap insan yang memasuki alam perkahwinan mengharapkan kebahagiaan bersama pasangan mereka hingga ke akhir hayat. Namun langit tidak selalu cerah, adakalanya hujan turun di tengahari. Istana yang dibina diuji dengan berbagai jenis dugaan. Ada yang mampu berdiri menghadapi ujian hidup, namun ada juga yang rebah. Yang pasti, di balik setiap ujian hidup yang tersurat pasti ada hikmah yang tersirat. Kasih sayang Allah tidak ada batasnya, bagi setiap duka dan derita pasti ada penghujungnya. Semoga esok yang mendatang adalah hari-hari yang lebih cerah dan gemilang buat kita semua.

====================================
Harga RM20.00 tak termasuk pos.
Untuk dapatkan, boleh Whatsapp terus ke 019-460 3094.

Wednesday 4 October 2017

Bunga Kebahagiaan Tuan Guru Nik Aziz dan Isteri

Tajuk: Bunga Kebahagiaan Edisi Kemas Kini

Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat


===========================
Berkasih sayang dalam rumahtangga adalah fitrah manusia. Suami isteri, anak-anak dan siapa sahaja hatta haiwan sekalipun menginginkannya. Tetapi adakah ianya berlaku dalam kehidupan seharian kita?. Runtuhnya moral masyarakat bermula dari keluarga. Sekiranya tiada kasih sayang, maka masyarakat akan menjadi kucar-kacir.

Oleh itu sifat kasih sayang perlu ditekan setiap hari, setiap masa berterusan agar menjadi perkara yang melekat di hati kita.

Itulah fitrah manusia yang inginkan kebahagiaan, ketenangan, kerehatan dan segala macam kesempurnaan mengiringi kehidupan.

Marilah kita menilik karya Tuan Guru ini, agar berbisik di hati kita untuk maju beramal kekal dalam nikmat kebahagiaan.

========================================

Harga RM15 tak termasuk pos.

Untuk dapatkan, boleh Whatsapp terus ke 019-460 3094

Lebih Lama Kahwin, Lebih Manis Rasanya!

Tajuk: Mars and Venus Together Forever Edisi Bahasa Melayu
Penulis: John Gray


Semoga kekal bahagia sepanjang hayat”
“Moga cinta kalian kekal abadi”
 Inilah antara ucapan yang seringkali disampaikan kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Bunyinya indah, namun dengan perbezaan yang begitu ketara antara lelaki dan wanita, mampukah sebuah cinta dan perhubungan yang terbina itu kekal hingga ke akhirnya?
 Menerusi buku Mars and Venus Together Forever Edisi Bahasa Melayu ini, kita akan memahami dan menyelami setiap perbezaan antara lelaki dan wanita, supaya hubungan yang terbina kekal utuh.
========================================
Harga RM34 tak termasuk pos.
Untuk dapatkan, boleh Whatsapp terus ke 019-460 3094.

Tuesday 3 October 2017

Manual Rumah Tangga untuk Yang Bakal atau Sudah Berkahwin

Tajuk: Manual Rumah Tangga
Penulis: Anwar Nursi



MANUAL RUMAH TANGGA - Menjemput Cinta Meraih Bahagia adalah sebuah perkongsian yang menyentuh kalbu dan mencuit intelektual sederhana kita dalam berumah tangga, terutama bagi yang bakal berkahwin ataupun sudah bergelar suami isteri.
Naskhah ini bukanlah buku fi qh halal dan haram hubungan suami isteri (biarpun ada juga pengisiannya), tetapi kisah asam garam kehidupan berumah tangga boleh dijadikan sebagai manual kita untuk mengemudi bahtera masing-masing. Di samping meneladani perkahwinan dan rumah tangga Rasulullah SAW.

===============================

Harga RM26 tak termasuk pos.

Untuk dapatkan, boleh Whatsapp terus ke 019-460 3094.

Bagaimana Akhirnya Aku Bernikah oleh Bahruddin Bekri

Tajuk: Bagaimana Akhirnya Aku Bernikah
Penulis: Bahruddin Bekri


Himpunan kisah inspirasi daripada pelbagai jenis manusia yang mencari rahsia Tuhan yang paling manis, iaitu jodoh.
Ada perempuan baik yang patah hatinya, ada lelaki yang terkenang dosa silam, ada yang perlu menanggung keluarga, ada yang berasa wajahnya tidak cantik, ada yang sudah tidak percaya kepada cinta, dan segala macam perkara yang membuatkan jodoh itu terasa jauh daripada mereka.
Namun, rahsia Tuhan siapa yang tahu. Ia datang kepada siapa yang mencari dan kepada yang yakin bahawa pada ketika ini, pada saat ini, jodohnya berada di belahan dunia yang lain, tetapi Tuhan belum mempertemukan mereka, kerana mereka sedang diuji.
Manisnya berdua, tidak akan terasa sekiranya sebelum ini tidak diuji dengan pahitnya sepi.

Kisah 1 : Mencari Jodoh yang Sempurna
Kisah 2 : Dipaksa Menikahi Perempuan Cantik
Kisah 3 : Bukan Jenis Termakan Kata-Kata
Kisah 4 : Maknanya, Aku dan Dia Tiada Jodoh
Kisah 5 : Malu Aku Mungkin Cuma Seminit Dua
Kisah 6 : Jodohku di Internet
Kisah 7 : Bekas Tunangku Kini Beranak Tiga
Kisah 8 : Memang Minatku Pada Kaum Sejenis
Kisah 9 : Dipaksa Mengahwini Lelaki yang Aku Benci
Kisah 10 : Mustahil Playboy Mahu Bernikah
Kisah 11 : Abang Gempal Itu Jodohku
Kisah 12 : Aku Berjuang untuk Menjadi Suaminya
Kisah 13 : I Love You kerana Berbaju Kurung
Kisah 14 : Bagaikan Mimpi Aku Jadi Dato'
Kisah 15 : Hinanya Aku pada Pandangan Bapanya
Kisah 16 : Fobia pada Tamparan Lelaki
Kisah 17 : Aku Tewas dengan Janji Perempuan
Kisah 18 : Kami Mahu Kakak Ipar dan Anak Buah
Kisah 19 : Hanya Kerana Aku Tiada Rupa
Kisah 20 : Aku Terpaksa Menjadi Isteri Kedua

====================================

Harga RM15 tak termasuk pos.

Untuk dapatkan, boleh Whatsapp terus ke 019-460 3094.

Monday 2 October 2017

Mengapa Peta Boleh Sebabkan Penceraian? Baca Buku Ini Untuk Tahu

Tajuk: Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps

Penulis: Allan and Barbara Pease




==============================================

Sinopsis


Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.

  • Mengapa lelaki mendengar seperti patung
  • Mengapa peta boleh menyebabkan perceraian
  • Mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta
  • Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan
  • Mengapa apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri
  • Mengapa wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja
  • Mengapa lelaki berperut buncit dan wanita berpunggung besar
  • Mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa
  • Mengapa lelaki diibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik

Buku Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.

============================================

Harga RM25 tak termasuk pos.

Untuk dapatkan, boleh Whatsapp ke 019-460 3094.

Why Mars and Venus Collide? Edisi Bahasa Melayu, oleh Pakar Perhubungan No 1 Dunia

Tajuk: Why Mars and Venus Collide (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis: John Gray

Sinopsis
Mengapa lelaki dan wanita bersengketa? Sesebuah perhubungan yang harmoni akan dapat terjalin sekiranya lelaki dan wanita tahu cara berkomunikasi yang tepat.
Menerusi buku ini, John  Gray akan berkongsi cara-cara komunikasi yang mampu menjaga hubungan yang baik antara lelaki dan wanita.

> Mengapa Lelaki Marikh dan Wanita Venus Bersengketa
> Lelaki dan Wanita dilahirkan Berbeza
> Hormon Stres dari Planet Marikh dan Venus
> Senarai Tugas Wanita yang Berjela-jela
> Prinsip 90/10 sebagai Penyelesaian
> Mr. Fix-it dan Jawatankuasa Home Improvement
> Anatomi sebuah Pertengkaran
> Bagaimana Mengjentikan Pertengkaran dan Berdamai
> Bercakap Mengenai Perasaan dalam Zon Bebas Pertengkaran
> Mencari Kasih Sayang di Tempat yang Betul
> Mencipta Kasih Sayang yang Berkekalan Sepanjang Hayat

==============================

Harga RM27.00 tak termasuk pos.

Untuk dapatkan, boleh Whatsapp terus ke
 019-460 3094.

Memahami Bahasa Badan untuk Kenali Mesej Tersirat

Tajuk: The Definitive Book of Body Language (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis: Allan & Barbara Pease

Senyuman yang terukir di bibir seseorang mungkin sahaja membawa maksud kegembiraan, namun tidak mustahil juga senyuman itu memiliki maksud yang tersirat. Bagaimana pula dengan individu yang bercakap sambil memeluk tubuhnya? Adakah dia sedang menyembunyikan sesuatu?
Tahukah pembaca, sebenarnya 50% - 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya datangnya daripada bahasa badan, bukannya daripada kata-kata yang diucapkan? Sayangnya masih sedikit dalam kalangan kita yang menyedari betapa gerakan fizikal sebenarnya menyampaikan mesej yang tersirat.
Menerusi buku The Definitive Book of Body Language, pembaca berpeluang mempelajari:
  • Bagaimana tapak tangan dan jabat tangan mampu mengawal seseorang.
  • Isyarat bahasa badan Si Penipu
  • Isyarat rahsia menerusi rokok, kaca mata, dan solekan wajah
  • Magik di sebalik senyuman wanita 
Penuh dengan fakta-fakta menarik, diselang-selikan dengan humor serta strategi yang boleh diamalkan, ternyata buku ini bukan sahaja mampu mengukuhkan skil komunikasi pembaca, malah memahami individu lain serta diri sendiri.  

===============================================

Dapatkan buku ini dengan Whatsapp terus ke 019-460 3094.

Harga RM29.90 tak termasuk pos.


Sunday 1 October 2017

Why Men Can Only Do One Thing At A Time And Women Never Stop Talking


Tajuk: Why Men Can Only Do One Thing At A Time and Women Never Stop Talking (Edisi Bahasa Melayu)

Penulis: Allan & Barbara Pease


SINOPSIS

Mengapa isteri suka bertanya kepada suami, kemudian mendakwa si suami salah setelah mereka memberikan jawapan?

Mengapa orang lelaki tidak pernah jumpa barang yang dicari dalam peti ais dan almari, tetapi boleh pula mencari jalan ke kedai minum yang berhampiran?

Mengapa wanita dapat menyedari kehadiran wanita lain yang lebih cantik dari jauh, tetapi boleh terlanggar pintu garaj pula bila hendak meletakkan kereta?

Mengapa orang lelaki tidak pernah menonton TV tanpa menukar-nukar siarannya?

Lupakan segala perkara berbaur politik yang pernah diberitahu kepada kita tentang lawan jantina (walaupun betul)!

Lelaki dan wanita tidak sama. Dengan memahami perkara ini merupakan tiket percuma untuk kita menjalin hubungan yang lebih menyeronokkan, memberi kepuasan dan bertahan lama.

Dalam buku ringkas yang ‘menjolok’ pemikiran dan mencuit hati ini, pakar mengenai hubungan yang terkenal di peringkat antarabangsa iaitu Allan dan Barbara Pease mendedahkan penemuan baru pada otak manusia, demi mengajarkan kita tentang ‘bagaimana menjalani hidup yang lebih gembira dan harmoni bersama pasangan’.

Sekiranya kita fikir bahawa kita tahu segala-galanya tentang pasangan kita, ataupun berharap kita tahu, maka inilah buku yang sesuai untuk kita!

ISI KANDUNGAN

- Pengenalan
- Spesis Sama…Dunia Berbeza
- Mengapa Lelaki Susah Benar Mencari Barang…Ataupun Begitulah Kata Mereka
- Ianya Adalah Permainan Antara Dua Minda…
- Bercakap dan Mendengar: Seni dalam Komunikasi
- Kesedaran Spatial: Seni Membaca Peta dan Meletak Kereta Secara Selari
- Pemikiran, Sikap, Emosi dan Perkara Lain yang Memporak-Perandakan
- Lelaki, Wanita dan Hubungan Intim
- Cinta, Romantis, Perkahwinan
- Akhirnya…

==============================

Dapatkan buku ini dengan Whatsapp terus ke 019-460 3094.

Harga RM14.90 tak termasuk pos.