Teks & Foto: Kak Hif Mencari ketenangan di celah kegelisahan. Kak Hif yakin banyak dalam kalangan kita yang sangat perlukan ini. Rutin harian yang sibuk, tuntutan keluarga dan kerja -- jika tidak diurus dengan bijak dan berhemah akan mempengaruhi kesihatan kita secara tak langsung. Kak Hif ambil masa agak lama untuk selesai baca naskhah ini sebab tebal bukunya, hampir 450 muka surat. Tapi alhamdulillah, habis juga. Tip nak konsisten baca sampai habis: baca 1-2 muka surat setiap hari, selepas solat Subuh atau sebelum mula kerja. Antara kata-kata hikmah yang Kak Hif petik dalam buku ini, mudah-mudahan dapat menenangkan kekacauan jiwa, meredakan gelisah dan gundah-gulana, sekaligus memberi semangat baharu menghadapi sebarang ujian yang datang. Kata-kata hikmah dalam buku ini: 1. Kebenaran akan tetap menjadi kebenaran meskipun disampaikan oleh orang yang menentang kebenaran. (Ms 24) Kredit: Ustaz Dr Idris Sulaiman 2. Perubahan bermula dari dalam diri sendiri ! (Ms 34) Kredi...
Syukur alhamdulillah diberi peluang bernafas hingga hari terakhir tahun 2025. Berapa banyak buku berjaya baca sepanjang tahun ni? Kak Hif lupa nak kira, tapi ada la peningkatan sikit berbanding 2024. Genre buku pun lebih pelbagai. Fiksyen ada, bukan fiksyen pun ada. Yang penting dan Kak Hif paling lega sebab dapat tutup 2025 dengan habiskan buku Jaddid Hayatak (Perbaharui Hidupmu) oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali. Terbitan Iman Publication. Dah lama bukunya tapi Kak Hif cuba konsisten untuk baca setiap hari lepas solat Subuh dan mengaji, paling kurang 1 bab, kalau panjang sangat, baca 2-3 hari. Alhamdulillah, setahun habis baca buku yang berhalaman 319 muka surat tu. Untuk tahun baharu 2026, Kak Hif pilih buku Falsafah Hidup oleh Hamka. Kak Hif rasa buku Hamka sangat sesuai untuk kita pandang sisi kehidupan dari sudut berbeza dan berusaha membaiki diri. Sesuailah kan untuk mula tahun baharu ye tak? Tapi ini terbitan lama, masih pekat dan padu Bahasa Indonesianya walaupun dah disunting l...
Kak Hif nak kongsi satu buku berkenaan al-Quran yang sangat sangat mesra pembaca. Grafiknya cantik, kemas tersusun dan mudah difahami. Warnanya pun ceria dan bersemangat untuk pembaca lebih memahami isi kandungan Quran dengan cara yang santai tetapi padat. Buku ini hasil nota Ustazah Nuraini Shahbuddin melalui IG @journalingbonda . Tajuk buku ini adalah Tahan dan Tenang, Nanti Datang Senang. Buku ini mengandungi 40 infografik tadabbur dan huraian ayat al-Quran yang dapat dijadikan inspirasi dan motivasi bagi seorang hamba dalam meniti perjuangan kehidupan. Buku ini juga dilengkapi ruangan DIY Tadabbur beserta panduan, dilampirkan istimewa buat para pembaca agar berpeluang mentadabbur lebih banyak lagi ayat al-Quran yang boleh dijadikan inspirasl kehidupan. BELI DENGAN HARGA DISKAUN, KLIK SINI. PEMBELIAN MELALUI WHATSAPP, KLIK SINI. LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore
Comments
Post a Comment