SINOPSIS & REVIEW
FAHAMI Aku Sayang, Dengari Aku Abang ini adalah satu pembaharuan dan usaha mempersembahkan kepada masyarakat beberapa fakta yang lahir daripada penyokong utama keluarga yang perlu difahami oleh setiap pasangan suami isteri. Buku ini mengupas perihal cita rasa, hati budi, cetusan perasaan, dan bisikan kalbu antara pasangan suami isteri. Paparan aspek-aspek perasaan dan kejiwaan ini jarang dilakukan.
Penulis mengambil langkah ini selepas terbukti pentingnya setiap pasangan suami isteri memahami bukan sahaja ciri-ciri lahiriah ahli keluarga yang hidup bersama mereka buat sekian lama, tetapi yang lebih penting memahami dan merasakan cetusan-cetusan rasa dan luahan nurani yang dapat dijadikan panduan dalam melayarkan bahtera kehidupan bagi menuju ke pulau kebahagiaan.
Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami dan 30 bisikan hati isteri. Setiap satu luahan dan bisikan dalam buku ini disenarai mengikut keutamaan permasalahan yang sering terjadi antara pasangan suami isteri. Buku ini mengambil pendekatan yang mudah, iaitu pada peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu, dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil.
Pendekatan buku ini adalah berbentuk pembaikan. Pendekatan seperti ini didapati sesuai dan dalam perbincangan yang diadakan dengan ahli-ahli keluarga yang terlibat, sebahagian besarnya bersetuju dengan pendekatan sedemikian. Pendekatan seperti ini apabila diamati, bukan sahaja dapat membuka ruang garis tindakan yang perlu diambil bagi setiap pasangan suami isteri yang terlibat, malah ia dapat memandu pasangan suami isteri setakat yang berkaitan, mencari jalan yang sebaik-baiknya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Ramai antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang dapat dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah, dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan untuk pasangan suami isteri mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan bagi meredakan masalah yang dihadapi.
Diharapkan supaya para pembaca dengan semangat positif menerima saranan yang dikemukakan ini.
Bahagian 1: Fahami Aku Sayang
Isteriku, Iktiraflah Kelelakianku
Isteriku, Jagalah Rumahku
Isteriku, Janganlah Leteri Aku
Isteriku, Fahamilah Perasaanku
Isteriku, Berbincanglah Denganku
Isteriku, Hiasilah Dirimu
Isteriku, Berlemah Lembutlah Terhadapku
Isteriku, Hargailah Pemberianku
Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-Anak
Isteriku, Jagalah Makan Minumku
Isteriku, Jagalah Pakaianku
Isteriku, Didiklah Anak-Anakku
Isteriku, Raikan Keluargaku
Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran dan Kelebihanmu
Isteriku, Janganlah Membuang Masamu
Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah
Isteriku, Patuhlah Kepadaku
Isteriku, Janganlah Cemburu Buta
Isteriku, Tunjukkanlah Sifat Sabarmu
Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku
Isteriku, Bantulah Kejayaan Kerjayaku
Isteriku, Jadikan Anak-Anakku Insan Berakhlak Mulia
Isteriku, Permudahkan Penglibatan Sosialku
Isteriku, Janganlah Boros
Isteriku, Hargailah Kejayaanku
Isteriku, Galakkanlah Hobiku
Isteriku, Suburkan Pembangunan Intelekku
Isteriku, Berjimat Cermatlah
Isteriku, Berterus-Terang dan Berkomunikasilah Denganku
Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku
Bahagian 2: Dengari Aku Abang
Suamiku, Bermesralah dengan Isterimu
Suamiku, Fahami Perubahan Semula Jadi Isterimu
Suamiku, Jangan Cepat Cemburu
Suamiku, Bersikap Romantik dan Sayangilah Isterimu
Suamiku, Buangkan Sikap Garang dan Pemarah
Suamiku, Berusahalah Mengambil Hati Isterimu
Suamiku, Sesekali Pandailah Memuji Isterimu
Suamiku, Rajinlah Membantu Isterimu
Suamiku, Janganlah Mata Keranjang
Suamiku, Adakanlah Perbincangan dan Perbualan Denganku
Suamiku, Hargailah Pendapat Isterimu
Suamiku, Bersedialah Mengakui Kesilapanmu
Suamiku, Jangan Suka Berbohong
Suamiku, Bijaklah Mengurus Penampilan Dirimu
Suamiku, Berikan Perhatian Terhadap Keluarga
Suamiku, Sentiasalah Bersikap Adil
Suamiku, Laksanakan Tanggungjawab Kebapaan Secara Optimum
Suamiku, Bekerjasamalah dalam Menguruskan Rumah Tangga dan Mendidik Anak-Anak
Suamiku, Pertingkatkan Pengetahuan Agamamu
Suamiku, Uruskan Masamu dengan Baik
Suamiku, Fahamilah Tanggungjawabmu yang Sebenar
Suamiku, Jangan Terlalu Leka dengan Kerjayamu
Suamiku, Buangkan Sikap Pemabukmu
Suamiku, Hentikan Tabiat Merokokmu
Suamiku, Jangan Terlalu Boros
Suamiku, Janganlah Terlalu Ego
Suamiku, Pimpinlah Keluargamu dengan Penuh Kaliber
Suamiku, Majukan Diri dalam Bidang Kerjayamu
Suamiku, Fahamilah Tahap-Tahap Perubahan dalam Perkahwinan
Suamiku, Jadilah Contoh kepada Keluargamu
No comments:
Post a Comment