Skip to main content

Sudah-sudahlah Tertipu, Menipu, Ditipu

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Dengan kemajuan teknologi dan kepantasan memperoleh maklumat zaman kini, dalam tak sedar ada sebilangan kita mengambil kesempatan dan menyebarkan sesuatu info tanpa menyiasat atau mengkajinya terlebih dahulu.

Ada maklumat yang disalin tampal semata, ada yang dicedok daripada sumber yang tak sahih atau misleading, ada juga yang direka-reka.

Paling bahaya, maklumat berkaitan kesihatan atau penyakit. Salah makan ubat, salah fakta atau salah pilih rawatan memang mengundang tragedi.

Buku Sudah-sudahlah Tertipu, Menipu dan Ditipu ini, yang ditulis oleh tim Root of Science, memberi pencerahan dan penerangan yang banyak berkaitan sains yang sering disalah anggap atau salah faham.

Kita dimomokkan dengan makan chia seed untuk kurus, minum teh rerama untuk cegah kanser, penggunaan foot patch untuk nyahtoksin.

Benarkah semua ini?

Dalam buku ini ada penjelasannya. Ringkas dan mudah difahami kerana maklumat diterangkan dalam bahasa orang awam.

Turut dijelaskan sebab rumah kita panas dan cara mengatasinya, penggunaan madu untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain lagi isu yang sering dimainkan oleh penjual namun sebenarnya tidak betul dan berasas.

Rujukan yang perlu ada di setiap rumah supaya setiap ahli keluarga cakna dan berhati-hati.

Tajuk: Sudah-sudahlah Menipu, Tertipu, Ditipu

Penulis: Tim Root of Science

Harga: RM15

Penerbit: PTS

Comments

Entri Popular

Konfesi Prebet Adam oleh Syahril A. Kadir

Benarkah pihak kesultanan Johor ada kaitan dalam kes Prebet Adam mengamuk yang mengorbankan seorang lelaki Melayu, Che Soh Che Mahmud di Chow Kit pada 1987? Malam sial Untuk Adam. Membunuh, dibunuh atau bunuh diri. Tajuk: Konfesi Prebet Adam Penerbit: Dubook Press Harga: RM30 (tak termasuk pos) Untuk membeli, KLIK SINI .