Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami - Hasan Mohd. Ali, PhD
Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami. Setiap satu luahan ini disenaraiutamakan mengikut keseringan timbulnya luahan itu daripada pihak suami.
Daripada pengamatan penulis, luahan-luahan ini adalah konsisten.
Daripada luahan pertama, ‘iktiraflah kelelakianku’ hingga ke luahan 30, ‘janganlah terlalu mengawalku’ menggambarkan bisikan hati suami yang sebahagian besarnya ditujukan kepada isteri.
Buku ini mengambil pendekatan yang agak mudah iaitu di peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil oleh insan yang luahan Itu ditujukan. Dalam konteks buku yang sedang dipersembahkan ini, insan itu adalah isteri.
Ramai di antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga.
Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang boleh dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan.
Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan bagi ahli-ahli keluarga mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan meredakan masalah yang dihadapi.
Sebagai saranan awal adalah lebih baik seandainya setiap keluarga dapat didedahkan kepada buku-buku dalam siri ini. Apabila masing-masing ahli keluarga membaca, mungkin ada baiknya jika satu perbincangan terbuka dapat diatur di peringkat keluarga masing-masing bagi mempraktik sebahagian daripada inti cadangan dan pelan tindakan yang dirumuskan.
****
Isi Kandungan
Prakata
Pendahuluan
BAB 1: LUAHAN DAN PERASAAN HATI SUAMI
Pendahuluan
BAB 1: LUAHAN DAN PERASAAN HATI SUAMI
Luahan 1 “Isteriku, Iktiraflah Kelelakianku”
Luahan 2 “Isteriku, Jagalah Rumahku”
Luahan 3 “Isteriku, Janganlah Leteri Aku”
Luahan 4 “Isteriku, Fahamilah Perasaanku”
Luahan 5 “Isteriku, Berbincanglah Denganku”
Luahan 6 “Isteriku, Hiasilah Dirimu”
Luahan 7 “Isteriku, Berlemah Lembutlah Terhadapku
Luahan 8 “Isteriku, Hargailah Pemberianku”
Luahan 9 “Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak”
BAB 2:LUAHAN DAN KELUHAN HATI SUAMI
Luahan 10 “Isteriku, Jagalah Makan Minumku”
Luahan 11 “Isteriku, Jagalah Pakaianku”
Luahan 12 “Isteriku, Didiklah Anak-anakku”
Luahan 13 “Isteriku, Raikan Keluargaku”
Luahan 14 “Isteriku, Sembunyikanlah, Kepintaran dan Kelebihanmu”
Luahan 15 “Isteriku, Janganlah Membuang Masamu”
Luahan 16 “Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah”
Luahan 17 “Isteriku, Patuhlah Kepadaku”
Luahan 18 “Isteriku, Janganlah Cemburu Buta”
Luahan 19 “Isteriku, Tunjukkanlah Sifat Sabarmu”
BAB 3:LUAHAN DAN HARAPAN HATI SUAMI
Luahan 20 “Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku”
Luahan 21 “Isteriku, Bantulah Kejayaan Kerjayaku”
Luahan 22 “Isteriku, Jadikan Anak-anakku -Insan Berakhlak Mulia”
Luahan 23 “Isteriku, Permudahkan Penglibatan Sosialku”
Luahan 24 “Isteriku, Janganlah Boros”
Luahan 25 “Isteriku, Hargailah Kejayaanku”
Luahan 26 “Isteriku, Galakkanlah Hobiku”
Luahan 27 “Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelekku”
Luahan 28 “Isteriku, Berjimat Cermatlah”
Luahan 29 “Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku”
Luahan 30 “Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku!“
LUAHAN 6: “ISTERIKU, HIASILAH DIRIMU”
Wanita adalah penghibur kepada suaminya. Isteri yang menghias diri dan sentiasa kelihatan menarik adalah daya asas yang dapat menjernihkan fikiran perasaan suaminya. Menghias diri bukanlah dengan membaluti wajah di luaran dengan alat-alat solekan semata-mata, tetapi apa yang penting adalah menghias diri dengan akhlak yang mulia dan kesopanan yang tinggi.
Wanita adalah penghibur kepada suaminya. Isteri yang menghias diri dan sentiasa kelihatan menarik adalah daya asas yang dapat menjernihkan fikiran perasaan suaminya. Menghias diri bukanlah dengan membaluti wajah di luaran dengan alat-alat solekan semata-mata, tetapi apa yang penting adalah menghias diri dengan akhlak yang mulia dan kesopanan yang tinggi.
Kebanyakan wanita yang berkahwin terutamanya yang mempunyai anak seringkali menghadapi masalah dalam memberikan perhatian yang lebih pada kecantikan fizikal mereka, terutamanya mengenai keadaan tubuh badan. Ada yang terlalu kurus serta cengkung dan ada pula yang terlalu gemuk.
***
Realiti
Bertambahnya tanggungjawab di pejabat dan di rumah serta anak-anak yang semakin lasak, seringkali dijadikan punca masalah dan alasan kebanyakan isteri yang gagal menguruskan diri dengan baik.
Kerja-kerja di rumah memang tidak pernah berakhir dari pagi sampai ke petang. Ini menyebabkan si isteri tidak sempat menghias diri bagi menyambut kepulangan suami. Suami sebenarnya menuntut isterinya menjadi wanita sempurna. Jika kepulangannya disambut dingin, isteri yang kusut masai ditambah lagi dengan keadaan rumah dan anak-anak yang tidak terurus, alangkah pening kepala suami melihatnya dan bertambah-tambah letihlah dia.
Ada juga sebilangan isteri yang berhias sungguh cantik untuk ke tempat kerja. Apabila berada di rumah keadaan berubah, suami dan anak-anak pun boleh naik bingung dan keliru.
Apa yang Isteri Perlu Lakukan
Isteri atau ibu adalah ‘bunga dan cahaya’ yang menghiasi sesebuah keluarga. Bunga dan cahaya yang layu dan hambar akan turut malap dan menghambarkan suasana rumah tangga. Kehambaran suasana keluarga membantutkan perkembangan ahli-ahlinya. Oleh itu penting bagi ibu memastikan dirinya sentiasa ‘indah’ dan bermaya.
Pelbagai pusat kecantikan dan kesihatan tumbuh bagai cendawan, namun apa yang penting sebenarnya adalah:
a) Menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi yang baik. Kesihatan diri yang baik dan fikiran yang sihat adalah asas kecantikan yang sejati dan dapat menjauhkan serangan penyakit.
b) Melakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari dan beriadah. Senaman dan riadah dapat melancarkan perjalanan darah dan memastikan bekalan oksigen yang lancar ke seluruh anggota, menjamin kekekalan bentuk tubuh yang langsing serta dapat mengelakkan badan menjadi lesu dan pucat.
c) Memperbanyakkan ibadah wajib dan sunat. Dengan beribadah, dapat menjamin ketenangan rohani dan menjauhkan ketegangan jiwa.
d) Belajarlah mengawal timbangan berat badan. Jangan terlalu gemuk dan jangan pula terlalu kurus. Pastikan jenis makanan yang diambil setiap hari supaya berkhasiat dan seimbang. Cara-cara mengawal berat badan adalah:
- Hidangan makanan seharian perlu seimbang dari segi zat vitaminnya.
- Kawal jumlah makanan yang diambil, jika terasa lapar makanlah buah-buahan segar bukannya kuih-kuih manis ataupun makanan ringan.
- Seminggu sekali dapatkan timbangan berat badan, jika bertambah berusahalah mengurangkannya.
- Kurangkan pengambilan makanan yang berkalori dan berlemak tinggi.
- Jangan tidur selepas makan kerana tanpa aktiviti yang aktif, penimbunan lemak akan berlaku yang akhirnya menyebabkan kegemukan.
- Lakukan senaman dan riadah setiap hari sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari.
- Perbanyakkan kegiatan setiap hari supaya lemak-lemak dalam tubuh cepat dibakar.
e) Pastikan anda sentiasa berfikiran tenang dan positif kepada diri sendiri, kepada orang lain dan kepada hidup anda. Ini penting kerana ketenangan dapat memancarkan keceriaan pada wajah.
f) Tidur penting kepada setiap orang sebagai sumber rehat yang sempurna. Pastikan anda mendapat tidur yang sempurna. Ramai pakar kecantikan dan pakar kesihatan berpendapat tidur selama lapan jam adalah yang paling ideal. Apabila bangun dari tidur mulakan hari anda dengan:
- Senyuman.
- Berfikiran yang positif dalam menjalani kehidupan pada hari itu.
- Sebaik-baik bangun dari tidur ucapkan Alhamdulillah.
- Bersenam lebih kurang 10 minit bagi melancarkan perjalanan darah.
g) Sentiasalah membersihkan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sesekali berendam dalam air suam bagi menambahkan kesegaran badan. Terdapat bahan-bahan semula jadi yang dapat digunakan bagi menjaga kecantikan diri seperti hampas kelapa dapat menghaluskan kulit, daun lidah buaya (aloe vera) dan pelbagai ulam-ulaman yang dapat membersihkan darah dan perut bagi melancarkan penghadaman.
h) Gigi juga perlu dijaga dengan baik. Sedapat mungkin lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
i) Bermula dari hari ini, ubahlah tabiat makan dan menu harian anda. Minumlah air suam dan jus buah-buahan yang banyak khasiat bagi kesejahteraan tubuh. Jika selama ini anda minum kopi ataupun teh, kini gantikan dengan jus buah-buahan, manakala makanan yang berlemak perlu dielakkan.
j) Jangan menyambut kepulangan suami dan masuk tidur dalam keadaan diri yang tidak terurus dan badan yang berbau. Sebaiknya sambutlah suami dengan wajah yang manis, siap berdandan dan berpakaian yang elok, bukannya dengan pakaian yang masih berbau bawang dan asap.
k) Sentiasalah bersifat sabar, bergembira dan tenang supaya akan terpancar keceriaan pada wajah dan sentiasa nampak manis.
l) Memelihara akhlak dan kesopanan diri kerana kecantikan dalaman lebih utama dan hakiki daripada kecantikan luaran.
m) Jika ingin bersolek, gunakan solekan secara sederhana supaya kelihatan semula jadi. Pakailah pakaian yang sederhana dan sesuai dengan ketinggian, susuk tubuh dan warna kulit.
************************
Lagi tip dalam buku ini:
Lagi tip dalam buku ini:
Panduan menghias diri:
- Menjaga kesihatan fizikal dan mental.
- Melakukan senaman dan riadah.
- Memperbanyakkan ibadah.
- Menghias diri dengan akhlak yang mulia.
- Mengawal timbangan berat badan.
- Pastikan fikiran sentiasa tenang dan positif bagi memancarkan keceriaan pada wajah.
- Dapatkan tidur dan rehat yang sempurna.
- Sentiasa membersihkan diri.
- Mengubah tabiat makan dan menu harian. Pastikan menu makanan harian yang diambil adalah seimbang dan berzat.
*************************
Tajuk: Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami
Penulis: Hasan Mohd. Ali
Penerbit: PTS
Harga: RM16 (tak termasuk pos)
Untuk memesan, KLIK DI SINI.
**************
LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE
FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore
No comments:
Post a Comment