Posts

Showing posts with the label Buku Fotografi

Foto Hebat dengan Kamera Kompak

Image
Sinopsis Merakam foto bukannya mudah seperti yang disangka. Kadang kala, hasil foto yang dirakam tidak sempurna dan kurang menarik. Oleh itu, sebagai pengguna kamera kompak yang setia, kita perlu menguasai teknik-teknik penggunaan kamera kompak supaya hasil foto yang dirakam tampil jelas, menarik dan hebat. Teknik asas mempelajari penggunaan kamera kompak adalah mudah. Begitu jua dengan merakam foto menggunakan kamera handfon. Sesudah menguasai teknik penting ini, kita dapat mengaplikasikannya bagi merakam pelbagai suasana menarik sama ada ketika beriadah, menghadiri majli-majlis dan sebagainya. Bagi yang mempunyai kamera kompak, pastikan bateri adalah penuh, memori kad dikosongkan serta peralatan tambahan lain tersedia sebelum memulakan proses merakam. Seterusnya, praktikkan tip-tip dan trik yang dipelajari dari buku ini semasa merakam foto. Bagi meningkatkan lagi kualiti, foto itu boleh disunting menggunakan perisian pengeditan foto digital melalui komputer peribadi. Akhirnya,...

Perisian Hebat untuk Desain dan Foto

Image
Sinopsis Berminat dengan fotografi? Berminat untuk membuat desain tetapi tidak mahu perisian yang sukar dan mahal? Suka mencuba sesuatu yang baru? Buku "Perisian Hebat untuk Desain dan Foto" ini ada penyelesaiannya. Ia memuatkan 20 perisian yang mudah didapati di Internet. Ia juga mudah di-download dan dipasang ke dalam komputer. Semua perisian ini mudah digunakan dan panduan langkah demi langkah ada dinyatakan di dalam buku ini. Kita tidak perlu lagi membeli perisian yang mahal dan sukar digunakan apabila membaca buku ini. Buku ini menjelaskan banyak tool yang diperlukan untuk keperluan desain dan foto sehingga kita dapat menjadi kreatif dan inovatif mengolah foto-foto keluarga, foto perniagaan dan apa pun gambar yang dimiliki. Selamat mencuba. Klik! ================================= Tajuk: Perisian Hebat untuk Desain dan Foto Harga: RM20 termasuk pos Whatsapp 019 460 3094

Fotografi Gaya Mukmin

Image
Sinopsis Buku ini menceritakan tentang bagaimana menjadi juru foto yang beribadah kepada Allah s.w.t. Kebiasaannya masyarakat hanya tahu juru foto hanya mengambil semata-mata sekeping gambar. Namun, buku ini merungkai bagaimana sekeping gambar yang diambil oleh juru foto boleh mendekatkan seseorang dengan Tuhannya. Fokus pada penulisan ini bukanlah tentang teknikal dalam bidang fotografi. Ia menjurus ke arah perbincangan fikah tentang fotografi dan hukum-hukum bidang ini yang menjadi kemusykilan terhadap segelintir jurufoto-jurufoto Muslim. Antara topik menarik buku ini: Betulkah pencipta kamera pertama adalah Muslim? Bolehkah saya berkhidmat sebagai jurufoto perkahwinan? Bagaimana sekiranya model itu tidak menutup aurat? Apakah jenis gambar yang terbaik dalam Islam? Kenapa perlu menjaga adab ketika mengambil gambar? "Doh kalu nak nak tahu lebih, kena beli bace la..." ================================= ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN Fakta / Tahukah Anda Sejarah O...