Syukur alhamdulillah diberi peluang bernafas hingga hari terakhir tahun 2025.
Berapa banyak buku berjaya baca sepanjang tahun ni?
Kak Hif lupa nak kira, tapi ada la peningkatan sikit berbanding 2024.
Genre buku pun lebih pelbagai. Fiksyen ada, bukan fiksyen pun ada.
Yang penting dan Kak Hif paling lega sebab dapat tutup 2025 dengan habiskan buku Jaddid Hayatak (Perbaharui Hidupmu) oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali. Terbitan Iman Publication.
Dah lama bukunya tapi Kak Hif cuba konsisten untuk baca setiap hari lepas solat Subuh dan mengaji, paling kurang 1 bab, kalau panjang sangat, baca 2-3 hari.
Alhamdulillah, setahun habis baca buku yang berhalaman 319 muka surat tu.
Untuk tahun baharu 2026, Kak Hif pilih buku Falsafah Hidup oleh Hamka. Kak Hif rasa buku Hamka sangat sesuai untuk kita pandang sisi kehidupan dari sudut berbeza dan berusaha membaiki diri. Sesuailah kan untuk mula tahun baharu ye tak?
Tapi ini terbitan lama, masih pekat dan padu Bahasa Indonesianya walaupun dah disunting lebih baik daripada versi terdahulu. Tapi dah ada versi lebih terkini daripada ini, terbit 2023 kalau tak salah. Cover pun cantik. Cuba tengok SINI.
Kak Hif baca je apa yang ada kat rumah. Hehe
Semoga apa yang kita lalui sepanjang 2025 menjadi kekuatan kita mengharung 2026 pula.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita tak kisahlah dalam urusan mencari rezeki dan nafkah, melunaskan hutang, hubungan keluarga dan kawan-kawan, urusan pekerjaan dan apa saja yang kita usahakan. Semoga Allah berkati setiap perjalanan kita asalkan niatnya baik.
Teruskan juga membaca bagi yang dah mula tahun sebelum ni. Kalau belum, boleh mula dengan buku yang ringkas, nipis atau santai-santai dulu untuk kita dapatkan momentum membaca.
Kalau mencari buku preloved, jemputlah ke Shopee Kak Hif - KLIK SINI untuk jamu mata dan add to cart :D
LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE
FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore

Comments
Post a Comment