Posts

Showing posts with the label Buku Kisah Hidup

Ulasan Buku: Anekdot Jalanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA)

Image
Teks & Foto: Kak Hif Perkara yang kita nampak di jalanan - budak², gelandangan, sendirian, pekerjaan rencam, lorong gelap dan sempit - semua ada kisahnya tersendiri. Ada perkara yang berlaku disebabkan desakan hidup. Ada yang berlaku disebabkan pilihan sendiri. Ada yang terpaksa hadap sebab tak ada pilihan. Ada yang (mungkin) tak mahu berubah. Yang pasti, semua pun nak pengakhiran yang baik. Dan tetap perlu bantuan dan sokongan untuk terus hidup. Di sebalik pesatnya dan sibuknya Kuala Lumpur, Chow Kit, Bukit Bintang dan Lorong Hj Taib yang kita biasa dengar - rupanya ada banyak kisah dan sejarah di sebaliknya. Yang kita nampak bangunan gah, gedung mewah -- tapi terkandung juga lorong sempit, hitam dan gelandangan dengan kehidupan yang sama sekali berbeza. Perkara yang kita nampak di jalanan - budak², gelandangan, sendirian, pekerjaan rencam, lorong gelap dan sempit - semua ada kisahnya tersendiri. Ada perkara yang berlaku disebabkan desakan hidup.  Ada yang berlaku disebabkan p...

Memoir Sudirman yang Kukenali

Antara sebab Saodah Ismail menghasilkan buku ini adalah kerana kecewa dengan pelbagai pihak yang gagal menunaikan janji pasca kematian penghibur nombor 1 Asia itu. "Waktu Allahyarham meninggal, beliau 'dimandikan' dengan pelbagai janji antaranya nak buat institusi, nak buat galeri, nak buat muzium, nak buat Jalan Sudirman, nak bagi biasiswa Sudirman untuk anak muda berbakat besar tetapi lama kelamaan tak ada apa pun yang berlaku." "Muzium tak ada, galeri pun saya tak tahu wujud ke tidak, malah ada yang kata hidup segan mati tak mahu. Kuburnya pun hanya ahli keluarga dan peminat yang jaga. Kita belum ada satu bentuk penghargaan untuk Allahyarham." "Sebagai seorang kawan, saya nekad menghasilkan buku ini kerana tidak mahu namanya hilang begitu sahaja." ---- Sudirman yang Kukenali Saodah Ismail RM29 tak termasuk pos ---- #sudirmanyangkukenali #memoir #biografi #kisahhidup #sudirman #hifbookstore #malaysiamembaca #merdeka