Jadi suami dan isteri ni, bukanlah sepanjang masa tu seronok saja, ada masa turun naik, ada masa pasang surutnya juga.
Ada masa kita happy, ada masa kita rasa down. Biasalah dalam rumah tangga, mana ada manis -manis diabetes saja semata-mata.
Namun, yang pahit tu jugak bukanlah sentiasa tak baik, selalunya itulah yang akan tambah mengeratkan hubungan jika ditangani dengan berhemah dan betul.
Kalau agak-agak buntu dengan masalah suami-isteri, nak mintak pandangan orang lain kadang-kadang segan (melainkan kes serius), boleh la baca buku-buku hal suami isteri ni. Mana tau boleh lega sikit gundah gulana atau membuka mata. Kadang tu isu yang berlaku lebih kurang sama je dengan pasangan lain, jadi mungkin boleh buat iktibar dan ambil pengajaran.
1. Suami Hensem Isteri Ohsem
Orang lelaki semasa berurusan di kaunter bayaran mereka akan menggunakan duit besar (wang kertas) agar urusan pecah duit dibuat oleh cashier. "Jimat Masa".
Mengapa? Hanya dengan kesabaran dan menghormati perbezaan keperluan dan kehendak masing-masing dapat mengekalkan kebahagian suami dan isteri.
CUBALAH!
Penulis: Ahmad Shafiai Jaafar (Pak Utih)
Harga: RM20
2. Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari
SUAMI BUKAN MALAIKAT, ISTERI BUKAN BIDADARI merupakan sebuah buku yang sarat dengan inspirasi tentang ilmu berumah tangga khususnya buat anak-anak muda yang baru melangkah ke alam perkahwinan. Perkahwinan itu bukan hanya atas dasar cinta semata-mata. Namun bagi memastikan keharmonian itu terus kekal berpanjangan, cinta itu perlu hadir bersama dengan tanggunjawab. Itulah tema yang penulis ketengahkan dalam buku ini. Tanggungjawab untuk menjaga hubungan sebelum perkahwinan, tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh bersedia sebelum berumahtangga, tanggungjawab untuk bersabar dalam alam rumahtangga dan tanggungjawab untuk mendidik anak dengan ilmu yang benar.
Penulis: Mohd Hisham Mohd Sharif & Hasifah Zainuddin
Harga: RM17
3. Ini Kisah Suami Isteri 2
Saya mempunyai suami yang romantik. Kasih sayangnya pada saya dan anak-anak tidak berbelah bagi. Tetapi setelah 10 tahun berkahwin, baru saya tahu rupa-rupanya suami curang di belakang saya. Malah, sudah enam tahun hidup bersama seorang janda tanpa ikatan yang sah dan hubungan mereka lebih daripada suami isteri. Bantulah saya Dr.
Ini hanyalah sebahagian masalah yang dikemukakan. Berpuluh-puluh masalah rumah tangga akan dikupas oleh Dr. Tuah sehingga anda menemui penyelesaiannya. Bagi yang sedang bahagia melayari bahtera rumah tangga, anda harus jadikan buku ini sebagai panduan. Tidak salah beringat sebelum terkena. Agar rumah tangga anda sentiasa aman daripada ‘orang ketiga’.
Antara yang menarik:
Menyesal kahwin dengan awak
Suami orang suamiku jua
Setia ke liang lahad
Menyumpah anak sebab penat
Terlanjur kehilangan bahagia
Tak tahan suami bersosial
Lelaki kayu tu macam mana?
Suami bercinta dengan janda
Tambat balik hati suami
Badan busuk punca suami curang
Penulis: Dr HM Tuah
Harga: RM22
4. Pillow Fight
Suami adalah manusia biasa.
Imannya turun dan naik.Kadangkala imannya tinggi setinggi Gunung Uhud.
Kadangkala imannya rendah serendah batu di atas tanah.
Isteri jua begitu.
Emosinya tenggelam dan timbul.
Ada ketika manjanya membelai jiwa semanis gula.
Ada ketika rajuknya mengganas persis ribut tropika.
Suami ataupun isteri, masing-masing sering terlupa, rumah tangga adalah wadah untuk berkongsi segala rasa. Perkahwinan itu satu perkongsian, bukan satu persaingan. Andai kita menang pun, apalah gunanya. Kerana kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal dan berteduh di bawah bumbung yang sama.
Penulis: Yussamir Yusof
Harga: RM21
5. Pilo Toq
Suatu hari, Puan Ainon memuat naik gambar suaminya, Prof. Abdullah, sedang menolak mesin rumput. "Selesai mesin rumput, suami saya belikan nasi lemak lauk telur untuk sarapan kami. Beginilah cinta orang tua-tua." [Lebih kurang begitulah katanya.] How sweet!
Lalu saya titipkan komen ini kepada Puan Ainon, "Kak! Orang tua tak boleh makan telur selalu, tau! Kolesterol! *bahak*
Kemudian saya terfikir, selama mana agaknya cinta pasangan suami isteri akan kekal 'membumbubg? Lima tahun? Sepuluh tahun? Atau....
Apapun, buku Pilo Toq ini bukanlah kisah cinta Puan Ainon dan Prof. Abdullah. Ini bukunkisah cinta OP Zaharin, Azzam Supardi, dan Bahruddin Bekri dengan isteri mereka. Tetapi, ini kisah perbualan sweet-sweet suami isteri di dalam kereta atau di atas motosikal ketika lalu lintas sesak.
Dan, jika ditanya kepada anak dara trang tang tang zaman sekarang, lelaki jenis apakah yang menjadi pilihan mereka, nescaya mereka akan menjawab, "Lelaki yang boleh buat I ketawa! Kalau tak boleh buat I ketawa... tetapi boleh buat I tersenyum simpul pun jadilah!"
Buku Pilo Toq ini mungkin tidak akan buat anda ketawa... tetapi, jika anda tersenyum simpul ketika membacanya - itu pun lebih baik daripada cukup buat saya dan penulis-penulisnya! Tetapi, kalau anda nak ketawa terbahak-bahak ketika membacanya pun kami tak kisah.
Jadi, beli dan bacalah buku ini. Kerana cinta memang selalunya sweet - macam kamu!
Penulis: OP Zaharin, Azzam Supardi, Bahruddin Bekri
Harga: RM18
=========================
Berminat untuk dapatkan buku-buku ini, boleh terus Whatsapp ke 019 460 3094 .
Like Facebook Hif Bookstore .
Follow Instagram Hif Online Store .
No comments:
Post a Comment