Sunday, 21 August 2016

3 Buku Travelog yang Mesti Pengembara Muda Baca

Teks: Hif Bookstore

Buku travelog nampaknya makin mendapat tempat dalam kalangan pembaca kini. Travelog berbentuk guide amat membantu pembaca dan pengembara untuk turut sama merasai pengalaman yang dilalui oleh si penulis (traveller).

Antara buku travelog yang perlu dijadikan koleksi pengembara yang suka cabaran yang berbeza, berniat untuk mengembara ke kawasan berisiko atau terpencil yang jarang diterokai oleh kebanyakan pengembara, ini buku-buku travelog yang sesuai untuk anda.

TRAVELOG 7 BENUA



Kenali penulis-penulis dalam buku ini:

BADRUL HISHAM – Penulis buku travelog terlaris PBAKL 2015 yang telah berjaya mengayuh basikal dari London pulang ke Malaysia.

NORDIN YAHAYA – Telah mula mengembara dari tahun 80’an dan telah melihat lebih 60 buah negara dari 6 benua.

IDA YUNUS – Dua kali mengembara melalui perjalanan keretapi terpanjang didunia “Trans-Siberian” dan telah menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp.

RAFIEE GHANI – Seorang pelukis yang terkenal dan telah mengembara merentas benua bersama isteri dan anak kecil pada tahun 1987.

NAZRI ARSHAD – Lebih dikenali sebagai Moji, seorang pengembara solo yang pernah kehilangan passport diluar negara dan terkandas di tengah hutan Amerika Selatan.

SITI NORIDAH – “Kembara Afghanistan”, menjadi buku travelog pertama tulisan beliau dan pernah ditangkap oleh askar Afghanistan kerana dituduh sebagai agen perisik Pakistan.  

WAZARI WAZIR – Jurufoto sepenuh masa yang terkenal di Malaysia dan tidak pernah lokek dengan ilmu pengembaraan dan ilmu mengetik kamera.

MEOR FARID ASYRADI – Sang musafir dan penulis buku “Travelog Mr. Traveller” yang telah terjual sebanyak 12,000 naskah hanya dalam lapan bulan hasil terbitan sendiri.

Harga: RM25

**********************

KEMBARA AFGHANISTAN



Buku ini mengisahkan cerita pengembaraan luar biasa Siti Noridah Ab. Rahaman yang telah ke negara bergolak Afghanistan secara solo pada musim luruh 2014 yang lalu. Beliau pernah ditangkap dan disoal siasat oleh askar Afghanistan dan dituduh sebagai agen perisik daripada Pakistan.

Semangat untuk mengembara ke tempat yang jarang dikunjungi membawa beliau ke sana untuk melihat sendiri realiti kehidupan warga Afghanistan yang telah lama terasing daripada dunia luar selepas era peperangan.

Yang biasa kita dengar diberita utama dunia hanyalah tentang bom berani mati, puak Taliban, konflik politik dan peperangan. Tapi ternyata, ada sesuatu yang manis dan indah boleh ditemui di Afghanistan.

Semoga kisah beliau menjadi teladan dan juga inspirasi kepada mereka yang ingin menjejakkan kaki di Afghanistan juga satu hari nanti.

Harga: RM25

******************************

NAMASTEE INDIA


Buku ini mengisahkan tentang pengembaraan Siti Noridah Ab. Rahman di India pada tahun 2014 dan 2015. Mengembara di India telah mengajar beliau banyak perkara tentang kehidupan secara umumnya. Malah sepanjang tempoh pengembaraan solonya di sana, beliau sering diuji ketahanannya dari segi mental dan juga fizikal. Sebenarnya, bukan perkara yang mudah untuk mengembara seorang diri sebagai seorang wanita di India.
Beliau yang sememangnya gemarkan pengembaraan penuh cabaran, telah menjelajah ke daerah yang berhampiran dengan sempadan Tibet yang memerlukanpermit khas untuk ke sana. Keunikannya budaya, adat resam dan sejarah di India juga adalah sesuatu yang tidak kurang hebatnya.
Semoga kisah pengembaraan beliau menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin mengembara ke India juga suatu hari nanti.

Harga: RM25

************************

Untuk order, Whatsapp 019 460 3094 .

Like Facebook Hif Bookstore.


No comments:

Post a Comment