Posts

Showing posts with the label Quran

Al-Quran Multazam Waqaf & Ibtida

Image
Satu yang Kak Hif suka tentang Al-Quran Multazam ni, saiznya sedap dipegang. Bila dibuka, tak mudah tertutup dan tulisannya pun jelas dan cukup besar untuk mata Kak Hif. Selain ada terjemahan dan tafsir Quran sekali, ia juga ada perkongsian hadis-hadis, Asmaul Husna, asbabun nuzul (sebab ayat tersebut diturunkan) dan doa-doa yang sangat baik untuk diamalkan. Contoh, dalam Surah Hud, ada doa yang berkaitan dengan nama Allah, Al-Majid (Yang Maha Pengasih), perkongsian doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika bangun solat malam. Antara amalan Rasulullah SAW semasa solat malam yang kita boleh ikut: 1. Bertakbir 2. Membaca doa pertama: "Maha Suci Engkau ya Allah, dan dengan memuji-Mu, Maha Berkah nama-Mu dan Maha Tinggi kebesaran-Mu, dan tiada Tuhan melainkan Engkau." 3. Membaca Lailahaillallah 3 kali 4. Membaca Allahuakbarkabiro 3 kali 5. Membaca doa kedua: "Aku berlindung kepada Allah, Zat Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari syaitan yang terkutuk, dari umpatannya...

Journey Through the Qur'an: Edisi Bahasa Melayu

Image
SINOPSIS Buku hebat yang diterjemah daripada karya asal Journey Through The Quran ini dibawakan khas dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan pembaca memahami ayat-ayat al-Quran. Setiap surah akan disertakan dengan: sejarah ringkas penurunan ayat, jumlah ayat, jenis ayat, sebab penurunan, tema, hadis yang berkaitan, ekstrak doa-doa daripada surah tersebut. Perkataan-perkataan penting juga dikeluarkan dan diterjemahkan bagi membolehkan pembaca memperkasa perbendaharaan kata bahasa Arab yang diguna pakai dalam al-Quran. Paling utama, setiap surah akan disegmenkan ayat-ayatnya dan perceritaannya dalam bentuk PETA MINDA! --- REVIEW Kak Hif terus jatuh minat lepas baca 12 muka surat pertama. Bahagian awal, Pendahuluan, menceritakan latar belakang dan sejarah ringkas al-Quran. Definisi, fakta utama, ciri surah Makiyyah dan Madaniyyah, cara penyusunan al-Quran. Penyampaian yang ringkas, straight to the point tak membuatkan kita cepat bosan, tapi kit...