Saturday, 20 July 2019

Journey Through the Qur'an: Edisi Bahasa Melayu




SINOPSIS

Buku hebat yang diterjemah daripada karya asal Journey Through The Quran ini dibawakan khas dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan pembaca memahami ayat-ayat al-Quran.

Setiap surah akan disertakan dengan: sejarah ringkas penurunan ayat, jumlah ayat, jenis ayat, sebab penurunan, tema, hadis yang berkaitan, ekstrak doa-doa daripada surah tersebut.

Perkataan-perkataan penting juga dikeluarkan dan diterjemahkan bagi membolehkan pembaca memperkasa perbendaharaan kata bahasa Arab yang diguna pakai dalam al-Quran.

Paling utama, setiap surah akan disegmenkan ayat-ayatnya dan perceritaannya dalam bentuk PETA MINDA!

---

REVIEW

Kak Hif terus jatuh minat lepas baca 12 muka surat pertama.

Bahagian awal, Pendahuluan, menceritakan latar belakang dan sejarah ringkas al-Quran. Definisi, fakta utama, ciri surah Makiyyah dan Madaniyyah, cara penyusunan al-Quran.

Penyampaian yang ringkas, straight to the point tak membuatkan kita cepat bosan, tapi kita nak baca lagi dan lagi.
Buku ni paling baik digandingkan dengan terjemahan dan tafsir untuk pemahaman yang lebih mendalam. Sebab buku ni hanya memberi overview sahaja untuk kesemua 114 surah.

Yang paling Kak Hif suka, mudah sangat nak faham inti pati sesuatu surah melalui penerangan ringkas yang diberikan. Tak ada ayat meleret panjang-panjang. Kita mudah faham dan dapat lebih feel terhadap ayat yang kita baca. Apa yang surah tu nak sampaikan, apa pesanan dan sebagainya.

Buat masa ni, Kak Hif tengok ada stok lagi. Memang elok sangatlah kalau nak gunakan untuk tingkatkan kefahaman tentang al-Quran di samping tafsir dan terjemahan yang korang ada tu. Kira buku ni boleh anggap sebagai suplemen gitulah.

Kalau nak, boleh contact Kak Hif ya. Komen kat bawah atau isi borang kat atas kanan blog ni.

Tajuk: Journey Through the Qur'an (hard cover)
Harga: RM75 tak termasuk pos
Muka surat: 589
Penerbit: Karya Bestari (untuk edisi BM)
Penulis: Sharif Hasan al-Banna, British Academy Qur'anic Studies


No comments:

Post a Comment