Teks & Foto: Kak Hif
Dengan adanya ilmu, manusia boleh bertindak dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Dengan itu, ilmu tersebut lebih difahami dan dapat disebarkan dengan lebih berkesan.
Dalam buku Jaddid Hayatak (Perbaharui Hidupmu) yang ditulis oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali ada penerangan bagaimana ilmu yang dimiliki mampu membuahkan amal.
Antara inti pati penting dalam bab ini:
1. Ada dua ilmu: ilmu di hati, iaitu ilmu yang bermanfaat, dan ilmu di lisan, iaitu hujah Allah bagi manusia.
Memetik kata-kata Bernard Shaw - "Jika anda mengajarkan sesuatu dengan kata-kata kepada seseorang maka dia selamanya takkan pernah belajar."
Pengarahan lisan tidak akan membuatkan pengetahuan tersebut tahan lama.
Menurut Dale Carnegie pula, "Cubalah, lakukankanlah dan praktikkan (apa yang tertulis dalam bukunya) pada setiap kesempatan yang anda miliki."
2. Amal atau tindakan nyata akan MENGHIDUPKAN hati dengan pengetahuan yang sedar dan aktif.
Ilmu yang lahir daripada amal yang nyata adalah kemahiran.
3. Mukmin yang bersunguh-sungguh ingin menjauhi kehinaan dan mengerjakan kewajipan, apabila ia mengikuti sunah, akan bertambah TAJAM mata hatinya, semakin TEPAT nalurinya dalam membezakan baik dan buruk.
4. Apabila kita memerintahkan orang lain melakukan kebaikan, kita SENDIRI dahulu yang harus melakukannya.
5. Pelaksanaan kata-kata dan melakukan tindakan PRAKTIS akan menjamin keberhasilan. Dengan penerapan nilai kebaikan dalam kehidupan seharian, kita mampu menyelesaikan masalah yang paling berat sekalipun.
6. BERBUAT BAIK kepada golongan fakir miskin termasuk dalam langkah utama untuk mendekatkan diri kepada Allah yang mampu dilakukan oleh semua orang. Bantulah mengikut kemampuan - dari segi tenaga, masa atau wang.
7. Perbanyakkan SEDEKAH untuk mendapat kehormatan di sisi Allah dan Rasul-Nya.
8. Duduk bersama dan berbicara dengan orang besar, belajar daripada PENGALAMAN mereka untuk meningkatkan diri dan kefahaman.
9. BATASI perbualan dan perbicaraan sia-sia. Curahkan perhatian kepada sesuatu yang lebih penting dan bermanfaat.
---
Ini adalah inti pati salah satu bab dalam buku JADDID HAYATAK (Perbaharui Hidupmu) : Petunjuk Islam untuk Hidup lebih Tenteram dan Bahagia yang ditulis oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali. Diterbitkan oleh Iman Publication.
Dapatkan lebih banyak buku pembangunan diri, motivasi dan healing terbitan Iman Publication.
Boleh lihat buku terbaharu DI SINI.
FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore
No comments:
Post a Comment