Teks: Kak Hif
Kita sudahpun masuk bulan Rejab, bermakna tidak lama lagi kita akan bertemu Syaaban dan Ramadan, insya-Allah.
Adapun banyak amalan yang dianjurkan dilakukan ketika Rejab, bolehkah wanita haid turut sama meraih pahala?
Dah tentu boleh.
Ini Kak Hif kongsikan antara amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang uzur syarie ketika dalam bulan Rejab, juga boleh diamalkan dalam bulan-bulan lain.
Wanita haid boleh melakukan ibadah yang tidak memerlukan syarat suci daripada hadas, kerana definisi ibadah adalah seluruh perkara yang dicintai dan diredai Allah, sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan, zahir ataupun batin.
Amalan Hati (Qalbiyah)
1. Menghadirkan keikhlasan
Ikhlas menjalani tempoh haid, ikhlas meninggalkan segala larangan semasa haid. Meninggalkan puasa dan solat semasa haid menunjukkan ketaatan kepada perintah Allah dan dikira sebagai ibadah - iaitu mentaati perintah menjalani ibadah dengan ikhlas.
2. Berasa diawasi Allah
Akan menimbulkan sifat malu melakukan dosa kepada-Nya. Hanya lakukan perkara-perkara yang dibenarkan dan meninggalkan larangan-Nya ketika haid.
3. Muhasabah
Mengisi waktu dengan muhasabah diri. Adakah berlaku peningkatan ilmu atau tidak? Cara melakukan muhasabah? Menurut Ibnu Qayyim, muhasabah adalah menghitungkan segala keadaan sebelum melakukan dan meninggalkan sesuatu. Ia dilakukan pada perkara yang berkait dengan hati mahupun perbuatan anggota badan sehingga jelas perkara yang sepatutnya dikerjakan dan ditinggalkan.
4. Mujahadah
Kesungguhan memerangi nafsu. Ketika haid, wanita sangat cenderung bersikap malas. Seharusnya wanita haid perlu berusaha mengisi waktu dengan aktiviti yang dinilai sebagai ibadah (contohnya berzikir).
5. Meniatkan rutin harian sebagai ibadah
Menambah dan memperkuat ketaatan kepada Allah, termasuk sebagai ibadah juga. Niat tidur dan makan sebagai menambah ketaatan kepada Allah juga beroleh pahala.
Amalan baik termasuk pelbagai aktiviti fitrah manusia seperti makan, minum, tidur, berkumuh dan sebagainya. Setiap amalan ini diganjarkan pahala sekiranya diniatkan kerana Allah.
Amalan Lisan
Wanita haid boleh melakukan ibadah lisan (menyebut zikir kepada Allah). Berzikir tidak disyaratkan suci daripada hadas besar.
1. Membaca zikir mutlak
Zikir yang tidak dibatasi oleh waktu, jumlah atau tatacara tertentu.
Contoh zikir:
- tasbih (Subhanallah),
- tahmid (Alhamdulillah),
- takbir (Allahuakbar) dan
- tahlil (La ilaha illallah).
Rasulullah SAW mengkategorikan zikir ini sebagai sedekah. Wanita haid bebas mengamalkan zikir ini sepanjang tempoh haid. Boleh dibaca bila-bila masa.
2. Membaca zikir muqayyad
Zikir yang pelaksanaannya dibatasi waktu, benda, jumlah bacaan dan tempat tertentu.
- Membaca subhanallah wa bihamdih (100 kali sehari) - diampunkan kesalahan seperti buih di lautan
- Membaca laa ilaha illallah wahdahu la syarika lahu (10 kali sehari) - peluang meraih pahala seperti memerdekakan 4 orang budak
- Membaca istighfar pada waktu sahur/sebelum azan Subuh (sebanyak yang boleh) - memohon ampunan atas segala dosa
- Membaca zikir pagi, selepas waktu Subuh hingga terbit matahari
- Membaca zikir petang, selepas waktu Asar hingga terbenam matahari
- Membaca zikir sehari semalam - bertasbih ketika matahari meninggi, setiap kali keluar masuk tandas, zikir keluar masuk rumah, zikir sebelum dan selepas makan, zikir sebelum dan setelah bangun tidur
Contoh zikir dan ayat doa secara lengkap dan terperinci boleh rujuk buku Amalan 24 Jam Wanita Haid terbitan PTS.
Amalan Badan
1. Senyum
2. Membantu orang lain
- Membantu menaiki kenderaan
- Menunjukkan jalan
- Memberikan air minuman
- Memberikan pinjaman
3. Hadir majlis ilmu
4. Taat kepada suami
5. Bercinta dengan suami (bercium, bersentuhan, berpelukan dibenarkan. Berhubungan badan/jimak adalah DILARANG)
6. Menjauhi perbuatan yang tidak bermanfaat
Ibadah dengan Harta
1. Mengeluarkan zakat, infak, sedekah
Ibadah dengan Akal
1. Berfikir dan merenung bukti penciptaan Allah untuk meningkatkan keimanan.
Nota:
Jujurnya Kak Hif suka buku panduan ringkas ini sebab isinya padat dan mudah diikuti. Biarpun nipis tapi penuh maklumat dan mudah dibawa ke mana-mana, maknanya sangat praktikal untuk wanita terus menambah dan mengekalkan keimanan walaupun sedang haid.
Zikir dan doa juga disertakan, boleh terus baca sahaja tanpa perlu guna buku zikir/doa yang berasingan.
Rujukan:
Amalan 24 Jam Wanita Haid, Fahrur Muis, PTS Islamika
Boleh dapatkan buku ini DI SINI.
========================================================================
Siri: Amalan Wanita Solehah
Judul: Amalan 24 Jam Wanita Haid
Penulis: Fahrur Muis
Penerbit: PTS Islamika, 2019
ISBN: 978-967-366-117-6
Jumlah halaman: 104
Setelah membaca buku ini, anda akan mengetahui dengan lebih jelas perkara berikut:
- Haid pada Pandangan Islam
- Haid dari Sudut Perubatan
- Larangan untuk Wanita Haid
- Mengapa Berlaku Penurunan Iman ketika Haid
- Persediaan Menghadapi Haid
- Amalan Pilihan ketika Haid (disertakan zikir, doa sebagai panduan)
Boleh dapatkan buku ini DI SINI.
LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE
FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore
No comments:
Post a Comment