Saturday 15 April 2017

Siri Jaguh Atlet Malaysia: Azizulhasni Awang, Nicol David dan Pandalela Rinong

Jaguh Atlet Malaysia: Azizulhasni Awang





Format: Kulit Nipis
ISBN: 9789674303181
Penulis: Chistie Marlowe
Penterjemah: Zawiyah Mustafa
Tahun Terbit: 2015
Jumlah Muka Surat: 30

===========================

Terkenal di seluruh dunia sebagai Pocket Rocket Man, Azizulhasni Awang ialah salah seorang atlet terkemuka Malaysia. Pelumba basikal kelahiran Dungun ini meraih banyak pingat dalam pertandingan antarabangsa kerana berjaya mengatasi beberapa pelumba basikal profesional terbaik di dunia. Seorang jaguh di tanah airnya, Azizul telah menunggang basikal selama beberapa tahun dan berusaha keras untuk menjadi pelumba terbaik dalam sukan ini.  

Ikuti perjalanan Azizul daripada belajar menunggang basikal sehinggalah kepada memenangi pingat emas di kejohanan seluruh dunia lumba basikal. Ketahui juga tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh Pocket Rocket Man ini untuk berjaya - dan bagaimana beliau menangani kegagalan.

----------------------------------------------------------------------

Jaguh Atlet Malaysia: Nicol David 






Format: Kulit Nipis
ISBN: 9789674303204
Penulis: Shaina Indovino
Penterjemah: Nurul Nadia Haron
Tahun Terbit: 2015
Jumlah Muka Surat: 30


==========================


Nicol David bukan sahaja antara pemain skuasy terbaik dunia, malah seorang jaguh di tanah airnya sendiri, Malaysia. Atlet kelahiran Pulau Pinang ini mula melibatkan diri dalam sukan skuasy seawal usia lima tahun. Beliau meluangkan banyak masanya dengan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam sukan skuasy dan hari ini, beliau berjaya berada di puncak permainannya.  


Selami kisah hidup jaguh sukan ini, daripada pertandingan pada awal penglibatannya hinggalah kepada matlamat beliau untuk membawa sukan skuasy ke Sukan Olimpik pada masa depan. Susuli rentetan kemenangan Nicol yang mengagumkan antara 2007 sehingga 2009, dan kehidupan Nicol di luar gelanggang.


------------------------------------------------------------------------

Jaguh Atlet Malaysia: Pandalela Rinong





Format: Kulit Nipis
ISBN: 9789674303211
Penulis: Shaina Indovino
Penterjemah: Ani Izzuani Mohd Kassim
Tahun Terbit: 2015
Jumlah Muka Surat: 31 


===============================


Penerjun Pandelela Rinong ialah seorang daripada atlet terbaik dalam sukannya. Bersama-sama pasangan terjun segeraknya, Leong Mun Yee, Pandelela telah menjadi seorang daripada atlet Malaysia yang paling terkenal di Sukan Olimpik di Beijing dan London. Pandelela mula menceburkan diri dalam sukan terjun semenjak beliau masih kecil, dan latihan yang dilakukan selama bertahun-tahun akhirnya telah membuahkan hasil. 


Selusuri dunia pertandingan dan latihan sukan terjun. Ketahuilah bagaimana seorang daripada penerjun terkemuka dunia berubah menjadi seorang bintang hari ini. Selami perjalanan hidup Pandelela daripada seorang penerjun muda yang mempelajari sukan itu kepada salah seorang atlet terbaik di Malaysia.


------------------------------------------------------------

Semua buku boleh didapati dengan menghubungi Whatsapp 019 460 3094.

Harga setiap satu RM15.00 tak termasuk pos.


No comments:

Post a Comment