Saturday, 8 April 2017

Chicken Soup for the Soul (Edisi BM) - Berfikir Positif

Chicken Soup for the Soul - Berfikir Positif 



Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-369-144-9 
Jumlah Muka Surat : 432
Berat : 0.55kg

==================================

101 cerita pendek yang berkesan di hati

Kita akan tersenyum, ketawa, dan menangis membacanya.

Kita terinspirasi dan hidup semakin bahagia.


Hidup Semakin Ceria

101 cerita yang menggugah emosi, merangsang semangat, dan menceriakan hidup ini dihimpun daripada pelbagai individu berlainan. Setiap cerita ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita ini berbeza tetapi ada tujuan yang sama, iaitu menceriakan hidup kita.


Berkongsi Kebahagiaan

Ramai orang berkongsi penderitaan yang sama. Walaupun begitu, cara setiap orang menghadapinya adalah berbeza. Mereka berkongsi kebahagiaan mereka selepas mengalami kesusahan hidup. Satu daripada cerita ini mungkin betul-betul sedang ataupun pernah dialami oleh kita.


Hati Semakin Tenang

Ketenangan adalah sumber kebahagiaan. Ketenangan hati datang apabila kita percaya setiap kesusahan hidup akan berakhir dengan kegembiraan. Kita percaya dan kita berjaya. Cerita di dalam buku ini memberi inspirasi bagi kita meneruskan hidup dengan lebih bersemangat.


Antara kisah yang menarik dalam buku ini adalah:

- Setiap Hari adalah Sebuah Keajaiban

- Keriangan Semasa Kanak-Kanak

- Menemui Diri Saya yang Sebenar

- Terus Berjalan Walaupun Lumpuh

- Keindahan dalam Kekecewaan

- Kegembiraan Ada di Mana-Mana



Kandungan Bab

Bab 1

Kata-Kata yang Mengubah Hidup Saya


1. Hari Saya Bertemu Norman Vincent Peale,James Scott Bell

2. Menari dalam Hujan, Jeannie Lancaster

3. Setiap Hari Adalah Sebuah Keajaiban, Dallas Woodburn

4. Kata-Kata Hikmah, Kay Conner Pliszka

5. Dua Orang Asing, Maggie Koller

6. Dengar Cakap Ibu Kamu, Debbie Acklin

7. Datang Sahaja, Saralee Perel

8. Menemui Diri Saya yang Sebenar, Melanie Adams Hardy

9. Lesen untuk Senyum, Julie A. Havener

10. Mendengar Berita Paling Buruk, Lois Wilmoth-Bennett


Bab 2

Cabaran Kesihatan


11. Saya Sungguh Positif, Shawn Decker

12. Ironman Vegetarian, Ruth Heidrich

13. Mendapat Rahmat Tuhan, Kathleen M. Muldoon

14. Terus Berjalan Walaupun Lumpuh, Saralee Perel

15. Sudah Jatuh Tetapi Belum Kalah, Sage de Beixedon Breslin

16. Satu Sahaja Lagi, Beth Morrissey

17. Maju ke Hadapan, Joyce E. Sudbeck

18. Meminjamkan Doa, Jean Kinsey

19. Saya Seorang Wanita, Sage de Beixedon Breslin

20. Matlamat Hidup Baruku, Jean Kinsey


Bab 3

Setiap Hari Adalah Istimewa


21. Setiap Hari Ibarat Hari Jumaat, Elaine L. Bridge

22. Anugerah Kanser Otak, Tom Schumm

23. Sebelas Minit, Heather Gallegos

24. Hargai Setiap Detik, Diane Stark

25. Bunga Yang Berkembang Indah, Annie Mannix

26. Pengajaran Yang Tepat Pada Masanya, Lindsay A. Nielsen

27. Hadiah Daripada Tuhan, Tsgoyna Tanzman

28. Pedulikan Sahaja, Saralee Perel

29. Keriangan Sewaktu Kanak-Kanak, Jean Ferratier

30. Bersangka Baik Sesama Manusia, Jennifer Oliver


Bab 4

Contoh Teladan


31. Ratu Tempat Letak Kereta, Deborah Zigenis-Lowery

32. Erti Kesyukuran yang Sebenar, Alyssa Simon

33. Kepercayaan yang Tidak Goyah, Jodi L. Severson

34. Kuasa Ilusi, Donna Milligan Meadows

35. Cheer Leader, Lydia A. Calder

36. Buangkan Sahaja Anak Kunci Kamu, Deborah Shouse

37. Sarapan Pagi dengan Seorang Teman, Erin Fuentes

38. Beliau Mengubah Sikap Saya, Kris Flaa

39. Terima Kasih, Tukang Jaga Lalu lintas, Jennie Ivey

40. Bintang Terang Di Tengah Kegelapan Malam,Debbie Roloson


Bab 5

Menghitung Rahmat Tuhan


41. Menghitung Rahmat Tuhan, Jane McBride Choate

42. Mensyukuri Nikmat Usia, Barbara Blossom Ashmun

43. Hilangkan Kesedihan Itu, Patricia Lorenz

44. Rezeki Yang Berharga, Garrett Bauman

45. Bekalan Elektrik Tergendala, Shinan Barclay

46. Seratus Senarai Kesyukuran, Miriam Hill

47. Hidup Ini Bukan Kecemasan, Debbi Stumpf

48. Belimbing Yang Hampir Meragut Nyawa, Paul H. Karrer

49. Teman Baik Anugerah Tuhan, Terri Elders

50. Rumah Idaman Kami, Annmarie B. Tait

51. Tekanan Bertukar Menjadi Rahmat, Linda L. Leary


Bab 6

Mengatasi Musibah


52. Ketakutan Bertukar Kegembiraan, Brenda Dillon Carr

53. Kami Meneruskan Kehidupan, Jo Weinert

54. Kembara Dunia Bersama Asperger, Roy A. Barnes

55. Pandangan Kehidupan, Spring Stafford

56. Saya Mampu Mengharunginya, Theresa Sanders

57. Hidup Ini Pasti Ada Pengecualian…Saya Salah Satu Daripadanya, Grace Gonzalez

58. Sesungguhnya, Ia Masih Kabur, Jennifer Berger

59. Redha, Donna F. Savage

60. Melangkaui Diagnosis, Deborah Shouse

61. Lencana Keberaniannya, Jessie Miyeko Santala


Bab 7

Perubahan Sikap


62. Hikmah Kata-kata, Janet K. Brennan

63. Pilihan, Cindy Gore

64. Hilangkan Ketakutan, Cat Kuku Anda, Shawn Marie Mann

65. Bunga Lalang, Kathi Lessner Schafer

66. Kuasa Ajaib, Saralee Perel

67. Langkah Positif, Beth M. Wood

68. Melihat Kebaikan, Erika Hoffman

69. Kekuatan Bertahan, Emily Parke Chase

70. Bergerak ke Hadapan, Shawnelle Eliasen

71. Separuh Penuh, Linda Newton

72. Titis-Titis Air Sumber Inspirasi, Gerald L. Dlubala


Bab 8

Sinar Harapan


73. Kuasa Alam Merubah Segalanya, Carol A. Grund

74. Kemalangan Di Pantai, Lee Hammerschmidt

75. Hanya Yang Terbaik Untuk Kita, Mei Emerald Gaffey-Hernandez

76. Bab Baru Dalam Hidup Saya, Tulika Singh

77. Bapa Sepenuh Masa, Matt Chandler

78. Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya, Linda Saslow

79. Anugerah Yang Tidak Disangka, Melinda McDonald

80. Petanda Dari Yang Maha Esa, Debbie Dufresne

81. Pengajaran Di Itali, Sheila Sowder

82. Selekoh Kehidupan, Karen Majoris-Garrison

83. Jika Saya Punya Waktu, Jennifer Flaten


Bab 9

Pandang Ke Hadapan


84. Saya Dilanda Musibah Hari Ini, Kathleen Shoop

85. Moto Keluarga Kami, L. Martin

86. Menikmnati Kemanisan Hidup, Janet Perez Eckles

87. Mencari Hidayah, Betsy S. Franz

88. Semangat Mark, Phil Bauer

89. Apartmen Baru Saya, Jennifer Quasha

90. Keajaiban, Lynn Sunday

91. Bertuah Kerana Masih Hidup, Thomas Schonhardt

92. Keindahan Dalam Kekecewaan, Shannon Kaiser


Bab 10

Bersyukur


93. Jurnal Kesyukuran, Nancy Baker

94. Anugerah Yang Tidak Disangka, Susie Bee

95. Menangkap Kelkatu, Rachel Spencer

96. Kotoran Ajaib, Nikki Deckon

97. Warna-Warna Kesyukuran, Barbara McKinney

98. Kegembiraan Ada Di Mana-Mana, Victoria Koch

99. Sikap Kelas Pertama, Mandie Maass

100. Sentiasa Berfikir Positif, Sandi Brown

101. Menanti Dalam Senyuman, Leah M. Cano


=================================

REVIEW #1

Ramai orang berkongsi penderitaan yang sama. Walaupun begitu, cara setiap orang menghadapinya adalah berbeza. Mereka berkongsi kebahagiaan mereka selepas mengalami kesusahan hidup. Satu daripada cerita dalam buku ini mungkin betul-betul sedang ataupun pernah dialami oleh kita. Buku ini menghimpunkan 101 cerita yang menggugah emosi, merangsang semangat, dan menceriakan hidup. Setiap cerita ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita ini berbeza tetapi ada tujuan yang sama, iaitu menceriakan hidup kita. Hidup yang ceria dapat mencetus ketenangan jiwa. Ketenangan jiwa datang apabila kita percaya setiap kesusahan hidup akan berakhir dengan kegembiraan. Kita percaya dan kita berjaya.

REVIEW #2


Setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya. Berapa kalikah dalam kehidupan ini, kita dapat mempercayai kata-kata hikmah ini? Ia kedengaran mudah, tetapi sebenarnya mempunyai kuasa penyembuhan yang sungguh luar biasa. Tatkala disogokkan dengan kata-kata hikmah ini, selalunya secara refleks kita akan menjawab dengan berkata, “Mudah untuk kamu bercakap, tetapi sangat sukar untuk saya mengharungi musibah ini.” Dalam versi yang lain kita juga mungkin akan berkata “Mudah untuk kamu bercakap, bukan kamu yang diuji dengan musibah ini.”


Namun, susunan mantera yang penuh kuasa ini berjaya menjadi penyembuh luka dan pengubat jiwa bagi sekelompok individu yang mempercayainya. Paling tidak pun kepada 101 penyumbang cerita dalam buku Chicken Soup for the Soul: Berfikir Positif ini. Buku ini menghimpunkan pelbagai kisah benar, suka, dan duka daripada pelbagai golongan individu. Ceritanya ringkas, namun sangat berkesan di hati. Kita akan tersenyum, ketawa, dan menangis membacanya. Kita terinspirasi dan hidup kita semakin bahagia.

Pengalaman dan cabaran yang dialami oleh penyumbang kisah dalam buku ini berbeza-beza. Ada yang diuji dengan cabaran kesihatan, kehilangan pekerjaan, kematian orang tersayang, perpindahan ke daerah baru, kesibukan dengan tuntutan kerja, cabaran seiring peningkatan usia, mahupun kemalangan. Namun, semua individu ini berjaya mengubah cara pemikiran mereka. Mereka melihat setiap musibah yang berlaku itu dari sudut positif. Pada mulanya mereka mungkin jatuh rebah seketika. Tetapi mereka kemudian bertekad, bangkit semula, dan berubah menjadi individu baru yang lebih baik daripada sebelumnya.


Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh 101 individu ini mungkin pernah ataupun sedang dialami oleh kita. Namun, cara mereka menghadapinya mungkin berbeza daripada mereka. Semua individu ini berjaya mengubah cara pemikiran menjadi lebih positif. Hasilnya, mereka berjaya melayari kehidupan seharian dengan lebih optimis dan yakin. Mereka juga kini lebih menghargai perkara-perkara kecil yang berlaku dalam kehidupan tetapi sebenarnya adalah butir-butir mutiara berkilau yang perlu dihargai. Sekiranya mengubah cara pemikiran mampu menjadikan hidup mereka lebih baik, kaedah yang sama juga pasti mampu memperbaiki hidup kita.


Buku ini boleh diibaratkan sebagai satu cengkerang yang mengandungi 101 mutiara di dalamnya. Ratusan tahun diperlukan untuk sebutir pasir menjadi mutiara. Buku ini pula mengambil masa lima tahun untuk menjadi mutiara yang menceriakan hidup 20 juta pembaca di seluruh dunia. Buku ini ditolak oleh beratus-ratus penerbit. Hanya sebuah syarikat kecil yang berani menerbitkannya. Penulisnya membawa buku ini di dalam bonet kereta dan menjualnya sendiri. Selepas lima tahun, baru buku ini menjadi buku bestseller di seluruh dunia.


Sekiranya kita masih tercari-cari sebuah buku yang dapat menyejukkan hati, mententeramkan jiwa, meredupkan pandangan, serta menjadi peneman di kala lara, maka buku ini perlu segera berada dalam tangan kita. Himpunan kisah-kisah istimewa ini mampu memberi inspirasi, menyentuh emosi, merangsang semangat, dan menceriakan hidup. Pasti ada satu cerita yang sinonim dan melekat di hati kita. 

Dapatkan buku Chicken Soup for the Soul: Berfikir Positif sekarang. Harga RM27. Whatsapp terus ke 019.460.3094. 

No comments:

Post a Comment