ANAKKU AUTISTIK!
Pasrah!
Aku tetap menyayanginya sepenuh hati seperti adik-beradiknya yang lain.
Sejak itu, aku berusaha keras mendidiknya. Tapi entah kenapa, Rizqy seperti menjauhkan diri hingga aku hilang punca dan hampir menyerah kalah. Persoalan yang sering menggangguku, bolehkah Rizqy membaca sedang satu perkataan pun belum pernah terucap dari bibirnya?
Mampukah Rizqy menguruskan dirinya sendiri jika aku dan ayahnya sudah tiada nanti? Sungguh… ibu bapa mana yang tidak gusar bila memikirkan hal ini?
Hinggalah suatu hari, aku seperti baru tersedar bahawa sikap serta tindakanku terhadap Rizqy selama ini adalah silap! Sebagai ibu, aku keterlaluan untuk mengharap perubahan drastik daripadanya yang perlukan bantuan.
Sejak itu, aku dekati Rizqy dengan penuh sabar dan kasih sayang. Belajar akan kekurangannya sambil berusaha membantunya sehabis daya. Saban hari, aku tidak putus-putus berdoa agar diberi petunjuk untuk mendidik Rizqy.
Aku tahu, tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan bantuan ALLAH SWT.
Benar, anak-anak ini luar biasa.
Oleh kerana itu, mereka mengharapkan usaha dan doa yang luar biasa juga.
Percayalah… jika kita pandang mereka berbeza, kita sebenarnya sudah melahirkan GENIUS DARI SYURGA.
Pertamanya, kembalilah kepada Allah, kerana itu fitrah kita. Kita perlukan Allah.
Hebat kesabaran seorang ibu ini. Walaupun pakar ada yang kata anak autistik peringkat teruk atau 'severe autistic' ni tiada harapan untuk bercakap, bertutur, membaca.
Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan. Allah permudahkan. Ada pakar lain yang lebih berpengalaman, anak-anak ini ada potensi untuk lebih maju asal sahaja kita tabah dan istiqamah tanpa putus asa.
Segala puji bagi Allah yang maha mengetahui, maha bijaksana, maha pemurah lagi maha mengasihi.
Walaupun pada usia 4 tahun, anak beliau belum boleh untuk bercakap hatta sepatah perkataan, hari ini, pada usia 6 tahun, bukan sekadar perkataan mama yang mampu diungkapkan, malah sudah menghafal beberapa surah Al-Quran.
Review dari Goodreads
Genius Dari Syurga. Jika anda berminat untuk kenali autism, jemput baca.
Buku ini ditulis oleh Puan Ainizal Abdul Latif iaitu ibu kepada seorang anak autistik.
Pertamanya, kembalilah kepada Allah, kerana itu fitrah kita. Kita perlukan Allah.
Hebat kesabaran seorang ibu ini. Walaupun pakar ada yang kata anak autistik peringkat teruk atau 'severe autistic' ni tiada harapan untuk bercakap, bertutur, membaca.
Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan. Allah permudahkan. Ada pakar lain yang lebih berpengalaman, anak-anak ini ada potensi untuk lebih maju asal sahaja kita tabah dan istiqamah tanpa putus asa.
Segala puji bagi Allah yang maha mengetahui, maha bijaksana, maha pemurah lagi maha mengasihi.
Walaupun pada usia 4 tahun, anak beliau belum boleh untuk bercakap hatta sepatah perkataan, hari ini, pada usia 6 tahun, bukan sekadar perkataan mama yang mampu diungkapkan, malah sudah menghafal beberapa surah Al-Quran.
- Cikpuan Farah Dhiya Osman
========================================
Buku Genius Dari Syurga, Kisah Benar Seorang Ibu yang Mendidik Anak Autistik
Penulis: Ainizal Abdul Latif
Penerbit: Karangkraf
Harga: RM12.90 tak termasuk pos
Untuk pembelian, klik SINI .
No comments:
Post a Comment