Posts

Showing posts with the label Buku Islamik

Amalan Wanita Haid Ketika Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan

Image
Teks: Kak Hif Kita sudahpun masuk bulan Rejab, bermakna tidak lama lagi kita akan bertemu Syaaban dan Ramadan, insya-Allah. Adapun banyak amalan yang dianjurkan dilakukan ketika Rejab, bolehkah wanita haid turut sama meraih pahala? Dah tentu boleh. Ini Kak Hif kongsikan antara amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang uzur syarie ketika dalam bulan Rejab, juga boleh diamalkan dalam bulan-bulan lain. Wanita haid boleh melakukan ibadah yang tidak memerlukan syarat suci daripada hadas, kerana definisi ibadah adalah seluruh perkara yang dicintai dan diredai Allah, sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan, zahir ataupun batin. Amalan Hati (Qalbiyah) 1. Menghadirkan keikhlasan Ikhlas menjalani tempoh haid, ikhlas meninggalkan segala larangan semasa haid. Meninggalkan puasa dan solat semasa haid menunjukkan ketaatan kepada perintah Allah dan dikira sebagai ibadah - iaitu mentaati perintah menjalani ibadah dengan ikhlas. 2. Berasa diawasi Allah Akan menimbulkan sifat malu melakuk...

Tahan dan Tenang Nanti Datang Senang (Ustazah Nuraini Shahbuddin @journalingbonda)

Image
Kak Hif nak kongsi satu buku berkenaan al-Quran yang sangat sangat mesra pembaca. Grafiknya cantik, kemas tersusun dan mudah difahami. Warnanya pun ceria dan bersemangat untuk pembaca lebih memahami isi kandungan Quran dengan cara yang santai tetapi padat. Buku  ini hasil nota Ustazah Nuraini Shahbuddin melalui IG @journalingbonda . Tajuk buku ini adalah Tahan dan Tenang, Nanti Datang Senang.   Buku ini mengandungi  40 infografik tadabbur dan huraian ayat al-Quran  yang dapat dijadikan inspirasi dan motivasi bagi seorang hamba dalam meniti perjuangan kehidupan. Buku ini juga dilengkapi ruangan DIY Tadabbur beserta panduan, dilampirkan istimewa buat para pembaca agar berpeluang mentadabbur lebih banyak lagi ayat al-Quran yang boleh dijadikan inspirasl kehidupan. BELI DENGAN HARGA DISKAUN, KLIK SINI. PEMBELIAN MELALUI WHATSAPP, KLIK SINI. LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE  FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore 

Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran

Image
Tajuk buku: Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran- Penulis: Dato' Dr. Danial Zainal Abidin Penerbit: PTS ISBN: 978-967-411-990-4 Tahun: 2017 Harga: RM35 "Jalan menuju kecemerlangan memerlukan peta. Peta yang umat Islam perlukan adalah al-Quran kerana ia adalah peta yang lengkap lagi selamat, malah sebuah peta yang aqwam (yang paling benar, paling adil dan paling tepat). Tiada sebarang bengkang-bengkok di dalamnya." Terdapat 36 TIP CEMERLANG yang diinspirasikan daripada ayat al-Quran, sebagai panduan untuk umat Islam praktikkan dalam kehidupan harian. Cemerlang dengan Menjadi Global Champion Cemerlang dengan Iman dan Takwa Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat Cemerlang dengan Ilmu Semasa Cemerlang dengan Membaca dan Meneliti Al-Quran Cemerlang dengan Wawasan Cemerlang dengan Merancang Cemerlang dengan Ikhlas Cemerlang Berlandaskan Syariat Cemerlang dengan Menegakkan Ibadat Cemerlang dengan Solat Cemerlang dengan Zikrullah Cemerlang dengan Jihad dan Mujahadah Cemerlang dengan T...

10 Tokoh Usahawan Muslimah

Image
10 Tokoh Usahawan Muslimah mendedahkan RAHSIA dan RESIPI KEJAYAAN sebenar para wanita hebat dalam empayar perniagaan mereka, namun pada masa yang sama meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Tokoh yang diketengahkan adalah: 1. Puan Zawati Ibrahim, Jatimas Asia Sdn Bhd 2. Puan Ramlah Hamad, AnsarComp Sdn Bhd 3. Puan Qutreen Nada, Children Islamic Centre (CIC) 4. Chef Hanieliza, Penulis buku bestseller - 1 Hari 1 Resipi 5. Puan Wan Khadijah, Tanjung Cindai Sdn Bhd 6. Puan Zainon Salleh, Zai's Food ZS Maju Product 7. Puan Famiza Zulkifli, Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing Sdn Bhd 8. Dr Norhanis, Klinik Pergigian Famili 9. Puan Rusni, Al-Hikmah Sdn Bhd 10. Puan Norasyikin, Sumayya Design Sdn Bhd Kisah mereka yang penuh inspirasi ini digarap dengan jelas, langkah demi langkah dan diselitkan dengan motivasi perniagaan dalam setiap bab. Buku harus milik bagi setiap usahawan wanita muslimah. Tajuk: 10 Tokoh Usahawan Muslimah Penulis: Sakinah Salleh Penerbit:...

Nota Daripada Tuhan - Abdullah Bukhari Al Hafiz

Image
SINOPSIS Apakah itu nyawa al-Quran? Di manakah ia boleh dicari? Bagimanakah kita ingin menjejakinya? Siapakah pula khadim al-Quran? Adakah si pencinta al-Quran atau hamba Allah yang sentiasa mendampingi ayat Allah ini? Semuanya bakal dirungkai dan disahkan malalui nota istimewa ini, Nota Daripada Tuhan. Nota Daripda Tuhan merupakan himpunan koleksi nota atau catatan tafsir penulis buat masyarakat, khasnya golongan moden pada hari ini yang sentiasa sibuk dan terdedah dengan pelbagai cabaran dan godaan akhir zaman. Berdasarkan kandungannya yang padat tetapi diringkaskan dengan bahasa mudah difahami diharap agar buku ini mampu menjadi peneman sehari-hari untuk santapan minda dan rohani para pembaca. Semoga ayat-ayat Allah ini dapat dijamah oleh minda orang yang sentiasa dirindukan syurga-Nya. ------- Tajuk: Nota Daripada Tuhan Penulis: Abdullah Bukhari Penerbit: Telaga Biru Harga: RM18 tak termasuk pos Whatsapp 019 4603094

Majalah Digital Selesaikan Masalah Majalah Habis di Kedai, Tak Sempat Beli

Image
Terlepas sesuatu isu majalah kegemaran,  tak sempat beli tapi dah habis di kedai - masalah ini mudah saja diatasi bila ada MAJALAH VERSI DIGITAL. Boleh dibaca dan diakses bila-bila masa, apa saja isu yang ada dalam katalog dan  tak perlu membawa naskhah fizikal ke sana ke mari. Cukup setakat gajet pintar. Kandungan versi digital juga sama seperti apa yang terkandung dalam majalah versi cetak. Bezanya cara kita membacanya. Dengan harga langganan yang kurang daripada RM100 setahun, kita dapat akses kepada antara majalah digital Islamik terbaik di Malaysia. Klik di SINI untuk membuat langganan terus majalah digital SOLUSI atau AL-USTAZ.

Reviu Buku Mudahnya Hafal Al-Quran dengan Kaedah Jibril

Image
Reviu buku oleh Hifzaila Hafni Buku ini walaupun kecil dan hanya 166 muka surat sahaja namun penerangannya padat dan mudah difahami. Berwarna keseluruhannya, dengan teks yang dipersembahkan dalam bentuk grafik menarik minat untuk kita terus membaca. Buku ini ditulis oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz, yang memperkenalkan kaedah Jibril untuk memudahkan umat Islam menghafal Al-Quran. Bab-bab terawal Ustaz menceritakan kepentingan menghafal Al-Quran dan juga berkongsi pengalaman beliau menjadi hafiz, serta bagaimana beliau bermula. Apa yang saya suka kongsikan di sini, menjadi penghafaz Quran tidak semestinya harus bermula di usia muda saja, jika sudah berusia 40 tahun juga tidak menjadi masalah. Melalui kaedah hafalan yang dikongsikan dalam buku ini, di usia berapa juga boleh bermula dan menghafal. Buku yang komprehensif, ringkas dan praktikal ini sesuai bagi mereka yang berniat mahu mula menghafal Al-Quran dengan cara yang mudah. Berdasarkan pengalaman Ustaz Asraff yang su...

Iqra' At-Taisir, Belajar Membaca Al Quran Kaedah Baru dan Berkesan

Image
Mengenai Buku Ini Buku ini adalah buku siri bacaan Iqra' untuk membimbing anak-anak belajar membaca Al-Quran. Ia mengandungi huruf-huruf bacaan beserta gambar yang menarik bagi mengambarkan huruf tersebut. Buku ini dapat menarik minat anak-anak untuk belajar Al-Quran kerana kaedah dan gambar-gambar yang terdapat dalam buku ini menarik dan berwarna warni. Di samping itu, anak-anak juga dapat mempelajari hukum-hukum berkaitan Al-Quran seperti tanwin, tanda sukun, hukum nun sakinah, hukum mad, cara waqaf dan sebagainya. ISI KANDUNGAN Prakata Bab 1: Huruf hijaiyah tunggal berbaris di atas Baris atas(bacaan panjang) Penilaian Bab 2: Baris bawah (bacaan pendek) Baris bawah (bacaan panjang) Baris bawah ya bertanda sukun Bab 3: Baris depan(bacaan pendek) Baris depan (bacaan panjang) Baris depan(waw bertanda sukun) Penilaian Bab 4: Tanwin di atas Tanwin di bawah Pengukuhan tanwin Tanda sukun(mati) Pengukuhan tanda su...

Kenali 10 Haiwan daripada Al Quran dan Hadis

Image
Kenali 10 Haiwan Daripada Al-Quran dan Hadis  ISBN-13:  978-967-401-336-3 Jumlah Muka Surat :  248 Penerbit: PTS One Sdn Bhd Hap… Hap… Hap… Anak arnab melompat riang di padang rumput. Mereka bergerak ke sana dan ke sini. Anak-anak arnab kelihatan gembira. Oh, arnab mempunyai telinga yang panjang? Kuek… Kuek… Kuek… Ada tujuh ekor anak itik sedang berjalan di tepi tasik. Kelihatan anak-anak itik itu mengikut ibunya dengan teratur. Anak-anak itik kelihatan gembira kerana tidak sabar mahu berenang di tasik. Wah, anak-anak itik itu pantas berenang. Pernahkah kawan-kawan melihat itik berenang? Buku Kenali 10 Haiwan daripada Al-Quran dan Hadis adalah buku menarik yang sesuai untuk pembacaan kawan-kawan. Buku ini juga dilengkapi dengan ilustrasi gambar yang cantik dan menarik, kawan-kawan dapat mempelajari kegunaan dan sejarah ringkas tentang haiwan-haiwan yang terdapat dalam buku ini. Untuk dapatkan buku ini bole...

Tarbiyatul Aulad oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan

Image
Tarbiyatul Aulad oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan Tarbiyatul Aulad  Jilid 1, Dr. Abdullah Nasih Ulwan menggariskan  persediaan awal bagi mencorak peribadi anak bermula dari proses memilih pasangan hidup sehingga persediaan daripada aspek fizikal, mental, dan psikologi ibu bapa sebelum dan selepas kelahiran anak. Perbincangan meliputi: Perkahwinan adalah Pemilihan Terancang Kelebihan Orang yang Bersabar atas Kematian Anak Mendenda dan Memulaukan Anak dengan Tujuan Mendidik Mendahulukan Kepentingan Islam Melebihi Kecintaan kepada Anak Hukum-Hukum Am Berkenaan Anak yang Baru Lahir Faktor Keruntuhan Akhlak Anak-Anak dan Cara Mengatasinya Prinsip Dasar Rasulullah s.a.w. dalam Menjaga Peribadi dan Akhlak REVIEW Mencari pasangan hidup yang terbaik, inilah permulaan untuk mendidik anak yang terbaik. Pasangan yang hidup atas dasar cinta kerana Allah akan menjadikan Islam sebagai bekal pendidikan yang terbaik buat anak mereka. Dunia buku dan per...

Tip-tip Cemerlang Daripada Al Quran

Image
Jalan menuju kecemerlangan memerlukan peta. Peta yang umat islam perlukan adalah Al-Quran kerana ia adalah peta yang lengkap lagi selamat, malah sebuah peta yang aqwam (yang paling benar, paling adil, dan paling tepat). Tiada sebarang bengkang-bengkok di dalamnya. ISI KANDUNGAN Prakata Bagaimana Membaca Buku Ini BAHAGIAN 1: Pendahuluan Mencari Kecemerlangan Hakiki BAHAGIAN 2: Tip-Tip Cemerlang Cemerlang dengan Menjadi GlobalChampion Cemerlang dengan Iman dan Takwa Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat Cemerlang dengan Ilmu Semasa Cemerlang dengan Membaca dan Meneliti Al-Quran Cemerlang dengan Wawasan Cemerlang dengan Merancang Cemerlang dengan Ikhlas Cemerlang Berlandaskan Syariat Cemerlang dengan Menegakkan Ibadat Cemerlang dengan Solat Cemerlang dengan Zikrullah Cemerlang dengan Jihad dan Mujahadah Cemerlang dengan Tawakal Cemerlang dengan Menjaga Kualiti Cemerlang dengan Menegakkan Ihsan Cemerlang dengan Memelihara Amanah Cemerlang dengan Hati dan Akhlak yang M...

Travelog Umrah DIY

Image
Rindu bertamu…nekad untuk merungkai rindu berada di Baitullah dan Bumi Haramain kurang setahun selepas umrah ziarah kali pertama, dengan izin Allah penulis berada disini lagi. Tabarakallah. Kali ini pergi menunaikan umrah secara DIY tanpa menggunakan agensi pelancongan. Berserah dan bertawakal hanya padaNya. Ikuti pengalaman penulis selama 14 hari dan tip-tip menunaikan umrah secara perancangan sendiri dari tempahan tiket penerbangan, hotel, visa dan pengangkutan. Dengan kos RM2000++ sahaja. Travelog Umrah DIY Zuera Abdul Ghani RM25 tak termasuk pos Untuk dapatkan: http://wasap.my/60194603094 === Sumber imej: Facebook page Travelog Umrah DIY

Tamak Pahala

Image
“Kenapa kau letak tajuk buku ini, Tamak Pahala?” Ok, cuba korang fikir. Setiap benda kecil akan dinilai Allah, apatah lagi benda yang besar, kan? So, buku TAMAK PAHALA: Sebab aku nak masuk syurga. Kau nak ikut? ditulis supaya kita tak 'underestimate' aktiviti-aktiviti seharian yang kita buat, sebab mungkin kita rasa aktiviti tu kecil tapi boleh jadi ianya besar di sisi Allah. Benda yang kita rasa simple itulah yang akan bawa kita ke syurga, atau ke neraka. Dalam 10 saat, jom muhasabah diri kita, “Buat baik pun kena catat, buat jahat pun kena catat, walaupun benda tu kecil. So, better kita buat benda baik je. Haa, malaikat yang ada kat sebelah kanan dan kiri kita tak pernah tidur dan selalu catat amalan kita. Kita je yang selalu tidur.” Buku ni bagi idea tentang aktiviti-aktiviti seharian kita, tapi kita terlepas pandang (atau buat-buat tak tahu) yang benda tu akan bagi kesan pada kita di akhirat kelak. Sama ada kita akan dapat redha Allah, atau sebaliknya. ...

7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat

Image
Ingin tahu bagaimana cara memahami dan mengingati makna bacaan dalam solat? Teknik bagaimana memehami dan mengingati makna bacaan dalam solat kini dibongkar oleh seorang pengamal teknik faham Arab Al-Quran tanpa asas Bahasa Arab. Dengan izin Allah, segalanya ada di dalam buku ini. Anda akan ketahui bagaimana mudahnya: - Merancang hafalan makna bacaan dalam solat selama tujuh hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. - Memotivasi diri sendirir bagi menyahut cabaran tujuh hari ingat makna bacaan dalam solat. - Menghafal makna bacaan dalam solat. - Memanggil kembali (recall) makna bacaan dalam solat yang telah dihafal. - Memanfaatkan makna bacaan yang telah dihafal semasa bersolat. - Menambah baik hafalan yang telah dilakukan - Mengapa perlu faham dan ingat makna bacaan dalam solat? Sungguh, ada perbezaan rasa; bersolat sambil mengingat (recall) makna bacaan dan bersolat hanya melafaz bacaan sahaja. Cabar diri 7 hari faham dan ingat makna bacaan dalam solat. Ya Nur Ya Haad...

Perginya Ulama dan Ilmuan Dato' Dr Haron Din

Image
Ulama yang pergi, tetap pergi, tetapi ilmu yang dikongsikan tetap ada dan hidup untuk mereka yang ditinggalkan. Memetik status Facebook Tuan Zamri Mohamad: "Apakah yang ditinggalkan oleh seorang ulama yang bernama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din yang menjadi contoh kepada komuniti penulis agar terus menulis dan memandaikan bangsa? Allahyarham menulis 64 buah buku (sehingga tahun 2010), 24 rencana (sehingga tahun 1984), menghasilkan 13 kertas kerja (sehingga tahun 1989) dan lima hasil penyelidikan (sehingga tahun 1992).  Ini angka-angka lama yang belum dikemaskini. Tetapi sudah cukup memberitahu kita sesuatu. Jasad mulia meninggalkan kita. Pada masa sama ditinggalkan buku-buku yang kekal di sini untuk semua." Zamri Mohamad Mula-mula kenal melalui buku Manusia dan Islam (1990) * * * Sumber: PTSMedia Selain buku Manusia dan Islam, yang mana Dato' Dr Haron Din merupakan ketua panel penulisnya, Allahyarham juga ada menulis buku-buku lai...