Ulama yang pergi, tetap pergi, tetapi ilmu yang dikongsikan tetap ada dan hidup untuk mereka yang ditinggalkan.
Memetik status Facebook Tuan Zamri Mohamad:
"Apakah yang ditinggalkan oleh seorang ulama yang bernama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din yang menjadi contoh kepada komuniti penulis agar terus menulis dan memandaikan bangsa?
Allahyarham menulis 64 buah buku (sehingga tahun 2010), 24 rencana (sehingga tahun 1984), menghasilkan 13 kertas kerja (sehingga tahun 1989) dan lima hasil penyelidikan (sehingga tahun 1992).
Ini angka-angka lama yang belum dikemaskini. Tetapi sudah cukup memberitahu kita sesuatu.
Jasad mulia meninggalkan kita. Pada masa sama ditinggalkan buku-buku yang kekal di sini untuk semua."
Zamri Mohamad
Mula-mula kenal melalui buku Manusia dan Islam (1990)
Mula-mula kenal melalui buku Manusia dan Islam (1990)
* * *
Sumber: PTSMedia |
Selain buku Manusia dan Islam, yang mana Dato' Dr Haron Din merupakan ketua panel penulisnya, Allahyarham juga ada menulis buku-buku lain, antaranya:
1. Menjawab Persoalan Fikah Harian
2. Kaedah Merawat Saka
3. Kaedah Merawat Santau
4. Kaedah Merawat Susuk
5. Islam Pembina Tamadun Manusia
6. Islam Rujukan Efektif Akhlak Mulia
7. Islam Keadilan Membebaskan Manusia
8. Hukum Hudud dalam Perundangan Islam
2. Kaedah Merawat Saka
3. Kaedah Merawat Santau
4. Kaedah Merawat Susuk
5. Islam Pembina Tamadun Manusia
6. Islam Rujukan Efektif Akhlak Mulia
7. Islam Keadilan Membebaskan Manusia
8. Hukum Hudud dalam Perundangan Islam
Dan banyak lagi.
Sesungguhnya, ilmu yang diwariskan sangat bermanfaat untuk umat Islam seluruh dunia.
* * *
Dato' Dr Haron Din, pengasas Darussyifa', yang juga merupakan Mursyidul Am PAS, telah kembali ke rahmatullah pada 16 September 2016 (pada usia 76 tahun) di Hospital Stanford University, California, Amerika Syarikat dan telah selamat dikebumikan di Five Pillars Farm Cemetery, Livermore, California.
Kenali lebih lanjut tentang latar belakang allahyarham di SINI .
Untuk mendapatkan buku Manusia dan Islam atau
sebahagian buku-buku karya allahyarham, boleh klik di SINI .
Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atas allahyarham.
Hif Bookstore
17 September 2016
No comments:
Post a Comment