Posts

Showing posts with the label Buku PTS

Amalan Wanita Haid Ketika Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan

Image
Teks: Kak Hif Kita sudahpun masuk bulan Rejab, bermakna tidak lama lagi kita akan bertemu Syaaban dan Ramadan, insya-Allah. Adapun banyak amalan yang dianjurkan dilakukan ketika Rejab, bolehkah wanita haid turut sama meraih pahala? Dah tentu boleh. Ini Kak Hif kongsikan antara amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang uzur syarie ketika dalam bulan Rejab, juga boleh diamalkan dalam bulan-bulan lain. Wanita haid boleh melakukan ibadah yang tidak memerlukan syarat suci daripada hadas, kerana definisi ibadah adalah seluruh perkara yang dicintai dan diredai Allah, sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan, zahir ataupun batin. Amalan Hati (Qalbiyah) 1. Menghadirkan keikhlasan Ikhlas menjalani tempoh haid, ikhlas meninggalkan segala larangan semasa haid. Meninggalkan puasa dan solat semasa haid menunjukkan ketaatan kepada perintah Allah dan dikira sebagai ibadah - iaitu mentaati perintah menjalani ibadah dengan ikhlas. 2. Berasa diawasi Allah Akan menimbulkan sifat malu melakuk...

Kembara Menuju Allah, Buku Terbaharu Ustazah Asma' Harun

Image
ANDA PEMINAT USTAZAH ASMA' HARUN? Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw. Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah. Ustazah Asma Harun 36 tahun yang lepas ustazah lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk ustazah. Pengajian ustazah bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, Kolej...

Urus Rumah with Hani

Image
Panduan lengkap urus rumah tanpa stres, langkah demi langkah, dan jimat. SEPENUHNYA infografik dan berwarna! ​ #KemasRumahWithHani #TipMasak2Hani #UrusDuitWithHani Belajar bagaimana merancang pengurusan rumah, makanan, dan kewangan. Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti membeli barang baru. Melihat kepada keadaan ini, Dr. Hani Mynis mencurahkan segala ilmu pengurusan rumah yang diambil daripada pengalamannya sendiri dan tunjuk ajar orang tuanya. Beliau menyatakan, sekiranya kita mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik, kerja-kerja mengurus rumah tidak menjadi suatu tekanan dan perkara yang memenatkan.   Bagi kita bila mendengar orang menulis tentang ‘Tip Mengemas’, ‘Cara Susun Perabot di Rumah’ mungkin biasa bagi kita.  Tapi bagi sesetengah orang, mengemas juga ada falsafahnya yang tersendiri. ...

Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami

Image
Fahamilah Perasaanku: 30 Luahan Perasaan Suami - Hasan Mohd. Ali, PhD Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami. Setiap satu luahan ini disenaraiutamakan mengikut keseringan timbulnya luahan itu daripada pihak suami.  Daripada pengamatan penulis, luahan-luahan ini adalah konsisten.  Daripada luahan pertama, ‘ iktiraflah kelelakianku ’ hingga ke luahan 30, ‘janganlah terlalu mengawalku’ menggambarkan bisikan hati suami yang sebahagian besarnya ditujukan kepada isteri. Buku ini mengambil pendekatan yang agak mudah iaitu di peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil oleh insan yang luahan Itu ditujukan. Dalam konteks buku yang sedang dipersembahkan ini, insan itu adalah isteri. Ramai di antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga.  Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan hati terbuka dan ...

Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Edisi Terjemahan) - Hard Cover

Image
Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting.  Keistimewaan kitab ini: • Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik • Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah • Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta • Seruan kegembiraan dan ancaman kedukaan sebagai motivasi dan benteng dalam kehidupan • Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi para ulama dan orang Islam di seluruh dunia.  Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi , yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau a...

Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah: Kunci Memperoleh Kejayaan dan Limpahan Rezeki Dunia dan Akhirat

Image
SINOPSIS / SARI RANSANG Ramai individu mengeluh apabila usaha yang dilakukan tidak memberikan hasil seperti yang diimpikan. Adakah kita mengkaji sebab terjadi perkara sedemikian? Adakah kita pernah mendengar usaha semata-mata juga tidak menjaminkan kejayaan? Oleh itu, mari menerokai keajaiban dan kelebihan surah Al-Waqiah menerusi buku ini. Selain itu, pengarang turut menghuraikan teknik bagi mengamalkan surah Al-Waqiah secara istiqamah serta menerangkan tiga golongan yang disebutkan dalam surah Al-Waqiah. ================= Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah Kunci Memperoleh Kejayaan dan Limpahan Rezeki Dunia dan Akhirat ------------------------------------------ ISI KANDUNGAN Bab 01 Kelebihan-Kelebihan Surah di dalam Al-Quran Surah   Al-Fatihah Surah   Al-Baqarah Surah   Al-Kahfi Surah   Yasin Surah   Ad-Dukhan Surah   Al-Waqiah Surah   Al-Waqiah   Termasuk Surah   Makkiyah Asba...