Posts

Showing posts with the label Buku Parenting

Menyambut Kelahiran Permata Hati

Image
Sinopsis Ini merupakan risalah ringkas yang menghimpunkan beberapa bab beserta ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis pilihan berkenaan kelebihan berusaha mendapatkan anak yang soleh, beberapa perkara berkenaan tanggungjawab ibu bapa ke atas anak yang baru lahir dan sebagainya. Ia hasil daripada bacaan dan saringan serta ringkasan daripada Kitab karya Ibnu Qayyim rahimahullah, iaitu Tuhfah Al-Maudud Bi Ahkam Al-Maulud. Bab-bab di dalam risalah kecil ini disusun sebagai peringatan untuk para pembaca supaya ia bermanfaat bagi kaum Muslimin terutamanya sebagai persediaan bagi mereka yang akan menyambut kelahiran anak. -------------------------------- Tajuk: Menyambut Kelahiran Permata Hati Penulis: Muhammad Fashan Ahmad Ziadi Harga: RM5 tak termasuk pos Whatsapp ke 019 460 3094 untuk order

Kisah Benar Seorang Ibu yang Mendidik Anak Autistik

Image
ANAKKU AUTISTIK! MOHAMAD HAIKAL ARRIZQY, anak yang lahir normal dan sihat. Namun ketika usianya menjangkau dua tahun, barulah aku dapat merasai 'kelainan' anak ini yang akhirnya disahkan autistik.  Pasrah! Aku tetap menyayanginya sepenuh hati seperti adik-beradiknya yang lain. Sejak itu, aku berusaha keras mendidiknya. Tapi entah kenapa, Rizqy seperti menjauhkan diri hingga aku hilang punca dan hampir menyerah kalah. Persoalan yang sering menggangguku, bolehkah Rizqy membaca sedang satu perkataan pun belum pernah terucap dari bibirnya?  Mampukah Rizqy menguruskan dirinya sendiri jika aku dan ayahnya sudah tiada nanti? Sungguh… ibu bapa mana yang tidak gusar bila memikirkan hal ini? Hinggalah suatu hari, aku seperti baru tersedar bahawa sikap serta tindakanku terhadap Rizqy selama ini adalah silap! Sebagai ibu, aku keterlaluan untuk mengharap perubahan drastik daripadanya yang perlukan bantuan. Sejak itu, aku dekati Rizqy dengan penuh sabar dan kasih saya...

Tarbiyatul Aulad oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan

Image
Tarbiyatul Aulad oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan Tarbiyatul Aulad  Jilid 1, Dr. Abdullah Nasih Ulwan menggariskan  persediaan awal bagi mencorak peribadi anak bermula dari proses memilih pasangan hidup sehingga persediaan daripada aspek fizikal, mental, dan psikologi ibu bapa sebelum dan selepas kelahiran anak. Perbincangan meliputi: Perkahwinan adalah Pemilihan Terancang Kelebihan Orang yang Bersabar atas Kematian Anak Mendenda dan Memulaukan Anak dengan Tujuan Mendidik Mendahulukan Kepentingan Islam Melebihi Kecintaan kepada Anak Hukum-Hukum Am Berkenaan Anak yang Baru Lahir Faktor Keruntuhan Akhlak Anak-Anak dan Cara Mengatasinya Prinsip Dasar Rasulullah s.a.w. dalam Menjaga Peribadi dan Akhlak REVIEW Mencari pasangan hidup yang terbaik, inilah permulaan untuk mendidik anak yang terbaik. Pasangan yang hidup atas dasar cinta kerana Allah akan menjadikan Islam sebagai bekal pendidikan yang terbaik buat anak mereka. Dunia buku dan per...

How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu

Image
Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif. Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti : - Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka - Mewujudkan Kerjasama - Alternatif Selain Hukuman - Galakan Berdikari - Pujian - Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan - Menggabungkan Semuanya Bersama Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia. ISI K...

Putus Asa Bila Bayi Sering Menangis? Baca Ini untuk Tenangkan Diri

Image
Petikan artikel dan gambar daripada babycenter.com.my Bayi menangis, apa yang ibu bapa perlu lakukan? Lampin sudah ditukar, bayi sudah dipeluk dan dibedung, bayi sudahpun ditukar baju selesa, dan cukup menyusu. Namun masih menangis? Ikuti cadangan berikut untuk menenangkan diri anda di saat anda hampir putus asa memujuk anak yang menangis. Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga  diri sendiri  supaya anda tidak rasa tertewas.  Di sini diberikan beberapa cadangan:  - Tarik nafas panjang. - Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.   - Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit. - Panggil kawan atau  saudara  untuk menda...

Anak, Jika Tiada Bersangka Baiklah dengan Allah

Image
Anak, Jika Tiada Bersangka Baiklah Dengan Allah Kadangkala, soalan yang berdurasi satu saat ini cukup membuatkan suami isteri bersedih selama seminggu, sebulan, atau mungkin setahun. Mereka hanya mampu mempersoalkan, tetapi adakah mereka pernah berfikir tentang perasaan pasangan yang belum dikurniakan anak? Bersabarlah wahai mereka yang belum dikurniakan anak, kerana mempunyai anak bukanlah segalanya dalam kehidupan, sebaliknya menjadi hamba Allah yang sejati adalah fokus utama dalam hidup. Antara topik yang menarik dalam buku ini: ● Hadirnya mungkin nikmat, tiadanya bukan bererti musibah ● Kisah Nabi Ibrahim AS ● Jangan takut menjadi miskin kerana anak ● Bersabar, redha dan bersyukur dengan ketentuan Allah SWT ● Merancang masa depan andai tidak dikurniakan cahaya mata hingga usia tua ● Jangan bandingkan kekurangan kita dengan kelebihan orang lain ========================== Penulis: Salilah Saidon, Auni Aslah Mat Daud Penerbit: Must Read ...

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi

Image
Buku: 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi Penulis: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki KEISTIMEWAAN BUKU INI - Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama. - Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal lengkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun. - Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya. - Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak. ISI KANDUNGAN Kata Pengantar Bahagian 1: Melihat Anak sebagai Amanah Bab 1: Membisikkan dalam Hati Bahawa Anak adalah Amanah Allah s.w.t. Bab 2: Jadikan Kalimah Tauhid sebagai Lafaz Permulaan Bab 3: Ajar Anak Mengenali Allah s.w.t. dengan Sifat-Sifat 20 Bab 4: Didik Diri dengan Ilmu Bab 5: Didik Anak Mengetahui Kejadian Alam Semesta dan Kebesaran Allah s.w.t. Bab 6: Didik Anak Mendirikan Solat Bab 7: Bekalkan Ilmu Agama yang Secukupnya kepada Anak Bab 8: Hidupkan Bi‘ah Islamiyyah di Rumah Bab 9: Dekatkan Anak-Anak dengan Masjid ataupun Surau Bab 10: Tanamkan Semangat...