Wednesday, 26 October 2016

Putus Asa Bila Bayi Sering Menangis? Baca Ini untuk Tenangkan Diri

Petikan artikel dan gambar daripada babycenter.com.my

Bayi menangis, apa yang ibu bapa perlu lakukan? Lampin sudah ditukar, bayi sudah dipeluk dan dibedung, bayi sudahpun ditukar baju selesa, dan cukup menyusu. Namun masih menangis?



Ikuti cadangan berikut untuk menenangkan diri anda di saat anda hampir putus asa memujuk anak yang menangis.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak rasa tertewas. 

Di sini diberikan beberapa cadangan: 
  • - Tarik nafas panjang.
  • - Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda. 
  • - Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit.
  • - Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.
  • - Cari kumpulan sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi perasaan anda dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain.

  • Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan. 
  • Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.

Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan tunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Secara perlahan-lahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti.

========================================

Banyak lagi info dalam buku MENGAPA BAYI ANDA MENANGIS? karya Uswatun Hasanah Mohd Habib, terbitan Dubook Press.



Harga RM35 termasuk pos.

Untuk memiliki buku ini, klik di SINI .

Like page Hif Bookstore .

Follow Instagram @hifonlinestore .


No comments:

Post a Comment