Posts

Showing posts with the label Buku Agama

Selamat Tinggal 2025, Hello 2026!

Image
Syukur alhamdulillah diberi peluang bernafas hingga hari terakhir tahun 2025. Berapa banyak buku berjaya baca sepanjang tahun ni? Kak Hif lupa nak kira, tapi ada la peningkatan sikit berbanding 2024. Genre buku pun lebih pelbagai. Fiksyen ada, bukan fiksyen pun ada. Yang penting dan Kak Hif paling lega sebab dapat tutup 2025 dengan habiskan buku Jaddid Hayatak (Perbaharui Hidupmu) oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali. Terbitan Iman Publication. Dah lama bukunya tapi Kak Hif cuba konsisten untuk baca setiap hari lepas solat Subuh dan mengaji, paling kurang 1 bab, kalau panjang sangat, baca 2-3 hari. Alhamdulillah, setahun habis baca buku yang berhalaman 319 muka surat tu. Untuk tahun baharu 2026, Kak Hif pilih buku Falsafah Hidup oleh Hamka. Kak Hif rasa buku Hamka sangat sesuai untuk kita pandang sisi kehidupan dari sudut berbeza dan berusaha membaiki diri. Sesuailah kan untuk mula tahun baharu ye tak? Tapi ini terbitan lama, masih pekat dan padu Bahasa Indonesianya walaupun dah disunting l...

9 Cara Supaya Ilmu Membuahkan Amal

Image
Teks & Foto: Kak Hif Dengan adanya ilmu, manusia boleh bertindak dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Dengan itu, ilmu tersebut lebih difahami dan dapat disebarkan dengan lebih berkesan. Dalam buku Jaddid Hayatak (Perbaharui Hidupmu) yang ditulis oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali ada penerangan bagaimana ilmu yang dimiliki mampu membuahkan amal. Antara inti pati penting dalam bab ini: 1. Ada dua ilmu : ilmu di hati, iaitu ilmu yang bermanfaat, dan ilmu di lisan, iaitu hujah Allah bagi manusia. Memetik kata-kata Bernard Shaw - "Jika anda mengajarkan sesuatu dengan kata-kata kepada seseorang maka dia selamanya takkan pernah belajar."  Pengarahan lisan tidak akan membuatkan pengetahuan tersebut tahan lama. Menurut Dale Carnegie pula, "Cubalah, lakukankanlah dan praktikkan (apa yang tertulis dalam bukunya) pada setiap kesempatan yang anda miliki." 2. Amal atau tindakan nyata akan MENGHIDUPKAN hati dengan pengetahuan yang sedar dan aktif.  Ilmu yang lahir daripada a...

Kata-kata Hikmah dalam Hiduplah untuk Hari Ini

Image
Teks & Foto: Kak Hif Mencari ketenangan di celah kegelisahan. Kak Hif yakin banyak dalam kalangan kita yang sangat perlukan ini. Rutin harian yang sibuk, tuntutan keluarga dan kerja -- jika tidak diurus dengan bijak dan berhemah akan mempengaruhi kesihatan kita secara tak langsung. Kak Hif ambil masa agak lama untuk selesai baca naskhah ini sebab tebal bukunya, hampir 450 muka surat. Tapi alhamdulillah, habis juga.  Tip nak konsisten baca sampai habis: baca 1-2 muka surat setiap hari, selepas solat Subuh atau sebelum mula kerja.  Antara kata-kata hikmah yang Kak Hif petik dalam buku ini, mudah-mudahan dapat menenangkan kekacauan jiwa, meredakan gelisah dan gundah-gulana, sekaligus memberi semangat baharu menghadapi sebarang ujian yang datang. Kata-kata hikmah dalam buku ini: 1. Kebenaran akan tetap menjadi kebenaran meskipun disampaikan oleh orang yang menentang kebenaran. (Ms 24) Kredit: Ustaz Dr Idris Sulaiman 2. Perubahan bermula dari dalam diri sendiri ! (Ms 34) Kredi...

Amalan Wanita Haid Ketika Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan

Image
Teks: Kak Hif Kita sudahpun masuk bulan Rejab, bermakna tidak lama lagi kita akan bertemu Syaaban dan Ramadan, insya-Allah. Adapun banyak amalan yang dianjurkan dilakukan ketika Rejab, bolehkah wanita haid turut sama meraih pahala? Dah tentu boleh. Ini Kak Hif kongsikan antara amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang uzur syarie ketika dalam bulan Rejab, juga boleh diamalkan dalam bulan-bulan lain. Wanita haid boleh melakukan ibadah yang tidak memerlukan syarat suci daripada hadas, kerana definisi ibadah adalah seluruh perkara yang dicintai dan diredai Allah, sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan, zahir ataupun batin. Amalan Hati (Qalbiyah) 1. Menghadirkan keikhlasan Ikhlas menjalani tempoh haid, ikhlas meninggalkan segala larangan semasa haid. Meninggalkan puasa dan solat semasa haid menunjukkan ketaatan kepada perintah Allah dan dikira sebagai ibadah - iaitu mentaati perintah menjalani ibadah dengan ikhlas. 2. Berasa diawasi Allah Akan menimbulkan sifat malu melakuk...

Tahan dan Tenang Nanti Datang Senang (Ustazah Nuraini Shahbuddin @journalingbonda)

Image
Kak Hif nak kongsi satu buku berkenaan al-Quran yang sangat sangat mesra pembaca. Grafiknya cantik, kemas tersusun dan mudah difahami. Warnanya pun ceria dan bersemangat untuk pembaca lebih memahami isi kandungan Quran dengan cara yang santai tetapi padat. Buku  ini hasil nota Ustazah Nuraini Shahbuddin melalui IG @journalingbonda . Tajuk buku ini adalah Tahan dan Tenang, Nanti Datang Senang.   Buku ini mengandungi  40 infografik tadabbur dan huraian ayat al-Quran  yang dapat dijadikan inspirasi dan motivasi bagi seorang hamba dalam meniti perjuangan kehidupan. Buku ini juga dilengkapi ruangan DIY Tadabbur beserta panduan, dilampirkan istimewa buat para pembaca agar berpeluang mentadabbur lebih banyak lagi ayat al-Quran yang boleh dijadikan inspirasl kehidupan. BELI DENGAN HARGA DISKAUN, KLIK SINI. PEMBELIAN MELALUI WHATSAPP, KLIK SINI. LIKE FACEBOOK: HIF BOOK STORE  FOLLOW INSTAGRAM: @hifbookstore 

Kombo Tadabbur Ramadan - Tadabbur Hikmah Juzuk Amma & Ibrah Kisah Ajaib dan Fakta Saintifik Makhluk Terawal

Image
KOMBO Ramadhan mengandungi dua buah buku iaitu: 1. Tadabbur Ibrah Kisah Ajaib Dan Fakta Saintifik Makhluk-Makhluk Terawal Diciptakan Tuhan Menurut Imam Ibnu Kathir & Buya Hamka  2. Tadabbur Hikmah Juzuk 'Amma: Pelajaran dari Tafsir Agung Nusantara ========================================================= Tajuk: KOMBO Tadabbur Ramadan Penerbit: PTS Penulis: Prof Madya DR Rozaimi Ramle,  Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, Imam Al Nawawi , Irfan Amalee ,  DR. Muhammad Atiullah Othman Tahun Terbitan: 2019, 2020 Muka Surat: 1349 Halaman: Hitam & Putih Format: Soft cover Berat (kg): 1.87 ========================================================= Tadabbur Hikmah Juzuk 'Amma: Pelajaran dari Tafsir Agung Nusantara SINOPSIS Dalam Juzuk ‘Amma terdapat 37 surah yang sering kita baca ketika solat. Dimulai dengan surah Al-Naba’ dan diakhiri dengan surah Al-Nas. Surah-surah yang pendek ini mengandungi pelbagai perbahasan mengenai soal hidup...

Set Buku 100% Muslimah oleh Muyassaroh Zuhri, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Ririn Rahayu & Nani Latifah

Image
Tajuk: Set 100% Muslimah  Penerbit: PTS Publishing House Penulis: Muyassaroh Zuhri, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Ririn Rahayu & Nani Latifah Tahun Terbitan: 2021 Bilangan muka surat: - 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah: 572 - Zikir & Doa Muslimah: 196 - 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia: 467 - Hijrah Muslimah Milenial: 282   Halaman: Berwarna Format: Soft cover Berat (kg): 1.61 ===================================================================== Set 100% Muslimah adalah sebuah set premium yang terdiri daripada 4 buah buku khusus buat muslimah. Set ini memfokuskan kepada pembinaan jati diri muslimah yang sempurna lengkap semua aspek seperti intelektual, spiritual, dan juga aspek emosional pada zaman milenial ini. Muslimah milenial yang disebutkan, tidak terhad kepada muslimah yang masih belia dan mereka yang bergelar generasi Z sahaja. Sebaliknya, semua muslimah yang masih wujud mengisi keindahan alam milenial ini. Zaman milenial y...