Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Buku Siri Idea Bento: Idea Bekal Ke Sekolah dan Pejabat

Siri Idea Bento: Idea Bekal ke Sekolah (Menu Ala Barat), Chef Azian Harga senaskhah: RM15.00 (tak termasuk pos) Jumlah muka surat: 104 Himpunan lebih dari 40 resipi dalam buku Siri Idea Bento ini memberikan idea kepada para pembaca dalam menyediakan bekal sama ada untuk anak, suami mahupun diri sendiri. Setiap resipi dalam buku ini disertakan juga gambar-gambar cara membuat. Resipi-resipinya juga ringkas, mudah disediakan dan enak. Tidak menggunakan bahan-bahan perasa tambahan, resipi ini sesuai bagi menjaga kesihatan. Selain dari itu, Chef Azian turut memberikan tip-tip berbento bagi ibu-ibu yang sibuk dan anak yang cerewet dalam memilih makanan. Dapatkan buku ini di pasaran bagi memberi idea dalam penyediaan bekal untuk anak-anak. Idea bento dalam buku ini: 1. Sandwic Telur dan Tuna 2. Chili Dogs 3. Patti Salmon dengan Timun Jepun 4. Pankek dengan Sos Strawberi 5. Sosej Koktel Bermadu 6. Pai Epal 7. Makaroni dan Keju 8. Steak Daging Cendawan 9. Kentang Bakar Berinti ...

Buku Prof Muhaya: Padanya Ada Hikmah & #Prof Muhaya's Quotes

Prof Dr Muhaya, kata-katanya menusuk hati, mencetus inspirasi. Selami lebih dalam tentang hubungan diri kita dengan pencipta, dengan keluarga dan masyarakat melalui karya Prof Dr Muhaya ini. Semoga lebih bermotivasi! ========================= Buku 1: #ProfMuhaya’S Quotes (Baru terbit - Januari 2016) Harga senaskhah: RM14.00 (tak termasuk pos) Jumlah muka surat: 112 SINOPSIS Himpunan status Facebook Prof. Dr. Muhaya yang memberikan inspirasi dan motivasi kepada para pembaca. Himpunan status ini merangkumi pelbagai aspek seperti keagamaan, kekeluargaan, dan perhubungan. ______________________________________ Buku 2: Padanya Ada Hikmah Harga senaskhah: RM13.00 (tak termasuk pos) Jumlah muka surat: 128 Kadangkala hati menyangka, kisah yang terjadi kepada kita tidak ada kesenangan padanya. Kadangkala hati juga bertanya, mengapa Tuhan memberikan kasih yang tidak ada manisnya. Mungkin kita lupa, Tuhan Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Lalu pada setiap kisah yang diberikan kepada manus...

Buku Popular: Catatan dan Momen2 Matluthfi

Matluthfi yang gelagatnya mencuit hati. Dari Youtube, kini Mat dah ada 2 buku dah woi! Terbaru, Mat dah kawen! Buku 1: CATATAN MATLUTHFI Kalau kalian suka baca diari orang, mungkin kalian suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia. Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada dalam buku ini (ha???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya. Buku ini pasti akan membawa pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim, dan yang paling penting mengenal diri kalian sendiri. SIAPA MATLUTHFI ni sebenarnya? Jelasnya, Matluthfi berasal dari Utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang. Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun...

7 Sebab Usahawan Baru Gagal dalam Bisnes (Raja Shamri)

Teks: Dr Raja Shamri Sumber: Facebook Nak kaya? Nak berjaya dalam perniagaan? Nak jadi usahawan? Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya ? Kenapa eh ... Ok lah ... untuk bincang isu ni rasanya seminggu tak habis. Kita ringkaskanlah sikit ya ... Begini ... saya sudah 14 tahun terlibat dalam bidang training ni dan rasanya tidak kurang dari 200 orang usahawan dan perniagaan yang telah saya diminta untuk beri nasihat dan tunjuk ajar, untuk troubleshoot masalah, bantu bagi nasihat dan sebagainya... baik perniagaan kedai runcit, kedai makan, klinik perubatan, insurance agency, law firm, engineering, syarikat MLM, dan sebagainya... Dari situ saya rasa saya nak simpulkan kenapa seseorang itu tidak berjaya dalam perniagaan/tidak boleh jadi kaya/Tuhan tak bagi dia kaya/tak bagi dia jadi usahawan berjaya dan sebagainya... 1. NIAT TAK BETUL - tujuan nak jadi kaya sebab nak jadi bos boleh rileks orang lain bekerja kita pantau je ... hekk elehhhh ... tahu tak jadi bos lagi banyak kerja lagi banya...

Buku Resipi: Resipi Alergi

Buku yang patut dimiliki oleh mereka yang ada masalah alergi! Buku ini mempunyai 96 muka surat, dilengkapi dengan 40 resipi tanpa bahan tenusu, telur dan gluten. Hasil karya Puan Nazihah Nasir. SINOPSIS BUKU RESIPI ALERGI Himpunan 40 resipi yang menarik dan mudah disediakan. Paling penting, bahan-bahan yang digunakan tidak membahayakan mereka yang alergi. Tidak menggunakan bahan tenusu, telur dan gluten . Resipi yang disertakan adalah makanan biasa untuk orang normal, cuma penulis menggantikan bahan 'terlarang' dengan bahan yang pesakit alergi boleh makan. Resipi aiskrim tanpa telur, cinnamon roll dengan susu badam, kek menggunakan minyak masak dan banyak lagi. Buku ini dihasilkan untuk mereka yang alergi pada telur, bahan tenusu dan gluten. Ia tidak terhad pada resipi untuk kanak-kanak, juga boleh digunakan oleh orang dewasa. ISI KANDUNGAN -           Wafel & Sos Strawberi -        ...

[Pre Order] Buku Resipi: Mufin dan Cupcake

Buku resipi terbaru yang diterbitkan oleh PTS, hasil sentuhan Chef Fazalina. Dengan berformat paperback, sebanyak 96 muka surat padat dengan resipi menarik dan terbaik bagi 3 jenis comfort food dalam 1 buku. Kini membuat mufin, cupcake ataupun pai bukan lagi sesuatu yang sukar. Dengan adanya buku ini anda boleh mempelajari dan mencuba ketiga-tiga jenis makanan ini. Setiap resipi disertakan CARA membuat beserta GAMBAR YANG LENGKAP. Tunggu apa lagi, dapatkan buku ini dan hasilkan mufin ataupun cupcake yang menarik! ISI KANDUNGAN Resipi Mufin Mufin Chocolate Buttermilk Mufin Lobak Merah Mufin Strawberi Mufin Kekacang Mufin Vanila Mufin Oren & Kismis Mufin Coklat & Keju Mufin Yogurt Bercoklat Cip Mufin Ceri Lemon Mufin Mocha Mufin Cip Coklat Mufin Blueberi Mufin Labu Kuning Mufin Pandan Mufin Epal Resipi Cupcake Cupcake Red Valvet Cupcake Coklat Gula Kristal Cupcake Oreo Cupcake Putih Susu Cupcake Marble Cupcake Ombak Rindu Cupcake Peanut Butter Cupcake...

Ejen Buku Terbitan PTS

Alhamdulillah, tahun ini HOS menambah satu lagi produk iaitu BUKU. Kalau sebelum ni jual makanan je, kali ni kita jual makanan minda pulak ye hehe. Kami menjual buku-buku terbitan PTS. Buat masa ini hanya terbitan mereka sajalah, akan datang insha Allah akan diusahakan untuk jual buku terbitan publisher lain juga. Kami akan review buku-buku PTS dari semasa ke semasa dan share buku-buku yang bestseller insha Allah. Lebih update terkini  >>> follow Instagram HOS di http://instagram.com/hifonlinestore ya! Jom baca buku - 1 buku 1 bulan. Setahun habis 12 buku 😊