Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Buku Motivasi: Think and Grow Rich (Edisi Bahasa Melayu)

Tajuk: Think and Grow Rich (Edisi Bahasa Melayu) Penulis: Napoleon Hill Harga: RM29.90 Buku-buku kewangan yang ada pada masa kini banyak mengajar pembaca supaya berjimat cermat, menabung, meningkatkan pelaburan, bersara awal, dan melangsaikan hutang secepat mungkin. Namun, tidak ada satu pun buku kewangan yang mampu menandingi buku ini. Mengapa? Think  a nd Grow Rich  langsung tidak menyentuh soal kemahiran teknikal dalam bidang kewangan, tetapi buku ini membantu pembaca mengatasi halangan secara psikologi yang selama ini menutup jalan bagi mencapai kekayaan. Turut diringkaskan dalam buku ini ENAM langkah mencapai kekayaan: 1) Tetapkan jumlah wang yang kita mahu, bukan sekadar menyatakan dalam diri, "Saya mahu banyak wang." 2) Kenal pasti pengorbanan mesti dilakukan demi mendapatkan wang yang kita mahukan. 3) Tetapkan tarikh yang pasti, iaitu bila kita akan mendapat wang yang kita mahu. 4) Atur perancangan bagi merealisasikan kemahuan...

Buku Motivasi: The Success Principles (Edisi Bahasa Melayu)

  Tajuk: The Success Principles (Edisi Bahasa Melayu) Penulis: Jack Canfield, Janet Switzer (Penulis Bestseller Chicken Soup for the Soul) Harga: RM38.00 Buku ini berkongsi cara bagi meningkatkan keyakinan diri, mengatasi cabaran kehidupan, menikmati kehidupan, dan merealisasikan cita-cita tertinggi kita. Terdapat 64 PRINSIP KEJAYAAN yang terbukti berkesan dan diamalkan oleh tokoh-tokoh dunia sepanjang sejarah ketamadunan dunia. Prinsip yang dikongsi oleh Jack Canfield ini biasa-biasa sahaja, tetapi hasil yang dapat kita capai memang luar biasa. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip kejayaan ini, kita adalah insan biasa yang mampu mencapai kejayaan-kejayaan yang luar biasa. Dapatkan buku ini sekarang, amalkan prinsip-prinsip kejayaan, dan nikmati hidup ini sepuas-puasnya.   Bahagian 1: Fundamental Kejayaan 1. Bertanggungjawab 100% ke atas Hidup Ini 2. Jelas Mengapa Kita Berada di Dunia Ini 3. Tetapkan Apa yang Kita Mahukan 4. Yakin Kejay...

Buku Motivasi: 30 Strategi Membina Pengaruh

Tajuk: 30 Strategi Membina Pengaruh Penulis: Zamri Mohamad, Haeqal Zulqarnain Harga: RM13.90 Prakata    Bahagian 1: Pengaruh yang Kabur Diperjelas Hari 1: Segelas Air Suam, Secawan Teh Pengaruh    Hari 2: Berpengaruh dari Atas ke Bawah Cara Xenophon    Hari 3: Bina Kejayaan Kecil Apabila Membina Pengaruh    Hari 4:Dua Muaz Satu Pengaruh, Satu Kepercayaan    Hari 5:Genius Muhammad bin Abdullah Mempengaruhi Hati    Hari 6:Harun bin Puteh, Wakil Rakyat Tanpa Jawatan    Hari 7:Hilang Pengaruh dalam Tempoh 10 Hari Bahagian 2: Sedikit Demi Sedikit, Lama-lama Pengaruh Membukit     Hari 8:Hobi Informasi Awal Bina Pengaruh    Hari 9:Hormat Berganda, Pengaruh Diterima    Hari 10:Ibrahim bin Aazar Mencipta Pengaruh Visual    Hari 11:Kuasa Pengaruh Datang daripada Bicara yang Lembut    Hari 12:Lakukanny...

Buku Motivasi: Motivasi Gaya Rasulullah

Tajuk: Motivasi Gaya Rasulullah Penulis: Mohd Khairul Nizam Harga senaskhah: RM12.00 Kita ada mendengar perihal motivasi, namun bagaimana pula motivasi gaya nabi?  Mengapa pula motivasi itu mengikut gaya Rasulullah?  Mengapa tidak gaya yang lain? Jelas daripada Quran dan Sunnah bahawa Muhammad itu sebaik-baik contoh. Bahkan Micheal H. Hart dalam buku The 100: A Ranking of the Most Infl uential Persons in History meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah, mengatasi Jesus (Isa) mahupun saintis ulung, Isaac Newton. Motivasi Gaya Rasulullah menggali rahsia nabi dalam memotivasi. Teknik motivasi nabi itu adalah begitu unik. Teknik motivasi nabi mempunyai unsur ganjaran dan hukuman, namun melebihi sekadar kedua-duanya sahaja. Motivasi Gaya Rasulullah menyelak lembaran sejarah, dan melihat kembali kisah nabi. Melalui Motivasi Gaya Rasulullah, moga-moga kita dapat hidup dengan cara nabi.  Semoga kita semua mendapat bimb...

Buku Motivasi: Menyingkap Mukjizat Surah Al Waqiah

Buku: Menyingkap Mukjizat Surah Al Waqiah Penulis: Muhammad Mokhtar Harga senaskhah: RM10.90  Allah menepati janjinya apabila kita tidak mengingkarinya. Oleh itu, laksanakan pesanan nabi yang menganjurkan kita membaca surah al-Waqiah pada waktu malam. Sesungguhnya, surah itu mengandungi kelebihan yang dahsyat bagi MEMUDAHKAN KITA MENCARI REZEKI. Prakata Bab 1: Pendahuluan Kelebihan-kelebihan Surah di dalam Quran Surah al-Fatihah Surah al-Baqarah Surah al-Kahfi Surah Yasin Surah ad-Dukhan Surah al-Waqiah Surah al-Waqiah Termasuk Surah Makkiyah Asbabun Nuzul Surah al-Waqiah Persoalan-persoalan Bab 2: Maksud Surah al-Waqiah Sekilas Berkenaan Kandungan Surah-surah di dalam Quran Al-Waqiah , Surah yang ke-56 Hubungan Surah al-Waqiah dan Surah al-Hadid Menjelaskan Mengenai Kiamat Pedihnya Neraka dan Nikmatnya Syurga Keistimewaan Surah al-Waqiah Bab 3: Membaca Surah al-Waqiah Menjauhkan Kefakiran Beribadah dan Berusaha Kekuatan Spiritual Memudahkan Rezeki Membacany...

Buku Islamik: Fahami Bacaan Dalam Solatmu

  Harga Senaskhah: RM15.00 Jumlah Muka Surat: 208 Penulis: Dr Ibrahim Hashim “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: ayat 1-2). Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan di akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum. Buku yang disusun oleh barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam MEMAHAMI BACAAN dalam solat merek...

Buku Resipi: Siri Senangnya Memasak oleh Chef Hanieliza

Koleksi Siri Senangnya Memasak, Chef Hanieliza Dapatkan siri buku resipi Senangnya Memasak yang menghidangkan resipi pilihan seisi keluarga dengan harga yang murah dan mudah dipraktikkan. Dengan ilustrasi langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Chef Hanieliza, pastinya aktiviti memasak menjadi lebih mudah dan santai. Terdapat 3 buah buku untuk dibuat koleksi. Buku 1 Senangnya Memasak Nasi, Mi, Mihun & Kuetiau (46 Resipi) Harga senaskhah: RM7.00  Jumlah Muka Surat : 48 Senangnya Memasak Nasi: Nasi Dagang     Nasi Goreng Tomyam Nasi Bukhari Ayam Nasi Daging Nasi Goreng Cina Nasi Goreng Kailan Ikan Masin Nasi Goreng Nanas Nasi Goreng Kerabu Nasi Goreng Kampung Nasi Goreng Pattaya Nasi Goreng Petai Nasi Hujan Panas nasi Lemak Nasi Kukus Nasi Lemak Sri Pandan Nasi Paella Nasi Jagung Nasi Minyak Nasi Tomato Nasi Padprik Nasi Lobak Merah Nasi Lemak Kukus Nasi Hujan Panas Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau: Mi Bandung Mi ...

Buku Resipi: Menu Sihat Inspirasi Rasulullah

Menu Sihat Inspirasi Rasulullah Harga senaskhah: RM29.00  Jumlah Muka Surat : 192 Memetik kata Chef Sabri: Pengalaman saya menjadi chef selama hampir 25 tahun, membawa saya menjelajah ke banyak negara di seluruh dunia. Pelbagai ragam dunia masakan yang saya lalui, memberi banyak pengajaran dan membuatkan saya lebih mengenal hubungan antara makanan dalam pembentukan peribadi manusia. Benar, makanan memberi banyak pengaruh dalam pertumbuhan akal dan naluri setiap manusia. Atas kesedaran betapa penting makanansihat dan baik dalam kehidupan, saya membulat tekad menghasilkan buku berkenaan makanan sunnah ini. Dengan menggabungkan bahan-bahan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ke dalam bentuk resepi makanan moden citarasa Malaysia ini, semoga ia dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat bagi mempelbagaikan menu sihat dalam diet seharian. Bahagian-bahagian dalam buku ini: BAHAGIAN 1 Khasiat Makanan Rasulullah Menurut Al-Quran dan Hadith 9 BAHAGIAN 2 Etika Makan dan Minum ...

Buku Bestseller: Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) - Puan Ainon Mohd

Memulakan bisnes sendiri memang sangat mengujakan. Kita semestinya sudah membayangkan apakah bisnes yang akan kita lakukan, serta duit-duit yang akan masuk dengan berbisnes. Tapi adakah kita cukup bersedia untuk mulakan bisnes kita sendiri? Selain menghadiri seminar atau bengkel, juga melalui info-info daripada internet, saya kira buku Bestseller hasil tulisan Puan Ainon Mohd (Ainon Business School, PTS) ini juga amat perlu dimiliki. Edisi Kemas Kini telah dibuka untuk pre-order. Buku dijangka keluar pada 8 Mac 2016 ini. Buku ini dikemas kini daripada segi bahasa dan susun atur bagi meningkatkan penampilan dan kualitinya. Buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri. Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan, bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes, bagaimana memilih rakan kongsi dan bagaimana syarikat dirompak dan perkara baik yang membaha...