Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Saya, Sherlock & Lupin: Wanita Berkelubung Hitam

SINOPSIS Sherlock Holmes, Arsène Lupin, dan Irene Adler bertemu buat pertama kali di Saint-Malo pada musim panas tahun 1870. Mereka seharusnya menikmati percutian musim panas yang indah, namun kes pembunuhan merosakkan rancangan mereka. Secara tiba-tiba mereka terbabit dalam kegiatan jenayah, mayat lelaki dijumpai di tepi pantai, kehilangan kalung berlian, dan bayangan hitam muncul dan lenyap di antara atap-atap rumah di kota. Pihak polis menemui jalan buntu, justeru bantuan pihak lain diperlukan untuk menyelesaikan kes ini. ======= Buku: Saya, Sherlock dan Lupin; Wanita Berkelubung Hitam Penerbit: PTS Harga: RM15 tak termasuk pos Berminat, boleh Whatsapp terus ke 0194603094.

He's Just Not That Into You Edisi Bahasa Melayu

He’s Just Not That Into You Edisi Bahasa Melayu oleh Greg Behrendt, Liz Tuccillo SINOPSIS Wanita memang fitrahnya suka meluah. Mereka gemar berbincang sesama sendiri tentang pelbagai perkara, termasuklah perihal perhubungan, cinta, dan lelaki. Mereka mampu duduk berbincang selama berjam-jam sambil menganalisa hati lelaki yang kononnya begitu kompleks untuk difahami. Hakikatnya, lelaki tidak kompleks. Sangat tidak kompleks! Jikalau mereka suka, mereka suka. Jikalau mereka tidak suka, mereka tidak suka. Itu sahaja. Soalnya sekarang, mereka tidak akan beritahu sekiranya mereka tidak punya perasaan, atau tidak cukup suka pada seseorang wanita itu. Mereka lebih suka memilih untuk melakukan perkara-perkara yang akhirnya akan mengelirukan wanita itu sendiri. Menerusi buku He's Just Not That Into You Edisi Bahasa Melayu ini, Greg Behrendt dan Liz Tuccillo akan membantu pembaca memahami hakikat apabila seorang lelaki tidak menyimpan perasaan istimewa terhadap seorang wanita. ========...

How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu

Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif. Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti : - Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka - Mewujudkan Kerjasama - Alternatif Selain Hukuman - Galakan Berdikari - Pujian - Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan - Menggabungkan Semuanya Bersama Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia. ISI K...

Sherlock Holmes: A Study in Scarlet & The Sign of Four (Edisi Bahasa Melayu)

SINOPSIS Penyiasat genius eksentrik yang ikonik, Sherlock Holmes dan sahabatnya, Dr. John H. Watson mula diperkenalkan dalam majalah Beeton's Christmas Annual pada tahun 1887. Dan hingga kini, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Sherlock Holmes adalah watak fiksyen paling terkenal dan telah muncul dalam pelbagai bahasa dan medium. Buku ini mengandungi dua novel terawal, A Study in Scarlet, tentang misteri pembunuhan yang memeningkan dan tulisan Rache berdarah pada dinding, dan The Sign of Four, memperkenalkan watak Mary Morstan, wanita muda yang meminta bantuan Holmes dan Dr. Watson merungkai misteri mutiara yang diterimanya setiap tahun, beberapa tahun selepas kematian ayahnya.  CONTOH ISI DALAMAN: Laluan menghala ke dapur dan pejabat yang diperbuat daripada papan itu penuh dilitupi debu. Kelihatan satu pintu di sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri. Satu pintu itu kelihatan seperti ditutup berminggu-minggu lamanya. Satu lagi adalah pintu masuk ke dewan makan. Sema...

Pena & Picagari: Dari Hati Pengasas MedtweetMy, Dr Khairul Hafidz

Sinopsis Dengar nama doktor, orang teringat picagari. Tetapi doktor tak hanya perlukan picagari untuk ubati orang. Dia juga perlukan pen(a). Tak. Dia bukannya perlukan pena hanya untuk tulis MC. Dia perlukan pena untuk mengubati penyakit yang tak dapat kita scan; penyakit kejahilan dan hati. Buku Pena dan Picagari adalah himpunan melawan mitos, suka duka seorang doktor, dan pelbagai lagi warna-warni daripada pengasas MedtweetMy.  ========== Isi Kandungan PROLOG MEMBONGKAR MITOS 1. Sunnah Syaitan 2. Makjun Ajaib 3. Mitos Ginjal 4. Mitos Agama 5. Cakaran Hello Kitty 6. Jin dan Subuh 7. Mitos Mandi Malam 8. Kekeliruan Istilah 9. Air Tulang Belakang: Mitos Lumpuh 10. DNA dan Lembu 11. KoolFever Penyebab Cerebral Palsy? 12. Flash Kamera Punca Kebutaan? 13. Paracetamol 14. Sabit Kuku 15. Antara Kencing Tikus dan Serai 16. Mitos Coke dan Durian 17. Air Berkarbonat dan Gagal Ginjal: Satu Penipuan 18. Bedak Talkum Penyebab Kanser 19. Bedung dan Hip Dysplasia 20....