Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Menyambut Kelahiran Permata Hati

Sinopsis Ini merupakan risalah ringkas yang menghimpunkan beberapa bab beserta ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis pilihan berkenaan kelebihan berusaha mendapatkan anak yang soleh, beberapa perkara berkenaan tanggungjawab ibu bapa ke atas anak yang baru lahir dan sebagainya. Ia hasil daripada bacaan dan saringan serta ringkasan daripada Kitab karya Ibnu Qayyim rahimahullah, iaitu Tuhfah Al-Maudud Bi Ahkam Al-Maulud. Bab-bab di dalam risalah kecil ini disusun sebagai peringatan untuk para pembaca supaya ia bermanfaat bagi kaum Muslimin terutamanya sebagai persediaan bagi mereka yang akan menyambut kelahiran anak. -------------------------------- Tajuk: Menyambut Kelahiran Permata Hati Penulis: Muhammad Fashan Ahmad Ziadi Harga: RM5 tak termasuk pos Whatsapp ke 019 460 3094 untuk order

Koleksi Buku Travelog Terbaik

Koleksi buku travelog khusus bagi peminat travel, pengembara dan backpackers! View lebih jelas di SINI . Untuk dapatkan mana-mana buku, boleh terus Whatsapp 019 460 3094.

Berkomunikasi Mengikut Hikmah Islam

Tajuk: Tak Kenal Maka Tak Cinta Penulis: Ustaz Hasrizal Jamil (saifulislam.com) " Syabas buat Ustaz Hasrizal kerana berjaya menghasilkan WOW! dengan hasil karya yang begitu menakjubkan ini. Di kala ummah dahagakan pendekatan dakwah yang lebih inklusif dan kreatif, Ustaz Hasrizal muncul mengisi ruang ini.  Buat peminat saifulislam.com, ini adalah TOP-UP dan BONUS buat anda. Saya menjangkakan lima tahun dari sekarang, karya kreatif sebegini akan menjadi ikutan para pendakwah di Malaysia. Jika anda masih berfikir-fikir sama ada untuk memilikinya atau tidak, usah tunggu lama-lama, saya cadang anda PUTUSkan segera untuk memilikinya. Ia SANTAI dan BOLEH PAKAI! " - AMIN IDRIS,  Pengacara TVAlhijrah, Perunding Latihan & Penulis | www.aminidris.com.my " Sebuah karya yang amat santai dan mudah dihadam, menjentik jiwa dan minda, bukan sekadar untuk menjadi halwa mata sahaja, tetapi memacu untuk kita berfikir dan b...

Menjemput Jodoh, Memikat Sahabat

Tajuk: Magnet Insan Menjemput Jodoh, dan Memikat Sahabat Penulis: Muhammad Muhyiddin SINOPSIS Siapa sesungguhnya jodoh ‘saya’? Bagaimana ‘saya’ boleh menarik perhatian ‘si dia’? Atas faktor apa ‘saya’ menerima ‘dia’? Bagaimana supaya ‘saya’ segera mendapat jodoh? Apakah itu persahabatan sejati? Bagaimana menarik orang untuk bersahabat dengan ‘saya’? Prinsip-prinsip dan alasan bersahabat? Banyak lagi persoalan berkenaan jodoh dan persahabatan. Semua persoalan berikut dapat ditemui jawapannya di dalam naskhah kecil ini yang diberi judul Magnet Insan: Menjemput Jodoh & Memikat Sahabat. Semoga menjadi panduan berguna kepada kita semua dalam menjalani kehidupan sosial yang tenang dan gembira, serta menjadi individu yang disenangi ramai orang. Selamat membaca. ======================================== Harga RM23 tak termasuk pos. Untuk dapatkan, Whatsapp terus ke 019-460 3094.

Manisnya Kurma Ini!

Tajuk: Manisnya Kurma Ini Penulis: Dr Fauziah Mohd Noor Buku ini menceritakan tentang pengalaman hidup seorang guru, pensyarah, pelajar-pelajar dan insan-insan yang bergelar suami dan isteri. Setiap manusia inginkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam hidup. Namun perjalanan mencari kejayaan tidak semudah impian yang dibina, terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Mimpi tidak selalu indah dan hidup tidak selalu payah. Keringat dan air mata menjadi teman perjuangan sebenar di dalam mencari kejayaan. Tidak ada istilah putus asa atau jemu jika ingin berjaya. Buku ini juga menceritakan tentang indahnya hubungan dan persahabatan yang dijalinkan di atas nama keikhlasan dan kasih sayang kerana Allah. Selain tentang perjuangan mencari ilmu dan kejayaan, buku ini juga menceritakan tentang suka duka insan bergelar suami dan isteri. Setiap insan yang memasuki alam perkahwinan mengharapkan kebahagiaan bersama pasangan mereka hingga ke akhir hayat. Namun langit tidak selalu ...

Bunga Kebahagiaan Tuan Guru Nik Aziz dan Isteri

Tajuk: Bunga Kebahagiaan Edisi Kemas Kini Penulis:  Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat =========================== Berkasih sayang dalam rumahtangga adalah fitrah manusia. Suami isteri, anak-anak dan siapa sahaja hatta haiwan sekalipun menginginkannya. Tetapi adakah ianya berlaku dalam kehidupan seharian kita?. Runtuhnya moral masyarakat bermula dari keluarga. Sekiranya tiada kasih sayang, maka masyarakat akan menjadi kucar-kacir. Oleh itu sifat kasih sayang perlu ditekan setiap hari, setiap masa berterusan agar menjadi perkara yang melekat di hati kita. Itulah fitrah manusia yang inginkan kebahagiaan, ketenangan, kerehatan dan segala macam kesempurnaan mengiringi kehidupan. Marilah kita menilik karya Tuan Guru ini, agar berbisik di hati kita untuk maju beramal kekal dalam nikmat kebahagiaan. ======================================== Harga RM15 tak termasuk pos. Untuk dapatkan, boleh Whatsapp terus ke 019-460 3094

Lebih Lama Kahwin, Lebih Manis Rasanya!

Tajuk: Mars and Venus Together Forever Edisi Bahasa Melayu Penulis: John Gray Semoga kekal bahagia sepanjang hayat” “Moga cinta kalian kekal abadi”  Inilah antara ucapan yang seringkali disampaikan kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Bunyinya indah, namun dengan perbezaan yang begitu ketara antara lelaki dan wanita, mampukah sebuah cinta dan perhubungan yang terbina itu kekal hingga ke akhirnya?  Menerusi buku  Mars and Venus Together Forever Edisi Bahasa Melayu  ini, kita akan memahami dan menyelami setiap perbezaan antara lelaki dan wanita, supaya hubungan yang terbina kekal utuh. ======================================== Harga RM34 tak termasuk pos. Untuk dapatkan, boleh Whatsapp terus ke 019-460 3094.

Manual Rumah Tangga untuk Yang Bakal atau Sudah Berkahwin

Tajuk: Manual Rumah Tangga Penulis: Anwar Nursi MANUAL RUMAH TANGGA - Menjemput Cinta Meraih Bahagia adalah sebuah perkongsian yang menyentuh kalbu dan mencuit intelektual sederhana kita dalam berumah tangga, terutama bagi yang bakal berkahwin ataupun sudah bergelar suami isteri. Naskhah ini bukanlah buku fi qh halal dan haram hubungan suami isteri (biarpun ada juga pengisiannya), tetapi kisah asam garam kehidupan berumah tangga boleh dijadikan sebagai manual kita untuk mengemudi bahtera masing-masing. Di samping meneladani perkahwinan dan rumah tangga Rasulullah SAW. =============================== Harga RM26 tak termasuk pos. Untuk dapatkan, boleh Whatsapp terus ke 019-460 3094.

Bagaimana Akhirnya Aku Bernikah oleh Bahruddin Bekri

Tajuk: Bagaimana Akhirnya Aku Bernikah Penulis: Bahruddin Bekri Himpunan kisah inspirasi daripada pelbagai jenis manusia yang mencari rahsia Tuhan yang paling manis, iaitu jodoh. Ada perempuan baik yang patah hatinya, ada lelaki yang terkenang dosa silam, ada yang perlu menanggung keluarga, ada yang berasa wajahnya tidak cantik, ada yang sudah tidak percaya kepada cinta, dan segala macam perkara yang membuatkan jodoh itu terasa jauh daripada mereka. Namun, rahsia Tuhan siapa yang tahu. Ia datang kepada siapa yang mencari dan kepada yang yakin bahawa pada ketika ini, pada saat ini, jodohnya berada di belahan dunia yang lain, tetapi Tuhan belum mempertemukan mereka, kerana mereka sedang diuji. Manisnya berdua, tidak akan terasa sekiranya sebelum ini tidak diuji dengan pahitnya sepi. Kisah 1 : Mencari Jodoh yang Sempurna Kisah 2 : Dipaksa Menikahi Perempuan Cantik Kisah 3 : Bukan Jenis Termakan Kata-Kata Kisah 4 : Maknanya, Aku dan Dia Tiada Jodoh Kisah 5 : Ma...

Mengapa Peta Boleh Sebabkan Penceraian? Baca Buku Ini Untuk Tahu

Tajuk: Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps Penulis: Allan and Barbara Pease ============================================== Sinopsis Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza. Mengapa  lelaki mendengar seperti patung Mengapa  peta boleh menyebabkan perceraian Mengapa  lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta Mengapa  lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan Mengapa  apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri Mengapa  wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja Mengapa  lelaki berperut buncit dan wanita berpunggung...

Why Mars and Venus Collide? Edisi Bahasa Melayu, oleh Pakar Perhubungan No 1 Dunia

Tajuk: Why Mars and Venus Collide (Edisi Bahasa Melayu) Penulis: John Gray Sinopsis Mengapa lelaki dan wanita bersengketa? Sesebuah perhubungan yang harmoni akan dapat terjalin sekiranya lelaki dan wanita tahu cara berkomunikasi yang tepat. Menerusi buku ini, John  Gray akan berkongsi cara-cara komunikasi yang mampu menjaga hubungan yang baik antara lelaki dan wanita. > Mengapa Lelaki Marikh dan Wanita Venus Bersengketa > Lelaki dan Wanita dilahirkan Berbeza > Hormon Stres dari Planet Marikh dan Venus > Senarai Tugas Wanita yang Berjela-jela > Prinsip 90/10 sebagai Penyelesaian > Mr. Fix-it dan Jawatankuasa Home Improvement > Anatomi sebuah Pertengkaran > Bagaimana Mengjentikan Pertengkaran dan Berdamai > Bercakap Mengenai Perasaan dalam Zon Bebas Pertengkaran > Mencari Kasih Sayang di Tempat yang Betul > Mencipta Kasih Sayang yang Berkekalan Sepanjang Hayat ===========================...

Memahami Bahasa Badan untuk Kenali Mesej Tersirat

Tajuk: The Definitive Book of Body Language (Edisi Bahasa Melayu) Penulis: Allan & Barbara Pease Senyuman yang terukir di bibir seseorang mungkin sahaja membawa maksud kegembiraan, namun tidak mustahil juga senyuman itu memiliki maksud yang tersirat. Bagaimana pula dengan individu yang bercakap sambil memeluk tubuhnya? Adakah dia sedang menyembunyikan sesuatu? Tahukah pembaca, sebenarnya 50% - 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya datangnya daripada bahasa badan, bukannya daripada kata-kata yang diucapkan? Sayangnya masih sedikit dalam kalangan kita yang menyedari betapa gerakan fizikal sebenarnya menyampaikan mesej yang tersirat. Menerusi buku  The Definitive Book of Body Language , pembaca berpeluang mempelajari: Bagaimana tapak tangan dan jabat tangan mampu mengawal seseorang. Isyarat bahasa badan Si Penipu Isyarat rahsia menerusi rokok, kaca mata, dan solekan wajah Magik di sebalik senyuman wanita  Penuh dengan fakta-fakta men...

Why Men Can Only Do One Thing At A Time And Women Never Stop Talking

Tajuk: Why Men Can Only Do One Thing At A Time and Women Never Stop Talking (Edisi Bahasa Melayu) Penulis: Allan & Barbara Pease SINOPSIS Mengapa isteri suka bertanya kepada suami, kemudian mendakwa si suami salah setelah mereka memberikan jawapan? Mengapa orang lelaki tidak pernah jumpa barang yang dicari dalam peti ais dan almari, tetapi boleh pula mencari jalan ke kedai minum yang berhampiran? Mengapa wanita dapat menyedari kehadiran wanita lain yang lebih cantik dari jauh, tetapi boleh terlanggar pintu garaj pula bila hendak meletakkan kereta? Mengapa orang lelaki tidak pernah menonton TV tanpa menukar-nukar siarannya? Lupakan segala perkara berbaur politik yang pernah diberitahu kepada kita tentang lawan jantina (walaupun betul)! Lelaki dan wanita tidak sama. Dengan memahami perkara ini merupakan tiket percuma untuk kita menjalin hubungan yang lebih menyeronokkan, memberi kepuasan dan bertahan lama. Dalam buku ringkas yang ‘menjolok’ pemikiran dan mencuit hati ini, pak...