Dalam banyak-banyak azam tahun baru, ada terselit azam nak baca lebih banyak buku? Atau nak tambah koleksi buku dan kembangkan mini library? Mahu lebih idea, mahu lancar menulis - perlu banyak membaca. Boleh mula dengan langkah yang kecil-kecil saja dahulu. Tak usah banding diri dengan orang lain yang boleh baca beratus buku setahun sedangkan kita 1 buku seminggu pun belum mampu. Boleh cuba baca 1 buku sebulan. Setahun akan baca 12 buku. Upgrade sikit, 1 buku seminggu. Setahun dapat 52 buku. Yang penting, gerak dulu. Tabiat akan datang menyusul. Selamat membaca 2018!