Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Memoir Sudirman yang Kukenali

Antara sebab Saodah Ismail menghasilkan buku ini adalah kerana kecewa dengan pelbagai pihak yang gagal menunaikan janji pasca kematian penghibur nombor 1 Asia itu. "Waktu Allahyarham meninggal, beliau 'dimandikan' dengan pelbagai janji antaranya nak buat institusi, nak buat galeri, nak buat muzium, nak buat Jalan Sudirman, nak bagi biasiswa Sudirman untuk anak muda berbakat besar tetapi lama kelamaan tak ada apa pun yang berlaku." "Muzium tak ada, galeri pun saya tak tahu wujud ke tidak, malah ada yang kata hidup segan mati tak mahu. Kuburnya pun hanya ahli keluarga dan peminat yang jaga. Kita belum ada satu bentuk penghargaan untuk Allahyarham." "Sebagai seorang kawan, saya nekad menghasilkan buku ini kerana tidak mahu namanya hilang begitu sahaja." ---- Sudirman yang Kukenali Saodah Ismail RM29 tak termasuk pos ---- #sudirmanyangkukenali #memoir #biografi #kisahhidup #sudirman #hifbookstore #malaysiamembaca #merdeka

PROMOSI BUKU PUISI ITBM

BUKU PUISI ITBM PROMOSI MERDEKA  DISKAUN 10% 20 OGOS - 7 SEPTEMBER 2019 Harga asal: RM15 Harga promosi: RM13.50   SINOPSIS / SARI RANSANG dengan lenggang bahasa wanita dikongsinya pengalaman wanita dan kemanusiaan kekeluargaan dan ketuhanan teruji sebagai wanita gembira dan nestapa amarah atau imarah sulit atau sukar tetap menyantun dengan keindahan ##################################################### Harga asal: RM20 Harga promosi: RM18 Kumpulan Puisi: Apologia  disorotkan secara sinisisme dan bermakna serta mengandungi unsur falsafah pemikiran secara konotasi dan detonasi. Kumpulan puisi ini dibahagikan kepada dua fragmen, iaitu fragmen 1: menyoroti nurani insani dan fragmen 2: menyoroti maknawi duniawi. Dalam fragmen 1, puisi-puisi lebih berkisah dalam perenungan untuk menggalurkan sinisisme tentang diri dan keakukan yang dapat memberi erti manusiawi duniawi yakni berkaitan persoalan umum tetapi tetap mengu...

MERDEKA SALE: BUKU ITBM DISKAUN 10%

MERDEKA SALE! Promosi buku-buku ITBM sempena Merdeka! Diskaun 10% untuk buku terpilih, yang pastinya berbaloi dimiliki. Ada buku sastera, ilmiah, tip menulis dan membaca, rujukan terjemahan, sejarah, motivasi, pendidikan. Diskaun sah hingga 7 September sahaja. # bukumurah   # bukuonline   # malaysiamembaca   # itbm Untuk paparan lebih jelas, boleh ke FB Hif Bookstore . Untuk pesanan, sila KLIK SINI .

Tip Mengemas Rumah Bersama Hani

Pening kepala nak kemas rumah yang bersepah? Barang-barang terlalu banyak sampai tak tahu yang mana kena kemas dulu? Ikuti tip mudah mengemas rumah bersama Hani dalam video ini. Untuk lebih banyak tip mengurus rumah, boleh dapatkan buku ni. Kak Hif suka sebab buku ni praktikal, mudah diikut dan halamannya berwarna. Best! DARI PORTAL PTS Belajar bagaimana merancang pengurusan rumah, makanan, dan kewangan. Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti membeli barang baru. Melihat kepada keadaan ini, Dr. Hani Mynis mencurahkan segala ilmu pengurusan rumah yang diambil daripada pengalamannya sendiri dan tunjuk ajar orang tuanya. Beliau menyatakan, sekiranya kita mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik, kerja-kerja mengurus rumah tidak menjadi suatu tekanan dan perkara yang memenatkan. DARI PORTAL BOOKCAFE Panduan lengkap ...