Setelah sekian lama kita menaruh harapan untuk menatap kembali kalam hikmah daripada seorang tokoh yang disegani di Malaysia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Akhirnya tercapai juga harapan kali ini menatap setiap butir bicara hikmah menghuraikan Kalam Allah yang disampaikan setiap pagi Jumaat. Selepas 4 tahun Almarhum Tuan Guru meninggalkan kita, akhirnya penerbitan ini dapat direalisasikan. Penerbitan Tafsir Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kesinambungan penerbitan tafsir yang pernah diterbitkan oleh beberapa pihak di era 90an. Audio asalnya ditrankskrip semula, kemudian dimasak dan diadun dengan tertib supaya semua orang di Malaysia dapat membacanya. Pembaca akan merasai 'kanji-kanji' bicara Tuan Guru yang segar dan enak melalui hidangan huraian Tafsir Al-Quran. TRANSKRIP KULIAH Daripada audio asal kuliah Tok Guru yang disampaikan setiap hari Jumaat di Kelantan. GAYA BAHASA Mengekalkan gaya bahasa Tok Guru. MAKSUD PERKATAAN Dikekalkan per...